Mirror Android ke PC dan Buat Presentation Nampak Pro

Mirror Android ke PC

Nak mirror Android ke PC? Ni penting untuk orang buat presentation yang memerlukan kita nak display apa yang kita buat pada smartphone ke projektor.  Contoh, nak bagi training tentang FBAds atau nak present kita punya mobile app.

Macamana nak Mirror Android ke PC ni?

Ada banyak cara & ada banyak mobile app boleh kita guna. Tapi dalam posting ni kita akan guna mobile app AirDroid & AirMirror untuk tujuan ini.

Apa AirDorid ni?

AirDroid ni kita boleh transfer file dari Android ke PC dan sebaliknya.  Sebenarnya bukan Android je.. iPhone pun boleh.  Cara pasang dan guna dia  lebih kurang je.

Selain dari transfer file, kita boleh control Android ni remotely dari komputer.

Yang penting sekali, kita boleh pasang app AirMirror untuk kita mirror android kita ke PC.  Jadi masa kita nak project presentation kita guna Microsoft PowerPoint, kita boleh switch je untuk display screen Android tanpa cabut-cabut dan tukar cable.

Apa perlu kita buat untuk Mirror Android ke PC?

Pertama sekali kita kena enable USB debugging pada Android. Untuk enable feature ni:

1) Sambung Android ke PC guna cable USB & Bukak Android kita tu..

2) Pi buka Settings -> About Phone

3) Tap kat “Build Number” 5 atau 7 kali.. (Ada yang 5 kali, ada yang 7 kali) sampai dia tulis developer mode enable

Lepas tu pi balik Settings -> Developer options dan enable/turn on USB Debugging

Dalam contoh ni , kita guna  Huawei P9+.  Kalu brand smartphone lain, mungkin lain sikit. Kena check brand masing-masing macamana nak enable kan feature ni:

https://www.syncios.com/android/how-to-debug-xiaomi-redmi-phone.html
https://www.verizonwireless.com/support/knowledge-base-175517

Register kat AirDroid

Langkah kedua, pi buka laman web https://web.airdroid.com dan register.  Ni contoh dia.. Kita guna Chrome ya.

1) Layar laman web AirDroid ni untuk register

2) Untuk mudahkan kerja kita guna la account Google kita.  Gunakan id dan password Gmail kita tu.

3) Isi je apa dia mintak untuk 2-step verification.

4) Tekan Get Started tu..

5) Tekan verify now.  Klik Email not verified. Verify now>>.  Check email dan masukkan verification code yang dapat melalui email.

 

Kalau dah settle verify kat email ni dia tulis macam ni…

Install AirDroid dan AirMirror di Telefon Pintar

Ikut step yang dipaparkan kat PC ni.. cari kat Google Play AirDroid dan AirMirror dan login kedua-dua app ni guna akaun Google yang kita guna untuk register tadi.

Cara nak connect dan Mirror Android ke PC

Sekarang kita dah buat akaun dan install AirDroid & AirMirror ni.. So next time nak guna:

1) Kita pi laman web AirDroid macam biasa: https://web.airdroid.com

2) Sign in with G+ tu dan dia akan connect ke Android kita

Check di Android dan tap Allow Access dan AirDroid akan berjaya connect :

3) Sekarang kita nak Mirror Android ke PC.  Klik di PC ikon AirMirror tu.  Kalau belum install, kita akan install sebagai Chrome extension.  Kemudian dia minta device Authorisation.

Select device kita kat screen PC ni.  Kalau tak keluar tu check USB cable kita dan check balik USB debugging kita dan enable ke belum.

Check Android  dan tick Allow all access from this computer dan Tap Allow USB Debugging. 

Sekarang kita dah berjaya mirror Android ke PC:

 

Ni contoh kalau kita nak display Facebook kita dah set dia full screen:

Contoh kat atas ni, kita boleh tengok facebook page DAFTARTRADEMARK,    di screen PC atau laptop kita.

Mirror Android ke PC

Sekarang kita boleh nak display ke projector macam biasa tanpa ada cable tambahan.

Dah settle ni kita boleh je cabut cable USB ni dan present guna telefon pintar kita sambil jalan-jalan seperti pro 😀

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

 

Cara Langgan Web Hosting Malaysia

Web Hosting Malaysia? Posting kali ini adalah tentang cara melanggan web hosting Malaysia. Ya web hosting yang berada dalam network di Malaysia.  Posting sebelum ni ada menyentuh tentang kelebihan langgan web hosting Malaysia.  Antaranya, kalau ada masalah network antarabangsa, pelanggan masih boleh access.

Antara yang biasa digunakan untuk pasang website di Malaysia ni:

(1) Exabytes (https://www.exabytes.com); dan
(2) ServerFreak (https://www.serverfreak.com)

Web Hosting Malaysia ni Macamana Cara Nak Langgan?

Ok kita akan guna ServerFreak sebagai contoh (Lagi satu pasal dia punya SSL untuk setup HTTPS nanti FREE!).  Kita akan  tempah web hosting & DNS sekali dan seterusnya buat pembayaran secara online.

Kalau ikut step-by-step, rasanya tak jauh beza pun cara nak langgan web hosting Exabytes & ServerFreak ni.  Sama jugalah dengan web hosting malaysia yang lain.

Sekarang kita tengok macamana nak langgan web hosting malaysia step-by-step:

Step 1 – Layari  website untuk Web Hosting Malaysia

Layari website ServerFreak atau Exabytes untuk pakej yang mereka tawarkan.  Scroll atas bawah dan tengok pakej yang mereka tawarkan.

Kita tengok pakej Semi-Pro ni agak menarik. Affordable dan sesuai untuk bisnes kecil-kecilan kita secara online.  Boleh letak 10 domain.  Ni maknanya kita boleh pasang 10 website dengan alamat domain yang berlainan.

Step 2 –  Mari kita Order

OK dah berkenan paker ni, kita ketik button “Order” ni.  Yelah nak buat tempahan pakej yang ni!

Dah klik nanti dia keluar macam ni lebih kurang lah kan…

Step 3 – Check dan Pilih Alamat Domain

Sekarang kita nak pilih alamat domain.  Alamat kedai online kita. So masukkan je alamat domain tu & tekan check.

 

Masukkan la nama domain sendiri ya.  Terlolapmato tu memang confirm dah kena amikkk.

Scrollllll ke bawah sikit… abaikan yang lain tu kecuali nak alamat domain lain…

Klik button “Continue”  nanti dia keluar macam kat bawah ni untuk tujuan billing cycle.  Nak bayar setahun sekali ke…  tiga tahun sekali pun boleh.  Kalau bayar tiga tahun sekali ni diskaun makin banyak lah.

Scroll lagiii …

Abaikan yang ni dan scroll lagi.. Sampai bawah tu klik butang continue…

Nanti dia keluar macam ni…

Kali ni pilih DNS management & email forwarding. Sebab apa pilih? FREE.

Step 4 – Review & Checkout

Lepas tu tekan button continue lagi.. Lepas tu dia keluar “Review & Checkout” ni..

Abaikan yang lain dan scroll sampai bawah…

Tekan button checkout tu.

Isi je form tu… atau tekan Sign Up with Facebook / Sign UP with Google.  Macam diri sendiri ni pakai jela Sign Up with Google, pilih akaun Google mana kita nak:

Dah login pakai Google pon kena isi jugak borang ni…

Scroll lagi… abaikan button “Add to Cart” yang lain tu ye..

Pilih kaedah pembayaran &  tekan butang “Complete Order” tu.

Step 5 – Buat Pembayaran

Nanti dia keluar macam ni…

 

Boleh tekan “Proceed wihh Payment” atau tukar kaedah pembayaran kat “Payment Method” bawah seblah kiri tu.  Yang bawah ni saya dah tuka jadi PayPal:

NI dia akan redirect ke PayPal.  Kalau kredit kad tadi dia keluar lah kredit kad punya payment macam ni..

Kalau pakai online banking dia akan masuk website bank masing-masing ye.

Dah siap pembayaran, dia akan keluar acknowledgement macam ni:

Ni scroll sampai bawah.  Boleh download atau print invoice untuk rekod dan tujuan accounting & finance.

Step 5 – Check Email

Mari kita cek email dari ServerFreak ni…

Dapat email tak? Kalau takde tunggu kejap.  Tak pun cek spam folder mana tau masuk ke situ.. Haaa kan dah ada:

Ada beberapa email dari ServerFreak  tu.  Yang bawah-bawah tu email org lain ye. Sila abaikan.  Apa email yang kita dapat?  Maklumat web hosting malaysia yang kita order lah kan.  Kalau tak betul pi contact customer service dia.

Nanti kita dapat email pasal New account information.   Baca email ni sampai bawah tu ada lah kan maklumat akaun web hosting kita:

Ni contoh maklumat.  Ni dah censored siap-siap ye:

Step 6 – Confirm Register Domain

Kita lepas tu dapat email pasal DNS atau nama domain:

So kita bacalah email ni lepas tu klik “Please click here to verify your domain name”.  Dah klik nanti dia kluo macam ni:

Ok selesailah kita melanggan web hosting malaysia dengan alamat DNS nya sekali.  Untunk posting berikut, kita tengok nanti macam mana nak access management console untuk web hosting yang kita langgan ni.

Sehingga jumpa lagi di posting yang lain dan selamat maju jaya!

 

Cara Buat Website Sendiri Sambil Minum Kopi

Cara Buat Website Sendiri

Kali ini kita akan bincangkan cara buat website sendiri untuk bisnes sambil minum kopi.  Kan kita tahu sebelum ni yang bisnes kena ada website.  Ada 8 sebab tu kita kena ada website bisnes.  Betul  ke betul?

Lepas tu kita dah sentuh jugak 4 jenis website untuk bisnes.  Ada website korporat, e-commerce, minisite dan blog.

Jadi macam mana cara buat website sendiri untuk bisnes ni?

Kita kena ada beberapa perkara yang asas:

(1) Dah ada sambungan Internet;
(2) Dah register email tak kira la kat gmail.com atau outlook.com; dan
(3) Ada kaedah pembayaran secara online macam internet banking, kad kredit atau paypal.

Cara Buat Website Sendiri dengan Mudah

Dah ada 3 perkara asas ni, kita kena ada dua (2) perkara yang utama untuk buat website:

(1) Ada Hosting; dan
(2) Ada DNS.

Ada lagi? ok kena ada Kopi beberapa cawan 🍵🍵🍵🍵

Apa kebendanya Hosting dan DNS ni? Grab your coffee and continue reading ..

Web Hosting

OK macam ni.  Website tu ibarat kedai kita.  Nak buat kedai kita kena ada tapak kedai.  Tak kira lah .. atas tanah sendiri, atau kita sewa je kat dalam shopping complex atau deretan lot kedai yang berhampiran.  So tapak kedai online kita ni web hosting lah.

Nak hostkan sendiri boleh?

Boleh.. tapi kalau nak ada tapak sendiri  (i.e., buat kat rumah) kena la hidupkan 24 jam.  Rugi letrik.  Lepas tu kena ada server sendiri, pasang firewall, setup operating sistem dan lain-lain.

Senang cerita, pakai jelah web hosting kat luar sana.  Boleh bayar sewa secara tahunan.  Kos lebih murah dan tak payah susah-susah buat maintenance.

Kat mana nak sewa web hosting ni?

Ada je yang free boleh pakai, tetapi untuk bisnes kita gunakan yang berbayar lah ye.  Boleh hostkan website kita, daftar alamat email sendiri dan macam-macam sistem lain yang kita boleh pasang nanti.  Nanti ada masa kita cerita pasal sistem accounting. Nak?

