Beza Posts vs Page

Beza Post vs Page WordPress

Posting kali ni kita akan sentuh tentang beza post vs page WordPress.  Ingat tak pasal cara buat posting sebelum ni?  Boleh refer ke posting Cara Guna WordPress untuk recap balik semula 🙂

Dalam posting tu kita buat beberapa posting dan bila klik di posting yang berrtajuk “Posting ke Dua”  ia akan dipaparkan seperti berikut:

Kandungan atau content yang dipaparkan ini adalah sebahagian dari “posts” yang kita buat.

Jadi apa dia Page ni?

Selain dari Posts, kita juga boleh membuat content melalui Page.  Kalau posts sentiasa perlu kita buat baru dari semasa ke semasa, Page pula bersifat kekal.  Contoh paling mudah kalau kita browse website pihak lain, kita akan lihat menu “About Us” dan “Contact“.

Maklumat ini biasanya tidak selalu berubah berbanding content pada postsContent pada posts perlukan kita update dan tambah secara consistent.  Istiqamah 🙂

Beza Post vs Page WordPress

Mari kita lihat perbezaannya:

  1. Post bersifat sementara dan perlu update dan tambah seperti berita.  Page bersifat kekal lebih lama dan hanya perlu ubah atau update berdasarkan keperluan;
  2. Post pada website akan dipaparkan bersama pengarang (author), tidak pada Page;
  3. Post punya tarikh ianya diterbitkan, tetapi page tiada;
  4. Post boleh dipisahkan dengan kategori, page pula menggunakan konsep parent & child dalam bentuk hierarki.

OK, lihat gambar post di atas dan kemudian nanti bandingkan dengan terus mebaca tentang beza post vs page di WordPress ni..

Membuat Page di WordPress

Sekarang kita akan buat page pertama dalam WordPress:

(1) Access ke Dashboard

Mula-mula kita access dashboard seperti biasa.  Gunakan login dan password yang kita set sebelum ni.

(2) Klik menu Pages -> Add New 

Window bagi membuat content pada page akan dipaparkan:

Beza Post vs Page di WordPress

(3) Isi kandungan atau content yang berkaitan

Di sini kita boleh mula untuk taip content pada page ni.  Kita boleh masukkan tajuk, ubah permalink dari yang asal diberi jika terlalu panjang (atau URL kepada page ini) dan seterusnya isi kandungan yang berkaitan.  Contoh:

Boleh juga set sebagai child kepada parent (page lain yang telah dibuat sebelumnya).  Dalam kes ni kita belum ada page lain… so abaikan dulu.  Nanti boleh cuba sendiri dengan buat page lain dan setkan page ini sebagai parent dia.

(4) Edit dan Terbit

Boleh “Save Draft“, “Preview” atau Tekan butang “Publish” di sebelah kanan setelah selesai.

(5) View Page

View page dengan permalink yang kita set tadi atau guna link view yang diberikan.  OK siaplah page pertama kita dengan paparan seperti berikut:

Nampak tak beza post vs page WordPress ni.  Tiada author dan date dipaparkan berbanding dengan post di gambar atas sekali tadi.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

Cara Pasang WordPress Theme

Cara Pasang WordPress

Kita sambung posting kali ini dengan cara pasang theme WordPress di website yang kita subscribe dengan ServerFreak haritu.  Theme WordPress ni apa?  Ingat tak kita punya website aritu lepas kita pasang WordPress rupa dia macam mana?  Macam ni kan..

Sebenarnya rupa bentuk ni boleh diubah dengan kita pasang theme yang kita pilih.  Banyak theme WordPress diluar sana.  Ada yang berbayar, dan ada pulak yang free.  Tapi biasalah.. yang berbayar rasanya lebih menarik dan lebih banyak pilihan.  Cara nak guna pula lebih mudah.

Posting cara pasang theme WordPress kali ini akan terangkan serba sedikit bagaimana nak tukar theme  ni.  Tukar theme untuk nampak lebih menarik.  OK mari kita layan..

(1) Login ke admin interface

Macam biasa, nak buat apa-apa perubahan konfigurasi atau potsing kita kena login ke admin interface.  Contohnya kena lah buka https://terlolapmato.com/wp-admin.   Korang kena la login ke website masing-masing..

(2) Masuk Dashbord dan buka menu Appreance

Masuk Dashboard -> Appreance -> Themes

Nanti dia keluarlah pelbagai theme yang telah sedia terpasang secara default.  Kat dalam contoh ni secara default dah siap terpasang Theme Twenty Sixteen, Twenty Seventeen dan Twenty Nineteen:

(3) Preview Theme

Nak tengok rupa theme yang ada ni, boleh je klik button “Live Preview” tu.

(4) Pilih & Configure Theme

Katalah kita nak pilih theme “Twenty Seventeen” ni, kita mouse over atas theme tu, dan klik kat “Theme Details” atas setiap theme tu.  Kat sini lah kita boleh configure settings pada theme yang dipilih:

Kaedah configure settings ni mungkin berbeza mengikut theme yang digunakan.

Contoh theme “Twenty Seventeen” ni memerlukan untuk kita configure Site Identity, Colors, Header Media, Menu, Widgets, dan Hompage Settings.  Kita tengok satu persatu.

Pertama, Site Identity:

Kat sini kita perlu masukkan “Title” dan “Tagline” website:

Kedua, warna yang nak kita gunakan pada website:

Bolehlah pilih ikut kesesuaian dan selera kita:

Ketiga, Ni pulak untuk gambar yang akan dipaparkan pada header.  Theme ni benarkan kita tukar gambar atau video sebagai header website:

Tekan “Add New Image” untuk upload dan tukar gambar lain.

Keempat (skip dulu Widget & Menu tu), “Hompage Settings” tu kita boleh letak muka depan dengan posting terkini atau pun page yang statik.

OK kalau sebelum ni kita ada artikel buat posting pertama,  kaedah buat page juga adalah hampir sama.  Abaikan dulu settings ni.  Nanti posting lain kita cerita pasal Widget, Page dan Menu tu yaa..

(5) Activate & Publish

Sekarang dah siap kita configure dan isi apa yang patut.  Bolehlah tekan button “Activate & Publish” tu..

Dah tekan button tu, macam nil ah rupanya:

Boleh lah kita test tengok rupa baru website kita:

Cuba scroll-scroll sikit.  Haa ada dah rupa sikit website kita ni kan..

Itu lah cara serba sedikit cara pasang theme WordPress ni.  Boleh try godek-godek tukar theme ikut selera masing-masing.  Jangan risau kalua mula-mula Nampak huduh website kita ni.  Nanti lama-lama berkembang gak skill dan taste kita.  Selamat maju jaya!