Emotional Marketing

Emotional Marketing

Mari kita belajar serba sedikit tentang emotional marketing.¬† Kalau iklan tak jalan memang rasa nak emo kan ūüėĬ† Kita belajar macamana kesan emosi boleh digunakan.¬† Kemudian apply dalam mesej pemasaran dan pengiklanan.¬† Boleh juga masukkan dalam copywriting.

Apa itu emotional marketing?

Ia satu kaedah pemasaran dan pengiklanan yang menggunakan faktor emosi.  Ia bertujuan menarik perhatian pengguna.  Membuat mereka ingat, kongsikan dengan orang lain dan yang paling penting, membeli!

Dengan emotional marketing, ia berupaya menjentik emosi manusia dengan idea gembira, sedih, takut atau marah untuk mendapatkan tindak balas.

Kenapa emotional marketing itu penting?

Berdasarkan research, banyak orang buat keputusan berdasarkan emosi.  Ada kajian yang mengatakan 31% pengguna membuat keputusan dengan emosi berbanding 16% melalui maklumat atau informasi yang terkandung dalam iklan.

Kesan emosi membuat pengguna bertindak

Kesan emotional marketing akan membuat pengguna segera bertindak.  Mari kita lihat apa kesan emosi yang boleh digunakan dalam pemasaran dan pengiklanan:

(1) Kegembiraan

Faktor emosi gembira akan buat orang share!

Bak kata pepatah orang putih ” If bad news sells, then good news travels fast“.¬† ¬†Berita baik atau good news dan kandungan atau content yang positif lebih cepat tersebar di media sosial,¬† Ia akan menambahkan brand awareness kepada perniagaan kita.

Ni contoh mesej pemasaran Coco Cola dulu:

Ada rasa nak share tak?

(2) Kesedihan

Kesedihan boleh membuat orang untuk berasa empati dan connect.

Kesedihan boleh membuat orang bertindak bagi pihak orang lain.  Ia membuat kita untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan.  Contoh, kempen tidak menggunakan plastik bagi menyelamatkan alam sekitar.

(3) Ketakutan. 

Ketakutan boleh membuat kita berpegang kepada apa yang sedia ada / comfort.

Ada kajian menyatakan ianya boleh meningkatkan brand loyalty.  Takut kepada ketidak tentuan produk atau perkhidmatan lain.

Ia juga boleh membuat pengguna bertindak dalam industri tertentu seperti insuran dan takaful.  Juga industri keselamatan (fizikal atau dalam bidang IT)

Faktor fear kepada scarcity juga boleh digunakan untuk membuat orang cepat bertindak.  Contoh: Barang tinggal 10 unit sahaja.  Diskaun untuk 10 orang pertama saja.  Sampai jam 12 saja dan sebagainya.

(4) Kemarahan.

Kemarhan boleh buat orang viralkan sesuatu.

Sama seperti kegembiraan, ia juga boleh membuat ianya cepat viral.  Kemarahan terhadap sesuatu isu boleh digunakan, tetapi use with care!   Contohnya ia boleh digunakan bagi tujuan politik dan alam sekitar.   Buat orang rally untuk sesuatu tujuan.

(5) Kepuasan segera (instant gratification).

Ini banyak digunakan dalam CTA. Call To Action.  Contoh: Tempah sekarang untuk penghantaran keesokan hari.  Beli hari ini dan dapatkan diskaun 50%.  Tawaran-tawaran menarik boleh kita fikirkan untuk kepuasan segera dalam emotional marketing ni.

(6) Kepercayaan

Apa lagi kita nak kalau pelanggan dah percaya kan?  Jadi macam mana nak buat orang percaya?  Testimoni adalah salah satu cara.  Kemudian kita berikan jaminan, jaminan 100% kembalikan wang kalau berani.   Free trial juga salah satu kaedah kita boleh buat.

Kemudian kita boleh letak gambar kita bersama mesej pemasaran.  Ini juga boleh kita aplikasikan bersama dengan testimoni tadi.  Tok guru saya kata, letak gambar boleh buat orang 4 kali lebih percaya

Apa kita nak buat?

Banyak lagi faktor emotional marketing yang boleh kita gunakan.  Contohnya rasa bersalah, kesyukuran, belonging, leadership, kebangaan dan lain-lain.

Faktor emosi yang digunakan perlulah mengikut kesesuaian.  Bukan main pukul rata kita gunakan kesemuanya.

Kesan Emosi dalam Copywriting untuk B2B

Emotional Marketing

Menurut kebiasaan, dalam copywriting kita selalu bertindak menjual ‚Äėrational‚Äô kepada prospek.¬† Lagi-lagi bisnes kita berbentuk Business-to-Business (B2B).¬† Apa yang selalu kita highlight?

‚Äúcorporate look and feel‚ÄĚ

‚Äúcorporate tone-of-voice‚ÄĚ

Apa lagi? Kita anggap keputusan pembelian mereka adalah berdasarkan keputusan rasional syarikat semata-mata:

‚ÄúMeningkatkan keuntungan‚ÄĚ

‚ÄúMenurunkan kos‚ÄĚ

‚ÄúLebih efisien‚ÄĚ

‚ÄúKos efektif‚ÄĚ

Betul kan? Kita anggap syarikat-syarikat selalunya membuat keputusan berdasarkan unsur-unsur ini.  Tapi sebenarnya kita lupa.  Pembuat keputusan adalah manusia. Sama macam kita.

Jadi kita perlu highlight kesan emosi!

Apa kesan emosi yang yang perlu gunakan?  Apa perlu kita eksploitasi?  Kita boleh gunakan faktor-faktor berikut dalam copywriting:

‚ÄúRasa bangga‚ÄĚ

‚ÄúFaktor fear ‚Äď atau ketakutan‚ÄĚ

‚ÄúMembuat hidup mereka senang – membuat urusan perniagaan lebih mudah‚ÄĚ

‚ÄúSama seperti orang lain atau pesaing‚ÄĚ

‚ÄúLebih bagus dari orang lain‚ÄĚ

 

Bila kita dapat menjentik kesan emosi ini, barulah mereka akan gunakan kesan rasional bagi tujuan membuat bajet dari pihak atasan!

Dapat sesuatu daripada posting ini? Nanti kita bincang lebih lanjut mengenai kesai emosi atau emotional marketing yang kita boleh masukkan dalam copywriting.  Sementara tu, mari kita senaraikan apa kesan emosi berkaitan dalam rungan komen di bawah.  Selamat maju jaya!

Teknik Copywriting Warren Buffet yang Perlu Kita Tiru

teknik-copywriting-warren-buffet

Posting kali ini akan sentuh tentang teknik copywriting Warren Buffet.   Siri idea teknik copywriting di blog ini boleh dirujuk di sini.

Siapa tak kenal Warren Edward Buffett? Antara orang terkaya di dunia.  Investor, businessman, speaker, philanthropist dan CEO Berkshire Hathaway.  Net worth beliau sekitar USD 85.5 billion (2019).

Nak tahu tak? Sebenarnya dia ni sebenarnya sangat hebat dalam copywriting. Skill copywriting digunakan dalam marketing dan annual report syarikat.

Rahsia Teknik Copywriting

Apa rahsia copywriting Warren Buffet?

Tak ada rahsia pun. Dia sebenarnya tidak menulis! Apa maksudnya?

‚ÄúWhen writing, I‚Äôm pretend to talk to my sister. I just begin with Dear Doris‚ÄĚ

Kunci utama teknik copywriting beliau – menggunakan bahasa percakapan dan bukan bahasa penulisan.

Bahasa Menulis vs Bahasa Percakapan

Asas utama untuk sales copywriting adalah kita gunakan bahasa percakapan.  Bahasa macam kita bercakap seharian.

Kita ni dah dilatih dari kecil, tulis ayat terlalu formal.  Bila duduk depan komputer atau menulis, secara automatik ayat jadi ayat buku.

Beza kan bila kita cakap dengan menulis.  Bahasa bercakap biasanya lebih direct. Dan ini sebenarnya lebih sesuai untuk menjual.

Tetapi jangan silap faham.  Bukan tak boleh guna bahasa melayu aras tinggi, tetapi tukar ayat menulis kepada ayat percakapan.

Jadi macam mana nak buat?

(1) Sila bercakap dengan manusia

Masa nak menulis teknik copywriting cara ini,  sila bayangkan kita ni sedang bercakap dengan orang lain.

OK contoh macam ni.  Kalau kita tengok Apple terangkan pasal produk iPhone, ayat dia memang macam cakap dengan kita.  Mari tengok:

‚ÄúSo you can browse, download and stream content at a remarkable speeds‚ÄĚ

Dia tak gunakan copywriting macam ni:

‚ÄúThis iPhone can be used to browse, download and stream content at a remarkable speeds‚ÄĚ

Nampak tak?

(2) Ayat simple dan pendek

Kita guna ayat yang simple dan pendek.  Lagi panjang lagi boleh buat orang confuse.  Boleh guna satu perkataan sahaja!

Tak percaya? Tengok ni:

“Macam mana rasa? Selesa.”

“Siapa yang untung? Semua!”

(3) Apa lagi boleh buat?

Kita guna ayat yang dulu cikgu tak bagi guna ūüėĬ† Contoh, mula ayat dengan ‚ÄúDAN‚ÄĚ , “DENGAN” atau ‚ÄúTAPI‚ÄĚ:

“Kek yang sedap. DAN menyelerakan!”

“Terbaru dipasaran. DENGAN 100% jaminan

“Keluaran istimewa dan mewah.
TETAPI didatangkan dengan harga yang perpatutan.”

Ini contoh je.. mungkin boleh buat ayat yang lebih hebat dan lebih sesuai.

Tips menulis teknik  Copywriting Warren Buffet

Memang betul.  Dah biasa menulis style tulis buku memang susah.  Jadi apa kata kita tulis macam biasa.  Lepas tu kita edit ikut teknik copywriting bahasa percakapan ni.

Kita pendekkan ayat.  Kita jadikan lebih simple dan santai.

Mudah-mudahan orang yang baca rasa macam dia bercakap dengan kita.  Rasa lebih santai. Dan yang penting, rasa nak beli.

Kan?

Copywriting: Keperluan vs Kehendak

Mari kita sembang tentang copywriting lepas lama tak update blog ni.  Topik copywriting pertama adalah pasal KEPERLUAN vs KEHENDAK.

Mari kita layan..

Benar, kalau nak berniaga kita perlu tahu siapa target market produk/perkhidmatan yang kita pasarkan.  Kita juga perlu tahu apa masalah yang boleh diselesaikan.  Apa sebenarnya keperluan mereka.

Jadi, isi kandungan copywriting selalunya kita akan ‚Äėmenjual‚Äô kepada pengguna yang mereka PERLU kepada produk/perkhidmatan ini.¬† Ia boleh menyelesaikan masalah mereka.

Kemudian kita akan senaraikan sebanyak mungkin ciri-ciri produk/perkhidmatan yang kita pasarkan.  Siap dengan Unique Selling Proposition (USP) sekali.  Kan?

Kita sebenarnya perlu adjust sedikit teknik seperti ini.¬† Teknik ‚Äėmenjual‚Äô KEPERLUAN ada sedikit masalah.

Kenapa?

Mari kita lihat psikologi KEPERLUAN vs KEHENDAK.  Jika kita highlight KEPERLUAN, pengguna akan melihat kepada produk/perkhidmatan yang lebih MURAH!  Tetapi tidak jika kita berjaya jual KEHENDAK, kesan emosi adalah lebih kuat!

Mahu bukti?

Semak balik pesanan barangan yang kita buat di Lazada, Shopee atau yang sewaktu dengannya. Cuba lihat barangan yang kita beli selama ini.  Keperluan atau kehendak?

KEPERLUAN atau KEHENDAK?

Mahu cuci longkang yang berlumut? Kita boleh je beli cecair peluntur dan berus lantai untuk bersihkan longkang.  Ianya lebih murah!  Tetapi kita tetap mahu pilih untuk beli water jet.  Lebih mudah dan bergaya walau harganya lebih mahal.  Betul?

KEPERLUAN vs KEHENDAK nak highlight yang mana?

Beli baju adalah keperluan. Tapi beli baju branded adalah kehendak.  Betul? Setakat beli baju untuk pakai seharian di rumah kita pilih yang murah dan dapat banyak diskaun. Tetapi baju branded walau pun harganya mahal kita tetap beli.  Jadi kita nak menjual yang macam mana? Mari kita mula highlight kehendak!

Trend Media Sosial 2019 – Social Media Stories

Social Stories

Kita lihat pula trend media sosial yang sedang meningkat naik pada masa ini  РSocial Media Stories.  Ciri baru media sosial ini bakal digunakan secara meluas pada tahun 2019.  Nak tahu apa social media stories ni? Pernah guna Snapchat?  Snapchat merupakan aplikasi telefon pintar yang digunakan untuk berkongsi content multimedia seperti video, teks, gambar dan lukisan melalui aplikasi tersebut.

Trend video pendek Snapchat selama 10 saat yang telah dilanjutkan menjadi 60 saat kini telah mula menjadi ikutan aplikasi lain seperti Instagram Stories, Facebook Stories dan WhatsApp Stories.  Pengguna juga telah mula memanafaatkan ciri baru ini pada platform mereka.  Menurut kajian,  perkongsian format baru ini telah berkembang sebanyak 15 kali berbanding kaedah lama iaitu news feed.

Mari kita lihat penggunaan format baru social media stories buat masa ini:

Jadi apa kesan penggunaan Social Media Stories ini?

Penggunaan desktop bagi media sosial akan semakin berkurangan.  Dengan telefon pintar, pengguna boleh berkongsi moment semasa dengan menggunakan kamera.  Mereka boleh berkongsi melalui gambar dan video.  Bilangan news feed dengan teks panjang juga akan turut berkurangan.

Format video bagi dikongsikan pula dalam bentuk portrait.¬† Tidak lagi landscape seperti dulu.¬† Pengguna malas nak tungggang tebalikkan telefon mereka ūüėÄ

Cabaran Media Sosial 2019 – Belajar dari Brand Besar

Apa kita perlu lakukan dengan format baru stories ini pada tahun 2019?  Empat (4) daripada lima (5) perniagaan besar telah mula menggunakan stories ini.  Mari kita lihat apa mereka buat.

(1) The Guardian РMereka dapati content kepada social stories dengan gaya high-level production dan terlalu scripted kurang mendapat perhatian.   Content yang bersifat spontan lebih mendapat sambutan.  Ini adalah berdasarkan pemerhatian mereka terhadap Instagram Stories yang mereka jalankan.

Penyampaian stories melalui younger presenter juga lebih menarik perhatian disamping penggunaan bahasa yang lebih casual.  Hasilnya? The Guardian berjaya menambah bilangan follower dari 860 ribu ke sejuta dalam masa 4 bulan.

(2) WeWork РWeWork menyediakan satu konsep yang bertujuan untuk membina komuniti tersendiri dengan perkongsian ruang kerja.  Ini bermakna kita sebagai entrepreneur atau company startup tidak perlu menyesa ruang bangunan yang lebih mahal.

Instagram Stories mereka memaparkan apa yang sebenarnya berlaku dalam komuniti mereka secara live, daripada suasana bekerja, mesyuarat, pelancaran produk dan sebagainya.  Content mereka adalah berkaitan behind-the-scene yang melibatkan pengguna, pelanggan dan komuniti mereka secara keseluruhan.  Mereka buat orang percaya kepada konsep shared workspaces yang ditawarkan melalui IG Stories ini.

(3) Dunkin’ Donuts – Bisnes besar pertama yang menggunakan¬† Giphy stickers semasa Valentine Day.¬† Mereka galakkan pengguna untuk menggunakan 10 Giphy stickers yang mereka sediakan dalam tempoh tersebut bagi IG stories masing-masing.¬† Hasilnya, ia mendapat jutaan views dan sticker yang paling popular mendapat 6 juta view!

Jadi apa perlu kita lakukan pada 2019?

(1) Experiment РMula buat experiment dengan penggunaan Stories.  Kalau dah 4/5 brand besar dah start guna, kita pun kena lah guna sama!  Apa nak experiment? Start sharing dengan format ini setiap minggu atau setiap hari dalam masa yang berbeza.  Kaji bilakah masa yang sesuai dan mendapat sambutan.

(2) Content РKaji juga content yang dapat perhatian.  Yang pasti buat masa ini, live stories tanpa edit lebih dapat sambutan dari yang dirancang dengan skrip tertentu atau bantuan produksi professional.

(3) Stories Highlight РStories yang biasa akan hilang dalam masa 24 jam.  Kita boleh gunakan feature Highlight ini untuk tempoh stories yang lebih lama.  Sesuai digunakan untuk promosi, kempen pengiklanan dan menggunakan bantuan video produksi professional.

(4) Creative team Рgunakan keseluruhan team yang creative untuk hasilkan stories yang berkualiti dengan gabungan video, teks, storytelling dan sebagainya.  Walaupun teknik spontan lebih mendapat sambutan, ia juga perlu dirancang terlebih dahulu dan  dibuat tanpakelihatan begitu scripted.

(5) Struktur stories Рkita juga perlukan pelbagai experiment untuk ketahui struktur stories yang mana dapat sambutan.  Mungkin tutorial produk, behind-the-scene tentang budaya kerja syarikat, company event dan sebagainya.

(6) Gunkan UTM РUTM parameters (Urchin Tracking Module) boleh digunakan untuk bantu kita trace performance stories kita.  Boleh check blog ni untuk maklumat lanjut.

(7) Gunakan FB Stories sekarang! Awal-awal FB baru buat ni, gunakan sekarang sebagai early adopters.  Boleh juga setting untuk guna IG stories yang sama.

(8) Experiment dengan Agumented Reality (AR) dan custom GIF.¬† Ni kita tiru apa Dunkin’ Donut buat.

 

 

 

 

Trend Media Sosial 2019 – Memulihkan Kepercayaan

Trend Media Sosial 2018

Posting kali ini adalah berdasarkan dari Laporan tahunan Hootsuite  berkenaan trend media sosial 2019.  Ini bertujuan untuk menghadapi cabaran bisnes melalui strategi media sosial pada tahun 2019.

Laporan adalah berdasarkan  kaji selidik dan kajian mendalam terhadap 3,225 pelanggan Hootsuite dan industry analyst seperti Edelman, Gartner dan Forrester. Mari lihat isu-isu krisis kepercayaan terhadap sosial media yang berlaku pada tahun 2018.

Kita akan sentuh trend yang pertama iaitu kepercayaan terhadap media sosial yang agak menurun pada tahun 2018.

Trend #1 – Kepercayaan terhadap Media Sosial

Menurut kajian Edelman, 60% pengguna tidak lagi mempercayai company yang menyediakan platform media sosial.  Ponemon Institute, badan kaji selidik bebas media sosial pula menyatakan 66% kepercayaan terhadap Facebook telah menurun.

(1) Skandal Cambridge Analytica РKeadaan ini berlaku akibat dari skandal Cambride Analytica dan Congressional Hearing yang berlangsung terhadap Facebook.  Skandal ini memperlihatkan bagaimana data-data Facebook digunakan bagi tujuan politik bagi mempengaruhi keputusan pilihanraya di UK dan US.

(2) Fake Account –¬†Twitter juga berdepan dengan isu percambahan bot dan akaun palsu di platform media sosial mereka.¬† Mereka telah menghapuskan lebih dari 10 juta akaun palsu.

(3) Kepercayaan Terhadap Social Media Influencers –¬†Kepercayaan terhadap media dan selibriti influencers¬†juga menurun – akibat apa yang dianggap sebagai age of social skepticism.¬† Mengapa? Mereka dianggap mempunyai banyak followers palsu atau pun dibeli melalui perkhidmatan tersentu.¬†¬†

Trend Media Sosial 2019 #1  РMemulihkan Kembali Kepercayaan Terhadap Media Sosial

Jadi apa boleh kita buat bagi menghadapai trend media sosial yang melibatkan krisis kepercayaan ini? Kita boleh belajar dari apa perniagaan yang berjaya diluar sana.  Jika sebelum ini mereka mementingkan reach, kini mereka lebih tertumpu membina engagement yang lebih berkualiti.

Perniagaan besar seperti Adidas dan The New York Times membina komuniti yang lebih kecil tetapi mempunyai hubungan yang lebih rapat dan mempunyai nilai tinggi.   Mereka membina komuniti dan berkongsi content dan kajian yang bersifat insightul.

Sebagai taktik lain, sebagai tambahan dari social media influencers, mereka juga menggunakan tenaga pakar dalaman  sebagai employee advocates.

Kunci utama? Pengguna media sosial lebih mengambil berat kepada siapa mereka berinteraksi dan apa yang mereka kongsikan.  Kalau sebelum ini content adalah penting, marketer hari ini juga mementingkan  context terhadap content yang akan disajikan.

Apa kita boleh belajar terhadap Trend Media Sosial amalan bisnes besar?

(1) When Condé Nast Traveler, penyedia laman web Woman Who Travel bagi niche golongan wanita yang suka travel ke seluruh dunia.  Mereka membina Facebook Group bagi menyediakan platform pelanggan mereka untuk  berinteraksi  di antara satu sama lain.  Hasilnya, menarik lebih 56,000 members dengan 75% aktif setiap hari.  Selanjutnya mereka berkembang kepada lebih 7 publication bagi lebih fokus kepada niche masing-masing.

(2) Adidas sebelum ini menggunakan athlet terkenal bagi membina yang reach yang tinggi.  Bagaimanapun, kini mereka menggunakan approach yang lebih bersifat grassroots.  Tango Squad Program kini melantik athlet muda yang lebih memberi impak kepada niche setempat dan komuiti mereka.  Hasilnya, mereka yang dipanggil micro-influencers ini lebih mendapat kepercayaan dan engagement yang lebih tinggi.

(3) The British Museum mempunyai inisiatif  yang mengalakkan kakitangan mereka untuk  sama-sama aktif dalam media sosial.  Facebook Live digunakan untuk mereka berkongsi koleksi bersejarah musium.  Hasilnya, ia mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari seluruh dunia.

Cadangan Trend Media Sosial 2019 #1 Memulihkan Kepercayaan oleh Hootsuite

Sebagai permulaan, Hootsuite mencadangan perkara-perkata berikut:

(1) Membina branded hashtag sejajar dengan nilai komuniti –¬†Bagi mengalakkan conversation sekitar brand, bina hashtag¬† yang mudah diingat sejajar dengan nilai komuniti yang kita mahukan.¬† Contoh,¬†Herschel Supply Co. menggunakan hashtag #welltravelled untuk komuniti yang cintakan travel ke seluruh dunia.¬† Mereka galakkan pengguna produk berkongsi gambar mereka mengembara dengan produk Herschel.

Hashtag ini tidak semata-mata sebagai product offerings tetapi perkongsian sekitar brand yang mereka gunakan.

(2) Participate dalam Twitter Chats –¬†Twitter chats adalah diskusi awam tentang spesifik hashtag di platform ini.¬† Ia selalunya digunakan untuk membina komuniti melalui diskusi, bertukar pandangan dan perkongsian terhadap interest tertentu.

Ia perlu dilakukan pada waktu dan topik yang spesifik serta dijaga atau diketuai oleh moderator yang dilantik.  Hootsuite umpamanya menganjurkan Twitter Chats secara bulanan yang berkaitan dengan social media marketing and strategy.

(3) Bina Facebook Group –¬†Selain daripada Facebook Page, kita perlu bina Facebook Group bagi membina komuniti tersendiri.¬† Facebook group ini bersifat complementary kepada Kepada Facebook page kita.¬† Facebook page penting untuk memaparkan informasi secara generic, dan Facebook group lebih bersifat niche dalam bidang yang berkaitan.

Kunci utama, membangunkan platform untuk pengguna berkongsi dan berinteraksi satu sama lain.  Moderator diperlukan bagi menjaga keharmonian diskusi.  Elakkan hard sell dalam facebook group dan beri informasi dengan tujuan group ditubuhkan secara jelas.

Next, untuk  lebih pro..

(1) Libatkan micro-influencers dalam strategi media sosial –¬†Kita perlu libatkan mirco-incluencer untuk dapatkan reach dan engagement yang lebih berkualiti.¬† Mirco-influencer ini juga lebihdipercayai dan affordable kepada bisnes.

(2) Bina secret Facebook group –¬†Secret Facebook group adalah invisible.¬† Tak jumpa kalau kita search.¬† Apa tujuan? Untuk ianya kelihatan lebih exclusive kepada members!¬† Ia juga boleh digunakan bagi tujuan promosi spesial kepada ahli group sahaja.

(3) Jalankan Q&A secara live dengan Facebook Live secara bulanan –¬†Bagi mendapatkan kepercayaan lebih tinggi, kita perlu berkomunikasi secara kerap kepada pelanggan.¬† Pelanggan akan lebih rasa mereka bercakap secara terus kepada manusia.¬† Bukan admin mahupun bot.¬† Gunakan Facebook Live tanpa perlu kos tambahan seperti webminar.

(4) Aktifkan kakitangan syarikat sebagai agen advokasi –¬†Kita boleh gunakan kepakaran sedia ada dari kakitangan bisnes.¬† Dari yang ahli, hinggalah pemimpin syarikat seperti CEO.¬† Kita perlu pastikan kakitangan bisnes untuk berkongsi content yang berkaitan dengan brand kita.

Iklan Facebook #3 – Kaji Prospek di Forum

prospect research

Salah satu cara untuk kaji prospek adalah melalui forum.  Kenapa forum? Ianya tempat orang berkumpul.  Di mana orang berkumpul di situ wang terkumpul!

Masalah utama forum pada masa ni, dah banyak forum tak aktif.¬† Tapi tak apa, kita still boleh kaji masalah orang ramai dalam industri.¬† Masalah boleh dikatakan masih sama.¬† ¬†Sebagai alternatif, pi join Facbook group yang berkaitan. Kira forum jugaklah kan tu…

Macam mana nak kaji?

Senang je. Ni caranya:

(1)¬† Kita guna Google search.¬† Keword yang dugunakan “masalah/produk/niche forum”.¬† Contoh kalau kita dalam industri yang berkaitan dengan kesihatan, kita boleh google “kesihatan forum”.¬† Bagi spesifik untuk Malaysia, kita boleh search”kesihatan forum malaysia”.¬† Nak lagi spesifik? Mari kita search “sakit tengkuk forum malaysia”

(2) Lihat forum yang kita jumpa, kita boleh sort by relpy dan views.  Lagi banyak-lagi bagus.  Ini bermakna niche yang kita pilih banyak permintaan.

(3) Kumpul dan dokumen semua masalah yang ada ke dalam spreadsheet atau apa juga bentuk dokumen.

Contoh – “Sakit Pinggang”

Saya nak jual krim The Human Mechanic (THM) di mana salah satu masalah diselesaikan adalah sakit pinggang.¬† Mari kita tengok ada tak “sakit pinggang forum”. OK ada!

Apa kita nak tengok dan kaji?

  • Senaraikan masalah sakit pinggang ni.¬† Senaraikan juga apa rungutan atau cerita mereka.¬† Cuba bayangkan iklan kita ni menjawab apa yang mereka rungutkan.¬† Tengok ayat-ayat rungutan mereka. Boleh dijadikan idea untuk copywriting nanti..
  • Kaji jantina siapa yang pos dalam forum ni.¬† Terutamanya jantina mereka.¬† Kita tahu masalah sakit pinggang ni tak tentu jantina.¬† Tapi bila kita tengok dalam forum ni banyak lelaki contohnya, kita boleh mulakan iklan untuk sasarkan lelaki dahulu!
  • Senaraikan tips-tips pengguna forum berikan.¬† Boleh gunakan untuk buat artikel bagi tujuan SEO (ni topik lain – pengiklanan guna Google pulak)

Contoh Masalah: “Sakit pinggang”

URL: https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=644976

Walau reply tak banyak, dia ada 13,198 views.  Besar kemungkinan view datang dari orang yang mempunyai masalah lebih kurang sama.  Mereka mungkin datang selepas lakukan carian dari Google.

Kalau tengok jantina pula, agak seimbang dari lelaki dan perempuan.  Cari lagi di beberapa forum.  Boleh juga kita sasarkan keduanya jika lebih kurang sama banyak.

Cuba scroll ke bawah.  Kita tengok ayat-ayat yang boleh dijadikan iklan nanti:

“jd bila duduk atau berjalan pon masih terasa sakit.”

“sedikit sebanyak kaco jugak tumpuan kerja”

“paling teruk aku kne sampai nak bgun pon kne merangkak..”

“duduk sakit, nk kne bersandar aje…..baring pun serbe tak kene……”

Artikel atau tips yang kita boleh masukkan ke dalam blog sebagai strategi tambahan:

“ubat aku klu sakit je blakang aku tido kat simen.. or carpet. somthing yg keras lah.”

“klau ikut nasihat org tua better tido kt atas papan.”

“cuba bersenam….regang-regangkan badan…mungkin darah tak jalan elok kt kawasan tue. and ..minum air banyak”

“maybe sebab salah tidur kot.. tapi pape pn jangan g berurut dulu sebelum consult ngan doc”

Nota: Boleh dijadikan ayat iklan juga: “Dah try macam-macam petua.. baring atas simen la..papan la, tapi tak juga kurang sakit!”

Apa lagi boleh kita nampak dalam posting kat forum ni pasal sakit belakang? Pesaing ūüôā

 

Iklan Facebook #2 – Kaji Prospek

Kajian Prospek

Kita mesti kaji prospek kepada produk dan perkhidmatan yang mahu ditawarkan.  Jangan tengok ada produk laku, kita follow.  Jangan kita rasa produk bagus, kita terus buat tanpa fikir siapa yang mahu beli produk dan perkhidmatan.

Kalau dah lama bisnes juga sama, kita kena buat kajian prospek dari semasa ke semasa.  Kaji perubahan pasaran. Kaji perubahan trend.

Apa yang mahu kita kaji tentang prospek?

Kajian perlu dilakukan untuk siapa bakal pelanggan:

  • Siapa mereka?
  • Umur?
  • Mereka di mana?
  • Jantina: Lelaki / Perempuan?
  • Pekerjaan: Apa dan di mana?

Apa perlu kita tahu?

Produk dan perkhidmatan yang baik adalah yang menyelesaikan masalah.  Lagi besar masalah, lagi besar pasaran.   Contoh, masalah jeragat, sakit lutut, masalah kewangan dan sebagainya.

Begitu juga dengan apa yang prospek mahu atau impikan.  Contoh, tak ada ada masalah pun, tapi prospek mahu melancong tempat-tempat yang menarik.  Kita penuhi impian mereka dengan pakej perlancongan!

Jadi secara umumnya, kita perlu tahu:

  • Apa masalah yang mereka mahu selesaikan?
  • Apa yang mereka inginkan?

Macam mana nak buat kajian?

Kita boleh lakukan kajian secara online, cari di mana prospek berkumpul:

  • ¬†Forum-forum di Internet;
  • Laman web ecommerce seperti Amazon dan Lazada; dan
  • Blog-blog di Internet (pastikan bukan blog promote produk)
  • Carian di search engine
  • Guna google keyword planner)

Hasil kaji prospek macam mana?

Bina dua (2) watak (atau avatar) bakal pelanggan selengkapnya dan gunakan maklumat yang kita dapat dari apa yang kita kaji sebelum ini.

Maklumat ini juga akan digunakan untuk membuat targetting iklan fbads kita nanti.

 

 

Nak Tahu Tentang Google SEO?

Google SEO

Pernah dengar tak pasal Google SEO ni? Kalau orang bisnes yang banyak memanafaatkan dunia online ni memang biasa guna kaedah ni sebagai salah satu cara pemasaran.

Apa itu SEO?

SEO ni atau perkataan penuhnya Search Engine Optimization, guna dia untuk naikkan rating website kita supaya berada dalam page terawal result carian di Google.  Bukan Google sahaja, teknik yang sama pun kita boleh gunakan untuk enjin carin (search engine) lain macam Yahoo, Bing, MSN dan lain-lain lagi.

Kalau kita guna Google ni, berapa ramai yang browse sampai page ke 5 atau seterusnya? Orang selalu tekan page 1, page 2, page 3 lepas tu malas dah.  Berpinar bijik mata kut.

Result carian di page pertama Google

Kan ke best kalau ada kat page pertama result Google ni kan? Contohnya, kalau kita nak cari maklumat “Business Model Canvas” dalam bahasa melayu, kita akan buka Google dan search “bmc melayu”.¬† Betul tak?

Meh try buka Google dah search “bmc melayu” apa akan jadi…

Google SEO

Kita tengok resultnya.  Klik untuk gambar yang lebih jelas ya..

Nampak tak? posting blog saya pasal BMC ni ada dalam page pertama.  Kedudukan pula  ada kat tempat kedua dan ketiga.  Best ke best?  Kena usaha lebih lagi ni untuk naik atas sekali.

Perhatikan betul-betul. Ada lebih 500,000 result carian.  Secara default, Google akan paparkan 10 hasil carian dalam satu muka.  Kalau website kita ada pada kedudukan ke 90, kat muka 9 lah kut dia keluar.  Kalu 1000?

Cuba search “mari belajar linux” apa keluar? ūüôā

Alhamdulillah.  Berada kat atas sekali walau pun artikel ni ditulis pada tahun 2014.  Ni la contohnya kegunaan Google SEO ni.  Nak tak?

Facebook Ads vs Google SEO

Dah ada page bisnes ni Facebook, dan dah buat FBAds.  Kena buat tak Google SEO ni?  Kena ada lah!  Lagi-lagi kalau ada website atau blog untuk tujuan bisnes.

Pernah dengar tentang interruption vs permission marketing?  Ini la faktor pembeza kalau kedua-dua kaedah marketing guna Facebook Ads vs Google SEO ni.  Jangan salah faham, kedua-duanya penting dan ada kelebihan tersendiri.

  • Interruption Marketing ni bahasa mudah, kacau orang untuk tarik perhatian.¬† Tengah tengok scene suspense Avenger kat TV tiba-tiba keluar iklan.¬† Tengah baca orang membawang kat Facebook, keluar iklan produk ada label sponsored untuk memutihkan dan mencunkan diri dalam masa 3 hari!¬† Teringin pulak nak cuba try test.¬† Betul tak?
  • Permission marketing guna Google SEO ni lain pulak.¬† Search kat Google memang nak cari “produk putihkan ketiak”, keluar result dengan rela hatinya dia klik website tu.¬† ¬†Website pula ada offer ebook tips-tips untuk putihkan ketiak, dengan rela hati kali kedua masukkan email address kita dalam tu.¬† So jangan marah kalau seller online ni email kita lepas tu kan.¬† Sebab kita rela hati bagi.¬† Macam tu lah lebih kurang…

Macamana nak buat SEO ni?

Ok, ini lah kegunaan SEO secara ringkas.  Nanti kita sambung posting macam mana nak apply teknik SEO ni.  Ada dua faktor kita kena layan pasal SEO ni.  Satu aspek teknikal, dan yang paling penting adalah good content.   Sehingga bertemu lagi dalam posting SEO akan datang.

Dapat manafaat dari posting ni? Sila share kat kawan-kawan.

Iklan Facebook #1 – Lima Langkah Mudah FBAds

iklan fbads

Iklan Facebook atau Facebook Advertising (FbAds) merupakan salah satu kaedah pengiklanan yang berkesan.  Kenapa berkesan?  Lebih 20 juta pengguna aktif Facebook adalah di Malaysia.  Kita boleh reach pasaran 20 juta ni dihujung jari sahaja.   Itu belum lagi jika kita mahu pilih pasaran global yang lebih luas.

Dalam posting tentang BMC, salah satu Key Channel yang boleh kita gunakan adalah media sosial terutamanya Facebook.

Sasaran Pelanggan

Pengiklanan dengan Facebook juga membolehkan kita sasarkan pelanggan yang kita mahu.  Sasaran juga adalah lebih spesifik seperti umur dan jantina pelanggan yang kita mahu.

Contoh, kita boleh sasarkan pelanggan wanita sahaja kalu kita jual pakaian wanita.  Berbanding jika kita buat iklan di akhbar, ini sukar dilakukan.  Kita tak tahu dengan spesifik sapa yang membaca.

Kos Iklan

Kos pengiklanan lebih minimum dengan Facebook.  Berbanding dengan iklan di media seperti TV dan akhbar, kos pengiklanan adalah lebih mahal.  Lagi-lagi jika kita baru mula belajar berniaga.  Kos pengiklanan yang minimum penting untuk bertahan lebih lama!

Iklan Facebook

OK kita perlu manafaatkan sosial media ini untuk bisnes kita.  Mari kita belajar iklandalam Facebook ni  (Facebook Advertising ) dengan lima (5) langkah mudah:

Lima Langkah Mudah Iklan FBAds

(1) Buat kajian siapakah PROSPEK atau bakal pembeli produk atau perkidmatan kita РCari siapa mereka, demografik (umur, jantina etc.), apa masalah atau apa mereka mahu.  Apa kita nak selesaikan masalah atau tunai kemahuan mereka;

(2) Buat kajian siapa PESAING dan apa yang mereka buat Рapa mereka buat, apa mereka tawarkan, apa kelebihan dan kekurangan.  Tujuan Рapa beza kita dengan mereka.  Apa buat prospek pilih kita berbanding pesaing;

(3) Buat IKLAN berdasarkan (1) dan (2) РMacamana kita nak buat kempen iklan dan iklan bagai mana yang bagus dan berkesan;

(4) Pantau iklan FBAds yang kita buat dan OPTIMUM kan iklan. Macamana nak jadikan iklan jadi lebih bagus, dalam masa yang sama kurangkan kos iklan; dan

(5) GANDA kan iklan bagi skala (scale) yang lebih besar – tingkatkan kos pengiklanan untuk keuntungan lebih besar. Contoh, RM 10 dapat 100 kita mungkin boleh dapat RM 1000 jika modal iklan adalah RM 100.

Lepas ni kita belajar setiap satu langkah iklan fbads ni…