Daftar Perniagaan dengan SSM Musim PKP

Nak daftar perniagaan dengan SSM musim PKP ni?  Belum PKP pun SSM telah memudahkan kita dengan mewujudkan SSM Ezbiz Online.  Kena daftar untuk memudahkan banyak urusan dengan SSM.  Antaranya, perkhidmatan pendaftaran perniagaan.

Macamana nak dapat access ke SSM Ezbiz Online ni?

Sebelum PKP ni, kita boleh daftar dengan mudahnya di laman SSM Ezbiz Online (https://ezbiz.ssm.com.my).  Tekan je button sign-up tu.   Isi semua maklumat yang diperlukan separti nama mengikut kad pengenalan, username, password, alamat dan lain-lain.

Kemudian dia akan hantar email untuk arahan ke pejabat SSM terdekat bagi tujuan pengesahan identiti.  Jangan lupa bawa MyKad.  Kat sana kita cuma ambil nombor, ke kaunter  dan pegawai bertugas akan bantu lakukan pengesahan dengan MyKad  dan cap jari kita.  Selesai!

Macam mana dengan musim PKP ni?

Berita baik!  Musim PKP ni tak perlu ke pejabat SSM.  Lepas sign-up di laman SSM Ezbiz Online, notifikasi akan diberikan untuk kita hantar dokumen-dokumen yang diperlukan melalui email.  Antaranya kita kena ambil  gambar kita pegang MyKad dan email sekali dengan dokumen-dokumen lain ke [email protected]

Mari tonton video yang disediakan oleh SSM ni untuk info lebih jelas:

TATACARA PENGAKTIFAN EZBIZ ID SEMASA PKP

SSM menyediakan perkhidmatan dalam talian iaitu EzBiz Online EzBiz Online – https://ezbiz.ssm.com.my bagi urusan pendaftaran perniagaan berikut:✅ Pendaftaran perniagaan baharu;✅ Pembaharuan pendaftaran perniagaan (renew); ✅ Permohonan penamatan; dan✅ Perubahan maklumat perniagaan (kecuali perubahan alamat kediaman dan pemilikan perniagaan).Untuk mendaftar hanya dengan 3 langkah mudah:1️⃣ Layari https://ezbiz.ssm.com.my dan sign-up sebagai ‘user’;2️⃣ Selepas sign up, anda akan menerima notifikasi melalui e-mel untuk memohon pengaktifan ID EzBiz Online; dan3️⃣ Memohon pengaktifan ID EzBiz Online. Sila rujuk panduan pengaktifan ID yang dilampirkan. (tatacara pengaktifan ID ini hanya terpakai dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP sahaja)📊📉📈 Like / Follow:-• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)• Instagram / IG: @ssmofficialpage• Twitter: @ssmofficialpage#StayAtHome#KitaJagaKita#KitaMestiMenang

Posted by Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi) on Selasa, 9 Jun 2020

 

Lepas tu macam mana kita nak daftar perniagaan? OK kita sambung di posting yang lain.  Tungguuu…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *