Cara Guna WordPress

Cara Pasang WordPress

Mari kita lihat cara guna WordPress yang kita install melalui cPanel pada posting lepas. Recap sedikit, WordPress merupakan Content Management System (CMS) yang boleh kita gunakan untuk urus website kita. Kita boleh jadikan website kita ni sebagai blog, corporate website, laman minisite atau sales letter, landing page dan seterusnya kedai online.

Hello World!

Lepas install melalui cPanel, kita terus boleh buka website kita dengan alamat domain masing-masing dengan contoh https://www.terlolapmato.com.
Nampak? Website kita dengan default posting pertama WordPress akan dipaparkan seperti berikut:

Sekarang, kita dah ada website dengan alamat domain yang kita pilih secara rasmi! Ok, kita teruskan posting kali ini untuk cara guna WordPress ni.

Login ke admin interface

Gambar kat atas ni adalah website kita.  Untuk manage content di website ni, kita kena masuk ke admin interface atau dashboard dia.   Alamat admin interface:

https://<alamat-URL-website>/wp-admin

Contoh:

https://www.terlolapmato.com/wp-admin

Sekarang kita bolehlah masukkan username dan password yang kita set masa install hari tu:

Tekan butang “Log In” to dan masuk:

Boleh set atau masukkan Privacy Policy kemudian hari.   Hari ni kita klik je “Dismiss”. Inilah admin interface atau antaramuka web yang kita akan gunakan untuk urus content website ni:

Kat sini dia ada bagi tau macam mana nak tukar rupa website kita melalui theme yang kita boleh tukar kemudian.   Untuk makluman WordPress adalah dalam bentuk blog secara default lepas kita pasang.

Kemudian, ada juga arahan macamana nak tulis content atau posting, lihat website kita, urus menu dan sebagainya.  Kita juga boleh tulis draft untuk posting di website kita.

Sebelah kiri tu kita ada banyak menu yang boleh kita browse through.  Boleh cuba-cuba untuk klik.

Hari ni kita nak mula buat posting pertama untuk website kita dalam artikel cara guna WordPress ini.

Cara lihat posting yang ada

Kita tengok menu sebelah kiri tu, klik pada “Post -> All Posts”:

Sekarang, keseluruhan posting yang ada dalam website kita akan dikeluarkan dalam bentuk table:

Ingat tak masa kita buka website tadi? Ada posting “Hello World” kat sini la content dia.  Kita boleh edit, hapus atau pun view.   Ini boleh dilakukan dengan klik link-link tu..

Buat posting atau content baru

OK, refer gambar yang sama  atas ni,   sebelah atas ada “Add New”. Cuba klik, nanti dia akan keluar halaman kita nak buat posting baru macam ni:

Sekarang kita boleh buat posting baru dengan masukkan tajuk dan isi kandungannya sekali:

Formatting

Dalam posting cara guna WordPress ni, kita boleh juga format isi kandungan yang kita nak.  Sama je macam Microsoft Word.  Kita boleh setkan font kita sebagai bold atau italicNumber, bullet, paragraph sebelah kiri, center atau pun kanan.

Kita juga boleh set kan heading dia ikut cita rasa masing-masing.  Mark dekat bahagian teks yang kita nak tukar, klik “Paragraph” kat atas tu dan tukar ikut kesesuaian:

Kita tukar kepada “Heading 1”:

Kita tukar pula untuk “Heading 2”:

Simpan Draft dan Preview

Bila-bila masa kitab oleh simoan draft yang kita tulis ni dan boleh preview:

Set Kategori

Kita juga boleh set kan kategori bagi posting yang kita tulis ni.  Ni contoh kita letak sebagai kategori “Umum” dengan klik “Add New Category”. Boleh juga bina sub-category dengan masukkan “Parent Category” yang berkaitan.  Parent Category ni kategori yang kita dah bina terlebih dahulu.

Publish

Kalau dah siap, kita boleh publish posting kita ni.   Kalau dalam bentuk Draft, hanya kita yang boleh baca dan preview.  Kalau dah publish, semua orang dah boleh baca kat website kita.  Sekarang,  klik butang “Publish” seperti gambar di atas sebelum ni.   Mesej “View Post” akan dipaparkan tanda ianya kini boleh dilihat.

Klik “View Post”:

Kita juga boleh buka website kita (Contoh: https://www.terlolapato.com) dan ia juga akan dipaparkan:

Kini siaplah posting kita yang ke-dua, sebagai tambahan dari posting asal “Hello World!’”.  Dapat tak?

Kembali ke Dashboard

Bila-bila masa kita boleh kembali ke Dashboard atau admin interface dengan klik dibahagian kiri sebelah atas dan klik “Dashboard”.   Ini kita boleh lakukan selagi kita belum “logout” dari admin interface ni.

Sekian sahaja posting berkenaan Cara Guna WordPress kali ni.  Kita jumpa lagi di posting yang lain!

Nota:

  1. Posting ini adalah sebahagian dari siri Cara Buat Website Sendiri Sambil Minum Kopi Secawan Dua 
  2. WordPress ini dipasang menggunakan cPanel dengan Web Hosting ServerFreak.

Cara Pasang WordPress di cPanel

Cara Pasang WordPress

Kali ni kita nak setup WordPress untuk gunakan di web hosting yang kita langgan hari tu.  Apa WordPress ni? WordPress adalah Content Management System (CMS).  Kita boleh update content website kita dengan mudah dengan adanya CMS ni.  Nak buat posting baru, update atau hapus content sangatlah mudah.

Satu masa dulu..

Kalau nak tau, satu masa dulu masa Internet baru nak up, content kena edit dalam bentuk kod sumber HTML.  Dah buat or update, kena lah upload ke web server.  Dengan adanya CMS ni, tak payah dah fikir.  Web server pakai apa pun tak perlu nak seibuk-sibuk sangat.

Kenapa nak pakai WordPress?

Betul tu.. kenapa? Kan ada banyak CMS lain macam Joomla!, Drupal dan lain-lain lagi?  Terpulang nak pakai apa.. tapi kan,CMS ni paling mudah nak guna.  Kalau rasa tak thrill guna CMS ni boleh lah cuba yang lain.

So untuk posting kali ni, kita nak cerita macam mana nak setup WordPress di cPanel ni ya.

Step-by-step Setup WordPress di cPanel

Mari kita tengok langkah-langkah setup di cPanel ni dengan 5 langkah mudah.  Yang ni kita pakai contoh dari web hosting ServerFreak.  Kalau pakai web hosting lain, mungkin lain sikit.  Tapi tak jauh sangat lah.  Konsep dia sama je…

(1) Login ke cPanel

OK mari login seperti biasa ke interface cPanel.

https://<alamat-URL-website/cpanel

Contoh:

https://terlolapmato.com/cpanel

(2) Cari bahagian Softaculous Installer

Selepas berjaya login, terus scroll ke bahagian bawah cPanel, dari cari SOFTACULOUS APPS INSTALLER:

Install WordPress

Klik kat Softaculous Apps Installer tu.

Kadang-kadang di langkah (2) ni, terus ada gambar WordPress di bawah tajuk SOFTACULOUS APPS INSTALL ni.  Boleh terus klik icon WordPress dan skip terus ke langkah (4).

(3) Cari WordPress

Lepas klik nanti dia keluar macam ni:

Mouseover atas logo WordPress tu, nanti dia keluar macam ni:

Klik button install tu.. nanti dia keluar lah bahagian install dan apa yang kita perlu configure:

(4) Setup & Configure

Sekarang kita boleh masukkan parameter berkaitan dengan CMS  yang nak kita pasang.  Masukkan versi paling baru, contoh di sini versi 5.0.3.

Next, masukkan protocol, boleh pilih https://  (contoh untuk capai seperti https://terlolapmato.com) atau https://www untuk capaian seperti https://www.terlolapmato.com.

Kalau kita pilih https://www ni, contoh bila kita nak access https://terlolapmato.com pun dia akan redirect ke https://www.terlolapmato.com.

Untuk InDir tu biarkan kosong.  Kecuali kita nak letak path lain disitu.  Contoh kalau kita letak ver1, nanti bila nak access website, dia akan jadi https://www.terlolapmato.com/ver1.  So biarkan kosong.

Contoh:

Ok scroll bawah sikit… Masukan nama website & description dia:

Masukkan password untuk user admin dan language:

Masukkan plugin yang nak kita pasang sekali:

Limit login attempt ni nak elak hacker teka-teka password kita banyak kali.  Classic Editor ni siapa yang dah biasa guna editor ni susah nak guna editor baru.

Next, select theme.  Boleh tengok theme nak guna atau tak perlu install.  Nanti kita cerita lain hari pasal theme ni.  Theme ni akan tentukan rupa website kita lah lebih kurang.  Lawa atau huduh hehe..

Ok siap configure dah. Mari klik button Install tu..

Lepas tu klik button Install tu, dia akan terus install..

(5) Siap!

Sekarang dah siap setup  bila dapat mesej macam ni:

Sekarang boleh test!  Masuk website dengan alamat domain yang kita guna. Contoh: https://www.terlolapmato.com:

Ini pulak admin interface untuk kita manage website dan content dia.  Next posting  kita sembang macam mana nak guna WordPress.

Ini saja dulu posting cara setup di cPanel.  Sehingga berjumpa lagi di lain posting untuk cara kita guna WordPress.

Setup SSL

Setup SSL

Harini kita layan macam mana nak setup SSL.  SSL ni perlu untuk  tambah tahap keselamatan website kita seperti  dalam posting lepas. Dah setup SSL ni baru lah kita boleh guna HTTPS untuk access website kita.  Bila dah guna, selamatlah sikit.  SIkit je tau.. nak lagi selamat lagi banyak benda kena buat.  Salah satu, upah kawan-kawan yang pakar buat security testing kat website kita.  Tengok boleh hack ke tidak.

OK kita sambung cerita macamana nak setup SSL ni…

Cara Setup SSL di cPanel

Mari kita setup SSL ni step-by-step.

(1) Login ke cPanel

Mula-mula kena login kat cPanel kita, buka browser:

http://<alamat-URL>/cpanel

Contoh:

http://terlolapmato.com/cpanel

Masukkan login & password secukup rasa dan masuk ke bagahian cPanel.

(2) Gunakan fungsi Lets Encrypt SSL

Terus scroll ke bahagian SECURITY bila  selesai login.

Nampak tak ada Lets Encrypt SSL di situ? Sila Klik.

Sekarang cPanel akan display fungsi Let Encrypt SSL untuk kita install certificate dan setup SSL pada website kita:

Kita tengok gambar kat atas ni, masa ni belum ada satu pon domain website kita yang kita dah install certificate.

(3) Issue a new certificate

Scroll bawah sikit, kita tengok ada “Issue a new certificate“:

Sekarang kita nampak ada domain kita kat situ.  Dalam kes ni, terlolapmato.com.  Apa lagi, kita klik link  +Issue kat sebelah domain kita tu.  Nanti dia keluar macam ni untuk setup SSL dan certificate tu:

Sekarang kita klik je semua tick kat Include? tu.  Guna default http-01 untuk option kat bawah tu.  Dan seterusnya klik button Issue tu..

Tadaaa.. siap dah kita install certificate & configure SSL.  Klik link “Go Back” untuk periksa.

(4) Semak status SSL certificate lepas Setup SSL 

Sekarang kita boleh semak SSL certificate dah dipasang dengan jayanya di website kita:

(5) Testing

Dah siap install, boleh lah kita test dengan web browser.  Masuk je alamat https://<alamat-URL> website kita.  Contoh: https://terlolapmato.com

Wohoooo dah siap kita setup SSL dan boleh guna HTTPS yang lebih selamat.  Jumpa lagi!

Beza HTTP vs HTTPS

Beza HTTP dan HTTPS

Posting kali ni nak sentuh pasal beza HTTP vs HTTPS.  Fungsi HTTPS ni nanti kita setup di website kita.  Kalau perasan masa kita nak buka laman web di browser, kadang-kadang kita letak HTTP atau HTTPS di depan alamat dia.  Betul tak?  Contoh kat blog ni, kita boleh buka website dengan HTTP & HTTPS di depan alamat:

http://terlolapmato.com

https://terlolapmato.com:

Nampak tak beza dia? Teruskan membaca …

Beza HTTP vs HTTPS

HTTP ni merujuk kepada HyperText transfer Protocol.  HTTP ni secara default akan digunakan oleh website kita.  HTTPS pula Secure HyperText Transfer Protocol.  Kata kunci dia adalah SECURE iaitu selamat.  Dengan HTTPS, website kita lebih selamat.  Selamat dari segi connection dari web browser kita ke server.  Macam ni.. Bila kita access website dari browser,  komputer kita akan buat sambungan dari network kat rumah kita, masuk ke Internet Service Provider, network provider lain, sehinggalah ke website kita.

HTTP

Sambungan biasa HTTP ni tak selamat kerana teknologi lama yang digunakan bersifat plain text.  Jadi dari setiap sambungan tu, hacker boleh baca isi kandungan dia dengan tools tertentu.  Kandungan yang boleh dibaca, termasuklah user ID dan password kita!  Tu belum lagi kalau ada informasi tentang kredit kad dan macam-macam lagi!

HTTPS

HTTPS  pula lebih selamat kerana kandungan data yang kita transfer dari web browser kita ke server melalui proses dengan teknologi yang dipanggil cryptography.  Teknologi ni akan tukarkan data plain text kita ke bentuk yang sukar dibaca oleh manusia.  Proses ini dipanggil sebagai Encryption.   Kandungan trafik ini kemudian ditukar kembali dalam bentuk asal di web browser kita. Contoh, plain text:

CENDAWAN GORENG TERLOLAP MATO

Lepas proses Encryption:   Zf7SJR1+2rGEr2+XZS9hn43FOn2GyIXnXo2CnF6VnaU=

Amacam boleh faham tak teks tu bila dah encrypt?  Teruskan baca pasal HTTP vs HTTPS ni..

Selamat ke website kita dengan HTTPS?

Boleh dikatakan sambungan dari  web browser pengguna ke website agak selamat.  Tapi website kita ni ada isu-isu keselamatan lain yang mungkin boleh kena hack.  Contohnya dia, password kena lah kukuh di mana tak mudah orang lain untuk teka. Setup HTTPS ni penting untuk salah satu tujuan keselamatan website,, tapi banyak lagi perkara penting lain ya.  Yang lain-lain tu kena dapatkan nasihat yang pakar dalam bidang ni…

Macamana nak dapat HTTPS ni?

Website kita kena ada teknologi yang dipanggil SSL atau TLS, barulah boleh guna HTTPS ni.  Biasanya kita boleh subscribe dengan kadar tahunan.  Dah expired nanti kita renew lagi.

Mahal tak nak setup SSL ni?

Kos dia tergantung kepada provider web hosting.  Ada yang kena bayar, ada yang termasuk dalam kos masa kita subscribe web hosting tu.  Macam dalam artikel aritu, ServerFreak guna Lets Encrypt SSL dan ianya FREE! So macam mana nak setup SSL dan HTTPS? Nanti kita sambung selepas artikel beza HTTP vs HTTPS ni 😀

Digital Business Model bagi Menghadapi Digital Disruption

Digital Business Model

 

Sebelum kita bincang tentang dital business model, kita sedia maklum digital disruption telah menjadi satu cabaran kepada environment bisnes hari ini. Ambil tahu, rancang dan buat tindakan tentangnya bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan bisnes.

Kita orang bisnes perlu buat penilaian terhadap ancaman dan risiko digital disruption serta cuba memahami peluang yang ada. Kita juga perlu memulakan merancang pelbagai options untuk bisnes masa hadapan.

Model bisnes dan digital

Jadi bagaimana kita mahu hadapi kehadiran digital disruption ini? Kita perlukan satu bisnes model yang boleh diguna pakai.  Kita perlukan framework yang mudah untuk kita fahami.

Mari kita berkenalan dengan Digital Business Model Framework yang dicadangkan oleh P. Well dan S. L. Woerner, MIT Sloan. Digital business model ini dibangunkan berdasarkan kajian terhadap 50 perniagaan besar selama 5 tahun.

Mereka juga telah jalankan 6 kaji selidik dan interview terhadap lebih 1000 syarikat bagi tujuan ini.  Hasil kajian ini telah diuji terhadap banyak perniagaan terpilih secara global.

Digital Transformation

Berdasarkan kajian, perniagaan yang telah berjaya lakukan transformasi dalam ekonomi digital mempunyai cara tertentu untuk hasilkan value proposition baru yang bersifat persuasive melalui customer experience – secara digital.

Transformasi digital ini bukan hanya merujuk kepada teknologi digital. Teknologi digital seperti internet, sosial media, aplikasi mobile, analytics, cloud dan sebagainya sememangnya dilihat sebagai agen perubahan.

Hari ini, boleh kita katakana hampir semua perniagaan pasti menggunakannya.  Tetapi ianya hanyalah sebagai vehicle dan tidak semestinya memberikan sebarang competitive advantage kepada perniagaan.  Ada Facebook page dan Instagram sahaja tak mencukupi. Kan?

Kuncinya adalah, membezakan bisnes kita dengan menawarkan sesuatu yang baru dan menarik – secara digital.  Proses ini kemudian dirujuk sebagai “creating the next-generation enterprise” dan ianya memerlukan Digital Business Model Framework.

Digital Business Model Framework

Digital business model yang dicadangkan ini mempunyai 2 x 2 dimensi frmework.  Ia mempunyai 4 digital business model didalamnya.

Mari kita lihat model bisnes digital ini secara ringkas :

1) Supplier – pembuat produk yang kemudian menjual barangan mereka kepada perniagaan lain. Contoh, pengeluar barangan eletrik seperti Samsung, Sony & LG.

2) Omnichannel – menjual produk melalui pelbagai channel atau saluran. Contoh: IKEA yang mempunyai gedung jualan yang besar dan Gedung online dalam masa yang sama.  Begitu juga Mr. DIY dengan model bisnes yang sama.

3) Modular producer – penyedia produk atau perkhidmatan yang bersifat ‘plug-and-play’ begi kegunaan bisnes lain dan juga pengguna. Contoh, penyedia perkhidmatan payment gateway untuk pembayaran seperti Paypal, BillPlz dan SenangPay.

4) Ecosystem driverorganizer kepada satu ecosystem, sediakan platform untuk memberikan nilai kepada peserta, menjadi destinasi pemilik bisnes dan pelanggan dalam satu tempat, pastikan customer service yang hebat, tawarkan produk complementary dan competitor dalam masa yang sama! Contoh: Amazon, Alibaba, Lazada dan Shopee.

Posting berikutnya nanti kita bincang lebih mendalam tentang digital business model ini.  Contohnya, supplier dan modular producer dicadangkan sebagai ‘less familiar with customers’ berbanding omnichannel dan ecosystem driver.   Umpamanya, walau pun perniagaan seperti IKEA menggunakan perkhidmatan PayPal, PayPal tidak mempunyai maklumat lengkap tentang barangan yang dibeli oleh pengguna di IKEA.

Sampai jumpa lagi posting berikutnya.  Selama maju jaya!

Transformasi Digital

Transformasi digital bukan hanya tertumpu kepada  teknologi digital,  tetapi lebih kepada perubahan.  Perubahan bukan hanya kepada kemungkinan sama ada ia akan berlaku atau tidak, tetapi persoalannya adalah bila dan bagaimana?

Perubahan seperti mana?

Bagaimanakah perubahan yang dimaksudkan dengan transformasi digital?   Contoh mudah, ia bermula dengan perubahan paradigma.  Perubahan dengan bagaimana cara kita berfikir.

Kita tidak pergi ke bank untuk saja-saja membuat transaksi.  Tidak juga untuk membuat pinjaman.  Tetapi kita pergi ke bank untuk membeli rumah!  Permohonan untuk membuat pinjaman secara online untuk membeli rumah pastinya memudahkan pengguna – secara digital.

