4 Jenis Website yang Boleh Kita Gunakan untuk Bisnes

Ketahui 4 jenis website bisnes

Terdapat banyak jenis website yang boleh kita bangunkan.  Antara yang biasa digunakan untuk tujuan bisnes:

  • Laman web korporat / syarikat / perniagaan
  • Laman e-commerce atau kedai online
  • Minisite dengan surat jualan (sales letter)
  • Blog

Mari kita lihat satu persatu jenis website yang boleh kita bangunkan untuk bisnes.

(1) Website korporat / syarikat / perniagaan

Jenis website yang ni digunakan untuk paparkan maklumat tentang syarikat dan produk atau perkhidmatan yang kita pasarkan.

Maklumat tentang syarikat, seperti siapa pemiliknya, board members, team pengurusan dan apa yang dipasarkan akan dipaparkan di website jenis ini.  Produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan kita juga akan diterangkan dengan jelas.

Prospek boleh membaca maklumat yang tertera.  Jika berpuas hati dan mahu memggunakan produk atau perkhidmatan, mereka boleh hubungi kita melalui maklumat yang kita berikan atau terus ke lokasi kedai atau pejabat.

Pastikan kita sediakan maklumat yang lengkap.  Nombor telefon yang boleh dihubungi, email dan alamat perniagaan serta cawangan yang ada.  Jangan lupa masukkan sekali lokasi di Google map dan juga Waze!

Company-company besar semuanya ada website corporate diorang.  Company kecik pon patut ada!

(2) Website E-Commerce

Website e-commerce atau kedai online boleh digunakan untuk kita menjual pelbagai produk melalui internet.  Pernah membeli belah di Shopee dan Lazada? Inilah contoh derdekat website e-commerce ni.  Ya kita boleh je guna perkhidmatan Lazada dan Shopee ni.. tetapi kita juga boleh buat sendiri.

Teknologi kedai online membolehkan prospek membeli melalui konsep “electronic shopping cart”.   Website ini ada  fungsi pendaftaran, proses membeli belah dan seterusnya buat bayaran secara online.

Jadi, masa kita tidur pon orang boleh membeli-belah kat kedai online kita ni.  Best ke best?  Esok pagi semak status jualan dan boleh terus bungkus dan hantar ke pejabat pos laju berhampiran.

OK ni nak bagi contoh website e-commerce.  Klik ni –> https://www.hurriya.com.my.  Boleh shopping baju 🙂

(3) Jenis Website Minisite

Minisite atau laman surat jualan merupakan antara salah satu kaedah yang paling efektif untuk melonjakkan pasaran sesuatu produk.

Berbanding dengan website e-commerce yang memaparkan banyak produk, minisite biasanya mempunyai satu atau dua page sahaja.  Website dengan satu page ini bertujuan untuk kita paparkan sebanyak  mungkin informasi tentang produk yang  nak kita pasarkan.

Website ini berkesan bagi membantu pelanggan buat keputusan untuk membeli dengan lebih mudah.

Ini  kerana informasi yang hendak diketahui oleh pelanggan semuanya ada di sini.  Lebih banyak maklumat lebih bagus dan kita juga nampak pakar tentang produk yang kita pasarkan.

Kenapa satu page sahaja?

Tahu tak?  Proskpek pelanggan biasanya tak suka laman web yang perlu banyak klik untuk tahu tentang satu produk.  Mereka ni mudah hilang fokus.  Banyak lagi benda yang menarik perhatian di zaman media sosial ni.

Bayangkan.. Klik yang ke 4 mungkin milik pesaing kita!  Kita tengok contoh-contoh minisite ni:

a) Produk kesihatan & fitness: https://human-mechanic.com
b) Perkhidmatan daftar trademark untuk yang belum daftar: https://daftartrademark.com.  Daftar sekarang!

(4) Blog

Blog atau nama glamernya Web Logs pada satu masa dulu ni fungsinya sama macam kita tulis diari.  Jenis website ni sama boleh la kita panggil sebagai diari online.

Kita boleh tulis apa je yang kita nak.   Macam website yaang tengah kita baca ni… Ni la contoh blog paling mudah: http://mdnazri.com

Boleh komen pasal politik, apa kita buat seharian, membawang dan macam-macam lagi.  Tapi untuk kita nampak credible dan pakar, kita tulis lah apa yang kita ‘ahli’ dalam industri yang kita ceburi.

Kelebihan blog – search engine sangat suka.  Kenapa suka? Ada banyak informasi dan teks.  Jadi kita boleh guna teknik Search Engine Optimization untuk mudahkan orang cari bisnes kita.

Jangan lupa ada link kepada website bisnes dan minisite dari blog kita ni.

