Model AIDA usahawan wajib tahu & faham

Model AIDA

Model AIDA ni menarik. Pernah dengar tak? Ia merupakan model yang bertujuan untuk memahami kelakuan pengguna dalam mencari dan memilih sesuatu produk atau perkhidmatan.  Model konsepsual ini lebih kurang sama je tujuan dengan model-model lain macam Sales funnel, Marketing funnel, Customer journey, Hierarchy-of-Effects Model, Innovation adoption model dan Information Processing Model.

Sebagai usahawan, kita wajib faham setiap kelakuan pengguna atau pelanggan ni.   Kita kena faham apa keseluruhan proses yang difikirkan atau dilakukan pengguna sebelum membeli sesuatu produk/perkhidmatan.  Teori disebalik model-model ni, pelanggan ada beberapa langkah  atau fasa sebelum buat final call untuk membeli sesuatu.

Bila dah faham, kita bantu mereka pada setiap fasa yang terlibat supaya mereka beli produk/perkhidmatan kita.  Kita boleh letakkan diri kita sebagai pelanggan, kaji dan analisa setiap fasa pengguna ini dah seterusnya kemas kini atau improve proses bisnes yang berkaitan.

Apa itu AIDA?

OK mari kita tengok model AIDA ni.  AIDA ni sebenarnya terdiri daripada ATTENTION, INTEREST, DESIRE & ACTION.

Mari kita translate direct je dulu:

  • Attention – perhatian
  • Interest – minat
  • Desire – keinginan
  • Action – tindakan

Sekarang kita tengok satu persatu kelakuan pengguna melalui model AIDA ni.  Mula dari bagaimana mereka tertarik perhatian terhadap sesuatu produk dan seterusnya buat belian.

Attention

Kita lihat fasa attention atau perhatian, fasa pertama kelakuan pengguna ni.  Dalam fasa ini, pengguna biasanya akan tertarik perhatian mereka terhadap sesuatu produk yang ditawarkan.  Kesedaran (atau ‘awareness’) terhadap sesuatu produk akan terbina.

Eh pelik pulak bunyi dia macam translate direct.  Cuba reword:

“Masa ni pelanggan mula sedar tentang kewujudan sesuatu produk/perkhidmatan”

Boleh la kan.  Mari kita sambung..

Masa ni jugak mereka mula tahu serba sedikit seperti ciri-ciri, faedah dan kepentingan produk.  Mereka juga mula tahu tentang jenama atau brand yang terlibat.  Mereka dah cari maklumat tambahan tentang produk.

Mereka mungkin tertarik perhatian melalui iklan TV dan surat khabar,  ternampak billboard tepi jalan,  word of mouth, kawan pos di Facebook & Instagram dan sebagainya.

Interest

Model AIDA seterusnya adalah merujuk kepada INTEREST.    Pada masa ni, pengguna bukan sahaja ada maklumat dan pengetahuan terhadap produk, tetapi telah mengambil sikap tertentu (‘develop attitude‘) dan  menunjukkan MINAT terhadap produk.  Fasa ini, mereka juga dah ada informasi tentang beberapa pilihan yang ada.

Desire

Next, adalah DESIRE iaitu KEINGINAN.  Sebelum ni minat je.  Tapi kali ni dah teringin pulak.   Dah boleh imagine mereka dah dapatkan dan guna produk tersebut.  Hati dah berbunga-bunga nak beli.  Tak sabar dah ni!

Action

Ha yang ni last.  ACTION atau TINDAKAN.  Masa ni lah pengguna akan terus buat tindakan.  Pegi ke kedai dan beli.  Pergi buka Shopee atau Lazada dan buat pembelian.  Atau hubungi penjual untuk proses nego dan beli.  Dah klik link wasap. Dah belii.

Apa kita nak buat dengan AIDA ni?

Macam yang kita dah sentuh serba sedikit tadi, kita boleh gunakan model AIDA ni untuk bantu pengguna tahu tentang produk/perkhidmatan kita ni.    Kita tarik perhatian mereka tentang produk kita.  Kemudian kita kenalah buat mereka minat dan teringin nak memiliki apa yang kita tawarkan.  Lepas tu bantu mereka buat tindakan dan beli!

Kita juga boleh buat analisis tentang keseluruhan perjalan bisnes kita yang bersangkutan dengan behavior pengguna ni.  Kita lihat keseluruhan proses, adakan mana yang tiada.  Juga boleh kemas kini atau update agar dapat bantu pengguna dalam setiap fasa.

Nak buat iklan? Juga boleh gunakan model AIDA sebagai teknik copywriting.  Tarik perhatian dengan headline yang menarik, berikan maklumat secukupnya untuk develop interest pengguna.  Berikan benefit produk dan highlight kelebihan berbanding produk yang lain untuk naikkan keinginan.  Lepas tu suruh mereka beli atau hubungi kita dengan berikan link wasap untuk close sale.  Script close sale kita juga boleh gunakan teknik yang sama.  Jgn lupa letakkan scarcity seperti unit & tawaran dengan tempoh terhad!

OK nanti kita sambung lagi tentang AIDA ni ya.  Semoga bertemu lagi dalam posting yang lain dan selamat maju jaya!

Sales Funnel – Ilmu Bisnes Yang Wajib Kita Tahu

Sales funnel atau corong jualan merupakan satu kaedah sales & marketing yang sangat berkesan. Apa juga produk atau perkhidmatan yang mahu kita jual, kita wajib ketahui kaedah ini. Ia merupakan kaedah yang paling sistematik untuk memasarkan produk kepada pelanggan dan membuat jualan. Kaedah ini akan membolehkan kita memperkenalkan produk, membina kepercayaan, menjalin hubungan dan menarik minat prospek sebelum jualan dapat dilakukan.

Lihat dalam jualan produk atau perkhidmatan dari brand terkemuka sama ada offline atau pun online. Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya sering nampak dan terlibat sama dengan kaedah ini seharian. Jadi apa itu sales funnel? Bagaimana ianya boleh berhasil untuk membuat jualan? Dan bagaimana kita boleh gunakan kaedah yang sama dengan bisnes kita?

Teruskan membaca…

Apa itu Sales Funnel?

Sebelum tu, sila bayangkan corong untuk isi minyak ke dalam botol. Ada banyak jenis. Ada banyak rupa. Tapi yang kat bawah ni lebih dekat dengan konsep corong jualan yang nak kita discuss:

sales funnel

Nampak tak mulut corong minyak ni besar kemudian semakin kecil di bahagian bawah? Konsepnya agak serupa. Mulut corong besar untuk lebih mudah kita tuang minyak agar tak tumpah. Kemudian di bawah kecil supaya senang nak masuk dalam mulut botol.

Pada asasnya, kita boleh bayangkan bukaan corong yang besar bertujuan untuk kita dapatkan seberapa ramai manusia untuk mereka tahu kewujudan kita. Masa ini kita war-warkan kewujudan kita untuk orang tahu tentang kita dan apa yang mahu kita jual. Kita buat mereka kenal terlebih dulu. Kita capture seberapa banyak leads. Kita cari seberapa ramai prospek.

Kemudian kita tapis sedikit demi sedikit khas untuk prospek yang menunjukkan minat dan mula bertanya. Kita bina engagement dan suntik kepercayaan dalam masa yang sama.

Bila mereka dah yakin dengan kita dan apa produk yang dipasarkan, barulah mereka bersedia untuk membeli. Analoginya, di corong bawah sekali adalah prospek yang sudah berjaya kita yakinkan tentang produk kita dan telah membeli. Mereka kini kita tukar dari prospek dan jadi customer kita.

Strategi Sales & Marketing

Dari bukaan mulut corong hingga prospek jadi customer dan membeli, kita sebenarnya menggunakan beberapa siri strategi pemasaran pada setiap peringkat. Mari tengok contoh mudah yang kita boleh apply pada bisnes. Strategi marketing untuk memberitahu kewijudan kita, strategi untuk menukar mereka jadi prospek, kemudian strategi untuk buat engagement. Buat mereka percaya dan buat mereka yakin untuk membeli.

Sales Funnel Kedai Makan & Restoran

Katakanlah kita buka warung kedai makan di tepi jalan. Lokasi strategik. Jadi target market adalah penduduk kawasan setempat dan orang yang lalu lalang depan warung. Kita dah buat model bisnes dengan BMC dan dah ada business plan. Sekarang kita nak buat marketing untuk suruh orang datang kedai kita.

So kita gunakan sales funnel untuk tujuan ini. Mari kita tengok satu persatu bagaimana sales funnel marketing ni boleh membantu:

(1) Beri tahu kewujudan kita

Langkah pertama, kita nak bagi tau kewujudan kedai makan. Apa nak buat? Mungkin kita naikkan sign board yang besar pada kedai makan. Lagi apa? Pasang lampu star wars warna warni pada tepi jalan. Kemudian kita pasang banner 500 meter dari kedai makan. Pasang pada kedua-dua arah di tepi kanan dan kiri jalan. Apa lagi boleh dibuat? Kita buat fliers/brochures, letak di kenderaan yang parking di masjid berhampiran pada hari jumaat.

(2) Buat orang kenal dan bina engagement

Kemudian macam mana nak buat engagement? Buat mereka berkomunikasi dengan kita? Mungkin kita boleh kenal-kenal dengan orang kuat di kawasan tersebut. Mula join program-program di situ. Sambung proses berkenalan.

(3) Bina Kepercayaan

Sekarang kita perlu buat mereka percaya. Kita boleh buat kenduri pembukaan. Dah nama kenduri tentulah kena sediakan makanan percuma. Ini juga marketing. Buat kenduri ringkas dan makan percuma dari jam 11 pagi – 3 petang. Masa inilah kita buktikan yang makanan kita ni sedap dan menyelerakan. Presentation makanan perlu dititk beratkan. Apa lagi faktor lain? Kebersihan kedai makan dan layanan kepada prospek perlu tip-top. Ini juga adalah masa yang baik untuk kita bina engagement! Borak-borak berkenalan, tanya apa nama, dari makan…

(4) Sambung capture seberapa banyak leads

Jangan lupa juga sediakan bisnes card untuk mereka bawa pulang. Sediakan juga apa jenis kaedah untuk kumpul data prospek yang datang kedai makan semasa kenduri. Paling mudah, sediakan buku untuk mereka tulis contact number mereka. Proses ini perlu berterusan untuk kita kumpul seberapa banyak pelanggan. Bukan waktu kenduri sahaja.

(5) Tukar prospek jadi customer

Sekarang mereka dan rasa makanan kedai kita yang sedap itu. Bila mereka dan rasa, barulah mereka yakin yang kedai makan kita ni worth it untuk mereka datang lagi. Harga pula berpatutan dengan kualiti makanan yang kita sediakan. Kedai pula selesa dan bersih. Moga-moga mereka akan terus datang dan menikmati makanan yang kita sediakan dan seterusnya jadi pelanggan tetap.

Penutup

Nampak tak keseluruhan proses bagaimana sales funnel ini bekerja? Ada antara kaedah ni kami buat masa buka bisnes Cendawan Goreng Terlolap Mato. Tak perasan pun sebenarnya masa tu dah guna kaedah sales funnel ni. Sebelum tu jangan lupa like fb page ni dan follow. Boleh try sekali rasa sedapnya cendawan goreng tepung antara terbaik di Malaysia ni. Menu kat sini juga boleh tahan sedapnya.. Boleh cuba masak lemak cili padi, asam pedas, kari kepala ikan, dan cendol durian musim sepanjang tahun ni. Perghhh..

Langkah-langkah buat corong jualan ini sebetulnya subjektif. Ada banyak jenis sales funnel di luar sana. Tak ada betul dan salah. Yang penting kita sama-sama dapat idea macam mana nak gunakan kaedah corong jualan ini. Langkah yang sama juga kita boleh manafaatkan pada dunia online. Kita boleh gunakan blog, facebook dan email sebagai kaedah pemasaran dengan sales funnel ni. Nanti kita sama-sama sambung belajar pasal idea sales & marketing ni. Selamat maju jaya!