Pasang Google Analytics WordPress

Google Analytics

Kali ni kita akan pasang Google Analytics WordPress. Pasang Google Analytics plugin pada WordPress untuk kita tahu berapa ramai sebenarnya yang melawat website kita ni. Mari follow step by step installation instruction:

(1) Buka Dashboard WordPress

Seperti biasa, buka dashboard WordPress yang kita pasang dan login sebagai “admin”:

(2) Pasang Plugin Google Analytics WordPress

Kemudian kita nak pasang plugin. Boleh pergi ke menu “Plugins -> Add New”:

Ada banyak plugin yang boleh kita gunakan untuk tujuan ni. Search je “google analytics” di ruangan search tu.

Google Analytics WordPress

Ada banyak plugin yang keluar dan boleh kita gunakan. Tapi scroll ke bawah untuk kita guna yang paling mudah iaitu “Goolytics – Simple Google Analytics” tu . Tekan butang “Install Now” tu untuk pasang plugin ni.

Lepas tu jangan lupa activate plugin ni. Tekan butang “Activate” tu:

Kalau dah install & activate, kita boleh check di menu “Plugins -> Installed Plugins”. Sure ada dah kat situ:

Klik “Settings” tu untuk kita configure.

(3) Check Tracking ID Google Analytics

Ingat lagi kita daftar akaun Google Analytics aritu? Ambil Tracking ID dia tu..

(4) Masukkan Tracking ID Google Analytics

Copy Tracking ID tu dalam settings dia ni:

Kemudian jangan lupa klik “Save Changes” untuk completekan konfigurasi Plugin WordPress ni.

(5) Siap!

OK tu je step by step instruction macam mana nak pasang Google Analytics di WordPress ni. Bolehlah kita test buka dashboard Google Analytics dan cuba access website kita. Ada nampak tak?

Daftar Google Analytics

Google Analytics

Mari kita daftar Google Analytics hari ni untuk monitor ramai tak browse website atau blog kita ni. Sebelum tu kalau belum tau apa tu Google Analytics sila jenguk posting ni >> Mari Berkenalan dengan Google Analytics. Pastikan juga kita dah ada akaun Google atau Gmail.

Buka link Google Analytics

Mula-mula kita macam biasa kena la buka link dia sebelum daftar Google Analytics ni. Link dia kat https://analytics.google.com. Tak pun boleh je google dan klik result dia.

Gunakan akaun Google sedia ada untuk daftar Google Analytics

Bila kita buka link, sistem akan redirect untuk kita daftar dengan akaun Google sedia ada. Pilih akaun mana yang hendak kita gunakan bagi Google Analytics ini. Pilih “Use another account” jika kita nak guna akaun lain.

Masukkan username dan password bagi akaun Gmail yang nak kita daftarkan:

Welcome to Google Analytics

Sekarang kita dah masuk bahagian Google Analytics. Untuk teruskan daftar, klik “Setup for free”.

Setup account

Lepas itu kita akan terus setup akaun. Masukkan nama akaun yang nak kita gunakan. Biasanya kita boleh masukkan laman web kita sebagai akaun untuk memudahkan kita memantau jika ada beberapa website. Contoh di sini kita gunakan “terlolapmato.com”:

Teruskan scroll ke bawah dah tick semua option yang ada. Kemudian klik butang “Next”. Senang kan 😀

Pilih apa yang nak kita monitor dengan Google Analytics. Dalam kes ni kita nak pantau website kita:

Scroll lagi ke bawah dan tekan button “Next“:

Isikan tempat kosong

Isikan semua tempat kosong pada borang yang disediakan. Masukkan:

  • Nama website
  • URL yang nak dipantau
  • Kategori industri
  • Timezone

Contoh:

Kemudian tekan butang “Create” di atas.

I Accept

Klik options yang ada dan klik butang “I Accept

Sekarang dah siaplah kita daftar Google Analytics. Mesej macam ni akan dipaparkan:

Tracking ID ni kita simpan untuk kita guna pada website kita nanti. Dalam akaun ni, tracking ID ialah UA-152080910-1. Gunakan apa yang kita dapat. Bukan guna yang ni ya. Macam mana nak guna kat website kita?

Kita boleh gunakan plugin WordPress yang berkaitan atau masukkan script Global Site Tag tu ke dalam kod website. Nanti kita bincang lagi dalam posting lain. Selamat mencuba!