Sambung balik pasal hosting ni..

Ada banyak web hosting kat dalam dan luar negara.  Tapi sangat digalakkan untuk pengguna kat Malaysia, pakai jela yang ada kat Malaysia ni.

Kenapa?

(1) Kalau line Internet Malaysia ke luar negara yang kat bawah laut tu kena gigit  jerung ke,  rosak kena langgar kapal selam ke,  atau kena gempa bumi, pelanggan kita masih boleh lagi access.

(2) Tak tertakluk kepada perbuahan kadar mata wang.  Dulu saya suka pakai web hosting kat luar negara.  Lagi laju dan murah.  Space dia pun agak besar.  Sekali currency RM ni jatuh.  Jadi berkali ganda kena bayar.  Padan muka kan 🤣🤣🤣

Di Malaysia mana nak sewa web hosting ni?

Kat Malaysia,  kita boleh guna ServerFreak  dan/atau Exabytes.  OK ke dua-dua ni?  Setakat yang dah saya guna.. sangat OK!

Berdasarkan pembacaan kat Internet pun kedua-dua hosting ni antara top-10 lah senang cerita.  Boleh je pakai salah satu ni. Nak pakai yang lain OK je.  Buat jelah research sendiri kan 🙂

Boleh klik link kat atas ni 👆 👆 👆  untuk maklumat lanjut dan terus sewa web hosting diorang ni.  Nanti saya sentuh dalam artikel lain cemana nak sewa dan guna hosting step-by-step ya…

Kemudian kita guna sistem WordPress sebagai sistem untuk website kita.

Kenapa WordPress? Boleh gunakan untuk apa juga bentuk website bisnes kita.  Blog,  E-commerce , minisite atau website korporat boleh je pakai WordPress ni.  Lagi satu.. website ni saya rasa paling senang lah kan untuk kita guna.

Cara buat website sendiri dengan WordPress nanti kita layan jugak lah kan.  Cara-cara guna juga nanti kita sambung di lain masa.

DNS atau Domain Name System

Dah faham tentang hosting tak? Dalam posting cara buat website sendiri dengan mudah ni kita kena ada DNS.  DNS atau nama penuhnya Domain Name System ni merujuk kepada alamat kedai.

Kalau orang tak tahu kedai kita kat mana, kita kenalah bagi alamat.  So kat Internet ni.. alamat kedai kita dalam bentuk DNS.  Contohnya http://mdnazri.com, http://www.serverfreak.com, http://exabytes.com.  Contoh lain, http://daftartrademark.com dan https://www.hurriya.com.my.

Mana nak dapat alamat DNS ni?

Untuk dapatkan alamat DNS atau domain ni, di Malaysia (untuk .my, .com.my, .net.my dan .org.) kita kena register di MyNIC atau ejen berdaftar.

Bagi domain luar macam .com dan .net kita boleh register di  banyak web macam GoDaddy dan sebagainya.

Nak senangkan kerja, kita boleh je daftar sekali masa tempah web hosting ni.  Nanti kita tengok macam mana kita boleh tempah web hosting dan DNS dalam masa yang sama.  Nanti kita guna ServerFreak sebagai contoh yaaa.

Sampai berjumpa lagi..

OK bersambung lagi di lain masa untuk cara buat website sendiri untuk bisnes sambil minum kopi secawan dia.  Nanti kita cerita lanjut.

Update 28/1/2019:

Banyak posting lain berkaitan cara buat dan guna website ni dah siap.  Selamat membaca:

(1) Sewa web hosting & register DNS
(2) Berkenalan dengan cPanel pada web hosting
(3) Setup email sendiri
(4) HTTP vs HTTPS
(5) Setup SSL
(6) Cara Pasang WordPress di cPanel
(7) Cara Mudah Guna WordPress
(8) Cara Pasang Theme WordPress
(9) Beza Post vs Page WordPress

Update 3/4/2019:
(10) Pasang Plugin WordPress

Jumpa lagi!