Mirror Android ke PC dan Buat Presentation Nampak Pro

Nak mirror Android ke PC? Ni penting untuk orang buat presentation yang memerlukan kita nak display apa yang kita buat pada smartphone ke projektor.  Contoh, nak bagi training tentang FBAds atau nak present kita punya mobile app.

Macamana nak Mirror Android ke PC ni?

Ada banyak cara & ada banyak mobile app boleh kita guna. Tapi dalam posting ni kita akan guna mobile app AirDroid & AirMirror untuk tujuan ini.

Apa AirDorid ni?

AirDroid ni kita boleh transfer file dari Android ke PC dan sebaliknya.  Sebenarnya bukan Android je.. iPhone pun boleh.  Cara pasang dan guna dia  lebih kurang je.

Selain dari transfer file, kita boleh control Android ni remotely dari komputer.

Yang penting sekali, kita boleh pasang app AirMirror untuk kita mirror android kita ke PC.  Jadi masa kita nak project presentation kita guna Microsoft PowerPoint, kita boleh switch je untuk display screen Android tanpa cabut-cabut dan tukar cable.

Apa perlu kita buat untuk Mirror Android ke PC?

Pertama sekali kita kena enable USB debugging pada Android. Untuk enable feature ni:

1) Sambung Android ke PC guna cable USB & Bukak Android kita tu..

2) Pi buka Settings -> About Phone

3) Tap kat “Build Number” 5 atau 7 kali.. (Ada yang 5 kali, ada yang 7 kali) sampai dia tulis developer mode enable

Lepas tu pi balik Settings -> Developer options dan enable/turn on USB Debugging

Dalam contoh ni , kita guna  Huawei P9+.  Kalu brand smartphone lain, mungkin lain sikit. Kena check brand masing-masing macamana nak enable kan feature ni:

https://www.syncios.com/android/how-to-debug-xiaomi-redmi-phone.html
https://www.verizonwireless.com/support/knowledge-base-175517

Register kat AirDroid

Langkah kedua, pi buka laman web https://web.airdroid.com dan register.  Ni contoh dia.. Kita guna Chrome ya.

1) Layar laman web AirDroid ni untuk register

2) Untuk mudahkan kerja kita guna la account Google kita.  Gunakan id dan password Gmail kita tu.

3) Isi je apa dia mintak untuk 2-step verification.

4) Tekan Get Started tu..

5) Tekan verify now.  Klik Email not verified. Verify now>>.  Check email dan masukkan verification code yang dapat melalui email.

 

Kalau dah settle verify kat email ni dia tulis macam ni…

Install AirDroid dan AirMirror di Telefon Pintar

Ikut step yang dipaparkan kat PC ni.. cari kat Google Play AirDroid dan AirMirror dan login kedua-dua app ni guna akaun Google yang kita guna untuk register tadi.

Cara nak connect dan Mirror Android ke PC

Sekarang kita dah buat akaun dan install AirDroid & AirMirror ni.. So next time nak guna:

1) Kita pi laman web AirDroid macam biasa: https://web.airdroid.com

2) Sign in with G+ tu dan dia akan connect ke Android kita

Check di Android dan tap Allow Access dan AirDroid akan berjaya connect :

3) Sekarang kita nak Mirror Android ke PC.  Klik di PC ikon AirMirror tu.  Kalau belum install, kita akan install sebagai Chrome extension.  Kemudian dia minta device Authorisation.

Select device kita kat screen PC ni.  Kalau tak keluar tu check USB cable kita dan check balik USB debugging kita dan enable ke belum.

Check Android  dan tick Allow all access from this computer dan Tap Allow USB Debugging. 

Sekarang kita dah berjaya mirror Android ke PC:

 

Ni contoh kalau kita nak display Facebook kita dah set dia full screen:

Contoh kat atas ni, kita boleh tengok facebook page DAFTARTRADEMARK,    di screen PC atau laptop kita.

Mirror Android ke PC

Sekarang kita boleh nak display ke projector macam biasa tanpa ada cable tambahan.

Dah settle ni kita boleh je cabut cable USB ni dan present guna telefon pintar kita sambil jalan-jalan seperti pro 😀

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

 

One Reply to “Mirror Android ke PC dan Buat Presentation Nampak Pro”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *