Kenapa komputer lambat? Dulu dia laju je!

Kenapa komputer lambat walau pun masa beli dulu dia laju je?  Ada banyak sebab. Antaranya:

(1) Install banyak program & kekurangan Memory

Makin lama makin banyak program yang kita install.  Bila run banyak program serentak, memory dia makin tak cukup.  So, sama ada kita tambah RAM atau kita jangan run banyak program serentak.  Contoh, buka tab Chrome browser banyak-banyak.

Kadang-kadang program tu kita tak guna pun.  Tapi sebenarnya berjalan pada background.  Semak balik program-program yang kita install tu.  Kalau tak guna remove je.  Boleh run “Control Panel” dan “Add or remove programs”.  Boleh search je terus kat task bar “Add or remove programs” tu.

(2) Masalah Hard Disk

Kalau dah keluar bunyik pelik-pelik tu confirm hard disk dah bermasalah.  Boleh check ringkas dengan run “cmd” pada search di taskbar, dan gunakan arahan “chkdsk <drive>”.  Contoh: “chkdsk c:”

Mungkin boleh diselamatkan, atau mungkin kena tukar hard disk baru.

Paling afdhal, guna teknologi SSD.  Lebih umphhh!

(3) Ada virus, worm & spyware

Ada benda-benda ni memang pening.  Ni tak ada cari lain.  Kena pastikan kita ada install anti virus.  Lepas tu sentiasa update.

(4) Banyak sampah

Sampah ni ada macam-macam sampah.  Ada temporary file yang dah tak guna sejak kita beli PC atau laptop tu.  Ada shortcut ke program yang dah tak ada.  Ada komponen macam registry info yang dah tak valid.  Tak payah pening fikir.   Kita install program yang boleh bersihkan sampah.  Kita boleh guna Wise Disk Cleaner. Free.  Download je dan install.

(5) Fail berterabur

NI pun salah satu punca.  Fail berterabur.  Kena defrag.  Tapi kalau guna hard disk teknologi SSD tak perlu lah nak defrag ya.  Macam mana nak defrag?  Boleh try godek-godek Wise Disk Cleaner tu.  Dia ada tool nak defrag juga.  Atas tu ada menu “Disk Defrag”.  Cuba klik.  Kemudian ada button warna hijau kat seblah kanan bawah tu.  Sebelum tidur.  Cuba “Analyze” atau pilih options “Full Optimization”:

Eh.. Macam mana nak dapat Wise Disk Clearner? Macam mana nak guna?  Tengok bawah ni…

Cara Install & guna Wise Disk Cleaner

(1) Buka website dan doownload installer.

(2) Run installer.  Klik “I accept the agreement” & Klik “Next”

(3) Tukar path yang sesuai dengan PC & klik “Next”.  Kalau tak mau tukar apa-apa tekan  “Next” je.

(4) Tekan “Install”

(5) Tunguuuu dia install.  Dah siap, tekan “Finish”.  Siap dah install.

(6) Nanti dia buka program.  Atau bila-bila boleh buka program dari menu Windows.  nanti dia keluar macam ni:

Nampak tak? macam pc ni dah pernah buat.  Ada banyak penjimatan storan dengan banyak sampah dah dibuang.

(7) Klik menu “Scan” butang warna hijau seblah kanan tu.  Tunggu dia bekerja.

(8) Kalau dah siap nanti dia bagi tau berapa bersar sampah yang dia boleh buang.  jangan risau.  Benda-benda ni memang sampah.   dalam kes ni, ada lebih 5,017 sampah tak berguna dalam komputer. Clearkan je. Tekan “Clean”.

(9) Dia kata ada “Cookies”.  Pun sama, bersihkan je. Tekan “Yes”.

(10) Biarkan dia bekerja.

(11) OK setel.  Banyak dah sampah dia buang sejak dulu.  Mungkin masa ni kita dah dapat perbezaan ketara kelajuan komputer.

Selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *