AIDA Marketing

Model AIDA

AIDA marketing ni interesting.  Kita buat marketing atau pemasaran berdasarkan model AIDA.  Model AIDA merujuk kepada proses bagi setiap kelakuan / kognitif pelanggan masa mereka beli sesuatu produk/perkhidmatan.  Bermula daripada mereka niat nak beli, sampai selesai pembelian dibuat.

jadi, apa yang pelanggan fikir dan buat untuk pilih dan beli sesuatu produk, kita bantu mereka pada setiap proses dengan kaedah marketing yang bersesuaian dengan proses tersebut.

AIDA ni apa?

Kita ulangkaji balik, AIDA ni terdiri daripada 4 fasa pembelian oleh pelanggan:

  • Awareness/Attention – Pelanggan mula sedar kewujudan produk/perkhidmatan dan tertarik nak beli
  • Interest – Dah mula minat.  Mula ambil tahu tentang produk/perkhidmatan, ciri-ciri, benefit dan sebagainya
  • Desire – Lebih dari minat. Betul-betul teringin nak beli.  Dah dapat imagine mereka dah beli pun.
  • Action – Buat tindakan.  Pergi kedai dan beli.  Tekan button checkout dan bayar!

AIDA marketing

Nampak tak 4 fasa pembelian melalui model AIDA di atas?  Setiap fasa kita bantu dengan kaedah-kaedah AIDA marketing yang bersesuaian.  Secara ringkas, kita boleh buat macam ni:

  • Awareness/Attention – Kita bina brand awareness untuk perkenalkan produk dan pengeluar produk/perkhidmatan.  Kita beri tahu kewujudan kita dan produk yang dipasarkan
  • Interest – Menarik minat pengguna dengan highlight ciri-ciri produk, benefit dan kelebihan produk.  Maklumat yang diberikan cukup untuk pengguna berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk
  • Desire – Bina emotional connection terhadap produk.  Orang selalunya membeli berdasarkan faktor emosi.  Faktor kehendak.  Bukan keperluan sangat pun.
  • Action – Beri arahan untuk pengguna buat tindakan.  Tak kiralah lah. Suruh beli.  Suruh telefon, download brochure, klik link wasap untuk mereka dapat maklumat lanjut.  Kita layan dengan teknik close sale.  Boleh juga suruh klik link terus ke Shopee & Lazada.

Contoh AIDA Marketing

Kita tengok pulak contoh macam mana kita buat AIDA marketing dengan model AIDA ni.  Kali ni kita nak buka cawangan kedai gunting rambut dengan barisan tukang gunting yang berpengalaman.  Kita gunakan contoh ni buat marketing pakai facebook jelah untuk buat idea.

  • Awareness/Attention –    Mula buat Facebook page dan pos tips berkaitan “penguntingan” rambut.  Style-style rupabentuk muka bumi rambut yang terkini dan trendy.  Boleh buat Facbook Advertising.  Pos juga video pendek menarik untuk tarik perhatian.  kalau boleh viral lagi cantik.
  • Interest – Pos juga di facebook tentang style rupabentuk muka bumi rambut yang terkini dan trendy.  Style rambut artis-artis terkemuka kasik orang berminat.  Apa je tips yang berkaitan dengan rambut boleh pos.  Pos juga apa yang kedai gunting kita boleh buat.  Buat mereka minat nak gunting rambut kat kedai kita ni.
  • Desire – Kemudian masukan testimoni orang yang dah gunting rambut di cawangan kita yang lain.  “Gunting 5 minit dah siap.  Tak sakit tengkuk sebab teleng kepala kejap je!” , macam nilah contoh.  Kalau ada artis pernah gunting rambut, upload gambar dia!  Buat promosi pembukaan.  Buat membership.  Potong 10 kali free 1x.  Yang ni lebih dari minat!  Minat nak rambut sama macam artis pujaan ati dia ni.
  • Action – Suruh ambil tindakan.  Dalam posting ada CTA – Call to Action.  Datang sekarang!  Telefon sekarang! WhatsApp sekarang! Klik link untuk maklumat lanjut.  Klik link untuk nak gunting rambut dan lain-lain.

Penutup

OK tu je.  Dari model AIDA, setiap proses pengguna nak buat pembelian, kita bantu pelanggan buat keputusan dengan kaedah marketing yang bersesuaian.  Masa mereka fikir nak beli, kita buat marketing untuk tarik perhatian.  masa mereka berminat nak beli, kita buat mereka berminat dengan produk keluarkan kita sehinggalah mereka buat pembelian.  Dapat sesuatu tentang AIDA marketing ni?

Selamat maju jaya!

Model AIDA usahawan wajib tahu & faham

Model AIDA

Model AIDA ni menarik. Pernah dengar tak? Ia merupakan model yang bertujuan untuk memahami kelakuan pengguna dalam mencari dan memilih sesuatu produk atau perkhidmatan.  Model konsepsual ini lebih kurang sama je tujuan dengan model-model lain macam Sales funnel, Marketing funnel, Customer journey, Hierarchy-of-Effects Model, Innovation adoption model dan Information Processing Model.

Sebagai usahawan, kita wajib faham setiap kelakuan pengguna atau pelanggan ni.   Kita kena faham apa keseluruhan proses yang difikirkan atau dilakukan pengguna sebelum membeli sesuatu produk/perkhidmatan.  Teori disebalik model-model ni, pelanggan ada beberapa langkah  atau fasa sebelum buat final call untuk membeli sesuatu.

Bila dah faham, kita bantu mereka pada setiap fasa yang terlibat supaya mereka beli produk/perkhidmatan kita.  Kita boleh letakkan diri kita sebagai pelanggan, kaji dan analisa setiap fasa pengguna ini dah seterusnya kemas kini atau improve proses bisnes yang berkaitan.

Apa itu AIDA?

OK mari kita tengok model AIDA ni.  AIDA ni sebenarnya terdiri daripada ATTENTION, INTEREST, DESIRE & ACTION.

Mari kita translate direct je dulu:

  • Attention – perhatian
  • Interest – minat
  • Desire – keinginan
  • Action – tindakan

Sekarang kita tengok satu persatu kelakuan pengguna melalui model AIDA ni.  Mula dari bagaimana mereka tertarik perhatian terhadap sesuatu produk dan seterusnya buat belian.

Attention

Kita lihat fasa attention atau perhatian, fasa pertama kelakuan pengguna ni.  Dalam fasa ini, pengguna biasanya akan tertarik perhatian mereka terhadap sesuatu produk yang ditawarkan.  Kesedaran (atau ‘awareness’) terhadap sesuatu produk akan terbina.

Eh pelik pulak bunyi dia macam translate direct.  Cuba reword:

“Masa ni pelanggan mula sedar tentang kewujudan sesuatu produk/perkhidmatan”

Boleh la kan.  Mari kita sambung..

Masa ni jugak mereka mula tahu serba sedikit seperti ciri-ciri, faedah dan kepentingan produk.  Mereka juga mula tahu tentang jenama atau brand yang terlibat.  Mereka dah cari maklumat tambahan tentang produk.

Mereka mungkin tertarik perhatian melalui iklan TV dan surat khabar,  ternampak billboard tepi jalan,  word of mouth, kawan pos di Facebook & Instagram dan sebagainya.

Interest

Model AIDA seterusnya adalah merujuk kepada INTEREST.    Pada masa ni, pengguna bukan sahaja ada maklumat dan pengetahuan terhadap produk, tetapi telah mengambil sikap tertentu (‘develop attitude‘) dan  menunjukkan MINAT terhadap produk.  Fasa ini, mereka juga dah ada informasi tentang beberapa pilihan yang ada.

Desire

Next, adalah DESIRE iaitu KEINGINAN.  Sebelum ni minat je.  Tapi kali ni dah teringin pulak.   Dah boleh imagine mereka dah dapatkan dan guna produk tersebut.  Hati dah berbunga-bunga nak beli.  Tak sabar dah ni!

Action

Ha yang ni last.  ACTION atau TINDAKAN.  Masa ni lah pengguna akan terus buat tindakan.  Pegi ke kedai dan beli.  Pergi buka Shopee atau Lazada dan buat pembelian.  Atau hubungi penjual untuk proses nego dan beli.  Dah klik link wasap. Dah belii.

Apa kita nak buat dengan AIDA ni?

Macam yang kita dah sentuh serba sedikit tadi, kita boleh gunakan model AIDA ni untuk bantu pengguna tahu tentang produk/perkhidmatan kita ni.    Kita tarik perhatian mereka tentang produk kita.  Kemudian kita kenalah buat mereka minat dan teringin nak memiliki apa yang kita tawarkan.  Lepas tu bantu mereka buat tindakan dan beli!

Kita juga boleh buat analisis tentang keseluruhan perjalan bisnes kita yang bersangkutan dengan behavior pengguna ni.  Kita lihat keseluruhan proses, adakan mana yang tiada.  Juga boleh kemas kini atau update agar dapat bantu pengguna dalam setiap fasa.

Nak buat iklan? Juga boleh gunakan model AIDA sebagai teknik copywriting.  Tarik perhatian dengan headline yang menarik, berikan maklumat secukupnya untuk develop interest pengguna.  Berikan benefit produk dan highlight kelebihan berbanding produk yang lain untuk naikkan keinginan.  Lepas tu suruh mereka beli atau hubungi kita dengan berikan link wasap untuk close sale.  Script close sale kita juga boleh gunakan teknik yang sama.  Jgn lupa letakkan scarcity seperti unit & tawaran dengan tempoh terhad!

OK nanti kita sambung lagi tentang AIDA ni ya.  Semoga bertemu lagi dalam posting yang lain dan selamat maju jaya!

Daftar SSM Online

Daftar SSM Online

Daftar SSM online boleh ke? Malas nak pegi beratur ke pejabat SSM ni.  Bolehh.  Eh sebelum tu, nak bisnes ni kena ke daftar? Ya! Mengikut undang-undang di Malaysia, nak memulakan sebarang perniagaan, kita kena daftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’).  SSM ni ditubuhkan antaranya bagi mengawal selia pendaftaran perniagaan dan syarikat di Malaysia.   Ibu pejabat ada di kawasan KL Sentral.  Cawangan pulak ada di seluruh negara.  Boleh semak kat sini mana cawangan berdekatan.

Bagi memudahkan proses pendaftaran dan lain-lain urusan perniagaan, SSM menyediakan lama web SSM ezbiz online.  Antara perkhidmatan yang disediakan:

  • Pendaftaran perniagaan (pemilikan tunggal / bersama)
  • Pembaharuan perniagaan
  • Pertukaran maklumat perniagaan
  • Penambahan cawangan perniagaan
  • Penutupan perniagaan

Nak bayar denda terlewat bayar pembaharuan perniagaan juga boleh dibuat di sini.

Macamana nak guna sistem SSM ezbiz online?

Pertama, kita kenalah daftar dengan melawat laman web ni dan klik butang “Sign Up“.

Kedua, isikan maklumat yang tepat pada borang.  Pilih ID Type, Masukkan no kad pengenalan dan nama seperti dalam kad pengenalan:

Ketiga, isikan maklumat-maklumat lain seperti yang di minta.

Keempat, selesai isikan maklumat, emel akan dihantar untuk arahan seterusnya.  Kita akan diminta hadirkan diri ke pejabat SSM terdekat untuk buat pengesahan identiti.

Nota:

Musim PKP ni boleh semak posting ini.  Ikut juga apa juga arahan seperti yang terdapat dalam emel.

Kelima, pergi ke pejabat SSM dan jangan lupa bawa kad pengenalan.  Ambil nombor giliran dan tunggu :-).  Nanti bila sampai giliran, kita akan dipanggil untuk pengesahan cap jari.  Selesai.  Sekarang kita boleh balik rumah dan boleh daftar SSM online pada bila-bila masa yang kita mahukan.

Macam mana nak daftar perniagaan secara online ni? Teruskan membaca…

Cara daftar SSM online

(1) Buka laman web SSM ezbiz online

(2) Login dengan “username” dan “password” yang dipilih semasa “Sign Up”

Masukkan juga captcha seperti yang tertera di skrin.

(3)  Klik menu “My Business Services -> New Business Registration -> New Business

Laman berikut akan dipaparkan:

(4) Isikan jenis & nama bisnes serta maklumat lain.

Gunakan nama sendiri atau trade name.  Nama sendiri macam NAZRI AHMAD ENTERPRISE atau tradename seperti GERBANG BISNES SOLUTION.  Masukkan nama bisnes ke dalam borang:

Tukar business start date jika nak mula bisnes pada tarikh yang lain.  Sila abaikan kalau nak mula bisnes hari ini jugak!

Scroll ke bawah dan pilih tempoh perniagaan.  kalau nak guna 1 tahun biar je.  kalau banyak tahun tukar.  Kalau guna 1 tahun tu nanti kita renew je setiap tahun.  Kalau malas renew nanti letak 5 tahun dan bayar untuk 5 tahun sekaligus.

Pilih “YES” jika mau bisnes secara online.

(5) Isikan alamat perniagaan.

Scroll lagi ke bawah.  Isikan alamat perniagaan dan alamat bagi tujuan penghantaran surat.  Kalau sama seperti alamat masa kita daftar hari tu, klik je “Copy From Profile Address“.  Klik “Next“.

(6) Isikan maklumat cawangan lain jika ada.

Biarkan kosong kalau tak ada cawangan.

Klik “Next“.

(7)  Masukkan keterangan bisnes dan kod-kos jenis bisnes.

Klik butang “Add Business Code” untuk tambah.  Tambah je seberapa banyak nak.  Boleh gunakan fungsi search tu.. Tick kat bawah action tu dan “Add Selecte Code” untuk tambah kod-kod yang berkaitan dengan bisnes:

Dah siap tambah, klik je butang “Next

(8) Isikan maklumat rakan kongsi

Masukkan no kad pengenalan partner kalau ada.  Tak ada abaikan.  Nanti pertner tu pun kena pegi ke pejabat SSM untuk pengesahan identiti melalui cap jari.

Klik “Next

(9) Nanti dia bagi tau berapa kos yang perlu dibayar untuk daftar SSM online ni.

Sebelum tu boleh upload supporting document macam perjanjian dengan partner tadi tu.   Tak ada partner sorang-sorang tu boleh abaikan.

Tick “I confirm..” tu.  Pastikan semua maklumat adalah benar semata-mata.  dan klik “Preview“.

(10) Buat bayaran

Klik “Submit Payment”

Buat bayaran online dengan klik “PAY ONLINE“.  Boleh juga bayar di kaunter pejabat SSM dengan tunaiii.

Pilih cara bayaran.  Kad kredit atau perbankan online.  Pilih bank yang kita nak le..

Nanti dia pi website internet banking.  Ni contoh kalau pakai Maybank2u:

Buar transaction macam biasa.  Dan tadaaa, dah siap daftar:

Tengok bawah tu boleh cetak resit ni.

Macam mana nak taupendaftaran dan lulus?

Lepas daftar boleh semak dah lulus ke belum dalam sistem ni.  Selalunya 1 jam dah siap!

Login seperti biasa ke dalam SSM ezbiz online ni.  Guna menu “My Business Services -> List New Business Registration

Kalau tengah proses tengok kat “In Process“:

Tengok bahagian “Approved / Reject“. Yayyy! dah lulus!

Kalau ada isu, contoh nama tak boleh didaftarkan, ada pertanyaan lain oleh SSM atau nama dah ada orang lain guna boleh semak di bahagian “Query“.  Ikut arahan atau jawab pertanyaan yang diberikan oleh SSM.

Penutup

Nak mula berniaga kita kenalah daftar perniagaan di SSM.  Boleh pergi ke pejabat SSM terdekat atau lagi mudah daftar SSM online gunakan SSM ezbiz online.  Daftar di website dan buat pengesahan cap jari.  Lepas tu boleh buka seberap banyak perniagaan secara online.   Boleh buat bila-bila masa tanpa pergi pejabat SSM lagi dahhh.

Daftar Perniagaan dengan SSM Musim PKP

Daftar SSM Online

Nak daftar perniagaan dengan SSM musim PKP ni?  Belum PKP pun SSM telah memudahkan kita dengan mewujudkan SSM Ezbiz Online.  Kena daftar untuk memudahkan banyak urusan dengan SSM.  Antaranya, perkhidmatan pendaftaran perniagaan.

Macamana nak dapat access ke SSM Ezbiz Online ni?

Sebelum PKP ni, kita boleh daftar dengan mudahnya di laman SSM Ezbiz Online (https://ezbiz.ssm.com.my).  Tekan je button sign-up tu.   Isi semua maklumat yang diperlukan separti nama mengikut kad pengenalan, username, password, alamat dan lain-lain.

Kemudian dia akan hantar email untuk arahan ke pejabat SSM terdekat bagi tujuan pengesahan identiti.  Jangan lupa bawa MyKad.  Kat sana kita cuma ambil nombor, ke kaunter  dan pegawai bertugas akan bantu lakukan pengesahan dengan MyKad  dan cap jari kita.  Selesai!

Macam mana dengan musim PKP ni?

Berita baik!  Musim PKP ni tak perlu ke pejabat SSM.  Lepas sign-up di laman SSM Ezbiz Online, notifikasi akan diberikan untuk kita hantar dokumen-dokumen yang diperlukan melalui email.  Antaranya kita kena ambil  gambar kita pegang MyKad dan email sekali dengan dokumen-dokumen lain ke [email protected]

Mari tonton video yang disediakan oleh SSM ni untuk info lebih jelas:

TATACARA PENGAKTIFAN EZBIZ ID SEMASA PKP

SSM menyediakan perkhidmatan dalam talian iaitu EzBiz Online EzBiz Online – https://ezbiz.ssm.com.my bagi urusan pendaftaran perniagaan berikut:✅ Pendaftaran perniagaan baharu;✅ Pembaharuan pendaftaran perniagaan (renew); ✅ Permohonan penamatan; dan✅ Perubahan maklumat perniagaan (kecuali perubahan alamat kediaman dan pemilikan perniagaan).Untuk mendaftar hanya dengan 3 langkah mudah:1️⃣ Layari https://ezbiz.ssm.com.my dan sign-up sebagai ‘user’;2️⃣ Selepas sign up, anda akan menerima notifikasi melalui e-mel untuk memohon pengaktifan ID EzBiz Online; dan3️⃣ Memohon pengaktifan ID EzBiz Online. Sila rujuk panduan pengaktifan ID yang dilampirkan. (tatacara pengaktifan ID ini hanya terpakai dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP sahaja)📊📉📈 Like / Follow:-• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)• Instagram / IG: @ssmofficialpage• Twitter: @ssmofficialpage#StayAtHome#KitaJagaKita#KitaMestiMenang

Posted by Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi) on Selasa, 9 Jun 2020

 

Lepas tu macam mana kita nak daftar perniagaan? OK kita sambung di posting yang lain.  Tungguuu…

 

Kenapa komputer lambat? Dulu dia laju je!

Kenapa komputer lambat walau pun masa beli dulu dia laju je?  Ada banyak sebab. Antaranya:

(1) Install banyak program & kekurangan Memory

Makin lama makin banyak program yang kita install.  Bila run banyak program serentak, memory dia makin tak cukup.  So, sama ada kita tambah RAM atau kita jangan run banyak program serentak.  Contoh, buka tab Chrome browser banyak-banyak.

Kadang-kadang program tu kita tak guna pun.  Tapi sebenarnya berjalan pada background.  Semak balik program-program yang kita install tu.  Kalau tak guna remove je.  Boleh run “Control Panel” dan “Add or remove programs”.  Boleh search je terus kat task bar “Add or remove programs” tu.

(2) Masalah Hard Disk

Kalau dah keluar bunyik pelik-pelik tu confirm hard disk dah bermasalah.  Boleh check ringkas dengan run “cmd” pada search di taskbar, dan gunakan arahan “chkdsk <drive>”.  Contoh: “chkdsk c:”

Mungkin boleh diselamatkan, atau mungkin kena tukar hard disk baru.

Paling afdhal, guna teknologi SSD.  Lebih umphhh!

(3) Ada virus, worm & spyware

Ada benda-benda ni memang pening.  Ni tak ada cari lain.  Kena pastikan kita ada install anti virus.  Lepas tu sentiasa update.

(4) Banyak sampah

Sampah ni ada macam-macam sampah.  Ada temporary file yang dah tak guna sejak kita beli PC atau laptop tu.  Ada shortcut ke program yang dah tak ada.  Ada komponen macam registry info yang dah tak valid.  Tak payah pening fikir.   Kita install program yang boleh bersihkan sampah.  Kita boleh guna Wise Disk Cleaner. Free.  Download je dan install.

(5) Fail berterabur

NI pun salah satu punca.  Fail berterabur.  Kena defrag.  Tapi kalau guna hard disk teknologi SSD tak perlu lah nak defrag ya.  Macam mana nak defrag?  Boleh try godek-godek Wise Disk Cleaner tu.  Dia ada tool nak defrag juga.  Atas tu ada menu “Disk Defrag”.  Cuba klik.  Kemudian ada button warna hijau kat seblah kanan bawah tu.  Sebelum tidur.  Cuba “Analyze” atau pilih options “Full Optimization”:

Eh.. Macam mana nak dapat Wise Disk Clearner? Macam mana nak guna?  Tengok bawah ni…

Cara Install & guna Wise Disk Cleaner

(1) Buka website dan doownload installer.

(2) Run installer.  Klik “I accept the agreement” & Klik “Next”

(3) Tukar path yang sesuai dengan PC & klik “Next”.  Kalau tak mau tukar apa-apa tekan  “Next” je.

(4) Tekan “Install”

(5) Tunguuuu dia install.  Dah siap, tekan “Finish”.  Siap dah install.

(6) Nanti dia buka program.  Atau bila-bila boleh buka program dari menu Windows.  nanti dia keluar macam ni:

Nampak tak? macam pc ni dah pernah buat.  Ada banyak penjimatan storan dengan banyak sampah dah dibuang.

(7) Klik menu “Scan” butang warna hijau seblah kanan tu.  Tunggu dia bekerja.

(8) Kalau dah siap nanti dia bagi tau berapa bersar sampah yang dia boleh buang.  jangan risau.  Benda-benda ni memang sampah.   dalam kes ni, ada lebih 5,017 sampah tak berguna dalam komputer. Clearkan je. Tekan “Clean”.

(9) Dia kata ada “Cookies”.  Pun sama, bersihkan je. Tekan “Yes”.

(10) Biarkan dia bekerja.

(11) OK setel.  Banyak dah sampah dia buang sejak dulu.  Mungkin masa ni kita dah dapat perbezaan ketara kelajuan komputer.

Selamat mencuba!

 

Teknik Copywriting PESTA – tulis ayat iklan dalam 15 minit.

Teknik Copywriting PESTA? Pernah dengar? Apa ni? Ni adalah salah satu daripada teknik buat ayat iklan orang bisnes wajib tahu.  Ilmu ni boleh bantu kita untuk buat copywriting dalam masa 15 minit je.   Ilmu mahal belajar dari Tuan Rahim Ibrahim. Dia ajar memang sempoi.  Senang nak faham walau tengah ngantuk belajar online lepas moreh.  Pi follow beliau ketat-ketat kat FB.   Oh ya.  Sifu dia level lain.  Dia boleh buat iklan 5-10 minit je.

Teknik copywriting PESTA ni berstruktur dan memang memudahkan kita buat ayat-ayat iklan.  Framework teknik ni simple.  Nak buat apa je ayat iklan boleh guna framework P.E.S.T.A ni:

( P ) Problem, apa masalah sebenarnya ni?

( E ) Emphasize & Exxaaaggeratee, masalah besar ni. Mushkila kabir.

( S ) Solution, ya kita boleh selesaikan masalah ni.

( T ) Testimony, apa orang kata.

( A ) Action, suruh orang buat apa yang kita nak.

Teknik Copywriting PESTA

Mari kita tengok satu persatu.

(1) Problem

Pertama, tentulah kita perlu kenal siapa pelanggan.  Tau demografi mereka.  Lelaki ke wanita? Kerja apa, umur berapa dan di mana.  Range gaji berapa pun penting juga.  Lepas tu, kenapa mereka ni nak beli produk atau perkhidmatan kita.  Apa sebenarnya masalah mereka yang boleh diselesaikan dengan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

Banyak masalah kan kat dunia ni.  Yang pasti, ayatnya ada unsur-unsur macam ni:

“Tak reti..”

“Susah la..”

“Tak cukup..”

“Ada/tak ada..”

“Tak pandai/Susah betul..”

“Tak mampu..”