Jadi nak guna jenis website yang mana satu?

Mana yang bagus terpulang kepada objektif kita untuk jalankan bisnes.  Kalau ada satu produk, buatlah minisite.  Kalau banyak produk, gunakan laman e-commerce dan buat minisite untuk produk-produk tertentu sahaja.

Apa pun jenis bisnes, blog penting untuk kita gunakan teknik SEO.  Gunakan juga media sosial yang lain untuk kita beri tahu rakan-rakan Internet jika ada posting baru.

Dapat sesuatu dari posting kali ini? Klik SHARE ke sosial media dengan button yang disediakan di atas…

8 Sebab Kenapa Perlu Ada Website Bisnes

Kenapa perlu ada website bisnes

Ada bisnes tapi belum ada website atau laman web?  Ketahui 8 sebab kenapa bisnes kita perlu ada website sendiri.

1) Website dan online positioning

Bina online presence & positioning dan tingkatkan kredibiliti.    Zaman sekarang prospek akan cari maklumat di Internet! Tanpa website, bisnes kita tak wujud!

Jiran pun tak tahu kalau kita baru buka bisnes kalau kita tak beri tahu.  Jadi dengan website,dan strategi penggunaan media sosial dan search engine, kita boleh war-warkan kan kepada prospek pelanggan.

2) Kurangkan kos perniagaan

Setup sekali, bayar maintainence fee tahunan yang berkaitan dengan minimal.  Kita dapat kurangkan kos perniagaan melalui pengiklanan di Internet.

Banding dengan keperluan iklan di akhbar selama beberapa hari sahaja sudah tinggi kosnya.

3) Boleh update dengan mudah.

Informasi tentang produk dan perkhidmatan sangat mudah untuk kita kemaskini.   Brochure online  kita boleh update seberapa kerap yang kita mahu.  Brochure yang kita print  di kedai cetak tu pakai jela sampai habis.  Mana boleh nak update kan?

4) Buka 24 jam sehari

Accessibility.   Kita boleh buka kedai melalui website 24 jam x 7 hari seminggu x 365 hari.   Impikan ketika kita sedang tidur pun ada pelanggan buat tempahan dan pembayaran.  Esok pagi kita check website dan terus hantar barang yang dipesan.

5)  Pasaran lebih luas

Prospek di Sipitang Sabah dah boleh beli produk kita secara online walau kita buka kedai di Nilai, Negeri Sembilan.  Kalau kedai kita ditepi jalan tu, radius 30 km boleh la juga nak sampai.

6) Kedai, butik & showroom Online

Boleh paparkan banyak maklumat berkaitan produk, gambar dan testimoni.  Nanti kita boleh pilih nak buat blog, kedai online, surat jualan dan macam-macam teknik online.

7)  Penjimatan masa

Busy ni banyak benda nak buat. Lebih jimat masa untuk jumpa prospek face-to-face, tabur flyer berbelas taman perumahan..

8) Customer service

Boleh sediakan tempat customer service. Sediakan borang soal selidik, pertanyaan dan lain-lain.

Iklan Facebook #3 – Kaji Prospek di Forum

prospect research

Salah satu cara untuk kaji prospek adalah melalui forum.  Kenapa forum? Ianya tempat orang berkumpul.  Di mana orang berkumpul di situ wang terkumpul!

Masalah utama forum pada masa ni, dah banyak forum tak aktif.  Tapi tak apa, kita still boleh kaji masalah orang ramai dalam industri.  Masalah boleh dikatakan masih sama.   Sebagai alternatif, pi join Facbook group yang berkaitan. Kira forum jugaklah kan tu…

Macam mana nak kaji?

Senang je. Ni caranya:

(1)  Kita guna Google search.  Keword yang dugunakan “masalah/produk/niche forum”.  Contoh kalau kita dalam industri yang berkaitan dengan kesihatan, kita boleh google “kesihatan forum”.  Bagi spesifik untuk Malaysia, kita boleh search”kesihatan forum malaysia”.  Nak lagi spesifik? Mari kita search “sakit tengkuk forum malaysia”

(2) Lihat forum yang kita jumpa, kita boleh sort by relpy dan views.  Lagi banyak-lagi bagus.  Ini bermakna niche yang kita pilih banyak permintaan.

(3) Kumpul dan dokumen semua masalah yang ada ke dalam spreadsheet atau apa juga bentuk dokumen.

Contoh – “Sakit Pinggang”

Saya nak jual krim The Human Mechanic (THM) di mana salah satu masalah diselesaikan adalah sakit pinggang.  Mari kita tengok ada tak “sakit pinggang forum”. OK ada!

Apa kita nak tengok dan kaji?

  • Senaraikan masalah sakit pinggang ni.  Senaraikan juga apa rungutan atau cerita mereka.  Cuba bayangkan iklan kita ni menjawab apa yang mereka rungutkan.  Tengok ayat-ayat rungutan mereka. Boleh dijadikan idea untuk copywriting nanti..
  • Kaji jantina siapa yang pos dalam forum ni.  Terutamanya jantina mereka.  Kita tahu masalah sakit pinggang ni tak tentu jantina.  Tapi bila kita tengok dalam forum ni banyak lelaki contohnya, kita boleh mulakan iklan untuk sasarkan lelaki dahulu!
  • Senaraikan tips-tips pengguna forum berikan.  Boleh gunakan untuk buat artikel bagi tujuan SEO (ni topik lain – pengiklanan guna Google pulak)

Contoh Masalah: “Sakit pinggang”

URL: https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=644976

Walau reply tak banyak, dia ada 13,198 views.  Besar kemungkinan view datang dari orang yang mempunyai masalah lebih kurang sama.  Mereka mungkin datang selepas lakukan carian dari Google.

Kalau tengok jantina pula, agak seimbang dari lelaki dan perempuan.  Cari lagi di beberapa forum.  Boleh juga kita sasarkan keduanya jika lebih kurang sama banyak.

Cuba scroll ke bawah.  Kita tengok ayat-ayat yang boleh dijadikan iklan nanti:

“jd bila duduk atau berjalan pon masih terasa sakit.”

“sedikit sebanyak kaco jugak tumpuan kerja”

“paling teruk aku kne sampai nak bgun pon kne merangkak..”

“duduk sakit, nk kne bersandar aje…..baring pun serbe tak kene……”

Artikel atau tips yang kita boleh masukkan ke dalam blog sebagai strategi tambahan:

“ubat aku klu sakit je blakang aku tido kat simen.. or carpet. somthing yg keras lah.”

“klau ikut nasihat org tua better tido kt atas papan.”

“cuba bersenam….regang-regangkan badan…mungkin darah tak jalan elok kt kawasan tue. and ..minum air banyak”

“maybe sebab salah tidur kot.. tapi pape pn jangan g berurut dulu sebelum consult ngan doc”

Nota: Boleh dijadikan ayat iklan juga: “Dah try macam-macam petua.. baring atas simen la..papan la, tapi tak juga kurang sakit!”

Apa lagi boleh kita nampak dalam posting kat forum ni pasal sakit belakang? Pesaing 🙂

 

Iklan Facebook #2 – Kaji Prospek

Kajian Prospek

Kita mesti kaji prospek kepada produk dan perkhidmatan yang mahu ditawarkan.  Jangan tengok ada produk laku, kita follow.  Jangan kita rasa produk bagus, kita terus buat tanpa fikir siapa yang mahu beli produk dan perkhidmatan.

Kalau dah lama bisnes juga sama, kita kena buat kajian prospek dari semasa ke semasa.  Kaji perubahan pasaran. Kaji perubahan trend.

Apa yang mahu kita kaji tentang prospek?

Kajian perlu dilakukan untuk siapa bakal pelanggan:

  • Siapa mereka?
  • Umur?
  • Mereka di mana?
  • Jantina: Lelaki / Perempuan?
  • Pekerjaan: Apa dan di mana?

Apa perlu kita tahu?

Produk dan perkhidmatan yang baik adalah yang menyelesaikan masalah.  Lagi besar masalah, lagi besar pasaran.   Contoh, masalah jeragat, sakit lutut, masalah kewangan dan sebagainya.

Begitu juga dengan apa yang prospek mahu atau impikan.  Contoh, tak ada ada masalah pun, tapi prospek mahu melancong tempat-tempat yang menarik.  Kita penuhi impian mereka dengan pakej perlancongan!

Jadi secara umumnya, kita perlu tahu:

  • Apa masalah yang mereka mahu selesaikan?
  • Apa yang mereka inginkan?

Macam mana nak buat kajian?

Kita boleh lakukan kajian secara online, cari di mana prospek berkumpul:

  •  Forum-forum di Internet;
  • Laman web ecommerce seperti Amazon dan Lazada; dan
  • Blog-blog di Internet (pastikan bukan blog promote produk)
  • Carian di search engine
  • Guna google keyword planner)

Hasil kaji prospek macam mana?

Bina dua (2) watak (atau avatar) bakal pelanggan selengkapnya dan gunakan maklumat yang kita dapat dari apa yang kita kaji sebelum ini.

Maklumat ini juga akan digunakan untuk membuat targetting iklan fbads kita nanti.