Teknik Copywriting Warren Buffet yang Perlu Kita Tiru

teknik-copywriting-warren-buffet

Posting kali ini akan sentuh tentang teknik copywriting Warren Buffet.   Siri idea teknik copywriting di blog ini boleh dirujuk di sini.

Siapa tak kenal Warren Edward Buffett? Antara orang terkaya di dunia.  Investor, businessman, speaker, philanthropist dan CEO Berkshire Hathaway.  Net worth beliau sekitar USD 85.5 billion (2019).

Nak tahu tak? Sebenarnya dia ni sebenarnya sangat hebat dalam copywriting. Skill copywriting digunakan dalam marketing dan annual report syarikat.

Rahsia Teknik Copywriting

Apa rahsia copywriting Warren Buffet?

Tak ada rahsia pun. Dia sebenarnya tidak menulis! Apa maksudnya?

“When writing, I’m pretend to talk to my sister. I just begin with Dear Doris

Kunci utama teknik copywriting beliau – menggunakan bahasa percakapan dan bukan bahasa penulisan.

Bahasa Menulis vs Bahasa Percakapan

Asas utama untuk sales copywriting adalah kita gunakan bahasa percakapan.  Bahasa macam kita bercakap seharian.

Kita ni dah dilatih dari kecil, tulis ayat terlalu formal.  Bila duduk depan komputer atau menulis, secara automatik ayat jadi ayat buku.

Beza kan bila kita cakap dengan menulis.  Bahasa bercakap biasanya lebih direct. Dan ini sebenarnya lebih sesuai untuk menjual.

Tetapi jangan silap faham.  Bukan tak boleh guna bahasa melayu aras tinggi, tetapi tukar ayat menulis kepada ayat percakapan.

Jadi macam mana nak buat?

(1) Sila bercakap dengan manusia

Masa nak menulis teknik copywriting cara ini,  sila bayangkan kita ni sedang bercakap dengan orang lain.

OK contoh macam ni.  Kalau kita tengok Apple terangkan pasal produk iPhone, ayat dia memang macam cakap dengan kita.  Mari tengok:

“So you can browse, download and stream content at a remarkable speeds”

Dia tak gunakan copywriting macam ni:

“This iPhone can be used to browse, download and stream content at a remarkable speeds”

Nampak tak?

(2) Ayat simple dan pendek

Kita guna ayat yang simple dan pendek.  Lagi panjang lagi boleh buat orang confuse.  Boleh guna satu perkataan sahaja!

Tak percaya? Tengok ni:

“Macam mana rasa? Selesa.”

“Siapa yang untung? Semua!”

(3) Apa lagi boleh buat?

Kita guna ayat yang dulu cikgu tak bagi guna 😀  Contoh, mula ayat dengan “DAN” , “DENGAN” atau “TAPI”:

“Kek yang sedap. DAN menyelerakan!”

“Terbaru dipasaran. DENGAN 100% jaminan

“Keluaran istimewa dan mewah.
TETAPI didatangkan dengan harga yang perpatutan.”

Ini contoh je.. mungkin boleh buat ayat yang lebih hebat dan lebih sesuai.

Tips menulis teknik  Copywriting Warren Buffet

Memang betul.  Dah biasa menulis style tulis buku memang susah.  Jadi apa kata kita tulis macam biasa.  Lepas tu kita edit ikut teknik copywriting bahasa percakapan ni.

Kita pendekkan ayat.  Kita jadikan lebih simple dan santai.

Mudah-mudahan orang yang baca rasa macam dia bercakap dengan kita.  Rasa lebih santai. Dan yang penting, rasa nak beli.

Kan?

Penggunaan Yoast SEO dengan WordPress

Mari tengok  penggunaan Yoast SEO ni lepas kita pasang.  Kita tengok macam mana plugin ini memudahkan kita untuk optimumkan website kita supaya mesra dengan Search engine Google.  Supaya bila kita search keyword yang kita pilih, nanti website kita ada di 5 muka pertama result carian.

Cuba ikut langkah-langkah ni untuk kita study macamana plugin Yoast SEO ni digunakan dan bagaimana dia berfungsi:

(1) Login ke Dashboard seperti biasa

(2) Klik menu “All Posts” di sebelah kiri Dashboard

Pilih posting yang mahu kita optimumkan supaya mesra search engine:

 

Posting akan dibuka seperti berikut:

Perhatikan gambar di atas, sekarang fungsi Yoast SEO ini telah kita berjaya aktifkan.

Nota: posting ni boleh dilihat di https://www.terlolapmato.com/2019/01/24/posting-ke-dua/

Di atas sekali kita lihat ada logo Yoast dan bulatan kecil berwarna kelabu, ini bermakna kita belum buat sebarang konfigurasi pada posting ini.

Lihat juga sebelah kanan dengan status Readability : OK yang bermakna posting kita ini senang untuk dibaca.

Seterusnya SEO: Not Available yang menujukkan yang kita belum lakukan sebarang SEO pada posting ini.

(3) Scroll ke bawah hingga ke bahagian Yoast SEO

Nampak tak? Ni kita belum masukkan sebarang keyword yang berkaitan untuk orang search posting kita ni:

(4) OK cuba kita kita masukkan perkataan “dua” sebagai focus keyphrase

Ini bertujuan kalau ada orang cari perkataan “dua” dari Google, posting kita ini akan keluar.  Ini contoh je, macam mana nak pilih keyword atay keyphrase yang sesuai nanti kita bincang kemudian.

(5) Klik “Edit Snippet” untuk lihat cara Penggunaan Yoast SEO seterusnya

Ada dua perkara kita perlu konfigurasi di sini, pertama “Slug”  – untuk paparan URL yang akan keluar dalam Google result.

Keduanya “Meta description” untuk ayat yang akan keluar dalam search engine result.

Pastikan kedua-dua “Slug” dan “Meta description” ini ada keyword atau keyphrase yang kita pilih.

(6) Klik Readability Analysis

Bawah “Edit Snippet” tu ada “Readibility Analysis”.  Ni guna dia untuk kita lihat secara keseluruhan posting kita ni.. senang dibaca ke semak.  Kalau posting dalam english lagi senang untuk plugin ini analisa.  Kalau tak, kita kena tuka language kat WordPress kita ni.

Nampak tak penggunaan Yoast SEO ni bantu kita untuk buat analisa.  Merah tentulah tak betul atau belum ada,  warna oren tu boleh kita improve lagi.  Hijau maknanya OK lah kan:

Ni kita sendiri tau la kut, senang baca ke tak.  Kalau satu ayat satu perenggan 7-8 baris tu pening nak baca kan..  Ni pun topik menarik yang kita boleh bincang nanti.  Macamana posting senang baca, font dan saiz yang sesuai, layout perenggan dan sebagainya.

(7) Bawah sket “SEO analysis”

Kat sini lah sebenarnya keseluruhan status SEO posting kita ni.  Sama juga, warna merah tu belum kita buat, warna oren boleh improve lagi.  Warna hijau dah OK!

Tentu banyak warna merah!  Contoh artikel kita ni belum ada kedua-dua link ke luar atak ke dalam website.  Meta description pulak kita tak letak apa-apa lagi dan seterusnya…

Seterusnya kita scroll ke atas tengok balik status SEO untuk posting ini dengan fokus keyphrase “dua”:

Haa status merah dan SEO: Needs improvement.  Macam ni lah penggunaan Yoast SEO ni.  Nanti dalam posting lain kita tengok penulisan yang bagus untuk SEO ni macam mana.  Sehingga berjumpa lagi dan selamat maju jaya!

Pemasangan Yoast SEO

Mari berkenalan dengan Yoast SEO, plugin WordPress yang boleh kita gunakan untuk permudahkan proses search engine optimization website kita.

SEO atau Search Engine Optimization ni memang berguna untuk naikkan ranking website kita dalam search engine result.  Salah satu teknik free marketing.  Rujuk artikel lama berkaitan Google SEO sebelum ini.

Sebenarnya banyak plugin lain yang boleh kita gunakan.  Tapi, berdasarkan pengalaman, ini yang paling mudah.

Plugin Yoast SEO

Boleh refer website ini untuk lebih lanjut tentang plugin ni.  Ada versi free, dan ada versi berbayar.  Yang free pun dah cukup powerful!

Pemasangan Plugin

Pemasangan plugin SEO pada WordPress ini sama seperti pemasangan plugin lain.  Boleh tengok contoh pemasangan plugin seperti posting ini: Pasang Plugin WordPress.

Posting kali ni kita akan tengok macam mana nak pasang.  Ciri-ciri atau features plugin akan kita bincang dalam Bahagian II nanti ya.

Ok mari kita tengok cara pasang plugin Yoast SEO ni:

(1) Login ke Dasboard WordPress

Login ke dashboard WordPress seperti biasa.  Login guna akaun “admin”.

(2) Pergi ke menu “Plugin” di sebelah kiri

Klik menu “Add New” di bawah atau butang kat atas tu

Page berikut akan dipaparkan:

(3) Di ruangan “Search plugins..” masukkan “yoast” dan tekan <enter>

Dan search result berkaitan “Yoast SEO” akan keluar:

(4) Tekan butang “Install Now” untu pasang plugin..

Installing…

(5) Klik butang “Activate” untuk aktifkan plugin ni..

Dan mesej “Plugin activated” akan dipaparkan tanda plugin ini telah diaktifkan:

(6) Sekarang kalau kita tengok sebelah kiri tu dah ada menu “SEO”

Boleh lah klik dan browse untuk lihat tentang plugin ini serba sedikit sebelum kita sambung dalam the next posting.  Sehingga berjumpa lagi!

Copywriting: Keperluan vs Kehendak

Mari kita sembang tentang copywriting lepas lama tak update blog ni.  Topik copywriting pertama adalah pasal KEPERLUAN vs KEHENDAK.

Mari kita layan..

Benar, kalau nak berniaga kita perlu tahu siapa target market produk/perkhidmatan yang kita pasarkan.  Kita juga perlu tahu apa masalah yang boleh diselesaikan.  Apa sebenarnya keperluan mereka.

Jadi, isi kandungan copywriting selalunya kita akan ‘menjual’ kepada pengguna yang mereka PERLU kepada produk/perkhidmatan ini.  Ia boleh menyelesaikan masalah mereka.

Kemudian kita akan senaraikan sebanyak mungkin ciri-ciri produk/perkhidmatan yang kita pasarkan.  Siap dengan Unique Selling Proposition (USP) sekali.  Kan?

Kita sebenarnya perlu adjust sedikit teknik seperti ini.  Teknik ‘menjual’ KEPERLUAN ada sedikit masalah.

Kenapa?

Mari kita lihat psikologi KEPERLUAN vs KEHENDAK.  Jika kita highlight KEPERLUAN, pengguna akan melihat kepada produk/perkhidmatan yang lebih MURAH!  Tetapi tidak jika kita berjaya jual KEHENDAK, kesan emosi adalah lebih kuat!

Mahu bukti?

Semak balik pesanan barangan yang kita buat di Lazada, Shopee atau yang sewaktu dengannya. Cuba lihat barangan yang kita beli selama ini.  Keperluan atau kehendak?

KEPERLUAN atau KEHENDAK?

Mahu cuci longkang yang berlumut? Kita boleh je beli cecair peluntur dan berus lantai untuk bersihkan longkang.  Ianya lebih murah!  Tetapi kita tetap mahu pilih untuk beli water jet.  Lebih mudah dan bergaya walau harganya lebih mahal.  Betul?

KEPERLUAN vs KEHENDAK nak highlight yang mana?

Beli baju adalah keperluan. Tapi beli baju branded adalah kehendak.  Betul? Setakat beli baju untuk pakai seharian di rumah kita pilih yang murah dan dapat banyak diskaun. Tetapi baju branded walau pun harganya mahal kita tetap beli.  Jadi kita nak menjual yang macam mana? Mari kita mula highlight kehendak!