Dengan teknik PESTA ni, kita tukarkan masalah jadi ayat HEADLINE.  Dah nama masalah, pasti kita rasa marah, sedih atau pun takut.  Buat HEADLINE dengan salah satu daripada perasaan ini. Nak jadikan contoh, jom kita gunakan perkhidmatan Daftar Trademark oleh HURRIYA® Trademark Services (https://daftartrademark.com).

Orang bisnes ramai yang tahu kepentingan daftar trademark atau cap dagangan ni.  Nama bisnes, nama produk, logo dan tagline atau apa-apa yang mewakili brand atau tanda perniagaan kena daftar di MyIPO.  Tapi ramai yang tak daftar pun.  Kenapa agaknya mereka tak daftar? Mungkin ramai busy buat marketing sampai lupa nak daftar.  Nak daftar pulak rasa macam susah.  Lagi-lagi tak pernah buat.  Kurang maklumat.  Tak tau nak mula dari mana.  Trademark, copyright dengan patent pun tak boleh beza.  Lepas tu tak sure, OK ke tak nama yang kita nak register ni? Lepas ke tak?

Berbalik semula kepada teknik copywriting PESTA ni, mari kita tukar masalah ini jadi HEADLINE.  Apa masalah utama?  Di sini kita nampak sebenarnya ramai nak daftar.  Tapi tak ada masa, lepas tu rasa macam susah gila.  Jom kita cuba buat headline.   Jangan lupa.  Gunakan ayat marah, sedih atau takut.  Ni beberapa contoh yang kita boleh guna, berkait dengan masalah pengguna:

“Takut brand bisnes makcik sebelah guna,
tapi susahnya la nak daftar trademark ni”

“Makcik jangan guna brand bisnes saya boleh?
Nanti saya saman.”

“Sibuk buat bisnes bila masa nak daftar trademark?”

“Jauhnya nak pegi Bangsar.  Nak register trademark je pun.”

“Agak-agak tak register trademark ok tak?
Bukan ada orang cilok pun.”

 

Jangan buat headline panjang-panjang.  Kalau iklan di Facebook, pastikan tak lebih daripada 3 baris (line).  Polisi baru Facebook ni.  Kalau lebih nanti iklan tak approved.  Pastikan juga polisi lain Facebook kena ikut.  Kalau langgar policy banyak kali boleh kena disable akaun ads.

Boleh ke boleh? Agak-agak mana satu yang lebih sesuai?  Mana yang lebih menarik perhatian?  Kita pun tak tahu yang mana satu.  Ni kena la gunakan teknik split test iklan.  Test mana yang lebih dapat sambutan.  Teknik split test ni cerita lain pulak ya..

(2) Emphasize / Exaggerate

Sekarang masa kita untuk exaggerate sikit.  Kita highlight sunguh-sunguh masalah ni.  Kita kena tekankan yang ianya memang masalah.  Perbesarkan masalah.  Bak kata sifu Rahim, masa untuk “tambah lauk”.   Apa ayat kita boleh masukkan untuk perbesarkan masalah pelanggan ni?

Salah satunya, kena bagi tau prospek atau pelanggan kenapa kita MESTI selesaikan masalah tu sekarang.  Kalau tak selesai, apa akan jadi?   Apa kesan kalau kita tak nak selesaikan masalah.  Contohnya, masalah akan jadi lebih besar.  Keadaan akan jadi semakin complicated dan memeningkan kepala.  Boleh datangkan kerugian.  Ini semua bergantung kepada situasi masalah yang kita highlight.

Berbaik semula kepada perkara pendaftaran trademark ni, apa masalah utama kalau tak daftar?  Masalah dia ialah kalau tak register nanti sapa-sapa pun boleh guna brand bisnes kita ni.  Katakan kita ada jual karipap paling sedap kat dunia. Karipap isi kentang dan daging gebu dan besar.

Kandungan oksigen hanya 0.1 % pula.  Tak macam karipap orang lain yang isinya angin 75%..  Ramai yang suka dan repeat order.  Fikir punya fikir, bagi nama brand karipap OksijenX.  Tiba-tiba jiran taman perumahan sebelah jual karipap nama sama pulak.  Dia bubuh nama OksigenX juga. Buat orang confuse.  Tak ke haru?

Untuk elak benda macam ni, kita kena daftar la trademark ni.  Kalau orang lain guna, boleh suruh orang stop pengunaan cap dagangan milik kita ni.  Boleh saman.  Kalau tak register, susah nak marah.  Lagi teruk kalau dia pi selamba daftar dulu macam nenek dia yang punya.  Apa lagi masalah?  Nak daftar kena pegi pejabat MyIPO.

Nak pegi jauh. Kena isi borang tu ini.  Kena sediakan supporting document.  Kena semak nama OksijenX ni ada orang guna ke tak?  Sesuai tak untuk kita daftarkan?  Yang lagi penting,  proses makan masa dengan tempoh yang agak lama.  Rasa susah? Rasa banyaknya benda kena tahu…

Nampak tak sebenarnya kalau tak register masalah dia besar.  Kalau kita tak emphasize orang mana tau.  Orang pandang ringan masalah ni.  Mari kita cuba buat ayat exaggerate sikit:

“Sapa tak tau pentingnya daftar trademark ni.  Kalau tak daftar sapa-sapa boleh guna.  Makcik taman perumahan sebelah dengan selamba je boleh guna.  Kita fikir nama brand macam nak pecah kepala, senang-senang je dia buat macam nenek dia punya. Kalau dia register dulu mau gigit jari!”

“Tapi kan, macam mana la nak register ni.  Macam susah pulak.  Nak kena pegi daftar kat Bangsar.  Kena isi borang la pulak.  Isk.. Lepas ke nak daftar nama ni?  Eh apa beza trademark dengan paten ni ha? Sama ke?”

Macam tu la lebih kurang.  Boleh la kut.  Mungkin kena praktis lebih lagi ni.  Maklumlah.. baru belajar ni :_D.

(3) Solution

Next, kita masukkan penyelesaian kepada masalah besar tadi dengan produk atau perkhidmatan kita.  Kita perkenalkan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.  Pastikan ada 3 elemen utama iaitu ciri-ciri produk (FEATURES), kelebihan produk berbanding produk lain (ADVANTAGES) dan apa manafaat produk (BENEFIT).

Macam mana kita nak tulis copywriting untuk part solution ni? Boleh gunakan teknik “so that”:

  • Tulis [FEATURES], so that [BENEFIT] ..
  • Tulis [ADVANTAGES], so that [BENEFIT] ..

Satu lagi perkara yang penting adalah gunakan ayat TRANSITION.  Sebaik-baiknya kita cuba letakkan diri kita jadi pelanggan.  Gunakan ayat  “empathy” bagi tunjukkan kita faham masalah pelanggan.  Tunjuk kita concern atau ambil berat dengan masalah mereka.  Contoh ayat:

“Ramai orang ada masalah yang sama..”

“Jangan risau.. “

“Anda amat berharga buat kami..”

Kita sambung gunakan perkhidmatan daftar trademark sebagai contoh.  Pertama, apa ciri-ciri perkhidmatan yang di tawarkan?  Perkhidmatan ini bantu pelanggan daftar dengan 3 langkah iaitu:

  • Analisis, semak dan lakukan carian sama ada cap dagangan sesuai dan boleh didaftarkan
  • Dokumentasi dan memfailkan permohonan ke MyIPO
  • Pendaftaran dan pewartaan cap dagangan

Apa pula kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan ini? 100% diuruskan semuanya oleh agen trademark berpengalaman.

Apa pula manafaat jika guna perkhidmatan ini?  Ease of mind.  Usahawan boleh fokus buat jualan tanpa perlu bersusah payah daftarkan sendiri.  Dah berjaya daftar, lagi lega.  Cap dagangan jadik milik ekslusif usahawan sepenuhnya dan dapat perlindungan undang-undang di Malaysia selama 10 tahun.

Sekarang masa untuk mengayat pelanggan dengan kita buat copywriting bahagian solution ini.  Mulakan dengan ayat transitionempathy.  Mungkin boleh begini:

“Jangan risau, ramai juga usahawan ramai hilang punca tentang trademark ni.  Sebab tu kami nak bantu sungguh-sungguh untuk daftar trademark tuan/cik puan.”

Masukkan ciri-ciri perkhidmatan:

“Kami jadikan urusan pendaftaran lebih mudah dengan hanya 3 langkah sahaja.  Pertama, kami pastikan cap dagangan tuan/cik puan benar-benar boleh didaftarkan dengan risiko ditolak adalah sangat kecil.”

“Kedua, kami bantu urusan dokumentasi dan lakukan permohonan pendaftaran ke MyIPO.”

“Ketiga, kami juga bantu untuk uruskan pendaftaran dan terbitkan dalam warta Kerajaan Malaysia.  Jika tiada bantahan dari pihak lain.. Tahniah! ”

Masukkan kelebihan perkhidmatan ikut formula “so that”:

“Dengan kepakaran dan pengalaman luas kami bantu usahawan, tiga langkah mudah ini kami uruskan 100% untuk Tuan/Cik Puan.”

Next, kita masukkan pula manafaat.  Guna formula “so that” juga:

“Bila dah kami uruskan semuanya, Tuan/Cik Puan boleh fokus buat bisnes.  Tak payah pening kepala uruskan pendaftaran sendiri.  Bila dah berjaya daftar nanti, cap dagangan ni jadi hak milik ekslusif Tuan/Cik Puan selamanya.  Boleh pecut kembangkan bisnes ke tahap lebih tinggi..”

(4) Testimoni

Testimoni membuktikan yang produk atau perkhidmatan yang kita sediakan ni berfungsi seperti yang kita katakan.  It works!  Boleh masukkan dalam copywriting dalam bentuk ayat.  Boleh juga buat dalam bentuk video atau gambar.  Screen capture apa testimoni pelanggan sebelum ini daripada Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp dan sebagainya.  Perlu ingat juga kalau gunakan Facebook, tensimoni gambar sebelum dan selepas tidak dibenarkan.  Contoh, sebelum gamba gumokkk, lepas tu kurusss.

(5) Action

Dalam teknik copywriting PESTA ini, komponen berikutnya adalah Action.  Action ni bertujuan untuk suruh pelanggan buat apa yang kita nak.  Selalunya kita nak suruh diorang klik link ke WhatsApp atau mana-mana landing page website jualan.  Boleh juga klik terus ke link Shopee atau Lazada contohnya.  Kebiasaan, link ke WhatsApp untuk kita buat proses close sale berikutnya.

Apa yang perlu ada pada action ini?  Ada dua iaitu irresistable offer dan call-to-action (‘CTA’):

  1. Irresistable offer – buat tawaran yang orang tak akan tolak! Kena ada gabungan tiga (3) perkara yang tawaran hebat (great offer’), scarcity (limited unit, limited edition, limited slots etc.)
  2. Call-to-action – kita suruh apa pelanggan nak buat.

Bagi daftar trademark, apa irresistable offer yang boleh kita buat?  Contohnya jika harga pasaran bagi perkhidmatan daftar trademark adalah RM 3,500 untuk satu kelas pendaftaran, kita bagi diskaun RM 200.

Jika daftar lebih dari satu kelas, potongan lagi RM 500 untuk setiap kelas.  Ini namanya great offer.   Tak kan kita nak lepaskan peluang ni.  Kalau daftar 2 kelas kita dah jimat RM 1,000 dah!  Kelas pendaftaran trademark di sini merujuk kepada bidang apa ianya nak didaftarkan seperti makanan, training, marketing dan sebagainya.

Pastikan juga kita masukkan faktor scarcity untuk orang rebut peluang.  Offer ini terhad untuk 10 orang pertama.  Sah sehingga tarikh 30 Syawal 1441!

Mari kita buat ayat irresistable offer:

“Yuran perkhidmatan daftar trademark biasa untuk satu kelas: RM 3,500”

“Tetapi sempena perayaan Aidilfitri tahun ni kami nak buat promosi:

  • Pedaftaran untuk satu kelas RM 3,300, diskaun RM 200!

  • Pendaftaran untuk lebih dari satu kelas RM 3,000 untuk setiap kelas. Daftar 2 kelas jimat RM 1,000. Wow!

  • Terhad untuk 10 pelanggan pertama sahaja.

  • Promosi sah sehingga 30 Syawal 1441 jam 11:59 malam.

Ayat copywriting call-to-action:

“Jika dah tak sabar untuk dapat ketenangan berbisnes dari kerisauan brand orang lain guna, klik link di bawah untuk bantuan pendaftaran trademark SEKARANG:”

https://whatsapp.daftartrademark.com

Penutup

Sekarang kita dah ada kelima-lima komponen framework Teknik Copywriting PESTA ni.  Ada Problem, Emphasize/Exaggerate, Solution, Testimoni dan Action.  Mari kita gabung semua sekali.


Takut brand bisnes makcik sebelah guna, tapi susahnya la nak daftar trademark ni.

Sapa tak tau pentingnya daftar trademark ni.  Kalau tak daftar sapa-sapa boleh guna.  Makcik taman perumahan sebelah dengan selamba je boleh guna.  Kita fikir nama brand macam nak pecah kepala, senang-senang je dia buat macam nenek dia punya. Kalau dia register dulu mau gigit jari!

Tapi kan, macam mana la nak register ni.  Macam susah pulak.  Nak kena pegi daftar kat  Bangsar.  Kena isi borang itu ini la pulak.  Isk.. Lepas ke nak daftar nama ni?  Eh apa beza trademark dengan paten ni ha? Sama ke?

Jangan risau, ramai juga usahawan ramai hilang punca tentang trademark ni.  Sebab tu kami nak bantu sungguh-sungguh untuk daftar trademark Tuan/Cik puan.

Kami jadikan urusan pendaftaran lebih mudah dengan hanya 3 langkah sahaja.  Pertama, kami pastikan cap dagangan tuan/cik puan benar-benar boleh didaftarkan dengan risiko ditolak adalah sangat kecil.

Kedua, kami bantu urusan dokumentasi dan lakukan permohonan pendaftaran ke MyIPO.

Ketiga, nanti kami  uruskan pendaftaran dan terbitkan dalam warta Kerajaan Malaysia.  Jika tiada bantahan dari pihak lain.. Tahniah! ”

Dengan kepakaran dan pengalaman luas kami bantu usahawan, tiga langkah mudah ini kami uruskan 100% untuk Tuan/Cik Puan.

Yuran perkhidmatan daftar trademark biasa untuk satu kelas RM 3,500.

Tetapi sempena perayaan Aidilfitri tahun ni kami nak buat promosi:

  •  Pedaftaran untuk satu kelas RM 3,300, jimat RM 200!
  • Pendaftaran untuk lebih dari satu kelas RM 3,000 untuk setiap kelas.  Kalau daftar 2 kelas jimat RM 1,000. Kalau lagi banyak lagi wow!
  • Terhad untuk 10 pelanggan pertama sahaja
  • Promosi sah sehingga 30 Syawal 1441 jam 11:59 malam

Jika dah tak sabar untuk dapat ketenangan berbisnes dari kerisauan orang lain guna brand Tuan/Cik Puan tanpa kebenaran, klik link di bawah untuk bantuan pendaftaran trademark SEKARANG:

https://whatsapp.daftartrademark.com


Inilah serba sedikit copywriting tentang perkhidmatan daftar trademark dengan menggunakan teknik PESTA.  Mungkin kena review dan pendekkan sikit.  Atau buat lebih ringkas dan kita split test dua-dua jenis copywriting panjang-pendek ni tengok mana orang suka.  Maklumlah ada orang yang tak suka baca panjang-panjang.  Ada pulak yang suka cari maklumat yang lebih detail dan lengkap.

Nak tau lebih lanjut kena berguru dengan sifu Rahim Ibrahim.  Dia dah guna teknik ni betahun-tahun dan berpengalaman dengan macam-macam produk dan bisnes.  Tengok je dia boleh komen dan beri cadangan ayat yang lebih sesuai.

Moga dapat sesuatu dari posting ini.  Sila SHARE untuk lebih ramai orang dapat manafaat.  Selamat maju jaya!

Sales Funnel – Ilmu Bisnes Yang Wajib Kita Tahu

Sales funnel atau corong jualan merupakan satu kaedah sales & marketing yang sangat berkesan. Apa juga produk atau perkhidmatan yang mahu kita jual, kita wajib ketahui kaedah ini. Ia merupakan kaedah yang paling sistematik untuk memasarkan produk kepada pelanggan dan membuat jualan. Kaedah ini akan membolehkan kita memperkenalkan produk, membina kepercayaan, menjalin hubungan dan menarik minat prospek sebelum jualan dapat dilakukan.

Lihat dalam jualan produk atau perkhidmatan dari brand terkemuka sama ada offline atau pun online. Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya sering nampak dan terlibat sama dengan kaedah ini seharian. Jadi apa itu sales funnel? Bagaimana ianya boleh berhasil untuk membuat jualan? Dan bagaimana kita boleh gunakan kaedah yang sama dengan bisnes kita?

Teruskan membaca…

Apa itu Sales Funnel?

Sebelum tu, sila bayangkan corong untuk isi minyak ke dalam botol. Ada banyak jenis. Ada banyak rupa. Tapi yang kat bawah ni lebih dekat dengan konsep corong jualan yang nak kita discuss:

sales funnel

Nampak tak mulut corong minyak ni besar kemudian semakin kecil di bahagian bawah? Konsepnya agak serupa. Mulut corong besar untuk lebih mudah kita tuang minyak agar tak tumpah. Kemudian di bawah kecil supaya senang nak masuk dalam mulut botol.

Pada asasnya, kita boleh bayangkan bukaan corong yang besar bertujuan untuk kita dapatkan seberapa ramai manusia untuk mereka tahu kewujudan kita. Masa ini kita war-warkan kewujudan kita untuk orang tahu tentang kita dan apa yang mahu kita jual. Kita buat mereka kenal terlebih dulu. Kita capture seberapa banyak leads. Kita cari seberapa ramai prospek.

Kemudian kita tapis sedikit demi sedikit khas untuk prospek yang menunjukkan minat dan mula bertanya. Kita bina engagement dan suntik kepercayaan dalam masa yang sama.

Bila mereka dah yakin dengan kita dan apa produk yang dipasarkan, barulah mereka bersedia untuk membeli. Analoginya, di corong bawah sekali adalah prospek yang sudah berjaya kita yakinkan tentang produk kita dan telah membeli. Mereka kini kita tukar dari prospek dan jadi customer kita.

