Digital Disruption

Digital Disruption

Digital Disruption bukan gangguan digital.  Bukan pasal komputer rosak.  Bukan juga pasal TV satelite tak dapat siaran semasa hujan.  Digital disruption adalah gangguan akibat kehadiran, aplikasi atau pengunaan teknologi digital yang merubah keadaan industri dan perniagaan  secara drastik.

Digital disruption berlaku pada hari ini dan akan terus berlaku pada masa depan

Mahu atau pun tidak, ianya telah berlaku kepada banyak industri.   Persoalannya bukan bila, tetapi sama ada kita bersedia atau tidak.  Kita bersedia untuk berubah atau tidak.   Mahukah kita ketinggalan? Ditinggalkan pesaing-pesaing kita yang lebih bersedia dari awal.  Bersedia mengaplikasi teknologi digital daripada segi model bisnes, strategi, operasi dan organisasi secara keseluruhan.

Bentuk Digital Disruption

Digital disruption datang dengan 3 bentuk perniagaan:

(1) New startup berteraskan digital seperti Grab dan Airbnb.  Juga perniagaan berassaskan digital yang telah established seperti Amazon dan WeChat.  Mereka melibatkan diri dalam industri perniagaan sedia ada dengan cara digital.  Grab tidak punya sebarang kenderaan tetapi menyediakan perkhidmatan perkongsian kenderaan yang lebih berdaya saing dan affordable.  Kini mereka melibat diri dalam beberapa industri lain seperti penghantaran barangan dan makanan.

(2)  Perniagaan tradisional memerima pakai cara bisnes digital.  Mereka adopt model bisnes berteraskan digital sebagai kaedah baru meluaskan pasaran.  Contohnya Tesco yang membolehkan kita memesan barangan secara online dan mereka sediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan.

(3) Periagaan yang sudah berjaya dalam satu industri dan melebarkan sayap ke industri yang lain.  Trend memperkasakan perkembangaan perniagaan dengan teknologi digital seperti ini banyak dilihat dengan institusi kewangan seperti bank, insurance dan takaful, dan pelbagai lagi jenis perniagaan.  Seperti Grab, mereka juga mengembangkan perniagaan dalam beberapa industri lain seperti penghantaran barangan dan makanan serta menyediakan kaedah pembayaran yang lebih dikenali sebagai digital wallet dan payment gateway.

Kes Digital Disruption yang Patut Kita Tahu

Mari kita lihat beberapa kes tentang digital disruption di mana kehadirannya boleh mengugat sesuatu industri mahupun perniagaan besar.

(1) Digital Photography dan Kodak

Kes awal kita lihat bagaimana Kodak yang mempunyai nilai berbilion dolar US tunduk kepada tekanan digital photography.  Kita tahu satu masa dulu Kodak merupakan satu perniagaan yang unggul dalam dunia photography.  Kamera filem mereka seperti tiada tandinggan sehinggalah kehadiran teknologi kamera digital.

(2) Uber, Grab dan Industri Teksi

Ini biasa kita dengar keluhan pemandu teksi yang menghadapi saingan dengan perkhidmatan e-hailing.   Kini pengguna kenderaan biasa boleh menyediakan perkhidmatan yang sama dengan kos yang lebih rendah.  Ia juga memberi cabaran dalam pembuat undang-undang  untuk mengawal selia keadaan ini.

(3)Internet dan Media Tradisional

Perkembangan penggunaan Internet melalui komputer peribadi dan telefon pintar menyebabkan rating media tradisional semakin menurun.  Rating TV tergugat dan media bercetak seperti surat khabar dan majalah juga semakin merudum.

(4) Netflix dan Saluran TV Berbayar

Kita juga boleh melihat saluran berbayar seperti Astro dan sebagainya semakin terancam.  Kini kita boleh subscribe Netflix dengan harga yang lebih rendah dan kita boleh tonton pilihan movies dan TV series yang banyak pada bila-bila masa.

(5) Online Payments, PayPal, Institusi Kewangan dan Bank

Kalau dulu transaksi kewangan pasti melibabatkan bank, kini penyedia perkhidmatan seperti PayPal menyediakan pilihan alternatif untuk kita buat pembayaran.  Mungkin benar masih libatkan bank pada masa tertentu, tetapi pada masa yang lain kita punya pelbagai pilihan.

(6) Bisnes Online dan Bisnes Tradisional

Kedai tradisional kita ditepi jalan mungkin menerima pelanggan dari kawasan setempat.  Tetapi kini ianya boleh menerima pasaran yang lebih luas dengan teknologi digital.  Kedai kita mungkin terima tempisanya bila pelanggan lebih suka order barangan secara online tanpa ke kedai lagi.

Apa perlu kita buat?

Digital disruption sememangnya boleh menganggu kepada industri sedia ada jika kita tidak ambil tahu.   Jika kita masih percaya kaedah sedia ada masih yang terbaik dan boleh bertahan.  Jika tidak secara drastik lambat laun kita juga akan terkesan.

Walau bagaimana pun, ia juga adalah peluang yang besar jika kita benar-benar tahu memanafaatkannya.  Apa yang kita perlu lakukan? Kita perlu menghadapinya dengan inisiatif transformasi digital.  Kita perlu berubah dan bersedia dari sekarang.  Paling kurang bisnes kita sudah perlu ada website dan aktif di media sosial.

Apa itu transformasi digital? Nanti kita sembang di lain masa untuk topik yang agak menarik ni..  Selamat maju jaya!

Trend Media Sosial 2019 – Social Media Stories

Social Stories

Kita lihat pula trend media sosial yang sedang meningkat naik pada masa ini  – Social Media Stories.  Ciri baru media sosial ini bakal digunakan secara meluas pada tahun 2019.  Nak tahu apa social media stories ni? Pernah guna Snapchat?  Snapchat merupakan aplikasi telefon pintar yang digunakan untuk berkongsi content multimedia seperti video, teks, gambar dan lukisan melalui aplikasi tersebut.

Trend video pendek Snapchat selama 10 saat yang telah dilanjutkan menjadi 60 saat kini telah mula menjadi ikutan aplikasi lain seperti Instagram Stories, Facebook Stories dan WhatsApp Stories.  Pengguna juga telah mula memanafaatkan ciri baru ini pada platform mereka.  Menurut kajian,  perkongsian format baru ini telah berkembang sebanyak 15 kali berbanding kaedah lama iaitu news feed.

Mari kita lihat penggunaan format baru social media stories buat masa ini:

Jadi apa kesan penggunaan Social Media Stories ini?

Penggunaan desktop bagi media sosial akan semakin berkurangan.  Dengan telefon pintar, pengguna boleh berkongsi moment semasa dengan menggunakan kamera.  Mereka boleh berkongsi melalui gambar dan video.  Bilangan news feed dengan teks panjang juga akan turut berkurangan.

Format video bagi dikongsikan pula dalam bentuk portrait.  Tidak lagi landscape seperti dulu.  Pengguna malas nak tungggang tebalikkan telefon mereka 😀

Cabaran Media Sosial 2019 – Belajar dari Brand Besar

Apa kita perlu lakukan dengan format baru stories ini pada tahun 2019?  Empat (4) daripada lima (5) perniagaan besar telah mula menggunakan stories ini.  Mari kita lihat apa mereka buat.

(1) The Guardian – Mereka dapati content kepada social stories dengan gaya high-level production dan terlalu scripted kurang mendapat perhatian.   Content yang bersifat spontan lebih mendapat sambutan.  Ini adalah berdasarkan pemerhatian mereka terhadap Instagram Stories yang mereka jalankan.

Penyampaian stories melalui younger presenter juga lebih menarik perhatian disamping penggunaan bahasa yang lebih casual.  Hasilnya? The Guardian berjaya menambah bilangan follower dari 860 ribu ke sejuta dalam masa 4 bulan.

(2) WeWork – WeWork menyediakan satu konsep yang bertujuan untuk membina komuniti tersendiri dengan perkongsian ruang kerja.  Ini bermakna kita sebagai entrepreneur atau company startup tidak perlu menyesa ruang bangunan yang lebih mahal.

Instagram Stories mereka memaparkan apa yang sebenarnya berlaku dalam komuniti mereka secara live, daripada suasana bekerja, mesyuarat, pelancaran produk dan sebagainya.  Content mereka adalah berkaitan behind-the-scene yang melibatkan pengguna, pelanggan dan komuniti mereka secara keseluruhan.  Mereka buat orang percaya kepada konsep shared workspaces yang ditawarkan melalui IG Stories ini.

(3) Dunkin’ Donuts – Bisnes besar pertama yang menggunakan  Giphy stickers semasa Valentine Day.  Mereka galakkan pengguna untuk menggunakan 10 Giphy stickers yang mereka sediakan dalam tempoh tersebut bagi IG stories masing-masing.  Hasilnya, ia mendapat jutaan views dan sticker yang paling popular mendapat 6 juta view!

Jadi apa perlu kita lakukan pada 2019?

(1) Experiment – Mula buat experiment dengan penggunaan Stories.  Kalau dah 4/5 brand besar dah start guna, kita pun kena lah guna sama!  Apa nak experiment? Start sharing dengan format ini setiap minggu atau setiap hari dalam masa yang berbeza.  Kaji bilakah masa yang sesuai dan mendapat sambutan.

(2) Content – Kaji juga content yang dapat perhatian.  Yang pasti buat masa ini, live stories tanpa edit lebih dapat sambutan dari yang dirancang dengan skrip tertentu atau bantuan produksi professional.

(3) Stories Highlight – Stories yang biasa akan hilang dalam masa 24 jam.  Kita boleh gunakan feature Highlight ini untuk tempoh stories yang lebih lama.  Sesuai digunakan untuk promosi, kempen pengiklanan dan menggunakan bantuan video produksi professional.

(4) Creative team – gunakan keseluruhan team yang creative untuk hasilkan stories yang berkualiti dengan gabungan video, teks, storytelling dan sebagainya.  Walaupun teknik spontan lebih mendapat sambutan, ia juga perlu dirancang terlebih dahulu dan  dibuat tanpakelihatan begitu scripted.

(5) Struktur stories – kita juga perlukan pelbagai experiment untuk ketahui struktur stories yang mana dapat sambutan.  Mungkin tutorial produk, behind-the-scene tentang budaya kerja syarikat, company event dan sebagainya.

(6) Gunkan UTM – UTM parameters (Urchin Tracking Module) boleh digunakan untuk bantu kita trace performance stories kita.  Boleh check blog ni untuk maklumat lanjut.

(7) Gunakan FB Stories sekarang! Awal-awal FB baru buat ni, gunakan sekarang sebagai early adopters.  Boleh juga setting untuk guna IG stories yang sama.

(8) Experiment dengan Agumented Reality (AR) dan custom GIF.  Ni kita tiru apa Dunkin’ Donut buat.

 

 

 

 

Trend Media Sosial 2019 – Memulihkan Kepercayaan

Trend Media Sosial 2018

Posting kali ini adalah berdasarkan dari Laporan tahunan Hootsuite  berkenaan trend media sosial 2019.  Ini bertujuan untuk menghadapi cabaran bisnes melalui strategi media sosial pada tahun 2019.

Laporan adalah berdasarkan  kaji selidik dan kajian mendalam terhadap 3,225 pelanggan Hootsuite dan industry analyst seperti Edelman, Gartner dan Forrester. Mari lihat isu-isu krisis kepercayaan terhadap sosial media yang berlaku pada tahun 2018.

Kita akan sentuh trend yang pertama iaitu kepercayaan terhadap media sosial yang agak menurun pada tahun 2018.

Trend #1 – Kepercayaan terhadap Media Sosial

Menurut kajian Edelman, 60% pengguna tidak lagi mempercayai company yang menyediakan platform media sosial.  Ponemon Institute, badan kaji selidik bebas media sosial pula menyatakan 66% kepercayaan terhadap Facebook telah menurun.

(1) Skandal Cambridge Analytica – Keadaan ini berlaku akibat dari skandal Cambride Analytica dan Congressional Hearing yang berlangsung terhadap Facebook.  Skandal ini memperlihatkan bagaimana data-data Facebook digunakan bagi tujuan politik bagi mempengaruhi keputusan pilihanraya di UK dan US.

(2) Fake Account – Twitter juga berdepan dengan isu percambahan bot dan akaun palsu di platform media sosial mereka.  Mereka telah menghapuskan lebih dari 10 juta akaun palsu.

(3) Kepercayaan Terhadap Social Media Influencers – Kepercayaan terhadap media dan selibriti influencers juga menurun – akibat apa yang dianggap sebagai age of social skepticism.  Mengapa? Mereka dianggap mempunyai banyak followers palsu atau pun dibeli melalui perkhidmatan tersentu.  

Trend Media Sosial 2019 #1  – Memulihkan Kembali Kepercayaan Terhadap Media Sosial

Jadi apa boleh kita buat bagi menghadapai trend media sosial yang melibatkan krisis kepercayaan ini? Kita boleh belajar dari apa perniagaan yang berjaya diluar sana.  Jika sebelum ini mereka mementingkan reach, kini mereka lebih tertumpu membina engagement yang lebih berkualiti.

Perniagaan besar seperti Adidas dan The New York Times membina komuniti yang lebih kecil tetapi mempunyai hubungan yang lebih rapat dan mempunyai nilai tinggi.   Mereka membina komuniti dan berkongsi content dan kajian yang bersifat insightul.

Sebagai taktik lain, sebagai tambahan dari social media influencers, mereka juga menggunakan tenaga pakar dalaman  sebagai employee advocates.

Kunci utama? Pengguna media sosial lebih mengambil berat kepada siapa mereka berinteraksi dan apa yang mereka kongsikan.  Kalau sebelum ini content adalah penting, marketer hari ini juga mementingkan  context terhadap content yang akan disajikan.

Apa kita boleh belajar terhadap Trend Media Sosial amalan bisnes besar?

(1) When Condé Nast Traveler, penyedia laman web Woman Who Travel bagi niche golongan wanita yang suka travel ke seluruh dunia.  Mereka membina Facebook Group bagi menyediakan platform pelanggan mereka untuk  berinteraksi  di antara satu sama lain.  Hasilnya, menarik lebih 56,000 members dengan 75% aktif setiap hari.  Selanjutnya mereka berkembang kepada lebih 7 publication bagi lebih fokus kepada niche masing-masing.

(2) Adidas sebelum ini menggunakan athlet terkenal bagi membina yang reach yang tinggi.  Bagaimanapun, kini mereka menggunakan approach yang lebih bersifat grassroots.  Tango Squad Program kini melantik athlet muda yang lebih memberi impak kepada niche setempat dan komuiti mereka.  Hasilnya, mereka yang dipanggil micro-influencers ini lebih mendapat kepercayaan dan engagement yang lebih tinggi.

(3) The British Museum mempunyai inisiatif  yang mengalakkan kakitangan mereka untuk  sama-sama aktif dalam media sosial.  Facebook Live digunakan untuk mereka berkongsi koleksi bersejarah musium.  Hasilnya, ia mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari seluruh dunia.

Cadangan Trend Media Sosial 2019 #1 Memulihkan Kepercayaan oleh Hootsuite

Sebagai permulaan, Hootsuite mencadangan perkara-perkata berikut:

(1) Membina branded hashtag sejajar dengan nilai komuniti – Bagi mengalakkan conversation sekitar brand, bina hashtag  yang mudah diingat sejajar dengan nilai komuniti yang kita mahukan.  Contoh, Herschel Supply Co. menggunakan hashtag #welltravelled untuk komuniti yang cintakan travel ke seluruh dunia.  Mereka galakkan pengguna produk berkongsi gambar mereka mengembara dengan produk Herschel.

Hashtag ini tidak semata-mata sebagai product offerings tetapi perkongsian sekitar brand yang mereka gunakan.

(2) Participate dalam Twitter Chats – Twitter chats adalah diskusi awam tentang spesifik hashtag di platform ini.  Ia selalunya digunakan untuk membina komuniti melalui diskusi, bertukar pandangan dan perkongsian terhadap interest tertentu.

Ia perlu dilakukan pada waktu dan topik yang spesifik serta dijaga atau diketuai oleh moderator yang dilantik.  Hootsuite umpamanya menganjurkan Twitter Chats secara bulanan yang berkaitan dengan social media marketing and strategy.

(3) Bina Facebook Group – Selain daripada Facebook Page, kita perlu bina Facebook Group bagi membina komuniti tersendiri.  Facebook group ini bersifat complementary kepada Kepada Facebook page kita.  Facebook page penting untuk memaparkan informasi secara generic, dan Facebook group lebih bersifat niche dalam bidang yang berkaitan.

Kunci utama, membangunkan platform untuk pengguna berkongsi dan berinteraksi satu sama lain.  Moderator diperlukan bagi menjaga keharmonian diskusi.  Elakkan hard sell dalam facebook group dan beri informasi dengan tujuan group ditubuhkan secara jelas.

Next, untuk  lebih pro..

(1) Libatkan micro-influencers dalam strategi media sosial – Kita perlu libatkan mirco-incluencer untuk dapatkan reach dan engagement yang lebih berkualiti.  Mirco-influencer ini juga lebihdipercayai dan affordable kepada bisnes.

(2) Bina secret Facebook group – Secret Facebook group adalah invisible.  Tak jumpa kalau kita search.  Apa tujuan? Untuk ianya kelihatan lebih exclusive kepada members!  Ia juga boleh digunakan bagi tujuan promosi spesial kepada ahli group sahaja.

(3) Jalankan Q&A secara live dengan Facebook Live secara bulanan – Bagi mendapatkan kepercayaan lebih tinggi, kita perlu berkomunikasi secara kerap kepada pelanggan.  Pelanggan akan lebih rasa mereka bercakap secara terus kepada manusia.  Bukan admin mahupun bot.  Gunakan Facebook Live tanpa perlu kos tambahan seperti webminar.

(4) Aktifkan kakitangan syarikat sebagai agen advokasi – Kita boleh gunakan kepakaran sedia ada dari kakitangan bisnes.  Dari yang ahli, hinggalah pemimpin syarikat seperti CEO.  Kita perlu pastikan kakitangan bisnes untuk berkongsi content yang berkaitan dengan brand kita.