Keywords Everywhere

Keywords Everywhere

Sebelum kita berkenalan dengan keywords everywhere, ingat lagi tak kita boleh buat keyword research dengan Google.  Kaedah yang sama boleh kita gunakan dengan YouTube, Amazon dan Ebay. Online marketplace seperti Shopee dan Lazada pun kita boleh gunakan.

Berdasarkan pengalaman, result SEO paling cepat kalau kita letak kat YouTube.  Apa kata buat video, upload ke YouTube dan masukkan keyword SEO dia sekarang.  Yang ni nanti rajin pun kene belajar juga 😀

Keywords Everywhere ni apa?  Ini merupakan salah satu tool yang boleh kita pasang sebagai add on Chrome  dan gunakan untuk buat keyword research.  Add on atau plugin ini juga boleh dipasang pada Mozilla Fireforx.

Pasang Keywords Everywhere

Mari kita tengok step-by-step macam mana nak pasang:

(1) Buka website Keywords Everywhere

OK boleh buka https://www.keywordseverywhere.com dan klik “INSTALL FOR CHROME“.  Kalau guna Firefox install la untuk Firefox ya..

Keywords Everywhere

(2) Pasang Add-on / Chrome Extension

Dah klik nanti dia keluar macam ni:

Klik “Add to Chrome” untuk pasang.

Klik “Add extension” untuk selesai pemasangan.

(3) Masukkan alamat email untuk terima “API Key”

Ha apa lagi, masukkan email address:

Klik butang “EMAIL ME THE API KEY” dan mesej berikut dipaparkan:

(4) Check email untuk dapatkan API key

Klik link dalam email macam di atas, dan API key akan dipaparkan:

Select dan Copy API key kat atas ni.

(5) Mari kita configure Keywords Everywhere

Tengok icon “K” warna merah hitam kat sebelah kanan atas browser Chrome ni.  Nampak? Pi klik kat situ.  Nanti dia keluar macam ni:

Klik kat menu “Settings” ni..

(7) Masukkan API key

Masukkan API key ni dalam konfigurasi dan tekan “Validate“:

Lain-lain konfigurasi tu kita boleh tengok.  Boleh tukar Currency ke RM.  Country tu takda pulak Malaysia nak tukar.  Tapi tak apa, kita biarkan default settings.  Selesailah pemasangan Keywords Everywhere ni.

So macam mana nak guna?

Dah pasang ni, apa lagi mari kita try test.  Macam biasa, buka www.google.com dan cari la keyword atau key phrase yang berkaitan.  Cuba cari  “belajar seo”:

Dan lihatlah hasilnya:

OK scroll lagi ke bawah:

Dan scroll lagi ke bawah sekali…

Apa maklumat yang kita dapat dengan gunakan tool ni?

Kita dapat banyak keyword atau key phrase yang berkaitan.  Berapa banyak orang search sebulan.

Maklumat lain termasuklah berapa jumlah atau volume sebulan orang cari dan cost per click (CPC).

CPC ni adalah kos yang Google kenakan kalau kita buat iklan melalui Google Ads.  Contoh, kalau kita buat iklan melalui Google Ads dan orang klik, Google akan charge dengan harga tersebut.   Google Ads ni kita belajar lain waktu la ya..  Inti utama, lagi tinggi CPC, lagi susah website kita nak keluar kat 3 muka pertama hasil google.

Satu lagi maklumat, yang kita dapat adalah Competition.  Persaingan kalau kita gunakan keyword tersebut dengan orang lain.  Lagi tinggi competition, lagi susah website kita nak keluar kat muka pertama.

Lepas tu apa nak buat?

So, kita pilihlah keyword sesuai yang lebih murah, dan tidak mempunyai competition yang tinggi.  Buat seberapa banyak artikel berdasarkan beberapa keyword yang kita pilih.  Satu artikel dengan beberapa keyword yang berkaitan.  Since kita pakai plugin WordPress Yoast SEO yang free, buatlah satu artikel atau posting dengan satu keyword yang kita pilih.

Sekian!

SEO Keyword Research dengan Google Trends

Keyword Research Google Trends

Selain dari gunakan suggestion dari search engine Google, kita boleh buat keyword research Google Trends.   Ya, kita gunakan Google Trends untuk buat SEO keyword research.

Cari je Google Trends ni atau terus buka alamat https://trends.google.com.

Nanti dia keluar macam ni:

Apa Google Trends ni?

Dia ni salah satu tool yang disediakan oleh Google untuk lihat apa keyword atau key phrase yang selalu di cari melalui Google.

Apa perkataan yang selalu digoogle 😀  Dengan tool ni kita boleh tahu populariti sesuatu keyword mengikut tempoh masa tertentu.

Penggunaan Google Trends Secara Ringkas

Mari kita browse through apa Google Trends ni boleh buat sebelum kita belajar macam mana nak cari keyword yang sesuai.

Pertama, kita perlu pastikan di bahagian mana kat planet bumi ni yang kita nak tau.  So, kita klik icon globe kat sebelah kanan atas sekali tu.

Kita pilih negara mana.  Dalam kes ni memang lah kita nak tau trend sesuatu keyword di Malaysia.  Mari tukar..

 

Bila dah tukar, kita terus je masukkan apa keyword yang kita nak tahu.  Contoh kali ini adalah “baju kurung“:

Kalau kita lihat kat atas ni, Google Trends pun ada bagi suggestion keyword yang berkaitan.

Google Trends Search Result

Sekarang kita search la keyword ni, apa dia keluar? Ni la contoh dia:

Nampak tak trends untuk keyword “baju kurung” ni? Memang ada orang cari rupanya.  Secara asal, dia akan keluar populariti keyword ni dalam masa 12 bulan.  Kita boleh adjust tempoh masa yang kita nak.

Boleh juga mouse over kat graf.  Boleh lihat sedikit informasi poulariti keyword ni:

Contoh kat atas ni, kita ambil puncak tertinggi dalam graf.  Populariti paling tinggi adalah pada 19-25 May 2019.  Start bulan Januari kita dah nampak dia mula naik.  Agak-agak kenapa?

Populariti  Keyword & Trends

Kat sini kita boleh nampak trend sesuatu keyword yang digoogle.  Dalam kes baju kurung ni, awal tahun lagi orang dah start cari baju raya.  Puncak dia 2 minggu sebelum raya.

Lepas raya dah tak ramai orang cari kan?  Tapi masih ada juga walau tak berapa banyak orang cari. Bukan tak ada langsung.

Kat Mana Orang dok Google Keyword ni?

OK kita scroll bawah sikit:

Ha kat sini kita boleh nampak kat mana orang cari.  Nampaknya keyword “baju kurung” ni satu Malaysia orang cari hehe.

Seidikit tambahan, warna lebih gelap lebih banyak orang google.  Boleh mouse over untuk lihat mana yang lebih popular:

Nampak gaya, di pantai timur lebih popular.  Di Kelantan dan Terengganu.

Kat sini kita sebenarnya boleh target iklan kita ni nak tumpukan ke mana.  Lagi-lagi kalau budget marketing kita ni terhad.  Maklumlah belajar berniaga ni bukan terus pandai & untung besar 🙂

Keyword Research Google Trends

So kat mana keyword research Google Trends ni? Mari kita scroll ke bawah lagi… Haa kat sini la tempat dia:

Kat sini kita boleh nampak, keyword yang selalu orang google selain “baju kurung” adalah:

  • baju kurung moden 2019
  • baju raya 2019
  • baju kurung raya 2019
  • baju kurung budak 2019
  • dan seterusnya.

Ha.. ni la secara ringkas macam mana kita nak buat keyword research dengan Google Trends ni.  Nanti content dalam website, Youtube , FB, IG dan lain-lain media sosial kita pakat fokus guna keyword ni. Ni nanti kita sembang lain masa.

Selain dari keyword research google trends ni kita nak buat apa?

Sebagai orang bisnes kita kena lah peka dengan trend semasa.  Mari prepare untuk tahun depan dengan “baju kurung moden 2020” dan yang sewaktu dengannya.  2 minggu sebelum raya 2020 kita pulun iklan lebih sikit.

Betul tak?

_______________________

Update #1

Ada tambahan sedikit.. Kita boleh masukkan lebih dari 1 keyword untuk buat perbandingan.  Kat ruangan + Add Comparison tu boleh je kita nak tengok keyword mana lagi popular.

NI kalau kita nak tambah lagi keyword nak bandingkan:

Kesan Emosi dalam Copywriting untuk B2B

Emotional Marketing

Menurut kebiasaan, dalam copywriting kita selalu bertindak menjual ‘rational’ kepada prospek.  Lagi-lagi bisnes kita berbentuk Business-to-Business (B2B).  Apa yang selalu kita highlight?

“corporate look and feel”

“corporate tone-of-voice”

Apa lagi? Kita anggap keputusan pembelian mereka adalah berdasarkan keputusan rasional syarikat semata-mata:

“Meningkatkan keuntungan”

“Menurunkan kos”

“Lebih efisien”

“Kos efektif”

Betul kan? Kita anggap syarikat-syarikat selalunya membuat keputusan berdasarkan unsur-unsur ini.  Tapi sebenarnya kita lupa.  Pembuat keputusan adalah manusia. Sama macam kita.

Jadi kita perlu highlight kesan emosi!

Apa kesan emosi yang yang perlu gunakan?  Apa perlu kita eksploitasi?  Kita boleh gunakan faktor-faktor berikut dalam copywriting:

“Rasa bangga”

“Faktor fear – atau ketakutan”

“Membuat hidup mereka senang – membuat urusan perniagaan lebih mudah”

“Sama seperti orang lain atau pesaing”

“Lebih bagus dari orang lain”

 

Bila kita dapat menjentik kesan emosi ini, barulah mereka akan gunakan kesan rasional bagi tujuan membuat bajet dari pihak atasan!

Dapat sesuatu daripada posting ini? Nanti kita bincang lebih lanjut mengenai kesai emosi atau emotional marketing yang kita boleh masukkan dalam copywriting.  Sementara tu, mari kita senaraikan apa kesan emosi berkaitan dalam rungan komen di bawah.  Selamat maju jaya!

SEO Keyword Research untuk Newbie Macam Saya

keyword research

Apa itu SEO Keyword Research? Kenapa kita nak buat proses ni? Kena buat ke?

Jawab dia, kalau nak optimize website kita supaya orang jumpa masa orang google kenalah buat.

Jadi SEO keyword research ni adalah proses yang kita buat untuk cari dan pilih keyword atau key phrase yang sesuai.  Proses pertama untuk optimumkan website kita supaya mesra search engine.

Keyword tersebut itu pula mestilah selalu di cari di Google.  Kalau setakat kita ambil sebarang keyword, kemungkinan besar orang tak cari pun.  So tak jumpa.

Eh SEO ni apa? Baca posting ni dulu..

Apa itu Keyword / Keyphrase

Keyword – satu perkataan yang orang cari
Key phrase – ayat yang selalu orang cari.

Contoh:

Keyword: SEO
Keyphrase: Cara buat SEO

Dua-dua ni nanti kita panggil sebagai keyword la ye senang 😀

Apa tu keyword syok sendiri?

Kita rasa orang akan google dengan keyword yang kita pilih, tapi sebenarnya tak ada pun.  Contoh kita gunakan keyphrase “cara menuntut ilmu SEO” ini bagi tujuan SEO website.  Kalau kita search keyword ni mungkin akan keluar di page pertama,

Tetapi, besar kemungkinan tak ada orang cari  maklumat dengan keyword tu.  Orang mungkin lebih senang untuk cari guna keyphrase “belajar SEO” atau “teknik SEO”.

Cari idea SEO keyword research

Jadi macamana nak cari keyword yang sesuai? Pertama kita kena brainstorm, cari idea.  Kita senaraikan seberapa banyak idea tentang apa keyword yang berkaitan.  Apa yang berkaitan dengan industri kita.

Contoh, bisnes kita bertujuan untuk membantu pelanggan untuk pasarkan produk mereka melalui Internet.  Jadi kita boleh senaraikan keyword berkaitan macam ni:

  • digital marketing
  • social media
  • blog
  • online marketing
  • website
  • content marketing
  • facebook marketing
  • instagram

Dan sebagainya lah kan..

Cari keyword yang berkaitan

Sekarang kita cari keyword yang berkaitan.  Macam mana nak cari? Kita boleh gunakan Google.  Buka je Google dengan sebarang browser kegemaran, kita masukkan kategori yang kita senaraikan tadi.

Secara automatik, Goggle akan beri cadangan keyword yang biasa orang gunakan untuk cari maklumat!

Mari kita tengok contoh-contoh SEO keyword research kat bawah ni…

seo keyword research

Dalam setiap search engine result ni, kita boleh scroll sampai bawah.  Kat sini pun ada suggestion keyword yang berkaitan yang selalu orang cari!

Sekarang, kita kumpulkan semua keyword ni.  Masukkan dalam mana-mana aplikasi yang kita suka.  Tak kira lah Microsoft Word, Excel, Notepad atau apa juga yang selalu kita guna.

Ok nanti kita sambung SEO keyword research ini dengan beberapa kaedah atau tool lain yang biasa digunakan.  Kita jumpa lagi di lain posting dan selamat maju jaya!

Oh ya, sambil-sambil tu boleh like page saya di Facebook kat sini.  Terima kasih!