Strategi Sales & Marketing

Dari bukaan mulut corong hingga prospek jadi customer dan membeli, kita sebenarnya menggunakan beberapa siri strategi pemasaran pada setiap peringkat. Mari tengok contoh mudah yang kita boleh apply pada bisnes. Strategi marketing untuk memberitahu kewijudan kita, strategi untuk menukar mereka jadi prospek, kemudian strategi untuk buat engagement. Buat mereka percaya dan buat mereka yakin untuk membeli.

Sales Funnel Kedai Makan & Restoran

Katakanlah kita buka warung kedai makan di tepi jalan. Lokasi strategik. Jadi target market adalah penduduk kawasan setempat dan orang yang lalu lalang depan warung. Kita dah buat model bisnes dengan BMC dan dah ada business plan. Sekarang kita nak buat marketing untuk suruh orang datang kedai kita.

So kita gunakan sales funnel untuk tujuan ini. Mari kita tengok satu persatu bagaimana sales funnel marketing ni boleh membantu:

(1) Beri tahu kewujudan kita

Langkah pertama, kita nak bagi tau kewujudan kedai makan. Apa nak buat? Mungkin kita naikkan sign board yang besar pada kedai makan. Lagi apa? Pasang lampu star wars warna warni pada tepi jalan. Kemudian kita pasang banner 500 meter dari kedai makan. Pasang pada kedua-dua arah di tepi kanan dan kiri jalan. Apa lagi boleh dibuat? Kita buat fliers/brochures, letak di kenderaan yang parking di masjid berhampiran pada hari jumaat.

(2) Buat orang kenal dan bina engagement

Kemudian macam mana nak buat engagement? Buat mereka berkomunikasi dengan kita? Mungkin kita boleh kenal-kenal dengan orang kuat di kawasan tersebut. Mula join program-program di situ. Sambung proses berkenalan.

(3) Bina Kepercayaan

Sekarang kita perlu buat mereka percaya. Kita boleh buat kenduri pembukaan. Dah nama kenduri tentulah kena sediakan makanan percuma. Ini juga marketing. Buat kenduri ringkas dan makan percuma dari jam 11 pagi – 3 petang. Masa inilah kita buktikan yang makanan kita ni sedap dan menyelerakan. Presentation makanan perlu dititk beratkan. Apa lagi faktor lain? Kebersihan kedai makan dan layanan kepada prospek perlu tip-top. Ini juga adalah masa yang baik untuk kita bina engagement! Borak-borak berkenalan, tanya apa nama, dari makan…

(4) Sambung capture seberapa banyak leads

Jangan lupa juga sediakan bisnes card untuk mereka bawa pulang. Sediakan juga apa jenis kaedah untuk kumpul data prospek yang datang kedai makan semasa kenduri. Paling mudah, sediakan buku untuk mereka tulis contact number mereka. Proses ini perlu berterusan untuk kita kumpul seberapa banyak pelanggan. Bukan waktu kenduri sahaja.

(5) Tukar prospek jadi customer

Sekarang mereka dan rasa makanan kedai kita yang sedap itu. Bila mereka dan rasa, barulah mereka yakin yang kedai makan kita ni worth it untuk mereka datang lagi. Harga pula berpatutan dengan kualiti makanan yang kita sediakan. Kedai pula selesa dan bersih. Moga-moga mereka akan terus datang dan menikmati makanan yang kita sediakan dan seterusnya jadi pelanggan tetap.

Penutup

Nampak tak keseluruhan proses bagaimana sales funnel ini bekerja? Ada antara kaedah ni kami buat masa buka bisnes Cendawan Goreng Terlolap Mato. Tak perasan pun sebenarnya masa tu dah guna kaedah sales funnel ni. Sebelum tu jangan lupa like fb page ni dan follow. Boleh try sekali rasa sedapnya cendawan goreng tepung antara terbaik di Malaysia ni. Menu kat sini juga boleh tahan sedapnya.. Boleh cuba masak lemak cili padi, asam pedas, kari kepala ikan, dan cendol durian musim sepanjang tahun ni. Perghhh..

Langkah-langkah buat corong jualan ini sebetulnya subjektif. Ada banyak jenis sales funnel di luar sana. Tak ada betul dan salah. Yang penting kita sama-sama dapat idea macam mana nak gunakan kaedah corong jualan ini. Langkah yang sama juga kita boleh manafaatkan pada dunia online. Kita boleh gunakan blog, facebook dan email sebagai kaedah pemasaran dengan sales funnel ni. Nanti kita sama-sama sambung belajar pasal idea sales & marketing ni. Selamat maju jaya!

Pasang Google Analytics WordPress

Google Analytics

Kali ni kita akan pasang Google Analytics WordPress. Pasang Google Analytics plugin pada WordPress untuk kita tahu berapa ramai sebenarnya yang melawat website kita ni. Mari follow step by step installation instruction:

(1) Buka Dashboard WordPress

Seperti biasa, buka dashboard WordPress yang kita pasang dan login sebagai “admin”:

(2) Pasang Plugin Google Analytics WordPress

Kemudian kita nak pasang plugin. Boleh pergi ke menu “Plugins -> Add New”:

Ada banyak plugin yang boleh kita gunakan untuk tujuan ni. Search je “google analytics” di ruangan search tu.

Google Analytics WordPress

Ada banyak plugin yang keluar dan boleh kita gunakan. Tapi scroll ke bawah untuk kita guna yang paling mudah iaitu “Goolytics – Simple Google Analytics” tu . Tekan butang “Install Now” tu untuk pasang plugin ni.

Lepas tu jangan lupa activate plugin ni. Tekan butang “Activate” tu:

Kalau dah install & activate, kita boleh check di menu “Plugins -> Installed Plugins”. Sure ada dah kat situ:

Klik “Settings” tu untuk kita configure.

(3) Check Tracking ID Google Analytics

Ingat lagi kita daftar akaun Google Analytics aritu? Ambil Tracking ID dia tu..

(4) Masukkan Tracking ID Google Analytics

Copy Tracking ID tu dalam settings dia ni:

Kemudian jangan lupa klik “Save Changes” untuk completekan konfigurasi Plugin WordPress ni.

(5) Siap!

OK tu je step by step instruction macam mana nak pasang Google Analytics di WordPress ni. Bolehlah kita test buka dashboard Google Analytics dan cuba access website kita. Ada nampak tak?