Nak Daftar Trademark dengan Mudah?

Daftar Trademark

Trademark merupakan sebarang unsur nama, huruf, perkataan, angka, perkataan, simbol, logo dan juga gabungan unsur-unsur ini sebagai tanda kepada perniagaan.  Kebiasaannya ia akan merujuk kepada brand atau jenama sesuatu bisnes, produk atau perkhidmatan.

Sebagai contoh, syarikat pengeluar makanan utama dunia Nestle telah mendaftarkan Nestlé® sebagai trademark mereka.  Mereka juga telah mendaftarkan trademark MILO®, MAGGI®, NESCAFÉ®, CERELAC®, LACTOKID™ COMFORTIS®, NESTLÉ BLISS®, DRUMSTICK® dan lain-lain lagi.

Kenapa perlu daftar trademark?

Apabila trademark telah didaftarkan, ia dilindungi di bawah undang-undang dan akta yang berkaitan.  Perlindungan ini membolehkan trademark yang didaftar tidak digunakan oleh pihak lain.

Sebarang penggunaan oleh pihak lain adalah salah di sisi undang dan pemilik yang daftar trademark tersebut boleh memohon kos mahkamah dan ganti rugi atas penggunaan.

Hak milik ekslusif kita selamanya

Perlindungan kepada trademark yang didaftarkan adalah selama sepuluh (10) tahun.  Kita boleh perbaharui pendaftaran bagi 10 tahun berikutnya.  Ini bermakna, trademark adalah hak milik ekslusif kita selagi kita perbaharui setiap 10 tahun.

Di mana kita nak daftar?

Perlindungan trademark adalah di setiap negara yang kita daftarkan.  Di Malaysia, trademark boleh didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).  MyIPO juga mempunyai ejen bagi daftar trademark.

Nak daftar sekarang?

Hubungi ejen berdaftar MyIPO, Puan Alin Hurriya Harlinda daripada DaftarTrademark.com untuk daftar trademark  dengan tiga (3) langkah mudah:

  1. Dapatkan bantuan dengan khidmat nasihat pembangunan trademark yang kukuh (strong trademark);
  2. Bantuan penyediaan dokumen pendaftaran dan dokumen-dokumen sokongan lain; dan
  3. Pedaftaran trademark di MyIPO, dan sokongan poendaftaran jika terdapat isu-isu berbangkit seperti jika terdapat bantahan dari pihak lain.

Klik link ni untuk WhatsApp Pn. Alin:

https://daftartrademark.com/whatsapp/0108400094

Klik untuk untuk maklumat lanjut tentang daftar trademark:

Daftar Trademark