Digital Business Model bagi Menghadapi Digital Disruption

Digital Business Model

 

Sebelum kita bincang tentang dital business model, kita sedia maklum digital disruption telah menjadi satu cabaran kepada environment bisnes hari ini. Ambil tahu, rancang dan buat tindakan tentangnya bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan bisnes.

Kita orang bisnes perlu buat penilaian terhadap ancaman dan risiko digital disruption serta cuba memahami peluang yang ada. Kita juga perlu memulakan merancang pelbagai options untuk bisnes masa hadapan.

Model bisnes dan digital

Jadi bagaimana kita mahu hadapi kehadiran digital disruption ini? Kita perlukan satu bisnes model yang boleh diguna pakai.  Kita perlukan framework yang mudah untuk kita fahami.

Mari kita berkenalan dengan Digital Business Model Framework yang dicadangkan oleh P. Well dan S. L. Woerner, MIT Sloan. Digital business model ini dibangunkan berdasarkan kajian terhadap 50 perniagaan besar selama 5 tahun.

Mereka juga telah jalankan 6 kaji selidik dan interview terhadap lebih 1000 syarikat bagi tujuan ini.  Hasil kajian ini telah diuji terhadap banyak perniagaan terpilih secara global.

Digital Transformation

Berdasarkan kajian, perniagaan yang telah berjaya lakukan transformasi dalam ekonomi digital mempunyai cara tertentu untuk hasilkan value proposition baru yang bersifat persuasive melalui customer experience – secara digital.

Transformasi digital ini bukan hanya merujuk kepada teknologi digital. Teknologi digital seperti internet, sosial media, aplikasi mobile, analytics, cloud dan sebagainya sememangnya dilihat sebagai agen perubahan.

Hari ini, boleh kita katakana hampir semua perniagaan pasti menggunakannya.  Tetapi ianya hanyalah sebagai vehicle dan tidak semestinya memberikan sebarang competitive advantage kepada perniagaan.  Ada Facebook page dan Instagram sahaja tak mencukupi. Kan?

Kuncinya adalah, membezakan bisnes kita dengan menawarkan sesuatu yang baru dan menarik – secara digital.  Proses ini kemudian dirujuk sebagai “creating the next-generation enterprise” dan ianya memerlukan Digital Business Model Framework.

Digital Business Model Framework

Digital business model yang dicadangkan ini mempunyai 2 x 2 dimensi frmework.  Ia mempunyai 4 digital business model didalamnya.

Mari kita lihat model bisnes digital ini secara ringkas :

1) Supplier – pembuat produk yang kemudian menjual barangan mereka kepada perniagaan lain. Contoh, pengeluar barangan eletrik seperti Samsung, Sony & LG.

2) Omnichannel – menjual produk melalui pelbagai channel atau saluran. Contoh: IKEA yang mempunyai gedung jualan yang besar dan Gedung online dalam masa yang sama.  Begitu juga Mr. DIY dengan model bisnes yang sama.

3) Modular producer – penyedia produk atau perkhidmatan yang bersifat ‘plug-and-play’ begi kegunaan bisnes lain dan juga pengguna. Contoh, penyedia perkhidmatan payment gateway untuk pembayaran seperti Paypal, BillPlz dan SenangPay.

4) Ecosystem driverorganizer kepada satu ecosystem, sediakan platform untuk memberikan nilai kepada peserta, menjadi destinasi pemilik bisnes dan pelanggan dalam satu tempat, pastikan customer service yang hebat, tawarkan produk complementary dan competitor dalam masa yang sama! Contoh: Amazon, Alibaba, Lazada dan Shopee.

Posting berikutnya nanti kita bincang lebih mendalam tentang digital business model ini.  Contohnya, supplier dan modular producer dicadangkan sebagai ‘less familiar with customers’ berbanding omnichannel dan ecosystem driver.   Umpamanya, walau pun perniagaan seperti IKEA menggunakan perkhidmatan PayPal, PayPal tidak mempunyai maklumat lengkap tentang barangan yang dibeli oleh pengguna di IKEA.

Sampai jumpa lagi posting berikutnya.  Selama maju jaya!

Transformasi Digital

Transformasi digital bukan hanya tertumpu kepada  teknologi digital,  tetapi lebih kepada perubahan.  Perubahan bukan hanya kepada kemungkinan sama ada ia akan berlaku atau tidak, tetapi persoalannya adalah bila dan bagaimana?

Perubahan seperti mana?

Bagaimanakah perubahan yang dimaksudkan dengan transformasi digital?   Contoh mudah, ia bermula dengan perubahan paradigma.  Perubahan dengan bagaimana cara kita berfikir.

Kita tidak pergi ke bank untuk saja-saja membuat transaksi.  Tidak juga untuk membuat pinjaman.  Tetapi kita pergi ke bank untuk membeli rumah!  Permohonan untuk membuat pinjaman secara online untuk membeli rumah pastinya memudahkan pengguna – secara digital.

Digital Disruption

Sejajar dengan era ekonomi digital & digital disruption, bisnes tidak akan mampu bertahan dengan cara lalu.  Cara lama yang membuah kejayaan tidak akan dapat menjamin kejayaan masa depan.  Begitu juga dengan hanya kemas kini  atau upgrade serba sedikit cara lama pengurusan bisnes.

Pernah dengar tentang Kodak, BlackBerry atau Nokia? Apa terjadi kepada mereka?  Nama besar ini terkenal dengan kejatuhan bisnes masing-masing di era digital.   Mereka gagal menghadapi keadaan yang dipanggil digital disruption.  Mereka gagal dalam menguruskan transformasi digital masing-masing.

Digital dirsuption ini sememangnya menganggu perjalan bisnes segala jenis industri.  Tak kiralah industri kewangan, retail, telekomunikasi, pengangkutan, fesyen dan sebagainya.

Terganggu ke tanpa transformasi digital?

Nokia, BlackBerry dan Kodak dan digital disruption boleh dianggap klasik.  Kita lihat isu-isu terkini bagaimana bisnes Amazon menganggu jualan retail fesyen bagi department store dan pelbagai outlet fesyen lain.  Uber dan Grab pula ganggu gugat pemandu teksi di seluruh dunia.  Transaksi melalui PayPal mengambil alih peranan bank dan sebagainya.

Kalau kita tak berubah sekarang, pastinya bisnes kita juga lambat-laun akan menghadapi masalah yang sama.  Mungkin kita anggap kedai kecil kita ditepi jalan tak perlu kepada perubahan ini.  Tetapi hakikatnya kita bersaing dengan bisnes yang sudah memulakan transformasi digital.

Kedai makan umpamanya, kini bersaing dengan kedai-kedai makan lain yang sudah bermula aktif dengan media sosial.  Mereka ada website dan sudah berjinak-jinak dengan Search Engine Optimization.  Mereka gunakan sepenuhnya aplikasi WhatsApp, Facebook page dan FBAds.

Mereka juga sediakan khidmat pesanan makanan dan penghantaran melalui perkhidmatan pihak ketiga seperti Food Panda dan Grab Food.  Disaat orang lain ambil order guna tab melalui sistem POS dan tablet, kita masih lagi tulis kat kertas.  Kita masih mahu duduk diam?

Reinvent dan buat perubahan

Apa perlu kita buat?  Jawapan mudah.  Kita perlu berubah!  Bisnes besar mahu pun kecil perlu untuk reinvent dan merubah secara total cara kerja bisnes mereka.  Perubahan secara menyeluruh perlu kepada, organisasi, struktur, kompetensi, budaya kerja perniagaan dan juga model bisnes.  Kita perlukan transformasi digital secara menyeluruh.

Jawapan ini nampak mudah.  Tetapi bagaimanakah perlaksanaanya? Tak mudah bukan?  Kita perlu bermula dari sekarang walaupun tidak begitu mudah dan sangat mencabar.   Nak bermula dari mana? Mulakan dengan menambah ilmu, cari guru dan mentor.   Rujuk kepada yang pakar dalam bidang transformasi digital ini.  Mulakan dengan membawang tentang transformasi digital lebih dari membawang tentang perkara lain yang kurang faedah.

OK!  Sekian sahaja posting singkat tentang transformasi digital ini.  Kita jumpa di lain masa dengan bagaimana untuk berhadapan dengan digital disruption ini.  Selamat Maju Jaya!

Digital Disruption

Digital Disruption

Digital Disruption bukan gangguan digital.  Bukan pasal komputer rosak.  Bukan juga pasal TV satelite tak dapat siaran semasa hujan.  Digital disruption adalah gangguan akibat kehadiran, aplikasi atau pengunaan teknologi digital yang merubah keadaan industri dan perniagaan  secara drastik.

Digital disruption berlaku pada hari ini dan akan terus berlaku pada masa depan

Mahu atau pun tidak, ianya telah berlaku kepada banyak industri.   Persoalannya bukan bila, tetapi sama ada kita bersedia atau tidak.  Kita bersedia untuk berubah atau tidak.   Mahukah kita ketinggalan? Ditinggalkan pesaing-pesaing kita yang lebih bersedia dari awal.  Bersedia mengaplikasi teknologi digital daripada segi model bisnes, strategi, operasi dan organisasi secara keseluruhan.

Bentuk Digital Disruption

Digital disruption datang dengan 3 bentuk perniagaan:

(1) New startup berteraskan digital seperti Grab dan Airbnb.  Juga perniagaan berassaskan digital yang telah established seperti Amazon dan WeChat.  Mereka melibatkan diri dalam industri perniagaan sedia ada dengan cara digital.  Grab tidak punya sebarang kenderaan tetapi menyediakan perkhidmatan perkongsian kenderaan yang lebih berdaya saing dan affordable.  Kini mereka melibat diri dalam beberapa industri lain seperti penghantaran barangan dan makanan.

(2)  Perniagaan tradisional memerima pakai cara bisnes digital.  Mereka adopt model bisnes berteraskan digital sebagai kaedah baru meluaskan pasaran.  Contohnya Tesco yang membolehkan kita memesan barangan secara online dan mereka sediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan.

(3) Periagaan yang sudah berjaya dalam satu industri dan melebarkan sayap ke industri yang lain.  Trend memperkasakan perkembangaan perniagaan dengan teknologi digital seperti ini banyak dilihat dengan institusi kewangan seperti bank, insurance dan takaful, dan pelbagai lagi jenis perniagaan.  Seperti Grab, mereka juga mengembangkan perniagaan dalam beberapa industri lain seperti penghantaran barangan dan makanan serta menyediakan kaedah pembayaran yang lebih dikenali sebagai digital wallet dan payment gateway.

Kes Digital Disruption yang Patut Kita Tahu

Mari kita lihat beberapa kes tentang digital disruption di mana kehadirannya boleh mengugat sesuatu industri mahupun perniagaan besar.

(1) Digital Photography dan Kodak

Kes awal kita lihat bagaimana Kodak yang mempunyai nilai berbilion dolar US tunduk kepada tekanan digital photography.  Kita tahu satu masa dulu Kodak merupakan satu perniagaan yang unggul dalam dunia photography.  Kamera filem mereka seperti tiada tandinggan sehinggalah kehadiran teknologi kamera digital.

(2) Uber, Grab dan Industri Teksi

Ini biasa kita dengar keluhan pemandu teksi yang menghadapi saingan dengan perkhidmatan e-hailing.   Kini pengguna kenderaan biasa boleh menyediakan perkhidmatan yang sama dengan kos yang lebih rendah.  Ia juga memberi cabaran dalam pembuat undang-undang  untuk mengawal selia keadaan ini.

(3)Internet dan Media Tradisional

Perkembangan penggunaan Internet melalui komputer peribadi dan telefon pintar menyebabkan rating media tradisional semakin menurun.  Rating TV tergugat dan media bercetak seperti surat khabar dan majalah juga semakin merudum.

(4) Netflix dan Saluran TV Berbayar

Kita juga boleh melihat saluran berbayar seperti Astro dan sebagainya semakin terancam.  Kini kita boleh subscribe Netflix dengan harga yang lebih rendah dan kita boleh tonton pilihan movies dan TV series yang banyak pada bila-bila masa.

(5) Online Payments, PayPal, Institusi Kewangan dan Bank

Kalau dulu transaksi kewangan pasti melibabatkan bank, kini penyedia perkhidmatan seperti PayPal menyediakan pilihan alternatif untuk kita buat pembayaran.  Mungkin benar masih libatkan bank pada masa tertentu, tetapi pada masa yang lain kita punya pelbagai pilihan.

(6) Bisnes Online dan Bisnes Tradisional

Kedai tradisional kita ditepi jalan mungkin menerima pelanggan dari kawasan setempat.  Tetapi kini ianya boleh menerima pasaran yang lebih luas dengan teknologi digital.  Kedai kita mungkin terima tempisanya bila pelanggan lebih suka order barangan secara online tanpa ke kedai lagi.

Apa perlu kita buat?

Digital disruption sememangnya boleh menganggu kepada industri sedia ada jika kita tidak ambil tahu.   Jika kita masih percaya kaedah sedia ada masih yang terbaik dan boleh bertahan.  Jika tidak secara drastik lambat laun kita juga akan terkesan.

Walau bagaimana pun, ia juga adalah peluang yang besar jika kita benar-benar tahu memanafaatkannya.  Apa yang kita perlu lakukan? Kita perlu menghadapinya dengan inisiatif transformasi digital.  Kita perlu berubah dan bersedia dari sekarang.  Paling kurang bisnes kita sudah perlu ada website dan aktif di media sosial.

Apa itu transformasi digital? Nanti kita sembang di lain masa untuk topik yang agak menarik ni..  Selamat maju jaya!