On-Page vs Off-Page SEO

menulis artikel mesra SEO

Kali ni kita nak cerita pasal On-Page vs Off-Page SEO.  Apa tu On-Page SEO? OK ni apa yang dah kita buat sebelum ni.  Segala apa yang kita usahakan di website kita untuk jadikan ianya search  engine friendly, kita panggil sebagai on-page SEO.

On-Page SEO

Kita tengok apa yang dah kita borak tentang on-page SEO sebelum ini:

(1) Kita mulakan dengan setup plugin Yoast untuk memudahkan kita analis kandungan posting:  Pemasangan Yoast SEO.  

(2) Baca juga macam mana nak guna pluin Yoast SEO ni: Pengunaan Yoast SEO dengan WordPress

(3) Kita buat keyword research, pilih keyword atau keyphrase yang sesuai dengan posting:  SEO Keyword Research untuk Newbie macam Saya

(4) Kita boleh gunakan Keywords Everywhere untuk buat keyword research

(5) Fahami bagaimana keyword difficulty untuk kurangkan persaingan dengan website lain lebih berautoriti: Keyword Difficulty

(6) Kita juga bincangkan bagaimana kita mahu menulis artikel yang mesra SEO: 8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO

(7) Kita gunakan Yoast SEO untuk menulis posting: SEO Friendly Posting with Yoast.  Kita tulis apa yang mahu Google paparkan, sediakan link internal dan external, keyword pada heading dengan jumlah yang sesuai, image alt dan sebagainya.

Kebanyakkan apa yang perlu kita lakukan bagi memudahkan posting kita mendapat rating yang baik di Google adalah dalam item no. (6) dan (7) di atas.  iniliah yang kita namakan sebagai on-page SEO.

Off-Page SEO

Seterusnya Off-page SEO yang sebenarnya sama penting dengan On-Page SEO ni.   Kalau on-page SEO adalah apa yang kita buat di website dan posting kita, Off-page SEO kita perlu lakukan di luar website kita.  Senang cerita, off-page SEO ini apa yang kita perlu lakukan untuk jadikan website atau posting kita popular, banyak trafik & visitor serta ‘berautoriti’.

Apa yang perlu kita buat bagi Off-Page SEO ni?

Kita perlu ada backlink ke website atau posting kita.  Kalau on-page kita perlu ada link ke posting lain dalam website, dan ada juga link ke luar, off-page pula perlu ada link dari website lain ke website kita.

Secara umumnya, ia merupakan salah satu petunjuk yang website kita ni popular dan ‘berautoriti’ bila orang lain sebut-sebut dah link balik ke website kita.  Orang akan share tanpa kita suruh…

Macam mana nak buat backlink?

(1) Share di media sosial

Contoh blog & website saya ni  orang tak berapa kenal,  kita perlulah jadikan ianya orang kenal.  Macamana? Kita boleh je share posting kita ni ke sosial media macam Facebook, Twitter dan Instagram.  Boleh juga paksa kawan-kawan untuk share sekali 😀

(2) Share di Forum

Kita perlu daftar di mana-mana forum yang berkaitan dengan industri yang kita ceburi.  Boleh share di forum yang berkaitan.  Jangan share di forum yang tak ada kena mengena untuk mengelakkan kena marah atau ban dengan admin.

(3) Share di Blog rakan-rakan

Kita juga boleh share di ruangan komen di blog rakan-rakan yang kita kenali.  Kadang-kadang kita boleh masukkan link dalam komen.  Pastikan industrinya sama.  Elakkan spam blog orang lain!

(4) Gunakan iklan berbayar

Kita boleh gunakan iklan berbayar macam Fb Ads dan GoogleAds.  Ok ni nanti kena belajar juga di hari lain.

Penutup

Selain dari kita buat on-page SEO, off-page SEO juga adalah sama penting.  Kedua-dua nya kita kena lakukan untuk meningkatkan rank website dan posting dalam Google dan search engine lain.  Kalau On-page SEO lebih kepada apa yang kita buat di website sendiri, Off-page pula adalah tingkat visibility website kita secara luaran.  Kita share atau galakkan orang share di tempat lain seperti website, social media, blog dan forum.

Sehingga berjumpa lagi dan selamat maju jaya!

SEO friendly posting with Yoast

SEO friendly posting with Yoast

Kali ni kita nak borak pasal SEO friendly posting with Yoast.  Kesinambungan posting tentang  8 Tips menulis artikel mesra SEO.  Kita akan lihat kembali posting tersebut sebagai contoh.  Kita review posting ni dengan plugin Yoast yang kita pasang pada WordPress sebelum ini.

Pemasangan dan Penggunaan Plugin Yoast

Dalam topik SEO friendly posting with Yoast ini kita perlu pastikan kita dah pasang plugin Yoast pada WordPress.  Pastikan juga dah tau serba sedikit bagaimana nak guna.

Lihat kedua-dua posting ini untuk pemasangan plugin Yoast pada WordPress:

Sekarang kita tengok apa yang perlu atau telah kita buat pada artikel “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO” ini satu-persatu.

Mana nak tengok Yoast SEO ni?

Seperti biasa, kita boleh edit posting tersebut.  Lihat posting ni kalau lupa macam mana nak buat atau edit posting baru: Cara Guna WordPress.

Ini pula kalau kita nak buat atau edit page: Beza Post vs Page.

Lepas kita buka post atau page ni, kita scroll ke bawah sampai jumpa “Yoast SEO“.  Kat sini kita nak pastikan artikel kita ni mesra SEO.  Kita akan analisis posting dengan plugin ni.

Sekarang apa nak kita buat? Dengan keyphrase yang kita pilih “Menulis Artikel Mesra SEO“, teruskan membaca …

(1) Tajuk

Posting kita perlu ada tajuk.  Dalam SEO friendly posting with Yoast ni kita perlu check tajuk yang kita berikan.

Pastikan tajuk yang kita buat mempunyai keyphrase yang kita pilih sebelum ini.  Tajuk posting yang kita buat sebelum ini: “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”.  Jadi keyphrase “menulis artikel mesra SEO” dah ada dalam ni..

(2) Permalink

Pastikan Permalink atau pun alamat URL posting mempunyai keyphrase yang kita pilih.  Nak senang, kita gunakan keyphrase ni sebagai permalink:

(3) Focus Keyphrase

Sekarang scroll ke bawah sampai kita jumpa Yoast SEO.

Ingat tentang keyword research? Kat sini la kita bubuh apa keyword atau keyphrase yang kita dah pilih sebelum ini.  Sebelum ni kita pilih keyphrase “Menulis artikel mesra SEO”.  So kita letak kat sini:

Dalam artikel SEO friendly posting with Yoast kali ini, kita nak tekankan kalau kita tak letak sebarang keyphrase kat sini, Yoast tak boleh analisis posting kita sama ada mesra SEO atau tak.  Nanti dia keluar macam ni:

(4) Snippet

Kemudian kita edit snippet dengan klik butang “Edit Snippet”:

Masukkan apa yang kita nak Google paparkan dalam search result dalam petak “Meta descrioption“:

Kita tengok atas dia ada “Snippet Preview“.  Inilah akan dipaparkan dalam Google search engine nanti:

(5) SEO Analysis

OK scroll bawah sikit dan kita akan nampak “SEO Analysis”.  Warna hijau.  Maknanya bangusss!

Inilah target kita.  Untuk dapatkan SEO analysis yang bagus.  Klik “v” kat ujung tu untuk lihat keseluruhan analisis SEO pada posting yang kita tulis.  Ini contoh keputusan analisis pada artikel “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”:

Kita lihat secara keseluruhan status adalah bagus, berwarna hijau.  Ada 2 perkara berwarna oren yang bermaksud boleh diperbaiki lagi.   Untuk dapat status good ni kita tak perlu kesemuanya hijau.  Walau macam tu, kalau dapat semua lagi bagus!

OK kat sini ada dua perkara perlukan improvements.  Ini berkaitan dengan perkara no (1) Tajuk.  Kat sini Yoast SEO ni kata keyphrase yang kita pakai sebaik-baiknya diletakkan di hadapan.  Mungkin tajuk kena tukar jadi “Menulis Artikel Mesra SEO dengan 8 Tips“.  Kan?

Lepas tu tajuk dia kurang panjang.  Mungkin boleh tukar jadi “Menulis Artikel Mesra SEO dengan 8 Tips Mudah yang Anda Perlu Tahu

(6) Outbound Links

Ok kita kena ada outbound links.  Iaitu link ke website lain.  Contoh pada artikel ni:

Kita link perkataan Yoast ni ke website dia.  Macamana nak buat? Tekan button rantai kat atas tu dan masukkan alamat website macam https://yoast.com.

(7) Internal Links

Kita kena ada internal link.  jadi kita link artikel atau posting yang dah kita tulis sebelum ni.  Contohnya kita link ke artikel Keyword Research yang kita dah tulis panjang-panjang hari tu 😀

(8) Keyphrase in introduction

Kita masukkan keyphrase dalam introduction.  Pastikan ayat pertama ada keyphrase yang kita pilih:

(9) Keyphrase Length

Panjang keyphrase sesuai tak? Ingat lagi keyword research yang kita buat hari tu? Long tail keyword tu?  Ok dah sesuai dah.

(10) Keyphrase Density

Yoast jumpa 6 kali.  Sesuai untuk 0.5% ke 3%.  Tulis dulu lah kan.  Kalau kurang kita tambah mana-mana.  Kalau lebih warna jadi merah kita kurangkan.

(11) Keyphrase in meta description

Ni masa kita edit snippet tadi.  Since dah ada.. warna hijau.  Ok lah tu kan..  Rujuk balik item no (4) di atas.  Perlu pastikan keyphrase yang kita pilih ada dalam meta description masa kita edit snippet.

(12) Meta description length

Ni masa kita edit snippet.  Tengok balik item no (4) Snippet  kat atas.  Masa edit tu ada bar warna hijau kat bawah tu maknanya OK.  Kalau warna oren kena panjang kan atau kurangkan sedikit.  Adjust sampai warna hijau.

(13) Previously used keyphrase

Yoast SEO akan check sama ada kita pernah guna keyword yang sama sebelum ini.  Jadi pastikan kita guna keyword atau keyphrase yang belum pernah kita gunakan pada posting lain di website kita.

(14) Keyphrase in subheadings

Kita juga kena gunakan keyword/keyphrase yang kita pilih dalam sub-tajuk.  Yoast SEO juga akan beri tahu kalau kita belum buat atau masih kurang.

(15) Image alt attribute

Ha yang ni kita kena set masa kita upload feature image untuk posting kita.  Tengok tepi sebelah kanan, bahagian bawah.

Ni kalau kita belum letak sebarang image:

Kalau dah upload atau guna imej yang sedia ada, pastikan kita set “image alt” dengan keyphrase tadi:

Image yang dimasukkan ke dalam kandung posting juga boleh gunakan langkah yang sama.  Satu lagi yang agak penting, nama fail gambar yang hendak kita upload juga lebih afdhol kalau kita gunakan keyphrase yang kita pilih.

(15) Text length

OK, kita kena tulis sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.  Hijau? dah lebih la tu kan.  Tapi macam mana kita nak tahu dah tulis berapa patah perkataan?  Cuba semak kat seblah kiri bawah:

(16)  Keyphrase in slug

Keyphrase in slug ni merujuk kepada permalink yang kita set sebelum ini.  Ianya secara automatik di set masa kita edit snippet di no (4).  So kalau ada isu, kita boleh edit kat sini atau edit permalink dia seperti di no (2) kat atas.

Penutup

Kali ini kita gunakan Yoast plugin untuk pastikan posting yang kita tulis adalah SEO friendly.  Plugin WordPress ini kita gunakan untuk analisis dan seterusnya perbaiki apa yang boleh jadikan posting kita mesra SEO.

Plugin percuma ini boleh kita gunakan untuk satu keyword/keyphrase bagi setiap posting.  Boleh dapatkan subscription premium untuk lebih feature dan kemudahan lain.  Sehingga berjumpa lagi, selamat maju jaya!

8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO

menulis artikel mesra SEO

Menulis artikel mesra SEO penting untuk mudahkan  ianya keluar di muka terawal bila orang Google.  Kita perlu sasarkan sekurang-kurangnya website kita berada pada tiga muka terawal hasil Google!  Kalau dapat muka pertama lagi awesome.

Artikel mesra SEO (SEO friendly article) ini boleh digunakan untuk sebarang bentuk penerbitan online seperti maklumat syarikat, produk atau perkhidmatan di website.  Juga sesuai untuk semua jenis blog post, landing page, iklan dan sebagainya.

Kenapa kita perlu menulis SEO friendly article?

Ia bertujuan untuk kita optimumkan artikel atau posting yang kita tulis agar memudahkan Google berikan rank yang baik.  Bila dapat rank yang baik,  carian Google akan memaparkan website kita di muka pertama  hasil carian!

Pemilihan Keyword sebelum menulis artikel mesra SEO

Secara ringkas, kita perlukan keyword untuk artikel kita dengan langkah berikut:

Brainstrom apa keyword yang sesuai

Sebelum kita menulis artikel mesra SEO, kita perlu cari keyword atau key phrase yang akan digunakan.  Boleh brainstorm keyword yang berkaitan dengan industri kita.  Senaraikan satu persatu.

Kumpulkan keyword yang berkaitan dengan Google

Boleh gunakan Google search engine untuk kumpulkan keyword yang berkaitan.  Google akan cadangkan keyword  lain yang boleh kita digunakan.

Gunakan Keywords Everywhere

Gunakan Keywords Everywhere untuk lihat keyword difficulty, CPC dan search volume.    Pilih long tail keyword dan yang tidak mempunyai persaingan tinggi.   Ini penting bagi newbie macam kita ni.  Kalau tak nanti kita bersaing dengan brand yang lebih established.  Dan seterusnya buat website kita keluar ntah page Google ke berapa.

Gunakan Google Trends

Kemudian kita gunakan Google Trends untuk lihat trend carian yang keyword yang kita mahu gunakan.  Trend ni biasanya boleh sepanjang tahun atau mungkin hanya tinggi bagi musim tertentu.

Mari menulis artikel mesra SEO

Selepas kita buat SEO keyword research dan pilih keyword yang sesuai, mari kita menulis artikel mesra SEO.   Kita tengok apa yang kita perlukan satu persatu:

(1) Fikir apa yang mahu ditulis

Fikirkan apa yang mahu kita sampaikan kepada pembaca.  Apa yang kita mahukan? Apa persoalan/permasalahan yang mahu kita selesaikan?   Apa tujuan artikel kita? Apa yang kita nak pembaca buat selepas membaca?

Tuliskan jawapan kepada persoalan di atas.

(2) Strukturkan artikel

Kita perlu susun artikel dengan kemas.  Kita perlu ada sekurang-kurangnya:

(a) Pengenalan (introduction) kepada topik yang mahu kita tulis;
(b) Body atau kandungan; dan
(c) Kesimpulan atau ringkasan idea penulisan kita.

Sekarang kita tulis rangka dan point-point penting untuk ketiga-tiga pengenalan, kandungan dan kesimpulan ini.

(3) Gunakan perenggan 

Gunakan perenggan (paragraph) yang sesuai.  Bukan mulakan setiap ayat dengan perenggan baru untuk kelihatan menarik sahaja.  Setiap perenggan ini perlu ada idea atau topik yang dibincangkan.  Masukkan keyword yang kita pilih dalam beberapa perenggan.

(4) Guna kombinasi ayat pendek dan panjang

Gunakan ayat-ayat pendek untuk mudah dibaca.  Kemudian diselang seli dengan ayat yang lebih panjang untuk elakkan penulisan jadi agak mendatar dan bosan.

(5) Gunakan tajuk / sub-tajuk

Kita juga perlu gunakan tajuk / sub-tajuk (atau headings) berdasarkan idea yang kita tulis.   Headings ini penting untuk memudahkan pembaca mengetahui idea atau topik yang ditulis dengan lebih pantas.

Heading juga bagus bagi memudahkan kerja memberi ranking SEO oleh search engine.  Masukkan juga keyword yang kita pilih dalam satu dua tajuk/sub-tajuk yang bersesuaian.

(6) Keyword density

Jadi berapa banyak keyword yang perlu kita masukkan dalam artikel?  Yoast mencadangkan keyword densiti antara 0.5% ke 3%.  Jangan masukkan keyword secara berlebihan! Ini akan sebabkan penalti oleh Google dan buat SEO website kita bermasalah.

Lihat berapa banyak keyword “menulis artikel mesra SEO” dalam artikel ini dah dimana ianya ditulis.

(7) Panjang penulisan

Tulis sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.  Lagi panjang lagi bagus.  Google memang sukakan artikel yang panjang.  Cuma agak-agak sedikit di mana tak ramai orang suka baca artikel panjang-panjang.

(8) Simpan, semak dan baru publish

Seterusnya kita boleh simpan terlebih dahulu artikel yang kita tulis.  Jangan publish dahulu.   Kenapa? Kita kena baca kembali artikel yang kita tulis setelah beberapa hari.  Paling kurang, tutup dulu dan buat kerja lain.  Kita akan dapat idea tambahan tentang artikel yang mahu kita tulis.  Kita juga boleh semak kembali dan restruktur idea-idea kita.  Semak kembali ayat yang kita tulis.

Dapatkan feedback dari beberapa rakan tentang penulisan kita.  Sebab tu dalam bidang penerbitan ini selalunya kita ada penulis dan editor 😀

Whats next?

Sekarang kita dah pilih keyword yang sesuai.  Kita juga dah tulis artikel lebih 300 perkataan dengan meletakkan keyword diperenggan dan tajuk yang sepatutnya.  Kita dah semak dan paksa kawan baca artikel kita.  Apa seterusnya?

Ok kita boleh gunakan kemudahan Yoast plugin yang kita pasang.  Gunakan untuk semak status SEO pada artikel yang kita tulis.  Sudah mesra SEO belum?  Bagaimana? Kita jumpa lagi dalam posting berikutnya iaitu Membina SEO friendly postings with Yoast.  Selamat maju jaya!

Continue reading “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”

SEO Keyword Difficulty

Keyword Difficulty

Pernah dengar pasal SEO keyword difficulty?  Apanya yang susah? OK sebenarnya bukan keyword atau key phrase yang susah, tetapi keyword yang kita pilih akan menyusahkan website kita dapat ranking Google yang baik.  Mungkin result google website kita hanya muncul kat bawah page yang kelima!

Kenapa susah nak dapat rank yang baik?

Salah satu sebab adalah persaingan atau competition dari website lain yang lebih popular dan credible.  Company yang lebih ternama dah guna SEO lebih lama.

Mereka ada team yang urus website yang profesional.  Juga spend lebih banyak RM untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan.  Lebih banyak orang share content website yang mereka hasilkan.

Jadi kalau kita usahawan yang baru belajar ni mau bersaing dengan mereka dari segi Google SEO ni, jalannya agak panjang.

Macam mana nak tau tentang SEO keyword difficulty?

Dalam ilmu SEO keyword difficulty ni, orang banyak refer ke konsep yang dipanggil long tail keyword.  Keyword biasanya dibahagikan kepada head, body and (long) tail.    Keyword dengan satu perkataan, 2 atau 3 perkataan, dan seterusnya long tail merujuk kepada 4 atau lebih perkataan:

Dengan konsep ini, competition adalah lebih tinggi dengan head dan body, dan lebih rendah pada long tail keyword.   Dari segi CPC juga lebih murah dengan long tail berbanding head dan body.

Analisis keyword dengan Keywords Everywhere

Mari kita analisis konsep long tail keyword ni dengan Keywords Everywhere ni.   Tengok langkah-langkah yang boleh kita buat:

(1) Pertama buka Google dan cari “hijab”:

(2) Kemudian klik “Add All Keywords” kat sebelah kanan bawah:

(3) Buka menu Keywords Everywhere kat atas seblah kanan tu:

(4) Pilih menu “My Keywords”

(5) Dan hasilnya macam ni:

Hasil analisis long tail keyword vs head & body

Mari kita lihat balik hasil Keywords Everywhere untuk keyword yang berkaitan dengan “hijab“:

Nampak tak? keyword “hijab” mempunyai kadar carian yang lebih banyak, tetapi competition agak tinggi berbanding “fashion hijab kekinian“.  Lagi satu “fashion hijab untuk orang gemuk” mempunyai competition lebih rendah.

Perkara yang sama juga apply untuk CPC masing-masing dengan nilai RM 1.43,  RM 0.72 dan RM 0.08.

Jika guna keyword “hijab” saja, kita akan bersaing dengan jenama hijab yang lebih ternama.  SEO keyword difficulty adalah lebih tinggi jika kita gunakan head & body, berbanding dengan long tail keyword.

Tengok balik result Google ni,  semasa posting ini ditulis di Jakarta, laman pertama hasil Google untuk keyword “hijab” ni semangnya “dikuasai” oleh pengeluar hijab terkemuka di Indonesia seperti Vanilla dan Elzatta:

Jadi, mana yang kita nak pilih sebagai keyword kita ni?  Bagi newbie macam saya, adalah digalakkan untuk gunakan long tail keyword.  Macam mana pun, body keyword masih boleh digunakan jika persaingan masih tak banyak.  Kenapa masih tak banyak? Contohnya content berbahasa melayu masih tak banyak.  Jadi masih ada harapan.

Dapat sesuatu dari posting SEO keyword difficulty ini?

________________________________

Nota:

(1) Rujuk posting  “Keyword Everywhere” untuk pasang dan guna add on Chrome atau Firefox ni.

(2) Key phrase “fashion hijab untuk orang gemuk” juga berbentuk niche market.  Ianya mensasarkan segmen pasaran lebih khusus.  Baca posting “Niche Market” di sini.

Kredit:
School photo created by yanalya – www.freepik.com

Emotional Marketing

Emotional Marketing

Mari kita belajar serba sedikit tentang emotional marketing.  Kalau iklan tak jalan memang rasa nak emo kan 😀  Kita belajar macamana kesan emosi boleh digunakan.  Kemudian apply dalam mesej pemasaran dan pengiklanan.  Boleh juga masukkan dalam copywriting.

Apa itu emotional marketing?

Ia satu kaedah pemasaran dan pengiklanan yang menggunakan faktor emosi.  Ia bertujuan menarik perhatian pengguna.  Membuat mereka ingat, kongsikan dengan orang lain dan yang paling penting, membeli!

Dengan emotional marketing, ia berupaya menjentik emosi manusia dengan idea gembira, sedih, takut atau marah untuk mendapatkan tindak balas.

Kenapa emotional marketing itu penting?

Berdasarkan research, banyak orang buat keputusan berdasarkan emosi.  Ada kajian yang mengatakan 31% pengguna membuat keputusan dengan emosi berbanding 16% melalui maklumat atau informasi yang terkandung dalam iklan.

Kesan emosi membuat pengguna bertindak

Kesan emotional marketing akan membuat pengguna segera bertindak.  Mari kita lihat apa kesan emosi yang boleh digunakan dalam pemasaran dan pengiklanan:

(1) Kegembiraan

Faktor emosi gembira akan buat orang share!

Bak kata pepatah orang putih ” If bad news sells, then good news travels fast“.   Berita baik atau good news dan kandungan atau content yang positif lebih cepat tersebar di media sosial,  Ia akan menambahkan brand awareness kepada perniagaan kita.

Ni contoh mesej pemasaran Coco Cola dulu:

Ada rasa nak share tak?

(2) Kesedihan

Kesedihan boleh membuat orang untuk berasa empati dan connect.

Kesedihan boleh membuat orang bertindak bagi pihak orang lain.  Ia membuat kita untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan.  Contoh, kempen tidak menggunakan plastik bagi menyelamatkan alam sekitar.

(3) Ketakutan. 

Ketakutan boleh membuat kita berpegang kepada apa yang sedia ada / comfort.

Ada kajian menyatakan ianya boleh meningkatkan brand loyalty.  Takut kepada ketidak tentuan produk atau perkhidmatan lain.

Ia juga boleh membuat pengguna bertindak dalam industri tertentu seperti insuran dan takaful.  Juga industri keselamatan (fizikal atau dalam bidang IT)

Faktor fear kepada scarcity juga boleh digunakan untuk membuat orang cepat bertindak.  Contoh: Barang tinggal 10 unit sahaja.  Diskaun untuk 10 orang pertama saja.  Sampai jam 12 saja dan sebagainya.

(4) Kemarahan.

Kemarhan boleh buat orang viralkan sesuatu.

Sama seperti kegembiraan, ia juga boleh membuat ianya cepat viral.  Kemarahan terhadap sesuatu isu boleh digunakan, tetapi use with care!   Contohnya ia boleh digunakan bagi tujuan politik dan alam sekitar.   Buat orang rally untuk sesuatu tujuan.

(5) Kepuasan segera (instant gratification).

Ini banyak digunakan dalam CTA. Call To Action.  Contoh: Tempah sekarang untuk penghantaran keesokan hari.  Beli hari ini dan dapatkan diskaun 50%.  Tawaran-tawaran menarik boleh kita fikirkan untuk kepuasan segera dalam emotional marketing ni.

(6) Kepercayaan

Apa lagi kita nak kalau pelanggan dah percaya kan?  Jadi macam mana nak buat orang percaya?  Testimoni adalah salah satu cara.  Kemudian kita berikan jaminan, jaminan 100% kembalikan wang kalau berani.   Free trial juga salah satu kaedah kita boleh buat.

Kemudian kita boleh letak gambar kita bersama mesej pemasaran.  Ini juga boleh kita aplikasikan bersama dengan testimoni tadi.  Tok guru saya kata, letak gambar boleh buat orang 4 kali lebih percaya

Apa kita nak buat?

Banyak lagi faktor emotional marketing yang boleh kita gunakan.  Contohnya rasa bersalah, kesyukuran, belonging, leadership, kebangaan dan lain-lain.

Faktor emosi yang digunakan perlulah mengikut kesesuaian.  Bukan main pukul rata kita gunakan kesemuanya.