Daftar SSM Online

Daftar SSM Online

Daftar SSM online boleh ke? Malas nak pegi beratur ke pejabat SSM ni.  Bolehh.  Eh sebelum tu, nak bisnes ni kena ke daftar? Ya! Mengikut undang-undang di Malaysia, nak memulakan sebarang perniagaan, kita kena daftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’).  SSM ni ditubuhkan antaranya bagi mengawal selia pendaftaran perniagaan dan syarikat di Malaysia.   Ibu pejabat ada di kawasan KL Sentral.  Cawangan pulak ada di seluruh negara.  Boleh semak kat sini mana cawangan berdekatan.

Bagi memudahkan proses pendaftaran dan lain-lain urusan perniagaan, SSM menyediakan lama web SSM ezbiz online.  Antara perkhidmatan yang disediakan:

  • Pendaftaran perniagaan (pemilikan tunggal / bersama)
  • Pembaharuan perniagaan
  • Pertukaran maklumat perniagaan
  • Penambahan cawangan perniagaan
  • Penutupan perniagaan

Nak bayar denda terlewat bayar pembaharuan perniagaan juga boleh dibuat di sini.

Macamana nak guna sistem SSM ezbiz online?

Pertama, kita kenalah daftar dengan melawat laman web ni dan klik butang “Sign Up“.

Kedua, isikan maklumat yang tepat pada borang.  Pilih ID Type, Masukkan no kad pengenalan dan nama seperti dalam kad pengenalan:

Ketiga, isikan maklumat-maklumat lain seperti yang di minta.

Keempat, selesai isikan maklumat, emel akan dihantar untuk arahan seterusnya.  Kita akan diminta hadirkan diri ke pejabat SSM terdekat untuk buat pengesahan identiti.

Nota:

Musim PKP ni boleh semak posting ini.  Ikut juga apa juga arahan seperti yang terdapat dalam emel.

Kelima, pergi ke pejabat SSM dan jangan lupa bawa kad pengenalan.  Ambil nombor giliran dan tunggu :-).  Nanti bila sampai giliran, kita akan dipanggil untuk pengesahan cap jari.  Selesai.  Sekarang kita boleh balik rumah dan boleh daftar SSM online pada bila-bila masa yang kita mahukan.

Macam mana nak daftar perniagaan secara online ni? Teruskan membaca…

Cara daftar SSM online

(1) Buka laman web SSM ezbiz online

(2) Login dengan “username” dan “password” yang dipilih semasa “Sign Up”

Masukkan juga captcha seperti yang tertera di skrin.

(3)  Klik menu “My Business Services -> New Business Registration -> New Business

Laman berikut akan dipaparkan:

(4) Isikan jenis & nama bisnes serta maklumat lain.

Gunakan nama sendiri atau trade name.  Nama sendiri macam NAZRI AHMAD ENTERPRISE atau tradename seperti GERBANG BISNES SOLUTION.  Masukkan nama bisnes ke dalam borang:

Tukar business start date jika nak mula bisnes pada tarikh yang lain.  Sila abaikan kalau nak mula bisnes hari ini jugak!

Scroll ke bawah dan pilih tempoh perniagaan.  kalau nak guna 1 tahun biar je.  kalau banyak tahun tukar.  Kalau guna 1 tahun tu nanti kita renew je setiap tahun.  Kalau malas renew nanti letak 5 tahun dan bayar untuk 5 tahun sekaligus.

Pilih “YES” jika mau bisnes secara online.

(5) Isikan alamat perniagaan.

Scroll lagi ke bawah.  Isikan alamat perniagaan dan alamat bagi tujuan penghantaran surat.  Kalau sama seperti alamat masa kita daftar hari tu, klik je “Copy From Profile Address“.  Klik “Next“.

(6) Isikan maklumat cawangan lain jika ada.

Biarkan kosong kalau tak ada cawangan.

Klik “Next“.

(7)  Masukkan keterangan bisnes dan kod-kos jenis bisnes.

Klik butang “Add Business Code” untuk tambah.  Tambah je seberapa banyak nak.  Boleh gunakan fungsi search tu.. Tick kat bawah action tu dan “Add Selecte Code” untuk tambah kod-kod yang berkaitan dengan bisnes:

Dah siap tambah, klik je butang “Next

(8) Isikan maklumat rakan kongsi

Masukkan no kad pengenalan partner kalau ada.  Tak ada abaikan.  Nanti pertner tu pun kena pegi ke pejabat SSM untuk pengesahan identiti melalui cap jari.

Klik “Next

(9) Nanti dia bagi tau berapa kos yang perlu dibayar untuk daftar SSM online ni.

Sebelum tu boleh upload supporting document macam perjanjian dengan partner tadi tu.   Tak ada partner sorang-sorang tu boleh abaikan.

Tick “I confirm..” tu.  Pastikan semua maklumat adalah benar semata-mata.  dan klik “Preview“.

(10) Buat bayaran

Klik “Submit Payment”

Buat bayaran online dengan klik “PAY ONLINE“.  Boleh juga bayar di kaunter pejabat SSM dengan tunaiii.

Pilih cara bayaran.  Kad kredit atau perbankan online.  Pilih bank yang kita nak le..

Nanti dia pi website internet banking.  Ni contoh kalau pakai Maybank2u:

Buar transaction macam biasa.  Dan tadaaa, dah siap daftar:

Tengok bawah tu boleh cetak resit ni.

Macam mana nak taupendaftaran dan lulus?

Lepas daftar boleh semak dah lulus ke belum dalam sistem ni.  Selalunya 1 jam dah siap!

Login seperti biasa ke dalam SSM ezbiz online ni.  Guna menu “My Business Services -> List New Business Registration

Kalau tengah proses tengok kat “In Process“:

Tengok bahagian “Approved / Reject“. Yayyy! dah lulus!

Kalau ada isu, contoh nama tak boleh didaftarkan, ada pertanyaan lain oleh SSM atau nama dah ada orang lain guna boleh semak di bahagian “Query“.  Ikut arahan atau jawab pertanyaan yang diberikan oleh SSM.

Penutup

Nak mula berniaga kita kenalah daftar perniagaan di SSM.  Boleh pergi ke pejabat SSM terdekat atau lagi mudah daftar SSM online gunakan SSM ezbiz online.  Daftar di website dan buat pengesahan cap jari.  Lepas tu boleh buka seberap banyak perniagaan secara online.   Boleh buat bila-bila masa tanpa pergi pejabat SSM lagi dahhh.

Daftar Perniagaan dengan SSM Musim PKP

Daftar SSM Online

Nak daftar perniagaan dengan SSM musim PKP ni?  Belum PKP pun SSM telah memudahkan kita dengan mewujudkan SSM Ezbiz Online.  Kena daftar untuk memudahkan banyak urusan dengan SSM.  Antaranya, perkhidmatan pendaftaran perniagaan.

Macamana nak dapat access ke SSM Ezbiz Online ni?

Sebelum PKP ni, kita boleh daftar dengan mudahnya di laman SSM Ezbiz Online (https://ezbiz.ssm.com.my).  Tekan je button sign-up tu.   Isi semua maklumat yang diperlukan separti nama mengikut kad pengenalan, username, password, alamat dan lain-lain.

Kemudian dia akan hantar email untuk arahan ke pejabat SSM terdekat bagi tujuan pengesahan identiti.  Jangan lupa bawa MyKad.  Kat sana kita cuma ambil nombor, ke kaunter  dan pegawai bertugas akan bantu lakukan pengesahan dengan MyKad  dan cap jari kita.  Selesai!

Macam mana dengan musim PKP ni?

Berita baik!  Musim PKP ni tak perlu ke pejabat SSM.  Lepas sign-up di laman SSM Ezbiz Online, notifikasi akan diberikan untuk kita hantar dokumen-dokumen yang diperlukan melalui email.  Antaranya kita kena ambil  gambar kita pegang MyKad dan email sekali dengan dokumen-dokumen lain ke [email protected]

Mari tonton video yang disediakan oleh SSM ni untuk info lebih jelas:

TATACARA PENGAKTIFAN EZBIZ ID SEMASA PKP

SSM menyediakan perkhidmatan dalam talian iaitu EzBiz Online EzBiz Online – https://ezbiz.ssm.com.my bagi urusan pendaftaran perniagaan berikut:✅ Pendaftaran perniagaan baharu;✅ Pembaharuan pendaftaran perniagaan (renew); ✅ Permohonan penamatan; dan✅ Perubahan maklumat perniagaan (kecuali perubahan alamat kediaman dan pemilikan perniagaan).Untuk mendaftar hanya dengan 3 langkah mudah:1️⃣ Layari https://ezbiz.ssm.com.my dan sign-up sebagai ‘user’;2️⃣ Selepas sign up, anda akan menerima notifikasi melalui e-mel untuk memohon pengaktifan ID EzBiz Online; dan3️⃣ Memohon pengaktifan ID EzBiz Online. Sila rujuk panduan pengaktifan ID yang dilampirkan. (tatacara pengaktifan ID ini hanya terpakai dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP sahaja)📊📉📈 Like / Follow:-• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)• Instagram / IG: @ssmofficialpage• Twitter: @ssmofficialpage#StayAtHome#KitaJagaKita#KitaMestiMenang

Posted by Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi) on Selasa, 9 Jun 2020

 

Lepas tu macam mana kita nak daftar perniagaan? OK kita sambung di posting yang lain.  Tungguuu…

 

Kenapa komputer lambat? Dulu dia laju je!

Kenapa komputer lambat walau pun masa beli dulu dia laju je?  Ada banyak sebab. Antaranya:

(1) Install banyak program & kekurangan Memory

Makin lama makin banyak program yang kita install.  Bila run banyak program serentak, memory dia makin tak cukup.  So, sama ada kita tambah RAM atau kita jangan run banyak program serentak.  Contoh, buka tab Chrome browser banyak-banyak.

Kadang-kadang program tu kita tak guna pun.  Tapi sebenarnya berjalan pada background.  Semak balik program-program yang kita install tu.  Kalau tak guna remove je.  Boleh run “Control Panel” dan “Add or remove programs”.  Boleh search je terus kat task bar “Add or remove programs” tu.

(2) Masalah Hard Disk

Kalau dah keluar bunyik pelik-pelik tu confirm hard disk dah bermasalah.  Boleh check ringkas dengan run “cmd” pada search di taskbar, dan gunakan arahan “chkdsk <drive>”.  Contoh: “chkdsk c:”

Mungkin boleh diselamatkan, atau mungkin kena tukar hard disk baru.

Paling afdhal, guna teknologi SSD.  Lebih umphhh!

(3) Ada virus, worm & spyware

Ada benda-benda ni memang pening.  Ni tak ada cari lain.  Kena pastikan kita ada install anti virus.  Lepas tu sentiasa update.

(4) Banyak sampah

Sampah ni ada macam-macam sampah.  Ada temporary file yang dah tak guna sejak kita beli PC atau laptop tu.  Ada shortcut ke program yang dah tak ada.  Ada komponen macam registry info yang dah tak valid.  Tak payah pening fikir.   Kita install program yang boleh bersihkan sampah.  Kita boleh guna Wise Disk Cleaner. Free.  Download je dan install.

(5) Fail berterabur

NI pun salah satu punca.  Fail berterabur.  Kena defrag.  Tapi kalau guna hard disk teknologi SSD tak perlu lah nak defrag ya.  Macam mana nak defrag?  Boleh try godek-godek Wise Disk Cleaner tu.  Dia ada tool nak defrag juga.  Atas tu ada menu “Disk Defrag”.  Cuba klik.  Kemudian ada button warna hijau kat seblah kanan bawah tu.  Sebelum tidur.  Cuba “Analyze” atau pilih options “Full Optimization”:

Eh.. Macam mana nak dapat Wise Disk Clearner? Macam mana nak guna?  Tengok bawah ni…

Cara Install & guna Wise Disk Cleaner

(1) Buka website dan doownload installer.

(2) Run installer.  Klik “I accept the agreement” & Klik “Next”

(3) Tukar path yang sesuai dengan PC & klik “Next”.  Kalau tak mau tukar apa-apa tekan  “Next” je.

(4) Tekan “Install”

(5) Tunguuuu dia install.  Dah siap, tekan “Finish”.  Siap dah install.

(6) Nanti dia buka program.  Atau bila-bila boleh buka program dari menu Windows.  nanti dia keluar macam ni:

Nampak tak? macam pc ni dah pernah buat.  Ada banyak penjimatan storan dengan banyak sampah dah dibuang.

(7) Klik menu “Scan” butang warna hijau seblah kanan tu.  Tunggu dia bekerja.

(8) Kalau dah siap nanti dia bagi tau berapa bersar sampah yang dia boleh buang.  jangan risau.  Benda-benda ni memang sampah.   dalam kes ni, ada lebih 5,017 sampah tak berguna dalam komputer. Clearkan je. Tekan “Clean”.

(9) Dia kata ada “Cookies”.  Pun sama, bersihkan je. Tekan “Yes”.

(10) Biarkan dia bekerja.

(11) OK setel.  Banyak dah sampah dia buang sejak dulu.  Mungkin masa ni kita dah dapat perbezaan ketara kelajuan komputer.

Selamat mencuba!