Sales Funnel – Ilmu Bisnes Yang Wajib Kita Tahu

Sales funnel atau corong jualan merupakan satu kaedah sales & marketing yang sangat berkesan. Apa juga produk atau perkhidmatan yang mahu kita jual, kita wajib ketahui kaedah ini. Ia merupakan kaedah yang paling sistematik untuk memasarkan produk kepada pelanggan dan membuat jualan. Kaedah ini akan membolehkan kita memperkenalkan produk, membina kepercayaan, menjalin hubungan dan menarik minat prospek sebelum jualan dapat dilakukan.

Lihat dalam jualan produk atau perkhidmatan dari brand terkemuka sama ada offline atau pun online. Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya sering nampak dan terlibat sama dengan kaedah ini seharian. Jadi apa itu sales funnel? Bagaimana ianya boleh berhasil untuk membuat jualan? Dan bagaimana kita boleh gunakan kaedah yang sama dengan bisnes kita?

Teruskan membaca…

Apa itu Sales Funnel?

Sebelum tu, sila bayangkan corong untuk isi minyak ke dalam botol. Ada banyak jenis. Ada banyak rupa. Tapi yang kat bawah ni lebih dekat dengan konsep corong jualan yang nak kita discuss:

sales funnel

Nampak tak mulut corong minyak ni besar kemudian semakin kecil di bahagian bawah? Konsepnya agak serupa. Mulut corong besar untuk lebih mudah kita tuang minyak agar tak tumpah. Kemudian di bawah kecil supaya senang nak masuk dalam mulut botol.

Pada asasnya, kita boleh bayangkan bukaan corong yang besar bertujuan untuk kita dapatkan seberapa ramai manusia untuk mereka tahu kewujudan kita. Masa ini kita war-warkan kewujudan kita untuk orang tahu tentang kita dan apa yang mahu kita jual. Kita buat mereka kenal terlebih dulu. Kita capture seberapa banyak leads. Kita cari seberapa ramai prospek.

Kemudian kita tapis sedikit demi sedikit khas untuk prospek yang menunjukkan minat dan mula bertanya. Kita bina engagement dan suntik kepercayaan dalam masa yang sama.

Bila mereka dah yakin dengan kita dan apa produk yang dipasarkan, barulah mereka bersedia untuk membeli. Analoginya, di corong bawah sekali adalah prospek yang sudah berjaya kita yakinkan tentang produk kita dan telah membeli. Mereka kini kita tukar dari prospek dan jadi customer kita.

Strategi Sales & Marketing

Dari bukaan mulut corong hingga prospek jadi customer dan membeli, kita sebenarnya menggunakan beberapa siri strategi pemasaran pada setiap peringkat. Mari tengok contoh mudah yang kita boleh apply pada bisnes. Strategi marketing untuk memberitahu kewijudan kita, strategi untuk menukar mereka jadi prospek, kemudian strategi untuk buat engagement. Buat mereka percaya dan buat mereka yakin untuk membeli.

Sales Funnel Kedai Makan & Restoran

Katakanlah kita buka warung kedai makan di tepi jalan. Lokasi strategik. Jadi target market adalah penduduk kawasan setempat dan orang yang lalu lalang depan warung. Kita dah buat model bisnes dengan BMC dan dah ada business plan. Sekarang kita nak buat marketing untuk suruh orang datang kedai kita.

So kita gunakan sales funnel untuk tujuan ini. Mari kita tengok satu persatu bagaimana sales funnel marketing ni boleh membantu:

(1) Beri tahu kewujudan kita

Langkah pertama, kita nak bagi tau kewujudan kedai makan. Apa nak buat? Mungkin kita naikkan sign board yang besar pada kedai makan. Lagi apa? Pasang lampu star wars warna warni pada tepi jalan. Kemudian kita pasang banner 500 meter dari kedai makan. Pasang pada kedua-dua arah di tepi kanan dan kiri jalan. Apa lagi boleh dibuat? Kita buat fliers/brochures, letak di kenderaan yang parking di masjid berhampiran pada hari jumaat.

(2) Buat orang kenal dan bina engagement

Kemudian macam mana nak buat engagement? Buat mereka berkomunikasi dengan kita? Mungkin kita boleh kenal-kenal dengan orang kuat di kawasan tersebut. Mula join program-program di situ. Sambung proses berkenalan.

(3) Bina Kepercayaan

Sekarang kita perlu buat mereka percaya. Kita boleh buat kenduri pembukaan. Dah nama kenduri tentulah kena sediakan makanan percuma. Ini juga marketing. Buat kenduri ringkas dan makan percuma dari jam 11 pagi – 3 petang. Masa inilah kita buktikan yang makanan kita ni sedap dan menyelerakan. Presentation makanan perlu dititk beratkan. Apa lagi faktor lain? Kebersihan kedai makan dan layanan kepada prospek perlu tip-top. Ini juga adalah masa yang baik untuk kita bina engagement! Borak-borak berkenalan, tanya apa nama, dari makan…

(4) Sambung capture seberapa banyak leads

Jangan lupa juga sediakan bisnes card untuk mereka bawa pulang. Sediakan juga apa jenis kaedah untuk kumpul data prospek yang datang kedai makan semasa kenduri. Paling mudah, sediakan buku untuk mereka tulis contact number mereka. Proses ini perlu berterusan untuk kita kumpul seberapa banyak pelanggan. Bukan waktu kenduri sahaja.

(5) Tukar prospek jadi customer

Sekarang mereka dan rasa makanan kedai kita yang sedap itu. Bila mereka dan rasa, barulah mereka yakin yang kedai makan kita ni worth it untuk mereka datang lagi. Harga pula berpatutan dengan kualiti makanan yang kita sediakan. Kedai pula selesa dan bersih. Moga-moga mereka akan terus datang dan menikmati makanan yang kita sediakan dan seterusnya jadi pelanggan tetap.

Penutup

Nampak tak keseluruhan proses bagaimana sales funnel ini bekerja? Ada antara kaedah ni kami buat masa buka bisnes Cendawan Goreng Terlolap Mato. Tak perasan pun sebenarnya masa tu dah guna kaedah sales funnel ni. Sebelum tu jangan lupa like fb page ni dan follow. Boleh try sekali rasa sedapnya cendawan goreng tepung antara terbaik di Malaysia ni. Menu kat sini juga boleh tahan sedapnya.. Boleh cuba masak lemak cili padi, asam pedas, kari kepala ikan, dan cendol durian musim sepanjang tahun ni. Perghhh..

Langkah-langkah buat corong jualan ini sebetulnya subjektif. Ada banyak jenis sales funnel di luar sana. Tak ada betul dan salah. Yang penting kita sama-sama dapat idea macam mana nak gunakan kaedah corong jualan ini. Langkah yang sama juga kita boleh manafaatkan pada dunia online. Kita boleh gunakan blog, facebook dan email sebagai kaedah pemasaran dengan sales funnel ni. Nanti kita sama-sama sambung belajar pasal idea sales & marketing ni. Selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *