AIDA Marketing

Model AIDA

AIDA marketing ni interesting.  Kita buat marketing atau pemasaran berdasarkan model AIDA.  Model AIDA merujuk kepada proses bagi setiap kelakuan / kognitif pelanggan masa mereka beli sesuatu produk/perkhidmatan.  Bermula daripada mereka niat nak beli, sampai selesai pembelian dibuat.

jadi, apa yang pelanggan fikir dan buat untuk pilih dan beli sesuatu produk, kita bantu mereka pada setiap proses dengan kaedah marketing yang bersesuaian dengan proses tersebut.

AIDA ni apa?

Kita ulangkaji balik, AIDA ni terdiri daripada 4 fasa pembelian oleh pelanggan:

  • Awareness/Attention – Pelanggan mula sedar kewujudan produk/perkhidmatan dan tertarik nak beli
  • Interest – Dah mula minat.  Mula ambil tahu tentang produk/perkhidmatan, ciri-ciri, benefit dan sebagainya
  • Desire – Lebih dari minat. Betul-betul teringin nak beli.  Dah dapat imagine mereka dah beli pun.
  • Action – Buat tindakan.  Pergi kedai dan beli.  Tekan button checkout dan bayar!

AIDA marketing

Nampak tak 4 fasa pembelian melalui model AIDA di atas?  Setiap fasa kita bantu dengan kaedah-kaedah AIDA marketing yang bersesuaian.  Secara ringkas, kita boleh buat macam ni:

  • Awareness/Attention – Kita bina brand awareness untuk perkenalkan produk dan pengeluar produk/perkhidmatan.  Kita beri tahu kewujudan kita dan produk yang dipasarkan
  • Interest – Menarik minat pengguna dengan highlight ciri-ciri produk, benefit dan kelebihan produk.  Maklumat yang diberikan cukup untuk pengguna berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk
  • Desire – Bina emotional connection terhadap produk.  Orang selalunya membeli berdasarkan faktor emosi.  Faktor kehendak.  Bukan keperluan sangat pun.
  • Action – Beri arahan untuk pengguna buat tindakan.  Tak kiralah lah. Suruh beli.  Suruh telefon, download brochure, klik link wasap untuk mereka dapat maklumat lanjut.  Kita layan dengan teknik close sale.  Boleh juga suruh klik link terus ke Shopee & Lazada.

Contoh AIDA Marketing

Kita tengok pulak contoh macam mana kita buat AIDA marketing dengan model AIDA ni.  Kali ni kita nak buka cawangan kedai gunting rambut dengan barisan tukang gunting yang berpengalaman.  Kita gunakan contoh ni buat marketing pakai facebook jelah untuk buat idea.

  • Awareness/Attention –    Mula buat Facebook page dan pos tips berkaitan “penguntingan” rambut.  Style-style rupabentuk muka bumi rambut yang terkini dan trendy.  Boleh buat Facbook Advertising.  Pos juga video pendek menarik untuk tarik perhatian.  kalau boleh viral lagi cantik.
  • Interest – Pos juga di facebook tentang style rupabentuk muka bumi rambut yang terkini dan trendy.  Style rambut artis-artis terkemuka kasik orang berminat.  Apa je tips yang berkaitan dengan rambut boleh pos.  Pos juga apa yang kedai gunting kita boleh buat.  Buat mereka minat nak gunting rambut kat kedai kita ni.
  • Desire – Kemudian masukan testimoni orang yang dah gunting rambut di cawangan kita yang lain.  “Gunting 5 minit dah siap.  Tak sakit tengkuk sebab teleng kepala kejap je!” , macam nilah contoh.  Kalau ada artis pernah gunting rambut, upload gambar dia!  Buat promosi pembukaan.  Buat membership.  Potong 10 kali free 1x.  Yang ni lebih dari minat!  Minat nak rambut sama macam artis pujaan ati dia ni.
  • Action – Suruh ambil tindakan.  Dalam posting ada CTA – Call to Action.  Datang sekarang!  Telefon sekarang! WhatsApp sekarang! Klik link untuk maklumat lanjut.  Klik link untuk nak gunting rambut dan lain-lain.

Penutup

OK tu je.  Dari model AIDA, setiap proses pengguna nak buat pembelian, kita bantu pelanggan buat keputusan dengan kaedah marketing yang bersesuaian.  Masa mereka fikir nak beli, kita buat marketing untuk tarik perhatian.  masa mereka berminat nak beli, kita buat mereka berminat dengan produk keluarkan kita sehinggalah mereka buat pembelian.  Dapat sesuatu tentang AIDA marketing ni?

Selamat maju jaya!

Model AIDA usahawan wajib tahu & faham

Model AIDA

Model AIDA ni menarik. Pernah dengar tak? Ia merupakan model yang bertujuan untuk memahami kelakuan pengguna dalam mencari dan memilih sesuatu produk atau perkhidmatan.  Model konsepsual ini lebih kurang sama je tujuan dengan model-model lain macam Sales funnel, Marketing funnel, Customer journey, Hierarchy-of-Effects Model, Innovation adoption model dan Information Processing Model.

Sebagai usahawan, kita wajib faham setiap kelakuan pengguna atau pelanggan ni.   Kita kena faham apa keseluruhan proses yang difikirkan atau dilakukan pengguna sebelum membeli sesuatu produk/perkhidmatan.  Teori disebalik model-model ni, pelanggan ada beberapa langkah  atau fasa sebelum buat final call untuk membeli sesuatu.

Bila dah faham, kita bantu mereka pada setiap fasa yang terlibat supaya mereka beli produk/perkhidmatan kita.  Kita boleh letakkan diri kita sebagai pelanggan, kaji dan analisa setiap fasa pengguna ini dah seterusnya kemas kini atau improve proses bisnes yang berkaitan.

Apa itu AIDA?

OK mari kita tengok model AIDA ni.  AIDA ni sebenarnya terdiri daripada ATTENTION, INTEREST, DESIRE & ACTION.

Mari kita translate direct je dulu:

  • Attention – perhatian
  • Interest – minat
  • Desire – keinginan
  • Action – tindakan

Sekarang kita tengok satu persatu kelakuan pengguna melalui model AIDA ni.  Mula dari bagaimana mereka tertarik perhatian terhadap sesuatu produk dan seterusnya buat belian.

Attention

Kita lihat fasa attention atau perhatian, fasa pertama kelakuan pengguna ni.  Dalam fasa ini, pengguna biasanya akan tertarik perhatian mereka terhadap sesuatu produk yang ditawarkan.  Kesedaran (atau ‘awareness’) terhadap sesuatu produk akan terbina.

Eh pelik pulak bunyi dia macam translate direct.  Cuba reword:

“Masa ni pelanggan mula sedar tentang kewujudan sesuatu produk/perkhidmatan”

Boleh la kan.  Mari kita sambung..

Masa ni jugak mereka mula tahu serba sedikit seperti ciri-ciri, faedah dan kepentingan produk.  Mereka juga mula tahu tentang jenama atau brand yang terlibat.  Mereka dah cari maklumat tambahan tentang produk.

Mereka mungkin tertarik perhatian melalui iklan TV dan surat khabar,  ternampak billboard tepi jalan,  word of mouth, kawan pos di Facebook & Instagram dan sebagainya.

Interest

Model AIDA seterusnya adalah merujuk kepada INTEREST.    Pada masa ni, pengguna bukan sahaja ada maklumat dan pengetahuan terhadap produk, tetapi telah mengambil sikap tertentu (‘develop attitude‘) dan  menunjukkan MINAT terhadap produk.  Fasa ini, mereka juga dah ada informasi tentang beberapa pilihan yang ada.

Desire

Next, adalah DESIRE iaitu KEINGINAN.  Sebelum ni minat je.  Tapi kali ni dah teringin pulak.   Dah boleh imagine mereka dah dapatkan dan guna produk tersebut.  Hati dah berbunga-bunga nak beli.  Tak sabar dah ni!

Action

Ha yang ni last.  ACTION atau TINDAKAN.  Masa ni lah pengguna akan terus buat tindakan.  Pegi ke kedai dan beli.  Pergi buka Shopee atau Lazada dan buat pembelian.  Atau hubungi penjual untuk proses nego dan beli.  Dah klik link wasap. Dah belii.

Apa kita nak buat dengan AIDA ni?

Macam yang kita dah sentuh serba sedikit tadi, kita boleh gunakan model AIDA ni untuk bantu pengguna tahu tentang produk/perkhidmatan kita ni.    Kita tarik perhatian mereka tentang produk kita.  Kemudian kita kenalah buat mereka minat dan teringin nak memiliki apa yang kita tawarkan.  Lepas tu bantu mereka buat tindakan dan beli!

Kita juga boleh buat analisis tentang keseluruhan perjalan bisnes kita yang bersangkutan dengan behavior pengguna ni.  Kita lihat keseluruhan proses, adakan mana yang tiada.  Juga boleh kemas kini atau update agar dapat bantu pengguna dalam setiap fasa.

Nak buat iklan? Juga boleh gunakan model AIDA sebagai teknik copywriting.  Tarik perhatian dengan headline yang menarik, berikan maklumat secukupnya untuk develop interest pengguna.  Berikan benefit produk dan highlight kelebihan berbanding produk yang lain untuk naikkan keinginan.  Lepas tu suruh mereka beli atau hubungi kita dengan berikan link wasap untuk close sale.  Script close sale kita juga boleh gunakan teknik yang sama.  Jgn lupa letakkan scarcity seperti unit & tawaran dengan tempoh terhad!

OK nanti kita sambung lagi tentang AIDA ni ya.  Semoga bertemu lagi dalam posting yang lain dan selamat maju jaya!

Pasang Google Analytics WordPress

Google Analytics

Kali ni kita akan pasang Google Analytics WordPress. Pasang Google Analytics plugin pada WordPress untuk kita tahu berapa ramai sebenarnya yang melawat website kita ni. Mari follow step by step installation instruction:

(1) Buka Dashboard WordPress

Seperti biasa, buka dashboard WordPress yang kita pasang dan login sebagai “admin”:

(2) Pasang Plugin Google Analytics WordPress

Kemudian kita nak pasang plugin. Boleh pergi ke menu “Plugins -> Add New”:

Ada banyak plugin yang boleh kita gunakan untuk tujuan ni. Search je “google analytics” di ruangan search tu.

Google Analytics WordPress

Ada banyak plugin yang keluar dan boleh kita gunakan. Tapi scroll ke bawah untuk kita guna yang paling mudah iaitu “Goolytics – Simple Google Analytics” tu . Tekan butang “Install Now” tu untuk pasang plugin ni.

Lepas tu jangan lupa activate plugin ni. Tekan butang “Activate” tu:

Kalau dah install & activate, kita boleh check di menu “Plugins -> Installed Plugins”. Sure ada dah kat situ:

Klik “Settings” tu untuk kita configure.

(3) Check Tracking ID Google Analytics

Ingat lagi kita daftar akaun Google Analytics aritu? Ambil Tracking ID dia tu..

(4) Masukkan Tracking ID Google Analytics

Copy Tracking ID tu dalam settings dia ni:

Kemudian jangan lupa klik “Save Changes” untuk completekan konfigurasi Plugin WordPress ni.

(5) Siap!

OK tu je step by step instruction macam mana nak pasang Google Analytics di WordPress ni. Bolehlah kita test buka dashboard Google Analytics dan cuba access website kita. Ada nampak tak?

Daftar Google Analytics

Google Analytics

Mari kita daftar Google Analytics hari ni untuk monitor ramai tak browse website atau blog kita ni. Sebelum tu kalau belum tau apa tu Google Analytics sila jenguk posting ni >> Mari Berkenalan dengan Google Analytics. Pastikan juga kita dah ada akaun Google atau Gmail.

Buka link Google Analytics

Mula-mula kita macam biasa kena la buka link dia sebelum daftar Google Analytics ni. Link dia kat https://analytics.google.com. Tak pun boleh je google dan klik result dia.

Gunakan akaun Google sedia ada untuk daftar Google Analytics

Bila kita buka link, sistem akan redirect untuk kita daftar dengan akaun Google sedia ada. Pilih akaun mana yang hendak kita gunakan bagi Google Analytics ini. Pilih “Use another account” jika kita nak guna akaun lain.

Masukkan username dan password bagi akaun Gmail yang nak kita daftarkan:

Welcome to Google Analytics

Sekarang kita dah masuk bahagian Google Analytics. Untuk teruskan daftar, klik “Setup for free”.

Setup account

Lepas itu kita akan terus setup akaun. Masukkan nama akaun yang nak kita gunakan. Biasanya kita boleh masukkan laman web kita sebagai akaun untuk memudahkan kita memantau jika ada beberapa website. Contoh di sini kita gunakan “terlolapmato.com”:

Teruskan scroll ke bawah dah tick semua option yang ada. Kemudian klik butang “Next”. Senang kan 😀

Pilih apa yang nak kita monitor dengan Google Analytics. Dalam kes ni kita nak pantau website kita:

Scroll lagi ke bawah dan tekan button “Next“:

Isikan tempat kosong

Isikan semua tempat kosong pada borang yang disediakan. Masukkan:

  • Nama website
  • URL yang nak dipantau
  • Kategori industri
  • Timezone

Contoh:

Kemudian tekan butang “Create” di atas.

I Accept

Klik options yang ada dan klik butang “I Accept

Sekarang dah siaplah kita daftar Google Analytics. Mesej macam ni akan dipaparkan:

Tracking ID ni kita simpan untuk kita guna pada website kita nanti. Dalam akaun ni, tracking ID ialah UA-152080910-1. Gunakan apa yang kita dapat. Bukan guna yang ni ya. Macam mana nak guna kat website kita?

Kita boleh gunakan plugin WordPress yang berkaitan atau masukkan script Global Site Tag tu ke dalam kod website. Nanti kita bincang lagi dalam posting lain. Selamat mencuba!

Mari berkenalan dengan Google Analytics

Google Analytics

Hari ini kita  berkenalan dengan Google Analytics.  Salah satu tool percuma yang disediakan oleh Google.  Dah free kan, apa lagi kita manafaatkan sepenuhnya.

Apa itu Google Analytics?

Satu tool disediakan oleh Google untuk kita lihat prestasi atau performance website atau mobile application kita.  Secara mudahnya bila kita ada website, kita nak tengok berapa ramai visitor dan apa content yang mereka baca.

Itu je boleh buat?

Tak. Tool yang boleh kita integrate dengan tool lain macam Google Ads dan Google Search Console ni, boleh bantu kita untuk buat analisis lebih mendalam.  Mari kita tengok apa yang Google Analytics ni boleh buat secara ringkas:

(1) Overview keseluruhan performance website

Kita akan nampak berapa ramai visitor website kita dalam tempoh tertentu.  Secara default, dalam tempoh 7 hari.  Contoh di bawah ni kita tukar ke 90 hari biar nampak macam ramai yang browse website ni 😀

Nampak tak “Last 90 days” kat bawah tu.  Boleh tukar untuk tempoh yang kita suka.

Apa kita boleh baca di sini:

(a) Users – berapa ramai visitor.  Ada lebih kurang 4500 visitor dalam masa 90 hari.  Tak ramai nampaknya kan.  Kena usaha lebih lagi dan lebih consistent untuk buat posting.

(b) Sessions – berapa session orang browse content website. Kat sini ada lebih kurang 6300 kali browse website atau baca posting/page dari 4500 orang ni.

(c) Bounce Rate – berapa peratus orang pi browse website lain lepas masuk laman website kita yang pertama.  Contoh, orang bukak main page, lepas tu dia pi la website lain.  Atau orang bukak link yang kita share di Facebook, lepas tu dia terus pi bukak website lain.  Kat sini lebih 68 % visitor pi tempat lain.

Apa nak buat? Mungkin boring nak baca.  Kena usaha lebih lagi.  Perbaiki skill penulisan atau buat website lagi menarik hehe.

(d) Session Duration.  Berapa lama visitor duk layan per-session secara purata.  Blog ni paling lama orang baca secara average dalam 90 hari adalah 3 minit 32 saat sahaja.  Baca lebih masa sure menguap agaknya.  Kena perbanyakkan content yang lebih bagus dan menarik!

(2) Maklumat visitor semasa & insights

Tool ini juga akan paparkan visitor semasa secara realtime.  Nampaknya hanya ada 1 visitor pada masa ini. Kita juga akan nampak posting apa yang sedang dibaca.

Ia juga memaparkan insights atau pandangan semasa.  Kali ini kita dapati salah satu kategori posting tiba-tiba punyai view yang lebih tinggi berbanding kebiasaan.  Interest yang naik tentang bisnes kedai makan dan restoran mungkin menyebabkan keadaan ini.

(3) Trafik visitor kita ni dari mana?

Kita boleh buat analisis mana datangnya trafik ke website.  Adakah mereka ni datang dari hasil search engine, memang datang secara direct ke website, dari media sosial  atau referral dari website lain?

Sebagai contoh, kita ada buat kempen untuk orang ke website melalui Facebook Ads.  Selain insights dari Facebook, kita juga boleh tengok hasilnya di sini.

Contoh kedua, kita boleh tahu yang SEO dan Google Ads kita ni agak berhasil atau tak.  Nampaknya banyak visitor datang ke blog ni melalui organic search dari Google.

(4) Bila masa orang ramai datang?

Kita juga boleh lihat bila orang ramai tengok website kita ni.  Contoh di sini, banyak orang datang jam 12-4 petang.  Kemudian 8-12 malam.  Tengok betapa gigihnya orang bisnes mencari ilmu.  Kita kena contohi mereka!

(5) Negara mana?

Kita tengok gambar yang sama di no (4) di atas.  Sebelah tu ada data dari negara mana visitor kita ni.  Penting untuk mana kita nak target pembaca website atau blog kita ni.

(6) Device atau Peranti apa mereka guna?

Next, kita boleh tau device apa yang visitor kita ni pakai.  Pakai telefon pintar, tablet atau personal computer (tak kira desktop atau laptop):

Apa boleh kita buat? Kita target iklan lebih banyak pada pengguna smart phone!

(7) Apa content yang mereka baca?

Google Analytics juga boleh beri tahu kita apa content website yang paling banyak orang baca.  Kita boleh lihat dari yang terbanyak dan yang paling kurang sekali.  Analisis di blog ni nampaknya visitor lebih tertarik tentang Business Model Canvas.  Bagaimana nak buat model bisnes kita.

Plan nak update content BMC ni dan bukukan.  Ada yang nak tak?

Apa lagi?

Kita dah tengok 7 kegunaan tool ni.  Best tak?  Sebenarnya banyak lagi boleh kita manafaatkan.  Kita boleh gunakan untuk ukur conversion website , berapa ramai share, siapa advocate kita.  Buat analisis lebih mendalam tentang visitor kita melalui jantina, umur, interest dan sebagainya.  Nanti kita borak lebih mendalam ya!

Macam mana nak pasang dan guna?

Pertama, kita kena ada account Google.  Kalau dah ada email melalui Gmail, bermakna kita dah ada account Google.  Kemudian buka web Google Analytics dan create satu account.

Next, kita integrate Google Analytics dengan website.  Ada code ringkas yang boleh kita masukkan di website.  Sementara website kita dah guna WordPress, kita boleh pakai plugin yang bersesuaian.  OK kita sambung diposting berikutnya macam mana nak pasang ya.

Sehingga berjumpa lagi!

 

 

SEO Analyzer Tool: Dah OK ke belum?

SEO Analyzer Tool

Kali ni kita nak buat analisis dengan menggunakan SEO Analyzer Tool.  Dah cukup friendly belum website kita dengan search engine Google.  Kalau ingat sebelum ni kita dah buat search engine friendly post dengan bantuan Yoast.  Kita gunakan Yoast untuk analisis keseluruhan on-page SEO kita.  Kita juga boleh gunakan tool lain untuk lihat lebih jelas status SEO website kita.

Apa SEO Analyzer Tool yang ada?

Banyak.

Kita boleh google seo analyzer, seo audit, seo checker dan sebagainya.  Ni beberapa contoh:

(1) Check your website’s SEO oleh Neil Patel: https://neilpatel.com/seo-analyzer/

(2) Web Page Analyzer Free Tool for SEO: http://www.seowebpageanalyzer.com/

(3) Website Review Tool & SEO Checker: https://www.woorank.com/

Dan lain-lain lagi.  Untuk contoh kali ini, kita gunakan tool yang disediakan oleh Neil Patel.

Check your website’s SEO

Macamana nak guna?

(1) Buka URL untuk access SEO analyzer tool 

Kita buka je URL ni untuk access SEO analyzer tool ni

Klik sini –> https://neilpatel.com/seo-analyzer/

SEO Analyzer Tool

(2) Masukkan alamat URL untuk di analisis  

Kemudian masukkan je apa alamat URL website, page atau post yang nak kita audit.

Dalam contoh ni kita nak tengok website https://daftartrademark.com, website landing page untuk perkhidmatan Daftar Trademark di Malaysia dan Indonesia.

Masukkan alamat “daftartrademark.com” dan Tekan butang “ANALYZE WEBSITE”.

(3) Analisis tool sedang bekerja

Tunggu kejap sementara tool ini bekerja untuk analisis website kita.

(4) Keputusan analisis

OK siap! Kita boleh tengok status SEO website kita ni:

OK kita dapat ON-PAGE SEO SCORE sebanyak 82.  Great!  Nampak? kita gunakan Yoast yang free ni pon boleh dapat result yang bagus.

(5) Status health check, critical errors, warning & recommendations

Scroll sedikit SEO Analyzer tool ni untuk lihat status yang lain.

Di sini kita dapat ada 38 critical errors yang boleh diperbaiki.  Agak teknikal katanya.   Klik “View All” untuk lihat keseluruhan status di bawah CRITICAL ERRORS, WARNINGS dan RECOMMENDATIONS.

(6) Kelajuan website

Info lain yang kita boleh dapat dari SEO Analyzer tool ini adalah kelajuan website kita.  Kita tahu kalau website perlahan dan loading lama boleh buat orang malas nak tunggu.  Mereka terus pindah pi website lain:

Ini kita perlu semak dengan website developer kita untuk buatkan ianya lebih laju.  Mungkin boleh perbaiki coding, tukar web hosting yang lebih baik dan guna Content Delivery Network atau CDN.

(7) Isu-isu on-page SEO yang boleh diperbaiki

Kita boleh scroll lagi kebawah dan nampak isu-isu berkaitan on-page SEO yang boleh kita perbaiki.  Ni ada isu seperti ketiadaan fail “sitemap.xml” yang diperlukan pada website, beberapa posting dengan word count yang rendah dan  duplicate meta descriptions.

Kemudian boleh kita klik “What is this and how to fix it?” untuk ketahui lebih detail apa isu yang ada dan bagaimana kita boleh perbaiki:

Sekian sahaja penerangan ringkas tentang bagaimana kita boleh buat semakan, analisis atau audit on-page SEO website kita ni.  Senang je kan.   hanya dengan access website yang diberikan dan masukkan alamat URL yang kita nak semak.  Moga kita berjumpa di lain masa dan selamat maju jaya!

On-Page vs Off-Page SEO

menulis artikel mesra SEO

Kali ni kita nak cerita pasal On-Page vs Off-Page SEO.  Apa tu On-Page SEO? OK ni apa yang dah kita buat sebelum ni.  Segala apa yang kita usahakan di website kita untuk jadikan ianya search  engine friendly, kita panggil sebagai on-page SEO.

On-Page SEO

Kita tengok apa yang dah kita borak tentang on-page SEO sebelum ini:

(1) Kita mulakan dengan setup plugin Yoast untuk memudahkan kita analis kandungan posting:  Pemasangan Yoast SEO.  

(2) Baca juga macam mana nak guna pluin Yoast SEO ni: Pengunaan Yoast SEO dengan WordPress

(3) Kita buat keyword research, pilih keyword atau keyphrase yang sesuai dengan posting:  SEO Keyword Research untuk Newbie macam Saya

(4) Kita boleh gunakan Keywords Everywhere untuk buat keyword research

(5) Fahami bagaimana keyword difficulty untuk kurangkan persaingan dengan website lain lebih berautoriti: Keyword Difficulty

(6) Kita juga bincangkan bagaimana kita mahu menulis artikel yang mesra SEO: 8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO

(7) Kita gunakan Yoast SEO untuk menulis posting: SEO Friendly Posting with Yoast.  Kita tulis apa yang mahu Google paparkan, sediakan link internal dan external, keyword pada heading dengan jumlah yang sesuai, image alt dan sebagainya.

Kebanyakkan apa yang perlu kita lakukan bagi memudahkan posting kita mendapat rating yang baik di Google adalah dalam item no. (6) dan (7) di atas.  iniliah yang kita namakan sebagai on-page SEO.

Off-Page SEO

Seterusnya Off-page SEO yang sebenarnya sama penting dengan On-Page SEO ni.   Kalau on-page SEO adalah apa yang kita buat di website dan posting kita, Off-page SEO kita perlu lakukan di luar website kita.  Senang cerita, off-page SEO ini apa yang kita perlu lakukan untuk jadikan website atau posting kita popular, banyak trafik & visitor serta ‘berautoriti’.

Apa yang perlu kita buat bagi Off-Page SEO ni?

Kita perlu ada backlink ke website atau posting kita.  Kalau on-page kita perlu ada link ke posting lain dalam website, dan ada juga link ke luar, off-page pula perlu ada link dari website lain ke website kita.

Secara umumnya, ia merupakan salah satu petunjuk yang website kita ni popular dan ‘berautoriti’ bila orang lain sebut-sebut dah link balik ke website kita.  Orang akan share tanpa kita suruh…

Macam mana nak buat backlink?

(1) Share di media sosial

Contoh blog & website saya ni  orang tak berapa kenal,  kita perlulah jadikan ianya orang kenal.  Macamana? Kita boleh je share posting kita ni ke sosial media macam Facebook, Twitter dan Instagram.  Boleh juga paksa kawan-kawan untuk share sekali 😀

(2) Share di Forum

Kita perlu daftar di mana-mana forum yang berkaitan dengan industri yang kita ceburi.  Boleh share di forum yang berkaitan.  Jangan share di forum yang tak ada kena mengena untuk mengelakkan kena marah atau ban dengan admin.

(3) Share di Blog rakan-rakan

Kita juga boleh share di ruangan komen di blog rakan-rakan yang kita kenali.  Kadang-kadang kita boleh masukkan link dalam komen.  Pastikan industrinya sama.  Elakkan spam blog orang lain!

(4) Gunakan iklan berbayar

Kita boleh gunakan iklan berbayar macam Fb Ads dan GoogleAds.  Ok ni nanti kena belajar juga di hari lain.

Penutup

Selain dari kita buat on-page SEO, off-page SEO juga adalah sama penting.  Kedua-dua nya kita kena lakukan untuk meningkatkan rank website dan posting dalam Google dan search engine lain.  Kalau On-page SEO lebih kepada apa yang kita buat di website sendiri, Off-page pula adalah tingkat visibility website kita secara luaran.  Kita share atau galakkan orang share di tempat lain seperti website, social media, blog dan forum.

Sehingga berjumpa lagi dan selamat maju jaya!

SEO friendly posting with Yoast

SEO friendly posting with Yoast

Kali ni kita nak borak pasal SEO friendly posting with Yoast.  Kesinambungan posting tentang  8 Tips menulis artikel mesra SEO.  Kita akan lihat kembali posting tersebut sebagai contoh.  Kita review posting ni dengan plugin Yoast yang kita pasang pada WordPress sebelum ini.

Pemasangan dan Penggunaan Plugin Yoast

Dalam topik SEO friendly posting with Yoast ini kita perlu pastikan kita dah pasang plugin Yoast pada WordPress.  Pastikan juga dah tau serba sedikit bagaimana nak guna.

Lihat kedua-dua posting ini untuk pemasangan plugin Yoast pada WordPress:

Sekarang kita tengok apa yang perlu atau telah kita buat pada artikel “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO” ini satu-persatu.

Mana nak tengok Yoast SEO ni?

Seperti biasa, kita boleh edit posting tersebut.  Lihat posting ni kalau lupa macam mana nak buat atau edit posting baru: Cara Guna WordPress.

Ini pula kalau kita nak buat atau edit page: Beza Post vs Page.

Lepas kita buka post atau page ni, kita scroll ke bawah sampai jumpa “Yoast SEO“.  Kat sini kita nak pastikan artikel kita ni mesra SEO.  Kita akan analisis posting dengan plugin ni.

Sekarang apa nak kita buat? Dengan keyphrase yang kita pilih “Menulis Artikel Mesra SEO“, teruskan membaca …

(1) Tajuk

Posting kita perlu ada tajuk.  Dalam SEO friendly posting with Yoast ni kita perlu check tajuk yang kita berikan.

Pastikan tajuk yang kita buat mempunyai keyphrase yang kita pilih sebelum ini.  Tajuk posting yang kita buat sebelum ini: “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”.  Jadi keyphrase “menulis artikel mesra SEO” dah ada dalam ni..

(2) Permalink

Pastikan Permalink atau pun alamat URL posting mempunyai keyphrase yang kita pilih.  Nak senang, kita gunakan keyphrase ni sebagai permalink:

(3) Focus Keyphrase

Sekarang scroll ke bawah sampai kita jumpa Yoast SEO.

Ingat tentang keyword research? Kat sini la kita bubuh apa keyword atau keyphrase yang kita dah pilih sebelum ini.  Sebelum ni kita pilih keyphrase “Menulis artikel mesra SEO”.  So kita letak kat sini:

Dalam artikel SEO friendly posting with Yoast kali ini, kita nak tekankan kalau kita tak letak sebarang keyphrase kat sini, Yoast tak boleh analisis posting kita sama ada mesra SEO atau tak.  Nanti dia keluar macam ni:

(4) Snippet

Kemudian kita edit snippet dengan klik butang “Edit Snippet”:

Masukkan apa yang kita nak Google paparkan dalam search result dalam petak “Meta descrioption“:

Kita tengok atas dia ada “Snippet Preview“.  Inilah akan dipaparkan dalam Google search engine nanti:

(5) SEO Analysis

OK scroll bawah sikit dan kita akan nampak “SEO Analysis”.  Warna hijau.  Maknanya bangusss!

Inilah target kita.  Untuk dapatkan SEO analysis yang bagus.  Klik “v” kat ujung tu untuk lihat keseluruhan analisis SEO pada posting yang kita tulis.  Ini contoh keputusan analisis pada artikel “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”:

Kita lihat secara keseluruhan status adalah bagus, berwarna hijau.  Ada 2 perkara berwarna oren yang bermaksud boleh diperbaiki lagi.   Untuk dapat status good ni kita tak perlu kesemuanya hijau.  Walau macam tu, kalau dapat semua lagi bagus!

OK kat sini ada dua perkara perlukan improvements.  Ini berkaitan dengan perkara no (1) Tajuk.  Kat sini Yoast SEO ni kata keyphrase yang kita pakai sebaik-baiknya diletakkan di hadapan.  Mungkin tajuk kena tukar jadi “Menulis Artikel Mesra SEO dengan 8 Tips“.  Kan?

Lepas tu tajuk dia kurang panjang.  Mungkin boleh tukar jadi “Menulis Artikel Mesra SEO dengan 8 Tips Mudah yang Anda Perlu Tahu

(6) Outbound Links

Ok kita kena ada outbound links.  Iaitu link ke website lain.  Contoh pada artikel ni:

Kita link perkataan Yoast ni ke website dia.  Macamana nak buat? Tekan button rantai kat atas tu dan masukkan alamat website macam https://yoast.com.

(7) Internal Links

Kita kena ada internal link.  jadi kita link artikel atau posting yang dah kita tulis sebelum ni.  Contohnya kita link ke artikel Keyword Research yang kita dah tulis panjang-panjang hari tu 😀

(8) Keyphrase in introduction

Kita masukkan keyphrase dalam introduction.  Pastikan ayat pertama ada keyphrase yang kita pilih:

(9) Keyphrase Length

Panjang keyphrase sesuai tak? Ingat lagi keyword research yang kita buat hari tu? Long tail keyword tu?  Ok dah sesuai dah.

(10) Keyphrase Density

Yoast jumpa 6 kali.  Sesuai untuk 0.5% ke 3%.  Tulis dulu lah kan.  Kalau kurang kita tambah mana-mana.  Kalau lebih warna jadi merah kita kurangkan.

(11) Keyphrase in meta description

Ni masa kita edit snippet tadi.  Since dah ada.. warna hijau.  Ok lah tu kan..  Rujuk balik item no (4) di atas.  Perlu pastikan keyphrase yang kita pilih ada dalam meta description masa kita edit snippet.

(12) Meta description length

Ni masa kita edit snippet.  Tengok balik item no (4) Snippet  kat atas.  Masa edit tu ada bar warna hijau kat bawah tu maknanya OK.  Kalau warna oren kena panjang kan atau kurangkan sedikit.  Adjust sampai warna hijau.

(13) Previously used keyphrase

Yoast SEO akan check sama ada kita pernah guna keyword yang sama sebelum ini.  Jadi pastikan kita guna keyword atau keyphrase yang belum pernah kita gunakan pada posting lain di website kita.

(14) Keyphrase in subheadings

Kita juga kena gunakan keyword/keyphrase yang kita pilih dalam sub-tajuk.  Yoast SEO juga akan beri tahu kalau kita belum buat atau masih kurang.

(15) Image alt attribute

Ha yang ni kita kena set masa kita upload feature image untuk posting kita.  Tengok tepi sebelah kanan, bahagian bawah.

Ni kalau kita belum letak sebarang image:

Kalau dah upload atau guna imej yang sedia ada, pastikan kita set “image alt” dengan keyphrase tadi:

Image yang dimasukkan ke dalam kandung posting juga boleh gunakan langkah yang sama.  Satu lagi yang agak penting, nama fail gambar yang hendak kita upload juga lebih afdhol kalau kita gunakan keyphrase yang kita pilih.

(15) Text length

OK, kita kena tulis sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.  Hijau? dah lebih la tu kan.  Tapi macam mana kita nak tahu dah tulis berapa patah perkataan?  Cuba semak kat seblah kiri bawah:

(16)  Keyphrase in slug

Keyphrase in slug ni merujuk kepada permalink yang kita set sebelum ini.  Ianya secara automatik di set masa kita edit snippet di no (4).  So kalau ada isu, kita boleh edit kat sini atau edit permalink dia seperti di no (2) kat atas.

Penutup

Kali ini kita gunakan Yoast plugin untuk pastikan posting yang kita tulis adalah SEO friendly.  Plugin WordPress ini kita gunakan untuk analisis dan seterusnya perbaiki apa yang boleh jadikan posting kita mesra SEO.

Plugin percuma ini boleh kita gunakan untuk satu keyword/keyphrase bagi setiap posting.  Boleh dapatkan subscription premium untuk lebih feature dan kemudahan lain.  Sehingga berjumpa lagi, selamat maju jaya!

8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO

menulis artikel mesra SEO

Menulis artikel mesra SEO penting untuk mudahkan  ianya keluar di muka terawal bila orang Google.  Kita perlu sasarkan sekurang-kurangnya website kita berada pada tiga muka terawal hasil Google!  Kalau dapat muka pertama lagi awesome.

Artikel mesra SEO (SEO friendly article) ini boleh digunakan untuk sebarang bentuk penerbitan online seperti maklumat syarikat, produk atau perkhidmatan di website.  Juga sesuai untuk semua jenis blog post, landing page, iklan dan sebagainya.

Kenapa kita perlu menulis SEO friendly article?

Ia bertujuan untuk kita optimumkan artikel atau posting yang kita tulis agar memudahkan Google berikan rank yang baik.  Bila dapat rank yang baik,  carian Google akan memaparkan website kita di muka pertama  hasil carian!

Pemilihan Keyword sebelum menulis artikel mesra SEO

Secara ringkas, kita perlukan keyword untuk artikel kita dengan langkah berikut:

Brainstrom apa keyword yang sesuai

Sebelum kita menulis artikel mesra SEO, kita perlu cari keyword atau key phrase yang akan digunakan.  Boleh brainstorm keyword yang berkaitan dengan industri kita.  Senaraikan satu persatu.

Kumpulkan keyword yang berkaitan dengan Google

Boleh gunakan Google search engine untuk kumpulkan keyword yang berkaitan.  Google akan cadangkan keyword  lain yang boleh kita digunakan.

Gunakan Keywords Everywhere

Gunakan Keywords Everywhere untuk lihat keyword difficulty, CPC dan search volume.    Pilih long tail keyword dan yang tidak mempunyai persaingan tinggi.   Ini penting bagi newbie macam kita ni.  Kalau tak nanti kita bersaing dengan brand yang lebih established.  Dan seterusnya buat website kita keluar ntah page Google ke berapa.

Gunakan Google Trends

Kemudian kita gunakan Google Trends untuk lihat trend carian yang keyword yang kita mahu gunakan.  Trend ni biasanya boleh sepanjang tahun atau mungkin hanya tinggi bagi musim tertentu.

Mari menulis artikel mesra SEO

Selepas kita buat SEO keyword research dan pilih keyword yang sesuai, mari kita menulis artikel mesra SEO.   Kita tengok apa yang kita perlukan satu persatu:

(1) Fikir apa yang mahu ditulis

Fikirkan apa yang mahu kita sampaikan kepada pembaca.  Apa yang kita mahukan? Apa persoalan/permasalahan yang mahu kita selesaikan?   Apa tujuan artikel kita? Apa yang kita nak pembaca buat selepas membaca?

Tuliskan jawapan kepada persoalan di atas.

(2) Strukturkan artikel

Kita perlu susun artikel dengan kemas.  Kita perlu ada sekurang-kurangnya:

(a) Pengenalan (introduction) kepada topik yang mahu kita tulis;
(b) Body atau kandungan; dan
(c) Kesimpulan atau ringkasan idea penulisan kita.

Sekarang kita tulis rangka dan point-point penting untuk ketiga-tiga pengenalan, kandungan dan kesimpulan ini.

(3) Gunakan perenggan 

Gunakan perenggan (paragraph) yang sesuai.  Bukan mulakan setiap ayat dengan perenggan baru untuk kelihatan menarik sahaja.  Setiap perenggan ini perlu ada idea atau topik yang dibincangkan.  Masukkan keyword yang kita pilih dalam beberapa perenggan.

(4) Guna kombinasi ayat pendek dan panjang

Gunakan ayat-ayat pendek untuk mudah dibaca.  Kemudian diselang seli dengan ayat yang lebih panjang untuk elakkan penulisan jadi agak mendatar dan bosan.

(5) Gunakan tajuk / sub-tajuk

Kita juga perlu gunakan tajuk / sub-tajuk (atau headings) berdasarkan idea yang kita tulis.   Headings ini penting untuk memudahkan pembaca mengetahui idea atau topik yang ditulis dengan lebih pantas.

Heading juga bagus bagi memudahkan kerja memberi ranking SEO oleh search engine.  Masukkan juga keyword yang kita pilih dalam satu dua tajuk/sub-tajuk yang bersesuaian.

(6) Keyword density

Jadi berapa banyak keyword yang perlu kita masukkan dalam artikel?  Yoast mencadangkan keyword densiti antara 0.5% ke 3%.  Jangan masukkan keyword secara berlebihan! Ini akan sebabkan penalti oleh Google dan buat SEO website kita bermasalah.

Lihat berapa banyak keyword “menulis artikel mesra SEO” dalam artikel ini dah dimana ianya ditulis.

(7) Panjang penulisan

Tulis sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.  Lagi panjang lagi bagus.  Google memang sukakan artikel yang panjang.  Cuma agak-agak sedikit di mana tak ramai orang suka baca artikel panjang-panjang.

(8) Simpan, semak dan baru publish

Seterusnya kita boleh simpan terlebih dahulu artikel yang kita tulis.  Jangan publish dahulu.   Kenapa? Kita kena baca kembali artikel yang kita tulis setelah beberapa hari.  Paling kurang, tutup dulu dan buat kerja lain.  Kita akan dapat idea tambahan tentang artikel yang mahu kita tulis.  Kita juga boleh semak kembali dan restruktur idea-idea kita.  Semak kembali ayat yang kita tulis.

Dapatkan feedback dari beberapa rakan tentang penulisan kita.  Sebab tu dalam bidang penerbitan ini selalunya kita ada penulis dan editor 😀

Whats next?

Sekarang kita dah pilih keyword yang sesuai.  Kita juga dah tulis artikel lebih 300 perkataan dengan meletakkan keyword diperenggan dan tajuk yang sepatutnya.  Kita dah semak dan paksa kawan baca artikel kita.  Apa seterusnya?

Ok kita boleh gunakan kemudahan Yoast plugin yang kita pasang.  Gunakan untuk semak status SEO pada artikel yang kita tulis.  Sudah mesra SEO belum?  Bagaimana? Kita jumpa lagi dalam posting berikutnya iaitu Membina SEO friendly postings with Yoast.  Selamat maju jaya!

Continue reading “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”

SEO Keyword Difficulty

Keyword Difficulty

Pernah dengar pasal SEO keyword difficulty?  Apanya yang susah? OK sebenarnya bukan keyword atau key phrase yang susah, tetapi keyword yang kita pilih akan menyusahkan website kita dapat ranking Google yang baik.  Mungkin result google website kita hanya muncul kat bawah page yang kelima!

Kenapa susah nak dapat rank yang baik?

Salah satu sebab adalah persaingan atau competition dari website lain yang lebih popular dan credible.  Company yang lebih ternama dah guna SEO lebih lama.

Mereka ada team yang urus website yang profesional.  Juga spend lebih banyak RM untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan.  Lebih banyak orang share content website yang mereka hasilkan.

Jadi kalau kita usahawan yang baru belajar ni mau bersaing dengan mereka dari segi Google SEO ni, jalannya agak panjang.

Macam mana nak tau tentang SEO keyword difficulty?

Dalam ilmu SEO keyword difficulty ni, orang banyak refer ke konsep yang dipanggil long tail keyword.  Keyword biasanya dibahagikan kepada head, body and (long) tail.    Keyword dengan satu perkataan, 2 atau 3 perkataan, dan seterusnya long tail merujuk kepada 4 atau lebih perkataan:

Dengan konsep ini, competition adalah lebih tinggi dengan head dan body, dan lebih rendah pada long tail keyword.   Dari segi CPC juga lebih murah dengan long tail berbanding head dan body.

Analisis keyword dengan Keywords Everywhere

Mari kita analisis konsep long tail keyword ni dengan Keywords Everywhere ni.   Tengok langkah-langkah yang boleh kita buat:

(1) Pertama buka Google dan cari “hijab”:

(2) Kemudian klik “Add All Keywords” kat sebelah kanan bawah:

(3) Buka menu Keywords Everywhere kat atas seblah kanan tu:

(4) Pilih menu “My Keywords”

(5) Dan hasilnya macam ni:

Hasil analisis long tail keyword vs head & body

Mari kita lihat balik hasil Keywords Everywhere untuk keyword yang berkaitan dengan “hijab“:

Nampak tak? keyword “hijab” mempunyai kadar carian yang lebih banyak, tetapi competition agak tinggi berbanding “fashion hijab kekinian“.  Lagi satu “fashion hijab untuk orang gemuk” mempunyai competition lebih rendah.

Perkara yang sama juga apply untuk CPC masing-masing dengan nilai RM 1.43,  RM 0.72 dan RM 0.08.

Jika guna keyword “hijab” saja, kita akan bersaing dengan jenama hijab yang lebih ternama.  SEO keyword difficulty adalah lebih tinggi jika kita gunakan head & body, berbanding dengan long tail keyword.

Tengok balik result Google ni,  semasa posting ini ditulis di Jakarta, laman pertama hasil Google untuk keyword “hijab” ni semangnya “dikuasai” oleh pengeluar hijab terkemuka di Indonesia seperti Vanilla dan Elzatta:

Jadi, mana yang kita nak pilih sebagai keyword kita ni?  Bagi newbie macam saya, adalah digalakkan untuk gunakan long tail keyword.  Macam mana pun, body keyword masih boleh digunakan jika persaingan masih tak banyak.  Kenapa masih tak banyak? Contohnya content berbahasa melayu masih tak banyak.  Jadi masih ada harapan.

Dapat sesuatu dari posting SEO keyword difficulty ini?

________________________________

Nota:

(1) Rujuk posting  “Keyword Everywhere” untuk pasang dan guna add on Chrome atau Firefox ni.

(2) Key phrase “fashion hijab untuk orang gemuk” juga berbentuk niche market.  Ianya mensasarkan segmen pasaran lebih khusus.  Baca posting “Niche Market” di sini.

Kredit:
School photo created by yanalya – www.freepik.com