Iklan Facebook #1 – Lima Langkah Mudah FBAds

Iklan Facebook atau Facebook Advertising (FbAds) merupakan salah satu kaedah pengiklanan yang berkesan.  Kenapa berkesan?  Lebih 20 juta pengguna aktif Facebook adalah di Malaysia.  Kita boleh reach pasaran 20 juta ni dihujung jari sahaja.   Itu belum lagi jika kita mahu pilih pasaran global yang lebih luas.

Dalam posting tentang BMC, salah satu Key Channel yang boleh kita gunakan adalah media sosial terutamanya Facebook.

Sasaran Pelanggan

Pengiklanan dengan Facebook juga membolehkan kita sasarkan pelanggan yang kita mahu.  Sasaran juga adalah lebih spesifik seperti umur dan jantina pelanggan yang kita mahu.

Contoh, kita boleh sasarkan pelanggan wanita sahaja kalu kita jual pakaian wanita.  Berbanding jika kita buat iklan di akhbar, ini sukar dilakukan.  Kita tak tahu dengan spesifik sapa yang membaca.

Kos Iklan

Kos pengiklanan lebih minimum dengan Facebook.  Berbanding dengan iklan di media seperti TV dan akhbar, kos pengiklanan adalah lebih mahal.  Lagi-lagi jika kita baru mula belajar berniaga.  Kos pengiklanan yang minimum penting untuk bertahan lebih lama!

Iklan Facebook

OK kita perlu manafaatkan sosial media ini untuk bisnes kita.  Mari kita belajar iklandalam Facebook ni  (Facebook Advertising ) dengan lima (5) langkah mudah:

Lima Langkah Mudah Iklan FBAds

(1) Buat kajian siapakah PROSPEK atau bakal pembeli produk atau perkidmatan kita – Cari siapa mereka, demografik (umur, jantina etc.), apa masalah atau apa mereka mahu.  Apa kita nak selesaikan masalah atau tunai kemahuan mereka;

(2) Buat kajian siapa PESAING dan apa yang mereka buat – apa mereka buat, apa mereka tawarkan, apa kelebihan dan kekurangan.  Tujuan – apa beza kita dengan mereka.  Apa buat prospek pilih kita berbanding pesaing;

(3) Buat IKLAN berdasarkan (1) dan (2) – Macamana kita nak buat kempen iklan dan iklan bagai mana yang bagus dan berkesan;

(4) Pantau iklan FBAds yang kita buat dan OPTIMUM kan iklan. Macamana nak jadikan iklan jadi lebih bagus, dalam masa yang sama kurangkan kos iklan; dan

(5) GANDA kan iklan bagi skala (scale) yang lebih besar – tingkatkan kos pengiklanan untuk keuntungan lebih besar. Contoh, RM 10 dapat 100 kita mungkin boleh dapat RM 1000 jika modal iklan adalah RM 100.

Lepas ni kita belajar setiap satu langkah iklan fbads ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *