Pasang Google Analytics WordPress

Google Analytics

Kali ni kita akan pasang Google Analytics WordPress. Pasang Google Analytics plugin pada WordPress untuk kita tahu berapa ramai sebenarnya yang melawat website kita ni. Mari follow step by step installation instruction:

(1) Buka Dashboard WordPress

Seperti biasa, buka dashboard WordPress yang kita pasang dan login sebagai “admin”:

(2) Pasang Plugin Google Analytics WordPress

Kemudian kita nak pasang plugin. Boleh pergi ke menu “Plugins -> Add New”:

Ada banyak plugin yang boleh kita gunakan untuk tujuan ni. Search je “google analytics” di ruangan search tu.

Google Analytics WordPress

Ada banyak plugin yang keluar dan boleh kita gunakan. Tapi scroll ke bawah untuk kita guna yang paling mudah iaitu “Goolytics – Simple Google Analytics” tu . Tekan butang “Install Now” tu untuk pasang plugin ni.

Lepas tu jangan lupa activate plugin ni. Tekan butang “Activate” tu:

Kalau dah install & activate, kita boleh check di menu “Plugins -> Installed Plugins”. Sure ada dah kat situ:

Klik “Settings” tu untuk kita configure.

(3) Check Tracking ID Google Analytics

Ingat lagi kita daftar akaun Google Analytics aritu? Ambil Tracking ID dia tu..

(4) Masukkan Tracking ID Google Analytics

Copy Tracking ID tu dalam settings dia ni:

Kemudian jangan lupa klik “Save Changes” untuk completekan konfigurasi Plugin WordPress ni.

(5) Siap!

OK tu je step by step instruction macam mana nak pasang Google Analytics di WordPress ni. Bolehlah kita test buka dashboard Google Analytics dan cuba access website kita. Ada nampak tak?

Daftar Google Analytics

Google Analytics

Mari kita daftar Google Analytics hari ni untuk monitor ramai tak browse website atau blog kita ni. Sebelum tu kalau belum tau apa tu Google Analytics sila jenguk posting ni >> Mari Berkenalan dengan Google Analytics. Pastikan juga kita dah ada akaun Google atau Gmail.

Buka link Google Analytics

Mula-mula kita macam biasa kena la buka link dia sebelum daftar Google Analytics ni. Link dia kat https://analytics.google.com. Tak pun boleh je google dan klik result dia.

Gunakan akaun Google sedia ada untuk daftar Google Analytics

Bila kita buka link, sistem akan redirect untuk kita daftar dengan akaun Google sedia ada. Pilih akaun mana yang hendak kita gunakan bagi Google Analytics ini. Pilih “Use another account” jika kita nak guna akaun lain.

Masukkan username dan password bagi akaun Gmail yang nak kita daftarkan:

Welcome to Google Analytics

Sekarang kita dah masuk bahagian Google Analytics. Untuk teruskan daftar, klik “Setup for free”.

Setup account

Lepas itu kita akan terus setup akaun. Masukkan nama akaun yang nak kita gunakan. Biasanya kita boleh masukkan laman web kita sebagai akaun untuk memudahkan kita memantau jika ada beberapa website. Contoh di sini kita gunakan “terlolapmato.com”:

Teruskan scroll ke bawah dah tick semua option yang ada. Kemudian klik butang “Next”. Senang kan ūüėÄ

Pilih apa yang nak kita monitor dengan Google Analytics. Dalam kes ni kita nak pantau website kita:

Scroll lagi ke bawah dan tekan button “Next“:

Isikan tempat kosong

Isikan semua tempat kosong pada borang yang disediakan. Masukkan:

  • Nama website
  • URL yang nak dipantau
  • Kategori industri
  • Timezone

Contoh:

Kemudian tekan butang “Create” di atas.

I Accept

Klik options yang ada dan klik butang “I Accept

Sekarang dah siaplah kita daftar Google Analytics. Mesej macam ni akan dipaparkan:

Tracking ID ni kita simpan untuk kita guna pada website kita nanti. Dalam akaun ni, tracking ID ialah UA-152080910-1. Gunakan apa yang kita dapat. Bukan guna yang ni ya. Macam mana nak guna kat website kita?

Kita boleh gunakan plugin WordPress yang berkaitan atau masukkan script Global Site Tag tu ke dalam kod website. Nanti kita bincang lagi dalam posting lain. Selamat mencuba!

Mari berkenalan dengan Google Analytics

Google Analytics

Hari ini kita  berkenalan dengan Google Analytics.  Salah satu tool percuma yang disediakan oleh Google.  Dah free kan, apa lagi kita manafaatkan sepenuhnya.

Apa itu Google Analytics?

Satu tool disediakan oleh Google untuk kita lihat prestasi atau performance website atau mobile application kita.  Secara mudahnya bila kita ada website, kita nak tengok berapa ramai visitor dan apa content yang mereka baca.

Itu je boleh buat?

Tak. Tool yang boleh kita integrate dengan tool lain macam Google Ads dan Google Search Console ni, boleh bantu kita untuk buat analisis lebih mendalam.  Mari kita tengok apa yang Google Analytics ni boleh buat secara ringkas:

(1) Overview keseluruhan performance website

Kita akan nampak berapa ramai visitor website kita dalam tempoh tertentu.¬† Secara default, dalam tempoh 7 hari.¬† Contoh di bawah ni kita tukar ke 90 hari biar nampak macam ramai yang browse website ni ūüėÄ

Nampak tak “Last 90 days” kat bawah tu.¬† Boleh tukar untuk tempoh yang kita suka.

Apa kita boleh baca di sini:

(a) Users Рberapa ramai visitor.  Ada lebih kurang 4500 visitor dalam masa 90 hari.  Tak ramai nampaknya kan.  Kena usaha lebih lagi dan lebih consistent untuk buat posting.

(b) Sessions – berapa session orang browse content website. Kat sini ada lebih kurang 6300 kali browse website atau baca posting/page dari 4500 orang ni.

(c) Bounce Rate Рberapa peratus orang pi browse website lain lepas masuk laman website kita yang pertama.  Contoh, orang bukak main page, lepas tu dia pi la website lain.  Atau orang bukak link yang kita share di Facebook, lepas tu dia terus pi bukak website lain.  Kat sini lebih 68 % visitor pi tempat lain.

Apa nak buat? Mungkin boring nak baca.  Kena usaha lebih lagi.  Perbaiki skill penulisan atau buat website lagi menarik hehe.

(d) Session Duration.  Berapa lama visitor duk layan per-session secara purata.  Blog ni paling lama orang baca secara average dalam 90 hari adalah 3 minit 32 saat sahaja.  Baca lebih masa sure menguap agaknya.  Kena perbanyakkan content yang lebih bagus dan menarik!

(2) Maklumat visitor semasa & insights

Tool ini juga akan paparkan visitor semasa secara realtime.  Nampaknya hanya ada 1 visitor pada masa ini. Kita juga akan nampak posting apa yang sedang dibaca.

Ia juga memaparkan insights atau pandangan semasa.  Kali ini kita dapati salah satu kategori posting tiba-tiba punyai view yang lebih tinggi berbanding kebiasaan.  Interest yang naik tentang bisnes kedai makan dan restoran mungkin menyebabkan keadaan ini.

(3) Trafik visitor kita ni dari mana?

Kita boleh buat analisis mana datangnya trafik ke website.  Adakah mereka ni datang dari hasil search engine, memang datang secara direct ke website, dari media sosial  atau referral dari website lain?

Sebagai contoh, kita ada buat kempen untuk orang ke website melalui Facebook Ads.  Selain insights dari Facebook, kita juga boleh tengok hasilnya di sini.

Contoh kedua, kita boleh tahu yang SEO dan Google Ads kita ni agak berhasil atau tak.  Nampaknya banyak visitor datang ke blog ni melalui organic search dari Google.

(4) Bila masa orang ramai datang?

Kita juga boleh lihat bila orang ramai tengok website kita ni.  Contoh di sini, banyak orang datang jam 12-4 petang.  Kemudian 8-12 malam.  Tengok betapa gigihnya orang bisnes mencari ilmu.  Kita kena contohi mereka!

(5) Negara mana?

Kita tengok gambar yang sama di no (4) di atas.  Sebelah tu ada data dari negara mana visitor kita ni.  Penting untuk mana kita nak target pembaca website atau blog kita ni.

(6) Device atau Peranti apa mereka guna?

Next, kita boleh tau device apa yang visitor kita ni pakai.  Pakai telefon pintar, tablet atau personal computer (tak kira desktop atau laptop):

Apa boleh kita buat? Kita target iklan lebih banyak pada pengguna smart phone!

(7) Apa content yang mereka baca?

Google Analytics juga boleh beri tahu kita apa content website yang paling banyak orang baca.  Kita boleh lihat dari yang terbanyak dan yang paling kurang sekali.  Analisis di blog ni nampaknya visitor lebih tertarik tentang Business Model Canvas.  Bagaimana nak buat model bisnes kita.

Plan nak update content BMC ni dan bukukan.  Ada yang nak tak?

Apa lagi?

Kita dah tengok 7 kegunaan tool ni.  Best tak?  Sebenarnya banyak lagi boleh kita manafaatkan.  Kita boleh gunakan untuk ukur conversion website , berapa ramai share, siapa advocate kita.  Buat analisis lebih mendalam tentang visitor kita melalui jantina, umur, interest dan sebagainya.  Nanti kita borak lebih mendalam ya!

Macam mana nak pasang dan guna?

Pertama, kita kena ada account Google.  Kalau dah ada email melalui Gmail, bermakna kita dah ada account Google.  Kemudian buka web Google Analytics dan create satu account.

Next, kita integrate Google Analytics dengan website.  Ada code ringkas yang boleh kita masukkan di website.  Sementara website kita dah guna WordPress, kita boleh pakai plugin yang bersesuaian.  OK kita sambung diposting berikutnya macam mana nak pasang ya.

Sehingga berjumpa lagi!

 

 

SEO Analyzer Tool: Dah OK ke belum?

SEO Analyzer Tool

Kali ni kita nak buat analisis dengan menggunakan SEO Analyzer Tool.  Dah cukup friendly belum website kita dengan search engine Google.  Kalau ingat sebelum ni kita dah buat search engine friendly post dengan bantuan Yoast.  Kita gunakan Yoast untuk analisis keseluruhan on-page SEO kita.  Kita juga boleh gunakan tool lain untuk lihat lebih jelas status SEO website kita.

Apa SEO Analyzer Tool yang ada?

Banyak.

Kita boleh google seo analyzer, seo audit, seo checker dan sebagainya.  Ni beberapa contoh:

(1) Check your website’s SEO oleh Neil Patel: https://neilpatel.com/seo-analyzer/

(2) Web Page Analyzer Free Tool for SEO: http://www.seowebpageanalyzer.com/

(3) Website Review Tool & SEO Checker: https://www.woorank.com/

Dan lain-lain lagi.  Untuk contoh kali ini, kita gunakan tool yang disediakan oleh Neil Patel.

Check your website’s SEO

Macamana nak guna?

(1) Buka URL untuk access SEO analyzer tool 

Kita buka je URL ni untuk access SEO analyzer tool ni

Klik sini –> https://neilpatel.com/seo-analyzer/

SEO Analyzer Tool

(2) Masukkan alamat URL untuk di analisis  

Kemudian masukkan je apa alamat URL website, page atau post yang nak kita audit.

Dalam contoh ni kita nak tengok website https://daftartrademark.com, website landing page untuk perkhidmatan Daftar Trademark di Malaysia dan Indonesia.

Masukkan alamat “daftartrademark.com” dan¬†Tekan butang “ANALYZE WEBSITE”.

(3) Analisis tool sedang bekerja

Tunggu kejap sementara tool ini bekerja untuk analisis website kita.

(4) Keputusan analisis

OK siap! Kita boleh tengok status SEO website kita ni:

OK kita dapat ON-PAGE SEO SCORE sebanyak 82.  Great!  Nampak? kita gunakan Yoast yang free ni pon boleh dapat result yang bagus.

(5) Status health check, critical errors, warning & recommendations

Scroll sedikit SEO Analyzer tool ni untuk lihat status yang lain.

Di sini kita dapat ada 38 critical errors yang boleh diperbaiki.¬† Agak teknikal katanya.¬† ¬†Klik “View All” untuk lihat keseluruhan status di bawah CRITICAL ERRORS, WARNINGS dan RECOMMENDATIONS.

(6) Kelajuan website

Info lain yang kita boleh dapat dari SEO Analyzer tool ini adalah kelajuan website kita.  Kita tahu kalau website perlahan dan loading lama boleh buat orang malas nak tunggu.  Mereka terus pindah pi website lain:

Ini kita perlu semak dengan website developer kita untuk buatkan ianya lebih laju.  Mungkin boleh perbaiki coding, tukar web hosting yang lebih baik dan guna Content Delivery Network atau CDN.

(7) Isu-isu on-page SEO yang boleh diperbaiki

Kita boleh scroll lagi kebawah dan nampak isu-isu berkaitan on-page SEO yang boleh kita perbaiki.¬† Ni ada isu seperti ketiadaan fail “sitemap.xml” yang diperlukan pada website, beberapa posting dengan word count yang rendah dan¬† duplicate meta descriptions.

Kemudian boleh kita klik “What is this and how to fix it?” untuk ketahui lebih detail apa isu yang ada dan bagaimana kita boleh perbaiki:

Sekian sahaja penerangan ringkas tentang bagaimana kita boleh buat semakan, analisis atau audit on-page SEO website kita ni.  Senang je kan.   hanya dengan access website yang diberikan dan masukkan alamat URL yang kita nak semak.  Moga kita berjumpa di lain masa dan selamat maju jaya!

On-Page vs Off-Page SEO

menulis artikel mesra SEO

Kali ni kita nak cerita pasal On-Page vs Off-Page SEO.  Apa tu On-Page SEO? OK ni apa yang dah kita buat sebelum ni.  Segala apa yang kita usahakan di website kita untuk jadikan ianya search  engine friendly, kita panggil sebagai on-page SEO.

On-Page SEO

Kita tengok apa yang dah kita borak tentang on-page SEO sebelum ini:

(1) Kita mulakan dengan setup plugin Yoast untuk memudahkan kita analis kandungan posting:  Pemasangan Yoast SEO.  

(2) Baca juga macam mana nak guna pluin Yoast SEO ni: Pengunaan Yoast SEO dengan WordPress

(3) Kita buat keyword research, pilih keyword atau keyphrase yang sesuai dengan posting:  SEO Keyword Research untuk Newbie macam Saya

(4) Kita boleh gunakan Keywords Everywhere untuk buat keyword research

(5) Fahami bagaimana keyword difficulty untuk kurangkan persaingan dengan website lain lebih berautoriti: Keyword Difficulty

(6) Kita juga bincangkan bagaimana kita mahu menulis artikel yang mesra SEO: 8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO

(7) Kita gunakan Yoast SEO untuk menulis posting: SEO Friendly Posting with Yoast.  Kita tulis apa yang mahu Google paparkan, sediakan link internal dan external, keyword pada heading dengan jumlah yang sesuai, image alt dan sebagainya.

Kebanyakkan apa yang perlu kita lakukan bagi memudahkan posting kita mendapat rating yang baik di Google adalah dalam item no. (6) dan (7) di atas.  iniliah yang kita namakan sebagai on-page SEO.

Off-Page SEO

Seterusnya Off-page SEO yang sebenarnya sama penting dengan On-Page SEO ni.¬† ¬†Kalau on-page SEO adalah apa yang kita buat di website dan posting kita, Off-page SEO kita perlu lakukan di luar website kita.¬† Senang cerita, off-page SEO ini apa yang kita perlu lakukan untuk jadikan website atau posting kita popular, banyak trafik & visitor serta ‘berautoriti’.

Apa yang perlu kita buat bagi Off-Page SEO ni?

Kita perlu ada backlink ke website atau posting kita.  Kalau on-page kita perlu ada link ke posting lain dalam website, dan ada juga link ke luar, off-page pula perlu ada link dari website lain ke website kita.

Secara umumnya, ia merupakan salah satu petunjuk yang website kita ni popular dan ‘berautoriti’ bila orang lain sebut-sebut dah link balik ke website kita.¬† Orang akan share tanpa kita suruh…

Macam mana nak buat backlink?

(1) Share di media sosial

Contoh blog & website saya ni¬† orang tak berapa kenal,¬† kita perlulah jadikan ianya orang kenal.¬† Macamana? Kita boleh je share posting kita ni ke sosial media macam Facebook, Twitter dan Instagram.¬† Boleh juga paksa kawan-kawan untuk share sekali ūüėÄ

(2) Share di Forum

Kita perlu daftar di mana-mana forum yang berkaitan dengan industri yang kita ceburi.  Boleh share di forum yang berkaitan.  Jangan share di forum yang tak ada kena mengena untuk mengelakkan kena marah atau ban dengan admin.

(3) Share di Blog rakan-rakan

Kita juga boleh share di ruangan komen di blog rakan-rakan yang kita kenali.  Kadang-kadang kita boleh masukkan link dalam komen.  Pastikan industrinya sama.  Elakkan spam blog orang lain!

(4) Gunakan iklan berbayar

Kita boleh gunakan iklan berbayar macam Fb Ads dan GoogleAds.  Ok ni nanti kena belajar juga di hari lain.

Penutup

Selain dari kita buat on-page SEO, off-page SEO juga adalah sama penting.  Kedua-dua nya kita kena lakukan untuk meningkatkan rank website dan posting dalam Google dan search engine lain.  Kalau On-page SEO lebih kepada apa yang kita buat di website sendiri, Off-page pula adalah tingkat visibility website kita secara luaran.  Kita share atau galakkan orang share di tempat lain seperti website, social media, blog dan forum.

Sehingga berjumpa lagi dan selamat maju jaya!

SEO friendly posting with Yoast

SEO friendly posting with Yoast

Kali ni kita nak borak pasal SEO friendly posting with Yoast.  Kesinambungan posting tentang  8 Tips menulis artikel mesra SEO.  Kita akan lihat kembali posting tersebut sebagai contoh.  Kita review posting ni dengan plugin Yoast yang kita pasang pada WordPress sebelum ini.

Pemasangan dan Penggunaan Plugin Yoast

Dalam topik SEO friendly posting with Yoast ini kita perlu pastikan kita dah pasang plugin Yoast pada WordPress.  Pastikan juga dah tau serba sedikit bagaimana nak guna.

Lihat kedua-dua posting ini untuk pemasangan plugin Yoast pada WordPress:

Sekarang kita tengok apa yang perlu atau telah kita buat pada artikel “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO” ini satu-persatu.

Mana nak tengok Yoast SEO ni?

Seperti biasa, kita boleh edit posting tersebut.  Lihat posting ni kalau lupa macam mana nak buat atau edit posting baru: Cara Guna WordPress.

Ini pula kalau kita nak buat atau edit page: Beza Post vs Page.

Lepas kita buka post atau page ni, kita scroll ke bawah sampai jumpa “Yoast SEO“.¬† Kat sini kita nak pastikan artikel kita ni mesra SEO.¬† Kita akan analisis posting dengan plugin ni.

Sekarang apa nak kita buat? Dengan keyphrase yang kita pilih “Menulis Artikel Mesra SEO“, teruskan membaca …

(1) Tajuk

Posting kita perlu ada tajuk.  Dalam SEO friendly posting with Yoast ni kita perlu check tajuk yang kita berikan.

Pastikan tajuk yang kita buat mempunyai keyphrase yang kita pilih sebelum ini.¬† Tajuk posting yang kita buat sebelum ini: “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”.¬† Jadi keyphrase “menulis artikel mesra SEO” dah ada dalam ni..

(2) Permalink

Pastikan Permalink atau pun alamat URL posting mempunyai keyphrase yang kita pilih.  Nak senang, kita gunakan keyphrase ni sebagai permalink:

(3) Focus Keyphrase

Sekarang scroll ke bawah sampai kita jumpa Yoast SEO.

Ingat tentang keyword research? Kat sini la kita bubuh apa keyword atau keyphrase yang kita dah pilih sebelum ini.¬† Sebelum ni kita pilih keyphrase “Menulis artikel mesra SEO”.¬† So kita letak kat sini:

Dalam artikel SEO friendly posting with Yoast kali ini, kita nak tekankan kalau kita tak letak sebarang keyphrase kat sini, Yoast tak boleh analisis posting kita sama ada mesra SEO atau tak.  Nanti dia keluar macam ni:

(4) Snippet

Kemudian kita edit snippet dengan klik butang “Edit Snippet”:

Masukkan apa yang kita nak Google paparkan dalam search result dalam petak “Meta descrioption“:

Kita tengok atas dia ada “Snippet Preview“.¬† Inilah akan dipaparkan dalam Google search engine nanti:

(5) SEO Analysis

OK scroll bawah sikit dan kita akan nampak “SEO Analysis”.¬† Warna hijau.¬† Maknanya bangusss!

Inilah target kita.¬† Untuk dapatkan SEO analysis yang bagus.¬† Klik “v” kat ujung tu untuk lihat keseluruhan analisis SEO pada posting yang kita tulis.¬† Ini contoh keputusan analisis pada artikel “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”:

Kita lihat secara keseluruhan status adalah bagus, berwarna hijau.  Ada 2 perkara berwarna oren yang bermaksud boleh diperbaiki lagi.   Untuk dapat status good ni kita tak perlu kesemuanya hijau.  Walau macam tu, kalau dapat semua lagi bagus!

OK kat sini ada dua perkara perlukan improvements.¬† Ini berkaitan dengan perkara no (1) Tajuk.¬† Kat sini Yoast SEO ni kata keyphrase yang kita pakai sebaik-baiknya diletakkan di hadapan.¬† Mungkin tajuk kena tukar jadi “Menulis Artikel Mesra SEO dengan 8 Tips“.¬† Kan?

Lepas tu tajuk dia kurang panjang.¬† Mungkin boleh tukar jadi “Menulis Artikel Mesra SEO dengan 8 Tips Mudah yang Anda Perlu Tahu

(6) Outbound Links

Ok kita kena ada outbound links.  Iaitu link ke website lain.  Contoh pada artikel ni:

Kita link perkataan Yoast ni ke website dia.  Macamana nak buat? Tekan button rantai kat atas tu dan masukkan alamat website macam https://yoast.com.

(7) Internal Links

Kita kena ada internal link.¬† jadi kita link artikel atau posting yang dah kita tulis sebelum ni.¬† Contohnya kita link ke artikel Keyword Research yang kita dah tulis panjang-panjang hari tu ūüėÄ

(8) Keyphrase in introduction

Kita masukkan keyphrase dalam introduction.  Pastikan ayat pertama ada keyphrase yang kita pilih:

(9) Keyphrase Length

Panjang keyphrase sesuai tak? Ingat lagi keyword research yang kita buat hari tu? Long tail keyword tu?  Ok dah sesuai dah.

(10) Keyphrase Density

Yoast jumpa 6 kali.  Sesuai untuk 0.5% ke 3%.  Tulis dulu lah kan.  Kalau kurang kita tambah mana-mana.  Kalau lebih warna jadi merah kita kurangkan.

(11) Keyphrase in meta description

Ni masa kita edit snippet tadi.  Since dah ada.. warna hijau.  Ok lah tu kan..  Rujuk balik item no (4) di atas.  Perlu pastikan keyphrase yang kita pilih ada dalam meta description masa kita edit snippet.

(12) Meta description length

Ni masa kita edit snippet.  Tengok balik item no (4) Snippet  kat atas.  Masa edit tu ada bar warna hijau kat bawah tu maknanya OK.  Kalau warna oren kena panjang kan atau kurangkan sedikit.  Adjust sampai warna hijau.

(13) Previously used keyphrase

Yoast SEO akan check sama ada kita pernah guna keyword yang sama sebelum ini.  Jadi pastikan kita guna keyword atau keyphrase yang belum pernah kita gunakan pada posting lain di website kita.

(14) Keyphrase in subheadings

Kita juga kena gunakan keyword/keyphrase yang kita pilih dalam sub-tajuk.  Yoast SEO juga akan beri tahu kalau kita belum buat atau masih kurang.

(15) Image alt attribute

Ha yang ni kita kena set masa kita upload feature image untuk posting kita.  Tengok tepi sebelah kanan, bahagian bawah.

Ni kalau kita belum letak sebarang image:

Kalau dah upload atau guna imej yang sedia ada, pastikan kita set “image alt” dengan keyphrase tadi:

Image yang dimasukkan ke dalam kandung posting juga boleh gunakan langkah yang sama.  Satu lagi yang agak penting, nama fail gambar yang hendak kita upload juga lebih afdhol kalau kita gunakan keyphrase yang kita pilih.

(15) Text length

OK, kita kena tulis sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.  Hijau? dah lebih la tu kan.  Tapi macam mana kita nak tahu dah tulis berapa patah perkataan?  Cuba semak kat seblah kiri bawah:

(16)  Keyphrase in slug

Keyphrase in slug ni merujuk kepada permalink yang kita set sebelum ini.  Ianya secara automatik di set masa kita edit snippet di no (4).  So kalau ada isu, kita boleh edit kat sini atau edit permalink dia seperti di no (2) kat atas.

Penutup

Kali ini kita gunakan Yoast plugin untuk pastikan posting yang kita tulis adalah SEO friendly.  Plugin WordPress ini kita gunakan untuk analisis dan seterusnya perbaiki apa yang boleh jadikan posting kita mesra SEO.

Plugin percuma ini boleh kita gunakan untuk satu keyword/keyphrase bagi setiap posting.  Boleh dapatkan subscription premium untuk lebih feature dan kemudahan lain.  Sehingga berjumpa lagi, selamat maju jaya!

8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO

menulis artikel mesra SEO

Menulis artikel mesra SEO penting untuk mudahkan  ianya keluar di muka terawal bila orang Google.  Kita perlu sasarkan sekurang-kurangnya website kita berada pada tiga muka terawal hasil Google!  Kalau dapat muka pertama lagi awesome.

Artikel mesra SEO (SEO friendly article) ini boleh digunakan untuk sebarang bentuk penerbitan online seperti maklumat syarikat, produk atau perkhidmatan di website.  Juga sesuai untuk semua jenis blog post, landing page, iklan dan sebagainya.

Kenapa kita perlu menulis SEO friendly article?

Ia bertujuan untuk kita optimumkan artikel atau posting yang kita tulis agar memudahkan Google berikan rank yang baik.  Bila dapat rank yang baik,  carian Google akan memaparkan website kita di muka pertama  hasil carian!

Pemilihan Keyword sebelum menulis artikel mesra SEO

Secara ringkas, kita perlukan keyword untuk artikel kita dengan langkah berikut:

Brainstrom apa keyword yang sesuai

Sebelum kita menulis artikel mesra SEO, kita perlu cari keyword atau key phrase yang akan digunakan.  Boleh brainstorm keyword yang berkaitan dengan industri kita.  Senaraikan satu persatu.

Kumpulkan keyword yang berkaitan dengan Google

Boleh gunakan Google search engine untuk kumpulkan keyword yang berkaitan.  Google akan cadangkan keyword  lain yang boleh kita digunakan.

Gunakan Keywords Everywhere

Gunakan Keywords Everywhere untuk lihat keyword difficulty, CPC dan search volume.    Pilih long tail keyword dan yang tidak mempunyai persaingan tinggi.   Ini penting bagi newbie macam kita ni.  Kalau tak nanti kita bersaing dengan brand yang lebih established.  Dan seterusnya buat website kita keluar ntah page Google ke berapa.

Gunakan Google Trends

Kemudian kita gunakan Google Trends untuk lihat trend carian yang keyword yang kita mahu gunakan.  Trend ni biasanya boleh sepanjang tahun atau mungkin hanya tinggi bagi musim tertentu.

Mari menulis artikel mesra SEO

Selepas kita buat SEO keyword research dan pilih keyword yang sesuai, mari kita menulis artikel mesra SEO.   Kita tengok apa yang kita perlukan satu persatu:

(1) Fikir apa yang mahu ditulis

Fikirkan apa yang mahu kita sampaikan kepada pembaca.  Apa yang kita mahukan? Apa persoalan/permasalahan yang mahu kita selesaikan?   Apa tujuan artikel kita? Apa yang kita nak pembaca buat selepas membaca?

Tuliskan jawapan kepada persoalan di atas.

(2) Strukturkan artikel

Kita perlu susun artikel dengan kemas.  Kita perlu ada sekurang-kurangnya:

(a) Pengenalan (introduction) kepada topik yang mahu kita tulis;
(b) Body atau kandungan; dan
(c) Kesimpulan atau ringkasan idea penulisan kita.

Sekarang kita tulis rangka dan point-point penting untuk ketiga-tiga pengenalan, kandungan dan kesimpulan ini.

(3) Gunakan perenggan 

Gunakan perenggan (paragraph) yang sesuai.  Bukan mulakan setiap ayat dengan perenggan baru untuk kelihatan menarik sahaja.  Setiap perenggan ini perlu ada idea atau topik yang dibincangkan.  Masukkan keyword yang kita pilih dalam beberapa perenggan.

(4) Guna kombinasi ayat pendek dan panjang

Gunakan ayat-ayat pendek untuk mudah dibaca.  Kemudian diselang seli dengan ayat yang lebih panjang untuk elakkan penulisan jadi agak mendatar dan bosan.

(5) Gunakan tajuk / sub-tajuk

Kita juga perlu gunakan tajuk / sub-tajuk (atau headings) berdasarkan idea yang kita tulis.   Headings ini penting untuk memudahkan pembaca mengetahui idea atau topik yang ditulis dengan lebih pantas.

Heading juga bagus bagi memudahkan kerja memberi ranking SEO oleh search engine.  Masukkan juga keyword yang kita pilih dalam satu dua tajuk/sub-tajuk yang bersesuaian.

(6) Keyword density

Jadi berapa banyak keyword yang perlu kita masukkan dalam artikel?  Yoast mencadangkan keyword densiti antara 0.5% ke 3%.  Jangan masukkan keyword secara berlebihan! Ini akan sebabkan penalti oleh Google dan buat SEO website kita bermasalah.

Lihat berapa banyak keyword “menulis artikel mesra SEO” dalam artikel ini dah dimana ianya ditulis.

(7) Panjang penulisan

Tulis sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.  Lagi panjang lagi bagus.  Google memang sukakan artikel yang panjang.  Cuma agak-agak sedikit di mana tak ramai orang suka baca artikel panjang-panjang.

(8) Simpan, semak dan baru publish

Seterusnya kita boleh simpan terlebih dahulu artikel yang kita tulis.  Jangan publish dahulu.   Kenapa? Kita kena baca kembali artikel yang kita tulis setelah beberapa hari.  Paling kurang, tutup dulu dan buat kerja lain.  Kita akan dapat idea tambahan tentang artikel yang mahu kita tulis.  Kita juga boleh semak kembali dan restruktur idea-idea kita.  Semak kembali ayat yang kita tulis.

Dapatkan feedback dari beberapa rakan tentang penulisan kita.¬† Sebab tu dalam bidang penerbitan ini selalunya kita ada penulis dan editor ūüėÄ

Whats next?

Sekarang kita dah pilih keyword yang sesuai.  Kita juga dah tulis artikel lebih 300 perkataan dengan meletakkan keyword diperenggan dan tajuk yang sepatutnya.  Kita dah semak dan paksa kawan baca artikel kita.  Apa seterusnya?

Ok kita boleh gunakan kemudahan Yoast plugin yang kita pasang.  Gunakan untuk semak status SEO pada artikel yang kita tulis.  Sudah mesra SEO belum?  Bagaimana? Kita jumpa lagi dalam posting berikutnya iaitu Membina SEO friendly postings with Yoast.  Selamat maju jaya!

Continue reading “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”

SEO Keyword Difficulty

Keyword Difficulty

Pernah dengar pasal SEO keyword difficulty?  Apanya yang susah? OK sebenarnya bukan keyword atau key phrase yang susah, tetapi keyword yang kita pilih akan menyusahkan website kita dapat ranking Google yang baik.  Mungkin result google website kita hanya muncul kat bawah page yang kelima!

Kenapa susah nak dapat rank yang baik?

Salah satu sebab adalah persaingan atau competition dari website lain yang lebih popular dan credible.  Company yang lebih ternama dah guna SEO lebih lama.

Mereka ada team yang urus website yang profesional.  Juga spend lebih banyak RM untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan.  Lebih banyak orang share content website yang mereka hasilkan.

Jadi kalau kita usahawan yang baru belajar ni mau bersaing dengan mereka dari segi Google SEO ni, jalannya agak panjang.

Macam mana nak tau tentang SEO keyword difficulty?

Dalam ilmu SEO keyword difficulty ni, orang banyak refer ke konsep yang dipanggil long tail keyword.  Keyword biasanya dibahagikan kepada head, body and (long) tail.    Keyword dengan satu perkataan, 2 atau 3 perkataan, dan seterusnya long tail merujuk kepada 4 atau lebih perkataan:

Dengan konsep ini, competition adalah lebih tinggi dengan head dan body, dan lebih rendah pada long tail keyword.   Dari segi CPC juga lebih murah dengan long tail berbanding head dan body.

Analisis keyword dengan Keywords Everywhere

Mari kita analisis konsep long tail keyword ni dengan Keywords Everywhere ni.   Tengok langkah-langkah yang boleh kita buat:

(1) Pertama buka Google dan cari “hijab”:

(2) Kemudian klik “Add All Keywords” kat sebelah kanan bawah:

(3) Buka menu Keywords Everywhere kat atas seblah kanan tu:

(4) Pilih menu “My Keywords”

(5) Dan hasilnya macam ni:

Hasil analisis long tail keyword vs head & body

Mari kita lihat balik hasil Keywords Everywhere untuk keyword yang berkaitan dengan “hijab“:

Nampak tak? keyword “hijab” mempunyai kadar carian yang lebih banyak, tetapi competition agak tinggi berbanding “fashion hijab kekinian“.¬† Lagi satu “fashion hijab untuk orang gemuk” mempunyai competition lebih rendah.

Perkara yang sama juga apply untuk CPC masing-masing dengan nilai RM 1.43,  RM 0.72 dan RM 0.08.

Jika guna keyword “hijab” saja, kita akan bersaing dengan jenama hijab yang lebih ternama.¬† SEO keyword difficulty adalah lebih tinggi jika kita gunakan head & body, berbanding dengan long tail keyword.

Tengok balik result Google ni,¬† semasa posting ini ditulis di Jakarta, laman pertama hasil Google untuk keyword “hijab” ni semangnya “dikuasai” oleh pengeluar hijab terkemuka di Indonesia seperti Vanilla dan Elzatta:

Jadi, mana yang kita nak pilih sebagai keyword kita ni?  Bagi newbie macam saya, adalah digalakkan untuk gunakan long tail keyword.  Macam mana pun, body keyword masih boleh digunakan jika persaingan masih tak banyak.  Kenapa masih tak banyak? Contohnya content berbahasa melayu masih tak banyak.  Jadi masih ada harapan.

Dapat sesuatu dari posting SEO keyword difficulty ini?

________________________________

Nota:

(1) Rujuk posting¬† “Keyword Everywhere” untuk pasang dan guna add on Chrome atau Firefox ni.

(2) Key phrase “fashion hijab untuk orang gemuk” juga berbentuk niche market.¬† Ianya mensasarkan segmen pasaran lebih khusus.¬† Baca posting “Niche Market” di sini.

Kredit:
School photo created by yanalya – www.freepik.com

Keywords Everywhere

Keywords Everywhere

Sebelum kita berkenalan dengan keywords everywhere, ingat lagi tak kita boleh buat keyword research dengan Google.  Kaedah yang sama boleh kita gunakan dengan YouTube, Amazon dan Ebay. Online marketplace seperti Shopee dan Lazada pun kita boleh gunakan.

Berdasarkan pengalaman, result SEO paling cepat kalau kita letak kat YouTube.¬† Apa kata buat video, upload ke YouTube dan masukkan keyword SEO dia sekarang.¬† Yang ni nanti rajin pun kene belajar juga ūüėÄ

Keywords Everywhere ni apa?  Ini merupakan salah satu tool yang boleh kita pasang sebagai add on Chrome  dan gunakan untuk buat keyword research.  Add on atau plugin ini juga boleh dipasang pada Mozilla Fireforx.

Pasang Keywords Everywhere

Mari kita tengok step-by-step macam mana nak pasang:

(1) Buka website Keywords Everywhere

OK boleh buka https://www.keywordseverywhere.com dan klik “INSTALL FOR CHROME“.¬† Kalau guna Firefox install la untuk Firefox ya..

Keywords Everywhere

(2) Pasang Add-on / Chrome Extension

Dah klik nanti dia keluar macam ni:

Klik “Add to Chrome” untuk pasang.

Klik “Add extension” untuk selesai pemasangan.

(3) Masukkan alamat email untuk terima “API Key”

Ha apa lagi, masukkan email address:

Klik butang “EMAIL ME THE API KEY” dan mesej berikut dipaparkan:

(4) Check email untuk dapatkan API key

Klik link dalam email macam di atas, dan API key akan dipaparkan:

Select dan Copy API key kat atas ni.

(5) Mari kita configure Keywords Everywhere

Tengok icon “K” warna merah hitam kat sebelah kanan atas browser Chrome ni.¬† Nampak? Pi klik kat situ.¬† Nanti dia keluar macam ni:

Klik kat menu “Settings” ni..

(7) Masukkan API key

Masukkan API key ni dalam konfigurasi dan tekan “Validate“:

Lain-lain konfigurasi tu kita boleh tengok.  Boleh tukar Currency ke RM.  Country tu takda pulak Malaysia nak tukar.  Tapi tak apa, kita biarkan default settings.  Selesailah pemasangan Keywords Everywhere ni.

So macam mana nak guna?

Dah pasang ni, apa lagi mari kita try test.¬† Macam biasa, buka www.google.com dan cari la keyword atau key phrase yang berkaitan.¬† Cuba cari¬† “belajar seo”:

Dan lihatlah hasilnya:

OK scroll lagi ke bawah:

Dan scroll lagi ke bawah sekali…

Apa maklumat yang kita dapat dengan gunakan tool ni?

Kita dapat banyak keyword atau key phrase yang berkaitan.  Berapa banyak orang search sebulan.

Maklumat lain termasuklah berapa jumlah atau volume sebulan orang cari dan cost per click (CPC).

CPC ni adalah kos yang Google kenakan kalau kita buat iklan melalui Google Ads.  Contoh, kalau kita buat iklan melalui Google Ads dan orang klik, Google akan charge dengan harga tersebut.   Google Ads ni kita belajar lain waktu la ya..  Inti utama, lagi tinggi CPC, lagi susah website kita nak keluar kat 3 muka pertama hasil google.

Satu lagi maklumat, yang kita dapat adalah Competition.  Persaingan kalau kita gunakan keyword tersebut dengan orang lain.  Lagi tinggi competition, lagi susah website kita nak keluar kat muka pertama.

Lepas tu apa nak buat?

So, kita pilihlah keyword sesuai yang lebih murah, dan tidak mempunyai competition yang tinggi.  Buat seberapa banyak artikel berdasarkan beberapa keyword yang kita pilih.  Satu artikel dengan beberapa keyword yang berkaitan.  Since kita pakai plugin WordPress Yoast SEO yang free, buatlah satu artikel atau posting dengan satu keyword yang kita pilih.

Sekian!

SEO Keyword Research dengan Google Trends

Keyword Research Google Trends

Selain dari gunakan suggestion dari search engine Google, kita boleh buat keyword research Google Trends.   Ya, kita gunakan Google Trends untuk buat SEO keyword research.

Cari je Google Trends ni atau terus buka alamat https://trends.google.com.

Nanti dia keluar macam ni:

Apa Google Trends ni?

Dia ni salah satu tool yang disediakan oleh Google untuk lihat apa keyword atau key phrase yang selalu di cari melalui Google.

Apa perkataan yang selalu digoogle ūüėĬ† Dengan tool ni kita boleh tahu populariti sesuatu keyword mengikut tempoh masa tertentu.

Penggunaan Google Trends Secara Ringkas

Mari kita browse through apa Google Trends ni boleh buat sebelum kita belajar macam mana nak cari keyword yang sesuai.

Pertama, kita perlu pastikan di bahagian mana kat planet bumi ni yang kita nak tau.  So, kita klik icon globe kat sebelah kanan atas sekali tu.

Kita pilih negara mana.  Dalam kes ni memang lah kita nak tau trend sesuatu keyword di Malaysia.  Mari tukar..

 

Bila dah tukar, kita terus je masukkan apa keyword yang kita nak tahu.¬† Contoh kali ini adalah “baju kurung“:

Kalau kita lihat kat atas ni, Google Trends pun ada bagi suggestion keyword yang berkaitan.

Google Trends Search Result

Sekarang kita search la keyword ni, apa dia keluar? Ni la contoh dia:

Nampak tak trends untuk keyword “baju kurung” ni? Memang ada orang cari rupanya.¬† Secara asal, dia akan keluar populariti keyword ni dalam masa 12 bulan.¬† Kita boleh adjust tempoh masa yang kita nak.

Boleh juga mouse over kat graf.  Boleh lihat sedikit informasi poulariti keyword ni:

Contoh kat atas ni, kita ambil puncak tertinggi dalam graf.  Populariti paling tinggi adalah pada 19-25 May 2019.  Start bulan Januari kita dah nampak dia mula naik.  Agak-agak kenapa?

Populariti  Keyword & Trends

Kat sini kita boleh nampak trend sesuatu keyword yang digoogle.  Dalam kes baju kurung ni, awal tahun lagi orang dah start cari baju raya.  Puncak dia 2 minggu sebelum raya.

Lepas raya dah tak ramai orang cari kan?  Tapi masih ada juga walau tak berapa banyak orang cari. Bukan tak ada langsung.

Kat Mana Orang dok Google Keyword ni?

OK kita scroll bawah sikit:

Ha kat sini kita boleh nampak kat mana orang cari.¬† Nampaknya keyword “baju kurung” ni satu Malaysia orang cari hehe.

Seidikit tambahan, warna lebih gelap lebih banyak orang google.  Boleh mouse over untuk lihat mana yang lebih popular:

Nampak gaya, di pantai timur lebih popular.  Di Kelantan dan Terengganu.

Kat sini kita sebenarnya boleh target iklan kita ni nak tumpukan ke mana.¬† Lagi-lagi kalau budget marketing kita ni terhad.¬† Maklumlah belajar berniaga ni bukan terus pandai & untung besar ūüôā

Keyword Research Google Trends

So kat mana keyword research Google Trends ni? Mari kita scroll ke bawah lagi… Haa kat sini la tempat dia:

Kat sini kita boleh nampak, keyword yang selalu orang google selain “baju kurung” adalah:

  • baju kurung moden 2019
  • baju raya 2019
  • baju kurung raya 2019
  • baju kurung budak 2019
  • dan seterusnya.

Ha.. ni la secara ringkas macam mana kita nak buat keyword research dengan Google Trends ni.  Nanti content dalam website, Youtube , FB, IG dan lain-lain media sosial kita pakat fokus guna keyword ni. Ni nanti kita sembang lain masa.

Selain dari keyword research google trends ni kita nak buat apa?

Sebagai orang bisnes kita kena lah peka dengan trend semasa.¬† Mari prepare untuk tahun depan dengan “baju kurung moden 2020” dan yang sewaktu dengannya.¬† 2 minggu sebelum raya 2020 kita pulun iklan lebih sikit.

Betul tak?

_______________________

Update #1

Ada tambahan sedikit.. Kita boleh masukkan lebih dari 1 keyword untuk buat perbandingan.  Kat ruangan + Add Comparison tu boleh je kita nak tengok keyword mana lagi popular.

NI kalau kita nak tambah lagi keyword nak bandingkan: