8 Sebab Kenapa Perlu Ada Website Bisnes

Ada bisnes tapi belum ada website atau laman web?  Ketahui 8 sebab kenapa bisnes kita perlu ada website sendiri.

1) Website dan online positioning

Bina online presence & positioning dan tingkatkan kredibiliti.    Zaman sekarang prospek akan cari maklumat di Internet! Tanpa website, bisnes kita tak wujud!

Jiran pun tak tahu kalau kita baru buka bisnes kalau kita tak beri tahu.  Jadi dengan website,dan strategi penggunaan media sosial dan search engine, kita boleh war-warkan kan kepada prospek pelanggan.

2) Kurangkan kos perniagaan

Setup sekali, bayar maintainence fee tahunan yang berkaitan dengan minimal.  Kita dapat kurangkan kos perniagaan melalui pengiklanan di Internet.

Banding dengan keperluan iklan di akhbar selama beberapa hari sahaja sudah tinggi kosnya.

3) Boleh update dengan mudah.

Informasi tentang produk dan perkhidmatan sangat mudah untuk kita kemaskini.   Brochure online  kita boleh update seberapa kerap yang kita mahu.  Brochure yang kita print  di kedai cetak tu pakai jela sampai habis.  Mana boleh nak update kan?

4) Buka 24 jam sehari

Accessibility.   Kita boleh buka kedai melalui website 24 jam x 7 hari seminggu x 365 hari.   Impikan ketika kita sedang tidur pun ada pelanggan buat tempahan dan pembayaran.  Esok pagi kita check website dan terus hantar barang yang dipesan.

5)  Pasaran lebih luas

Prospek di Sipitang Sabah dah boleh beli produk kita secara online walau kita buka kedai di Nilai, Negeri Sembilan.  Kalau kedai kita ditepi jalan tu, radius 30 km boleh la juga nak sampai.

6) Kedai, butik & showroom Online

Boleh paparkan banyak maklumat berkaitan produk, gambar dan testimoni.  Nanti kita boleh pilih nak buat blog, kedai online, surat jualan dan macam-macam teknik online.

7)  Penjimatan masa

Busy ni banyak benda nak buat. Lebih jimat masa untuk jumpa prospek face-to-face, tabur flyer berbelas taman perumahan..

8) Customer service

Boleh sediakan tempat customer service. Sediakan borang soal selidik, pertanyaan dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *