Nak Daftar Trademark dengan Mudah?

Daftar Trademark

Trademark merupakan sebarang unsur nama, huruf, perkataan, angka, perkataan, simbol, logo dan juga gabungan unsur-unsur ini sebagai tanda kepada perniagaan.  Kebiasaannya ia akan merujuk kepada brand atau jenama sesuatu bisnes, produk atau perkhidmatan.

Sebagai contoh, syarikat pengeluar makanan utama dunia Nestle telah mendaftarkan Nestlé® sebagai trademark mereka.  Mereka juga telah mendaftarkan trademark MILO®, MAGGI®, NESCAFÉ®, CERELAC®, LACTOKID™ COMFORTIS®, NESTLÉ BLISS®, DRUMSTICK® dan lain-lain lagi.

Kenapa perlu daftar trademark?

Apabila trademark telah didaftarkan, ia dilindungi di bawah undang-undang dan akta yang berkaitan.  Perlindungan ini membolehkan trademark yang didaftar tidak digunakan oleh pihak lain.

Sebarang penggunaan oleh pihak lain adalah salah di sisi undang dan pemilik yang daftar trademark tersebut boleh memohon kos mahkamah dan ganti rugi atas penggunaan.

Hak milik ekslusif kita selamanya

Perlindungan kepada trademark yang didaftarkan adalah selama sepuluh (10) tahun.  Kita boleh perbaharui pendaftaran bagi 10 tahun berikutnya.  Ini bermakna, trademark adalah hak milik ekslusif kita selagi kita perbaharui setiap 10 tahun.

Di mana kita nak daftar?

Perlindungan trademark adalah di setiap negara yang kita daftarkan.  Di Malaysia, trademark boleh didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).  MyIPO juga mempunyai ejen bagi daftar trademark.

Nak daftar sekarang?

Hubungi ejen berdaftar MyIPO, Puan Alin Hurriya Harlinda daripada DaftarTrademark.com untuk daftar trademark  dengan tiga (3) langkah mudah:

  1. Dapatkan bantuan dengan khidmat nasihat pembangunan trademark yang kukuh (strong trademark);
  2. Bantuan penyediaan dokumen pendaftaran dan dokumen-dokumen sokongan lain; dan
  3. Pedaftaran trademark di MyIPO, dan sokongan poendaftaran jika terdapat isu-isu berbangkit seperti jika terdapat bantahan dari pihak lain.

Klik link ni untuk WhatsApp Pn. Alin:

https://daftartrademark.com/whatsapp/0108400094

Klik untuk untuk maklumat lanjut tentang daftar trademark:

Daftar Trademark

 

Nak Tahu Tentang Google SEO?

Google SEO

Pernah dengar tak pasal Google SEO ni? Kalau orang bisnes yang banyak memanafaatkan dunia online ni memang biasa guna kaedah ni sebagai salah satu cara pemasaran.

Apa itu SEO?

SEO ni atau perkataan penuhnya Search Engine Optimization, guna dia untuk naikkan rating website kita supaya berada dalam page terawal result carian di Google.  Bukan Google sahaja, teknik yang sama pun kita boleh gunakan untuk enjin carin (search engine) lain macam Yahoo, Bing, MSN dan lain-lain lagi.

Kalau kita guna Google ni, berapa ramai yang browse sampai page ke 5 atau seterusnya? Orang selalu tekan page 1, page 2, page 3 lepas tu malas dah.  Berpinar bijik mata kut.

Result carian di page pertama Google

Kan ke best kalau ada kat page pertama result Google ni kan? Contohnya, kalau kita nak cari maklumat “Business Model Canvas” dalam bahasa melayu, kita akan buka Google dan search “bmc melayu”.  Betul tak?

Meh try buka Google dah search “bmc melayu” apa akan jadi…

Google SEO

Kita tengok resultnya.  Klik untuk gambar yang lebih jelas ya..

Nampak tak? posting blog saya pasal BMC ni ada dalam page pertama.  Kedudukan pula  ada kat tempat kedua dan ketiga.  Best ke best?  Kena usaha lebih lagi ni untuk naik atas sekali.

Perhatikan betul-betul. Ada lebih 500,000 result carian.  Secara default, Google akan paparkan 10 hasil carian dalam satu muka.  Kalau website kita ada pada kedudukan ke 90, kat muka 9 lah kut dia keluar.  Kalu 1000?

Cuba search “mari belajar linux” apa keluar? 🙂

Alhamdulillah.  Berada kat atas sekali walau pun artikel ni ditulis pada tahun 2014.  Ni la contohnya kegunaan Google SEO ni.  Nak tak?

Facebook Ads vs Google SEO

Dah ada page bisnes ni Facebook, dan dah buat FBAds.  Kena buat tak Google SEO ni?  Kena ada lah!  Lagi-lagi kalau ada website atau blog untuk tujuan bisnes.

Pernah dengar tentang interruption vs permission marketing?  Ini la faktor pembeza kalau kedua-dua kaedah marketing guna Facebook Ads vs Google SEO ni.  Jangan salah faham, kedua-duanya penting dan ada kelebihan tersendiri.

  • Interruption Marketing ni bahasa mudah, kacau orang untuk tarik perhatian.  Tengah tengok scene suspense Avenger kat TV tiba-tiba keluar iklan.  Tengah baca orang membawang kat Facebook, keluar iklan produk ada label sponsored untuk memutihkan dan mencunkan diri dalam masa 3 hari!  Teringin pulak nak cuba try test.  Betul tak?
  • Permission marketing guna Google SEO ni lain pulak.  Search kat Google memang nak cari “produk putihkan ketiak”, keluar result dengan rela hatinya dia klik website tu.   Website pula ada offer ebook tips-tips untuk putihkan ketiak, dengan rela hati kali kedua masukkan email address kita dalam tu.  So jangan marah kalau seller online ni email kita lepas tu kan.  Sebab kita rela hati bagi.  Macam tu lah lebih kurang…

Macamana nak buat SEO ni?

Ok, ini lah kegunaan SEO secara ringkas.  Nanti kita sambung posting macam mana nak apply teknik SEO ni.  Ada dua faktor kita kena layan pasal SEO ni.  Satu aspek teknikal, dan yang paling penting adalah good content.   Sehingga bertemu lagi dalam posting SEO akan datang.

Dapat manafaat dari posting ni? Sila share kat kawan-kawan.

Pengurusan Kewangan Kedai Makan dan Restoran #13 – Debit Kredit (Bahagian 5: Penyata Kewangan)

Penyata kewangan (Financial Statements) akan disediakan selepas penyelerasan direkodkan.  Dua jenis penyata kewangan utama:

balance sheet (penyata imbangan duga) – menunjukkan keseluruhan aset kedai makan; dan

income statement (penyata pendapatan) – menunjukkan perbelanjaan dan pendapatan dalam accounting period.

Net income akan ditambah ke owners’ equity account; Net losses akan ditolak dari owners’ equity account sebelum balance sheet disediakan.

Mari kita tengok contoh untuk menyediakan penyata kewangan termasuk penyelarasan bagi keseluruhan akaun Kedai Makan Terlolap Mato ni.  Penyata kewangan ini adalah bagi tempoh accounting period satu (1) bulan.

Kita perlu membuat penyelarasan kepada:

  • nilai  bagi food inventory/cost of food sold;
  • iktiraf (recognise) susut nilai (depreciation expense);
  • kenal pasti perbelenjaan sewa kedai (rent expense);
  • kenal pasti faedah pinjaman (interest expense); dan
  • rekodkan bill-bill yang belum dibayar.

(A1) Food inventory

Sebelum penyelarasan dilakukan, katakan nilai bagi food inventory adalah RM 15,000 – keseluruhan perbelanjaan bagi penyediaan makanan dan minuman pada bulan tersebut.  Katakan, pada hujung bulan, nilai yang tinggal bagi food inventory yang tinggal adalah RM 1,500.

Jadi, kita boleh recognise cost of food sold dan food inventory dengan merekodkan penyelarasan berikut:

Cost of food sold    RM 13,500
Food inventory                        RM 13,500

Credit kepada food inventory RM 13,500 menyebabkan pengurangan akaun food inventory kepada RM 1,500 (jumlah food inventory pada penghujung accounting period).

(A2) Depreciation

Peralatan dapur yang kita beli akan mengalami susut nilai. Yelah.. kuali pun lama-lama nipis dan bocor.  Dapur pun lama-lama karat dan reput.  Walau boleh guna lagi, pastinya nilainya dah berkurangan (salvage value).   Ingat tak kita ada beli dapur RM 5,000.  Katakan pakai 5 tahun maksimum  dengan salvage value RM 300.

Mari kita kira susut nilai / depreciation dengan kaedah straight line method:

                        Cost - Salvage Value  
Annual Depreciation   = --------------------
                               Years
                            5,000 - 300
                      = -------------------
                               5  
                      = 940/year
                        
Monthly Depreciation  = Annual Depreciation / 12
                      = 940 /12
                      = 78.33

Jadi, penyelarasan bagi susut nilai (kita bulatkan) 
adalah: Depreciation expense RM 78 Accumulated depreciation RM 78

(A3) Rent Expense

Ok, katakan dalam contoh ni kita bayar sewa tiga (3) bulan terus RM 2,100.  Jadi sebulan adalah 2,100 / 3 = RM 700.  Jadi penyelarasan:

Rent Expense    RM 700
Prepaid rent              RM 700

(A4) Interest Expense

Haritu kita beli dapur RM 5,000 tapi hutang sebanyak RM 4,000.  Beli dengan hutang kan ke ada faedah.  Katakan 10%:

Interest expense = (4,000 x 0.10 x 30) / 365
                 = 32.88

Jadi untuk kita recognise interest expense (bulatkan
ni untuk senang buat contoh): Interest expense RM 33 Accrued interest RM 33

(A5) Lain-lain Perbelanjaan

Mari kita tengok bil-bil perbelanjaan lain yang belum dibayar (unpaid bills) bagi kedai makan TERLOLAP MATO ni..

Laundry               RM   500 
Kitchen Fuel RM 100
Supplies RM 200
FBAds RM 1,000
Admin expenses RM 2,000
Repairs & maintenance RM 500
---------
Total RM 4,300
=========
Berdasarkan matching principle, perbelanjaan ini direkodkan
seperti berikut:

Laundry RM 500
Kitchen Fuel RM 100
Supplies RM 200
FBAds RM 1,000
Administrative expenses RM 2,000
Repairs & maintenance RM 500
---------
Accrued expenses RM 4,300
payable =========

Penyelarasan Akaun

Kita tengok balik akaun-akaun kita sebelum ni (di sini):

       Cash  (ASET)            Food Inventory (ASET)
   Dr. (+)   |   Cr. (-)         Dr. (+)  |  Cr. (-)
-------------+------------   -------------+---------
 (1)   5,000 | (2)   2,100    (6)  15,000 |
 (4)      60 | (3)   1,000   -------------+---------
 (11) 39,950 | (5)      20         15,000 |
             | (7)  10,000
             | (8)     100         
             | (9)   1,000    
             | (10)    200   
             | (14) 14,500   
-------------+------------        
      45,010 |      28,920
-     28,920 |
-------------+------------
      16,090 |

Prepaid Rent (LIABILITY)
   Dr. (-)   |   Cr.  (+)
-------------+------------
(2) 2,100    |
-------------+------------
    2,100    |


      Equipment (ASET)        Accounts Payable (LIABILITY)
    Dr. (+)  |   Cr. (-)          Dr. (-) |  Cr. (+)
-------------+------------     -----------+-----------
(3)    5,000 |               (12)  14,500 | (6) 15,000
-------------+------------     -----------+-----------
       5,000 |                            |        500




 Notes Payable (LIABILITY)      KakYa, Capital (EQUITY)
   Dr. (-)   |  Cr. (+)          Dr. (-)  |  Cr. (+)
-------------+------------     -----------+-----------
             | (3) 4,000                  | (1)  5,000
-------------+------------     -----------+-----------
             |     4,000                  |      5,000

      Food Sales (REVENUE)
   Dr. (-)   |  Cr. (+)
-------------+------------
             | (4)      60
             | (11) 39,950
-------------+------------
             |      40,010     



Cost of Food Sales (EXPENSES)    Wages Expenses (EXPENSES)
  Dr. (+)    |   Cr. (-)             Dr. (+)|   Cr. (-)
-------------+--------------     -----------+----------
  (5)     20 |                   (7) 10,000 |
-------------+--------------     -----------+----------
          20 |                       10,000 |

Supplies Expense (EXPENSES)
  Dr. (+)    |  Cr. (-)
-------------+--------------
  (8)    100 |
-------------+--------------
         100 |



     Utilities (EXPENSES)          Advertising (EXPENSES)
   Dr. (+)   |  Cr. (-)             Dr. (+) |   Cr. (-)
-------------+---------------      ---------+-----------
  (9)  1,000 |                     (10) 200 |
-------------+---------------      ---------+-----------
       1,000 |                          200 |


OK sekarang kita buat akaun penyelarasan.  Balance bagi setiap akaun kita bawa kedepan (rekodkan baki dengan “Bal.”).  Penyelerasan kita rekodkan dengan (A1)-(A5).  Keseluruhan akaun  kita rekodkan:

       Cash  (ASET)            
   Dr. (+)   |   Cr. (-)         
-------------+------------   
 Bal. 16,090 |     
-------------+------------        
      16,090 |

Food Inventory (ASET)
Dr. (+) | Cr. (-)
-------------+------------
Bal. 15,000 | (A1) 13,500
-------------+------------
15,000 | 13,500
- 13,500 |
-------------+------------
1,500 |
Prepaid Rent (LIABILITY) Dr. (-) | Cr. (+) -------------+------------ Bal. 2,100 | (A3) 700 -------------+------------ 2,100 | 700
- 700 |
-------------+------------ 1,400 | Equipment (ASET) Dr. (+) | Cr. (-) -------------+------------ (3) 5,000 | -------------+------------ 5,000 |

Accumulated Depreciation (ASET)
  Dr. (+) | Cr. (-)
-------------+------------
| (A2) 78 Accounts Payable (LIABILITY)
Dr. (-) | Cr. (+) -----------+----------- | Bal. 500
  -----------+-----------
| 500

Accrued Expenses Payable (LIABILITY)
Dr. (-) | Cr. (+)
-----------+----------------
| (A5) Bal. 4,300
-----------+----------------
| 4,300

Notes Payable (LIABILITY) Dr. (-) | Cr. (+) -------------+------------ | Bal. 4,000 -------------+------------ | 4,000
Accrued Interest (LIABILITY)
Dr. (-) | Cr. (+)
-------------+------------
| (A4) 33
-------------+------------
| 33


KakYa, Capital (EQUITY
Dr. (-) | Cr. (+)
-----------+-----------
| 5,000
-----------+-----------
| 5,000

Food Sales (REVENUE) Dr. (-) | Cr. (+) -------------+------------ | Bal. 40,010 -------------+------------ | 40,010 Cost of Food Sales (EXPENSES) Dr. (+) | Cr. (-) -------------+-------------- Bal. 20 |
(A1) 13,500 | -------------+-------------- 13,520 | Wages Expenses (EXPENSES)
Dr. (+)| Cr. (-)
------------+----------
Bal. 10,000 |
------------+----------
10,000 |


Supplies Expense (EXPENSES)
Dr. (+) | Cr. (-) -------------+-------------- Bal. 100 |
(A5) 200 | -------------+-------------- 300 | Utilities (EXPENSES) Dr. (+) | Cr. (-) -------------+--------------- Bal. 1,000 | -------------+--------------- 1,000 |

Advertising (EXPENSES)
Dr. (+) | Cr. (-)
---------+-----------
Bal. 200 |
---------+-----------
200 |

Depreciation Expenses(EXPENSES)
Dr. (+) | Cr. (-)
---------+-----------
(A2) 78 |
---------+-----------
78 |

Rent Expenses(EXPENSES)
Dr. (+) | Cr. (-)
---------+-----------
(A3) 700 |
---------+-----------
700 |

FBAds Expenses(EXPENSES)
Dr. (+) | Cr. (-)
---------+-----------
(A5) 1000 |
---------+-----------
1000 |

Admin Expenses(EXPENSES)
Dr. (+) | Cr. (-)
---------+-----------
(A5) 2000 |
---------+-----------
2000 |

Repair & Maintenance Expenses(EXPENSES)
Dr. (+) | Cr. (-)
---------+-----------
(A5) 500 |
---------+-----------
500 |

Interest Expenses(EXPENSES)
Dr. (+) | Cr. (-)
---------+-----------
(A4) 33 |
---------+-----------
33 |

Laundry Expenses(EXPENSES)
Dr. (+) | Cr. (-)
---------+-----------
(A5) 500 |
---------+-----------
500 |

Kitchel Fuel(EXPENSES)
Dr. (+) | Cr. (-)
---------+-----------
(A5) 100 |
---------+-----------
100 |


Untuk Trial Balance setelah penyelarasan:

                 Adjusted Trial Balance
Kedai Makan Terlolap Mato
-----------------------------------------------------------
Debit Balance Credit Balance
-----------------------------------------------------------
Cash 16,090
Food Inventory 1,500
Prepaid Rent 1,400
Equipment 5,000
Accumulated Depreciation 78
Accounts Payable 500
Accrued Expenses Payable 4,300
Notes Payable 4,000
Accrued Interest 33
KakYa, Capital 5,000
Food Sales 40,010
Cost of Food Sales 13,520
Wages Expenses 10,000
Supplies Expenses 300
Utilities 1,000
Advertising 200
Depreciation Expenses 78
Rent Expenses 700
FAds Expenses 1,000
Administrative Expenses 2,000
Repairs & Maintenance 500
Interest Expenses 33
Laundry Expenses 500
Kitchen Fuel 100
------- -------
53,921 53,921
======= =======

Ok balance dah. Ini maknanya akaun kita betul dan tak ada yang terlupa rekod. Fuhhhh!  

Sekarang kita boleh buat Income Statement macam ni:

                 Income Statement
Kedai Makan Terlolap Mato
For a Period of 1 Month
-----------------------------------------------------------
Food Revenue 40,010
Expenses:
Cost of food sales 13,520
Wages expense 10,000
Supplies expense 300
Utilities 1,000
Advertising:
Banner 200
FBAds 1,000
Depreciation expense 78
Rent expense 700
Interest expense 33
Laundry expense 500
Kitchen fuel 100
Administrative expense 2,000
Repairs & maintenance 500 29,931
----- ------
Net Income 10,079
=======

Now, kita buat balance sheet pula.  ia terdiri dari aset, liability dan equity.  Equiti KakYa kini bertambah dari RM 5,000 + net income bagi bulan ni iaitu RM 5,000 + 10,079 = RM 15,079.  Jadi, simplified balance sheet adalah macam ni:

                     Balance Sheet
Kedai Makan Terlolap Mato
For the Last Day of the Month
-----------------------------------------------------------

ASSETS
Cash 16,090
Food inventory 1,500
Prepaid rent 1,400
Equipment 5,000
Less:
Accumulated depreciation (78)
------
Total Assets 23,912
======
LIABILITIES AND OWNER'S EQUITY
Account payable 500
Accrued expenses payable 4,300
Notes payable 4,000
Accrued interest 33
KakYa, Capital 15,079
------
23,912
======

 

 

 

Iklan Facebook #1 – Lima Langkah Mudah FBAds

iklan fbads

Iklan Facebook atau Facebook Advertising (FbAds) merupakan salah satu kaedah pengiklanan yang berkesan.  Kenapa berkesan?  Lebih 20 juta pengguna aktif Facebook adalah di Malaysia.  Kita boleh reach pasaran 20 juta ni dihujung jari sahaja.   Itu belum lagi jika kita mahu pilih pasaran global yang lebih luas.

Dalam posting tentang BMC, salah satu Key Channel yang boleh kita gunakan adalah media sosial terutamanya Facebook.

Sasaran Pelanggan

Pengiklanan dengan Facebook juga membolehkan kita sasarkan pelanggan yang kita mahu.  Sasaran juga adalah lebih spesifik seperti umur dan jantina pelanggan yang kita mahu.

Contoh, kita boleh sasarkan pelanggan wanita sahaja kalu kita jual pakaian wanita.  Berbanding jika kita buat iklan di akhbar, ini sukar dilakukan.  Kita tak tahu dengan spesifik sapa yang membaca.

Kos Iklan

Kos pengiklanan lebih minimum dengan Facebook.  Berbanding dengan iklan di media seperti TV dan akhbar, kos pengiklanan adalah lebih mahal.  Lagi-lagi jika kita baru mula belajar berniaga.  Kos pengiklanan yang minimum penting untuk bertahan lebih lama!

Iklan Facebook

OK kita perlu manafaatkan sosial media ini untuk bisnes kita.  Mari kita belajar iklandalam Facebook ni  (Facebook Advertising ) dengan lima (5) langkah mudah:

Lima Langkah Mudah Iklan FBAds

(1) Buat kajian siapakah PROSPEK atau bakal pembeli produk atau perkidmatan kita – Cari siapa mereka, demografik (umur, jantina etc.), apa masalah atau apa mereka mahu.  Apa kita nak selesaikan masalah atau tunai kemahuan mereka;

(2) Buat kajian siapa PESAING dan apa yang mereka buat – apa mereka buat, apa mereka tawarkan, apa kelebihan dan kekurangan.  Tujuan – apa beza kita dengan mereka.  Apa buat prospek pilih kita berbanding pesaing;

(3) Buat IKLAN berdasarkan (1) dan (2) – Macamana kita nak buat kempen iklan dan iklan bagai mana yang bagus dan berkesan;

(4) Pantau iklan FBAds yang kita buat dan OPTIMUM kan iklan. Macamana nak jadikan iklan jadi lebih bagus, dalam masa yang sama kurangkan kos iklan; dan

(5) GANDA kan iklan bagi skala (scale) yang lebih besar – tingkatkan kos pengiklanan untuk keuntungan lebih besar. Contoh, RM 10 dapat 100 kita mungkin boleh dapat RM 1000 jika modal iklan adalah RM 100.

Lepas ni kita belajar setiap satu langkah iklan fbads ni…