Digital Disruption

Sejajar dengan era ekonomi digital & digital disruption, bisnes tidak akan mampu bertahan dengan cara lalu.  Cara lama yang membuah kejayaan tidak akan dapat menjamin kejayaan masa depan.  Begitu juga dengan hanya kemas kini  atau upgrade serba sedikit cara lama pengurusan bisnes.

Pernah dengar tentang Kodak, BlackBerry atau Nokia? Apa terjadi kepada mereka?  Nama besar ini terkenal dengan kejatuhan bisnes masing-masing di era digital.   Mereka gagal menghadapi keadaan yang dipanggil digital disruption.  Mereka gagal dalam menguruskan transformasi digital masing-masing.

Digital dirsuption ini sememangnya menganggu perjalan bisnes segala jenis industri.  Tak kiralah industri kewangan, retail, telekomunikasi, pengangkutan, fesyen dan sebagainya.

Terganggu ke tanpa transformasi digital?

Nokia, BlackBerry dan Kodak dan digital disruption boleh dianggap klasik.  Kita lihat isu-isu terkini bagaimana bisnes Amazon menganggu jualan retail fesyen bagi department store dan pelbagai outlet fesyen lain.  Uber dan Grab pula ganggu gugat pemandu teksi di seluruh dunia.  Transaksi melalui PayPal mengambil alih peranan bank dan sebagainya.

Kalau kita tak berubah sekarang, pastinya bisnes kita juga lambat-laun akan menghadapi masalah yang sama.  Mungkin kita anggap kedai kecil kita ditepi jalan tak perlu kepada perubahan ini.  Tetapi hakikatnya kita bersaing dengan bisnes yang sudah memulakan transformasi digital.

Kedai makan umpamanya, kini bersaing dengan kedai-kedai makan lain yang sudah bermula aktif dengan media sosial.  Mereka ada website dan sudah berjinak-jinak dengan Search Engine Optimization.  Mereka gunakan sepenuhnya aplikasi WhatsApp, Facebook page dan FBAds.

Mereka juga sediakan khidmat pesanan makanan dan penghantaran melalui perkhidmatan pihak ketiga seperti Food Panda dan Grab Food.  Disaat orang lain ambil order guna tab melalui sistem POS dan tablet, kita masih lagi tulis kat kertas.  Kita masih mahu duduk diam?

Reinvent dan buat perubahan

Apa perlu kita buat?  Jawapan mudah.  Kita perlu berubah!  Bisnes besar mahu pun kecil perlu untuk reinvent dan merubah secara total cara kerja bisnes mereka.  Perubahan secara menyeluruh perlu kepada, organisasi, struktur, kompetensi, budaya kerja perniagaan dan juga model bisnes.  Kita perlukan transformasi digital secara menyeluruh.

Jawapan ini nampak mudah.  Tetapi bagaimanakah perlaksanaanya? Tak mudah bukan?  Kita perlu bermula dari sekarang walaupun tidak begitu mudah dan sangat mencabar.   Nak bermula dari mana? Mulakan dengan menambah ilmu, cari guru dan mentor.   Rujuk kepada yang pakar dalam bidang transformasi digital ini.  Mulakan dengan membawang tentang transformasi digital lebih dari membawang tentang perkara lain yang kurang faedah.

OK!  Sekian sahaja posting singkat tentang transformasi digital ini.  Kita jumpa di lain masa dengan bagaimana untuk berhadapan dengan digital disruption ini.  Selamat Maju Jaya!

Setup Email dengan Alamat Domain Sendiri

setup email dengan alamat domain sendiri

Nak setup email dengan alamat domain sendiri? OK memang kita dah ada banyak akaun email. Gmail, Outlook, Yahoo dan sebagainya.  Apa kata kita ada alamat email sendiri.

Cuba bayangkan, kita dah ada website dengan alamat www.terlolapmato.com.  Lepas tu kita guna alamat email nazri@terlolapmato.com.  Amacam?  Nampak lebih pro dan established tau.  Bagus juga untuk tujuan branding.  Consistent.

Jadi macaman nak setup email dengan alamat domain sendiri?

Pertama, hari tu kita dah langgan web hosting dan alamat domain atau DNS.  Bila dah langgan, secara automatik kita dah ada kemudahan nak setup email ni.  Sebab tu amatlah digalakkan untuk sewa dari web hosting provider macam ServerFreak dan Exabytes ni.  Dah ada dalam pakej sekali.

Guna cPanel

Kedua, kita akan gunakan cPanel untuk setup email dan urus email untuk alamat domain yang dah kita langgan hari tu.  Check posting  ni untuk tau serba sedikit tentang cPanel:  Berkenalan dengan cPanel.

Sekarang masuk ke cPanel dengan alamat:

http://alamatdomain/cpanel

Contoh:

https://terlolapmato.com/cpanel

Sila login dengan username dan password bagi akaun web hosting kita ni.

Ketiga, dah login scroll ke bawah terus ke bahagian untuk setup email:  EMAIL.

Tambah akaun email

Keempat, kita sekarang nak tambah atau bina email akaun baru.

Bawah tu, klik menu “Email Accounts”…

Dan kita akan nampak tab “Add Email Account” di situ.  Masukkan dalam form ni alamat akaun email dan password yang kita nak gunakan.  Part password ni dia akan guide sampai ianya kukuh (strong).

Set juga quota yang diperlukan bagi akaun email ni.  Default dia set 1 Gb.

Klik “Create Account” untuk bina email akaun ni.  Nanti nak tambah guna juga dengan cara yang sama ya!  Dah klik nanti dia display macam ni…

Urus email akaun

Kelima, klik tab “Email Accounts” untuk kita urus akaun email kita.  Ni kalau kita nak tuka quota, suspend akaun email pengguna atau pun nak delete kalau dah tak nak guna.

Access email melalui web

Keenam, kita klik tab sebelah tu, “Default Email Account“.    Ni kita nak access Webmail.  Dalam masa yang sama kita nak configure kaedah access dan jenis webmail yang nak kita guna.

Next, klik “Access Webmail” tu ya..

Tengok gambar kat atas ni.  Lepas ni setiap masa kita nak baca email, boleh acess di:

https://alamatdomain:2096

Contoh:

https://terlolapmato.com:2096.

Klik link tu atau “Go to Secure Webmail Login” kat bawah dia.

Sekarang boleh login dengan akau email dan password yang kita tambah sebelum ni.  Pastikan alamat penuh email digunakan sebagai login.  Contoh, nazri@terlolapmato.com sebagai Email Address.

Configure Webmail

Ada 3 pilihan webmail yang kita boleh guna.  Yang ni kita boleh pakai “roundcube” dan set sebagai default.  Boleh cuba lagi dua tu dulu dan tengok kita suka yang mana.

Dalam contoh ni, “roundcube” akan kita set sebagai default.  So, klik “Set as Default” macam kat gambar bawah ni:

Dah klik nanti kita nampak:

Next, klik gambar roundcube tu untuk mula guna webmail:

Access Webmail

Sekarang kita dah boleh access webmail!  Silalah test baca email pertama kita yang dihantar masa kita buat akaun tadi.

Sekarang boleh test hantar email pulak..

Tekan “Send” untuk hantar email.  Pergi check. Dapat tak? Best kan?

Urus identiti dan Signature

Ok yang ni kita nak manage sedikit alamat email kita.  Yelah tadi dia display alamat email je.. Sekarang kita nak le ada nama penuh dan signature.  So klik “Settings” sebelah atas kanan tu… Dan seterusnnya klik “Identities“.

Klik kat alamat email tu, aan isi form ni mengikut kesesuaian kita ..

Last sekali tekan “Save“.

Sekian sahaja posting tentang setup email guna alamat domain sendiri ni.  Lain-lain boleh la explore sendiri kan.  Klik je sana sini :-D.

Sila share posting ni kat kawan-kawan dan Selamat maju jaya!

Berkenalan dengan cPanel

Mari kita berkenalan dengan cPanel.  Mana datang cPanel ni?  cPanel ni kita dapat lepas kita langgan web hosting dan DNS sebelum ini.

Apa guna cPanel ni?

Nak bekenalan dengan cPanel ni tentulah kita nak tahu apa benda alah cPanel ni dan apa guna dia kan.. cPanel atau singkatan control panel, merupakan web based interface untuk memudahkan kita memasang dan menyenggara web, DNS dan email yang kita langgan sebelum ini.

Untuk makluman, kalau kita install server sendiri, kita nak pasang kompunan-komponen ni selalunya manual.  Guna command line.  Pening nak hafal command-command ni.   Jadi untuk memudahkan kerja,  graphical user interface  (GUI) yang disediakan.  cPanel pula beri lebih kemudahan di mana kita boleh pasang dan senggara dengan capaian web.

So macam mana nak access?

Lepas beberapa jam biasanya kita dah boleh access melalui nama domain yang kita tempah.  Dalam contoh posting kali ini, kita boleh access ke:

http://www.terlolapmato.com/cpanel

Nanti dia keluar macam ni:

Nota:
Klik untuk imej yang lebih besar.

Periksa balik emel yang kita terima masa langgan web hosting haritu.. Login dan password turut disertakan dalam emel tersebut:

Kat dalam emel ni ada dinyatakan alamat sementara kalau DNS belum sepenuhnya terpasang.

OK masukkan login dan password yang kita dapat dalam email tu.. Kalau dah berjaya nanti dia keluar macam ni:

Sekarang kita dah berjaya login.  Apa nak buat? pertama sekali kena tukar password tulah.  Pastikan password kita kukuh.  Kukuh macam mana? Jiran sebelah rumah atau kawan kat office tak boleh senang-senang teka apa password yang kita pakai.  Kalau password “qwerty” atau “abc123” atau “123456” atau yang dekat-dekat macam tu, tak payah lah guna..

Nak tukar password, klik dibahagian macam gambar ni:

Masukkan password yang lama, dan tukar password baru:

Ada indicator “Strength” untuk beri tahu password kita itu kukuh atau tak.  Kalau strong tu kemungkinan jiran sebelah rumah tak boleh teka password kita.  Klik “Change your password now!” untuk tukar password.

So apa cPanel ni boleh buat?

OK kita tengok balik masa lepas login tadi..

Kat sini kita ada file manager untuk kita uruskan fail-fail yang ada dalam web hosting kita ni.  Tengok je dulu.  Jangan gatal tangan pi delete pulak 😀

Kat situ pon ada ciri-ciri yang boleh kita gunakan untuk set privacy untuk direktori (folder), kita boleh buat backup web hosting dan wujudkan ftp account untuk kita upload atau download fail gunakan teknologi FTP.

Bawah tu ada features untuk kita tengok dah bayar bill ke belum.  Kita juga boleh open ticket untuk bantuan dari company web hosting ni.

Next?

Kita sambung berkenalan dengan cPanel dengan ciri berikutnya iaitu kita boleh guna untuk urus pangkalan data (database), urus DNS (tambah, ubah atau buang domain atau sub-domain) dan urus email kita.  Contoh? Nak ada alamat email sendiri macam nazri@terlolapmato.com tak?  kat sini la kita configure.  Ni kita cerita lain masa lah ya..

Metrics, Security & Software

Metrics tu macam kalau kita nak periksa error log dan statistik sapa yang access ke website.  CPU yang kita gunakan dan concurrent usage pon ada sini.

Next.. ada Security.  Ni untuk keselamatan website kita lah nanti.  Lepas tu ada cara kita nak setup SSL.  Bawah tu pulak ada software yang ada dalam web hosting ni.  nantilah kalau kita ada gunakan software-software ni kita cerita.  Tak selalu gunapun sebenarnya.

Advanced, Preferences, Softacolus Apps Installer

Yang ni pulak kita akan guna Softculuos App Installer ni untuk kita install macam-macam.  Yang utama nanti kita akan install WordPress untuk buat website kita.

Bawah-bawah (atau sebelah tepi bergantung kepada resolution screen) tu ada info-info dan statistik yang berkaitan dengan web hosting kita ni.  Boleh browse sendiri 😀

Ok sekian dulu topik berkenalan dengan cpanel ni.  Nanti kita sentuh yang berkaitan je ya.  Lain-lain boleh explore sendiri.

Selamat maju jaya!