Iklan Facebook #2 – Kaji Prospek

Kita mesti kaji prospek kepada produk dan perkhidmatan yang mahu ditawarkan.  Jangan tengok ada produk laku, kita follow.  Jangan kita rasa produk bagus, kita terus buat tanpa fikir siapa yang mahu beli produk dan perkhidmatan.

Kalau dah lama bisnes juga sama, kita kena buat kajian prospek dari semasa ke semasa.  Kaji perubahan pasaran. Kaji perubahan trend.

Apa yang mahu kita kaji tentang prospek?

Kajian perlu dilakukan untuk siapa bakal pelanggan:

  • Siapa mereka?
  • Umur?
  • Mereka di mana?
  • Jantina: Lelaki / Perempuan?
  • Pekerjaan: Apa dan di mana?

Apa perlu kita tahu?

Produk dan perkhidmatan yang baik adalah yang menyelesaikan masalah.  Lagi besar masalah, lagi besar pasaran.   Contoh, masalah jeragat, sakit lutut, masalah kewangan dan sebagainya.

Begitu juga dengan apa yang prospek mahu atau impikan.  Contoh, tak ada ada masalah pun, tapi prospek mahu melancong tempat-tempat yang menarik.  Kita penuhi impian mereka dengan pakej perlancongan!

Jadi secara umumnya, kita perlu tahu:

  • Apa masalah yang mereka mahu selesaikan?
  • Apa yang mereka inginkan?

Macam mana nak buat kajian?

Kita boleh lakukan kajian secara online, cari di mana prospek berkumpul:

  •  Forum-forum di Internet;
  • Laman web ecommerce seperti Amazon dan Lazada; dan
  • Blog-blog di Internet (pastikan bukan blog promote produk)
  • Carian di search engine
  • Guna google keyword planner)

Hasil kaji prospek macam mana?

Bina dua (2) watak (atau avatar) bakal pelanggan selengkapnya dan gunakan maklumat yang kita dapat dari apa yang kita kaji sebelum ini.

Maklumat ini juga akan digunakan untuk membuat targetting iklan fbads kita nanti.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *