Kajian Pasaran – Bahagian 1/2

Satu aspek yang penting dalam perniagaan adalah PERMINTAAN dan kajian pasaran adalah penting bagi tujuan ini.

Sebelum ini kita telah menyentuh bagaimana kita nak mulakan perniagaan dengan passion yang kita ada.  Secara ringkas, “passion” boleh wujud dari minat, kebolehan, kekuatan, pengetahuan dan pengalaman.  Tetapi kita juga perlu tahu, “passion” sahaja tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan Internet atau apa juga perniagaan jika tiada permintaan terhadap produk atau perkhidmatan berasaskan passion tersebut.

Teori Ekonomi secara Ringkas

Mari kita belajar pasal teori ekonomi secara ringkas sebelum kita buat kajian pasaran:

(a) Harga Barangan & Permintaan

Kalau semakin kurang permintaan, semakin tinggi harga barang.  Sebaliknya, semakin banyak permintaan, harga barang akan semakin berkurang.  Logiknya, harga brangan dapat dikurangkan jika ada orang beli dengan kuantiti yang banyak.

(Nota: Nanti nak kena baca pasal teori ekonomi lebih lanjut)

(b) Complements atau Subtitutes

Kenali sama ada produk/perkhidmatan kita adalah penganti (subtitutes)  atau pelengkap (complement)  terhadap barangan lain.

Kalau barang pengganti,  permintaan terhadap produk penganti akan naik jika harga barangan pengganti yang lain naik.  Contoh: Kalau harga kopi naik, orang akan beli teh pula!  Kalau Coca-cola naik harga, orang akan pilih pepsi.

Kalau complement, produk complement harganya naik, permintaan terhadap produk kita juga akan turun.  Contohnya, daging burger naik harga, roti burger juga akan join naik sama!

(c) Citarasa Pengguna

Cita rasa pengguna – kalau tengah trending tu bolehlah masuk line juga. Kalau cita rasa positif, permintaan akan meningkat. Ini semua ada kena mengena dengan emosi di mana kita sebenarnya boleh mewujudkan permintaan tanpa apa-apa sebab dengan elemen emosi.  Tapi biasanya, bisnes yang bersifat trending agak susah nak bertahan lama.

(d) Pendapatan dan Kuasa Beli Pengguna

Pendapatan atau kuasa beli pengguna – Kita boleh fikirkan perniagaan berdasarkan barang keperluan vs barang mewah.  Permintaan juga boleh berubah-ubah mengikut musim. Biasala kan.. musim hujan sure payung laku. Musim hari raya, fokuskan kepada baju dan kuih raya contohnya.

(e) Bilangan dan Polar Penduduk

Lagi ramai penduduk sesuatu kawasan, lagi banyak permintaan.  Bagi polar penduduk pula contohnya: lagi ramai remaja, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan yang mensasarkan remaja turut akan meningkat.  Contoh, fesyen semasa remaja dan gajet elektronik.

 

Kajian Pasaran – Ada ke Permintaan?

Jadi, bagaimana kita hendak mengetahui sesuatu produk atau perkhidmatan itu mempunyai permintaan yang tinggi dalam kajian pasaran? Ini amat penting sebelum kita memulakan perniagaan Internet kita…

(a) Tanya.. Malu bertanya sesat jalan!

Tanya orang disekeliling kita. Mungkin kita boleh membuat sedikit kajian permintaan dari rakan-rakan sosial media anda sama ada Facebook, Twitter, Google+, Instagram dan sebagainya.

(b) Blog, Forum dan Media Sosial

Kita boleh melayari blog, forum dan Facebook group (atau sosial media yang lain)  yang berkaitan dengan industri yang hendak kita ceburi untuk buat kajian pasaran.  Perhatikan jika ianya mendapat sambutan melalui jumlah “like” atau komen yang tinggi.  Perhatikan juga jika masih terdapat banyak engagement seperti komen terkini.

(c) Layari Laman Web E-commerce

Kita boleh melayari laman web e-commerce yang popular seperti Ebay dan Amazon.  Perhatikan jika produk tersebut mendapat permintaan yang tinggi.  Lihat pautan bagi Ebay dan Amzon bagi tujuan ini:

(d) Gunakan Tools di Internet

Gunakan kemudahan aplikasi di Internet.  Contohnya,  Google ada alat yang dipanggil “Google Keyword Planner” untuk melihat statistik terhadap carian produk dan perkhidmatan yang berkaitan.  Semakin tinggi jumlah carian, ini bermakna permintaan juga adalah tinggi!

Nanti kita tengok tool “Google Keyword Planner” ini untuk jalankan kajian pasaran dalam Bahagian 2.  Seterusnya, kita boleh menggunakan “Google Keyword Planner” ini untuk mengetahui bahawa produk atau perkhidmatan kita sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi di Internet.

 

Daftar Gmail

Daftar Gmail

Mari daftar Gmail!

Ramai daripada kita dah ada akaun email.  Pelbagai perkhidmatan email percuma mungkin telah kita daftar seperti outlook.com, yahoo.com, rocketmail.com dan sebagainya.  Walau apa juga perkhidmatan yang kita gunakan, mari daftar Gmail.

Kenapa Kena Daftar Gmail?

Dengan daftar Gmail,  kita sebenarnya telah daftar akaun Google.  Ini bermakna perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Google boleh kita gunakan.

Contoh perkhidmatan lain yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

  • Google Search – enjin carian google
  • Google Docs – membina dan mengedit pelbagai dokumen dengan pelbagai format (seperti Microsoft Office dan OpenOffice)
  • Google+ – media sosial (seperti Facebook dan Twitter)
  • Google AdWords – pengiklanan di enjin carian Google
  • Blog melalui Blogspot.com
  • dan sebagainya…

Bagaimana Nak Daftar Gmail?

1) Layari laman Gmail di http://mail.google.com

2) Klik “Create an account” dan isikan setiap ruang yang disediakan.  Juga masukkan nombor yang tertera dalam gambar kat bawah tu…

Klik check box  “I agree to the Google Terms of Service and Privacy Policy

dan

Klik button “Next Step

3) OK siap dah daftar akaun Google dan Gmail. Kini kita boleh personalized akaun dengan membina profile.  Klik “No thanks” dan kita boleh isi profile di lain hari.

4) Ok siap dah.. lepas ni kita boleh guna sebarang perkhidmatan Google, khususnya Gmail.

5) Pada bila-bila masa, buka http://mail.google.com untuk menggunakan perkhidmatan email Google:

6) Klik pautan “Sign in” dan masukkan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan:

7) Kalau pertama kali login, mesej berikut akan dipaparkan.  Klik pangkah di sebelah atas, kanan sekali:

8) Sekarang kita dah boleh menggunakan Gmail.  Kita boleh hantar dan membaca email yang diterima.  Selamat mencuba!

 

Perniagaan Internet: Nak Jual Apa?

perniagaan-internet

Nak jual apa mungkin soalan besar bagi bakal usahawan yang ingin  memulakan perniagaan Internet.   Apa agaknya perniagaan Internet yang sesuai ?  Nak jual Peti ais? Basikal? Rumah? Tukul besi?

Antara kaedah yang biasa dilakukan adalah kaedah “rasa-rasa” atau “ikut-ikut” sahaja. Nak Jual Apa?

“Rasa boleh jual benda ni… ”
“Kalau jual ni sure orang beli punya lahhh..”
“Produk ni tengah MELETOP! Kalau aku jual memang MELETOP jugak!”
Biasa buat macam ni? Saya pun pernah buat macam ni juga..

Kaedah cuba jaya kononnya.  Mungkin betul, mungkin tidak.  Mungkin menjadi, tak jadi pun tak apa.  Mungkin bisnes boleh jalan, tapi selalunya sekerat jalan. Dan pelbagai kemungkinan lagi.

Tanda kurang ilmu. Tiada guru dan juga mentor. Laburkan diri  untuk menuntut ilmu. Cari guru. Cari juga mentor yang telah terbukti telah berjaya dalam bidang mereka!

Fikirkan ini dulu!

Bagi yang nak mula berniaga, ”Nak jual apa?” berkait rapat dengan apa yang kita minat  terlebih dulu.  Macam tu kalau kita ada keistimewaan atau bakat tertentu.

Pengetahuan yang berkait rapat dengan bidang yang dipelajari sebelum ini juga boleh dijadikan perniagaan yang sesuai.  Apa lagi kalau kita juga ada pengalaman dalam sesuatu bidang:

(1) Minat/Hobi

Cuba bayangkan, hobi kita selama ini boleh jana pendapatan. Hobi bermain paintball diterjemahkan dengan membuka pusat paintball .Kita  adalah seorang pet lovers, apa kata kita buka petshop.

Fikirkan apa yang kita minati masa kanak-kanak.  Semasa  remaja.. atau kita baru jumpa sesuatu yang kita minat 2 tahun kebelakangan ini? Minat sukan? Menulis? Pendidikan? Kewangan? Memasak? Ini mungkin boleh membantu untuk kita fikir industri yang diminati.

(2) Bakat/Keistimewaan

Apa bakat atau keistimewaan kita? Katakan kita boleh menyanyi dengan merdu. Merdu ok, bukan hanya boleh “mensumbangkan” sebuah dua lagu :D.  Kita juga tahu teknik-teknik vokal.

Mungkin kita boleh mengajar teknik-teknik ini kepada ramai orang. Mungkin kita juga boleh bermain alat muzik.  Apa kata dibukukan atau videokan cara-cara bermain alat muzik tersebut.  Boleh berbicara dikhalyak dengan penuh meyakinkan?

Mungkin sesuai untuk menjalankan seminar dalam industri yang diceburi.

(3) Pengetahuan

Latar belakang pendidikan? Kita tahu 100% tentang menggunakan perisian WordPress? Kita tahu bagaimana hendak mendaftarkan trade mark? Tahu tentang pelaburan saham? Tahu membaiki telefon pintar? Pelbagai jenis perniagaan boleh dimulakan dengan pengetahuan seperti ini.

(4) Pengalaman

Fikirkan juga apa kerja kita sebelum ini? Atau kerja kita sekarang? Pengetahuan disokong dengan pengalaman yang luas juga boleh diterjemahkan menjadi perniagaan yang berjaya.

nak jual apa ya

 

Passion

APAKAH “PASSION” KITA? Ini adalah sangat penting.  Apa yang kita “passionate” untuk buat mungkin apa yang kita sedang buat untuk masa ni.

Passion kita mungkin juga apa yang  diminati, kebolehan, kekuatan, pengetahuan dan pengalaman yang kita ada!  Nak jual apa? Jual apa passion kita!

Nak Jual Apa? Kenali “Passion” Kita

Passion kita akan menentukan berapa jauh dan berapa lama perniagaan yang akan dijalankan!

Kita tahu perkara tersebut adalah “passion” kita kalau:

  • Kita akan lakukan juga walau pun tidak mendapat bayaran yang berpatutan
  • Kita tak kisah kalau terpaksa postpone makan dan minum  untuk melakukan perkara tersebut
  • Kita katakan begini: “I’ll do what ever it takes to achieve my goal!

Seterusnya, kita boleh memulakan perniagaan jika produk atau perkhidmatan yang hendak kita tawarkan boleh:

  • Menyelesaikan masalah ramai orang; dan
  • Memberi “add-value” atau menambah nilai kepada orang lain.

Pastikan juga ini adalah matlamat utama kita untuk berniaga. Bukan untuk menjadi kaya-raya atau menjadi jutawan semata-semata! Kenali passion kita. Tetapkan juga matlamat perniagaan.

Kita mungkin boleh memulakan perniagaan tidak lama lagi!  Apa juga jenis perniagaan yang hendak kita mulakan, tiada alasan untuk tidak menjadikan Internet sebagai salah satu medium perniagaan atau kita akan ketinggalan.

Moga persoalan nak jual apa terjawab serba sedikit.  Selamat maju jaya!

Potensi Perniagaan Internet / Bisnes Online

Pernahkah tuan/puan mengalami situasi ini? Satu hari kita dapat idea nak jalankan perniagaan secara online, buat bisnes online, perniagaan Internet …

“Oh ya.. aku nak start jual produk kecantikan secara online. Produk “JelitaAlami” (bukan nama produk sebenar) ni memang terbukti meningkatkan kecantikan 100 kali ganda. Terbaik dari ladang!”

Kita pun buka laman search engine Google.

“Alamak.. ada orang ni dah jual… orang tu pon dah jual dan orang sebelah sana… dia punya followers.. fuyooooooooo!”

Tentu kita terfikir,

“Ada lagi ke orang nak beli dari aku..”

“Ada peluang lagi ke bisnes online aku ni …”

Secara jujur, saya pun mengalami situasi begini. Sembang-sembang bersama rakan-rakan pun sama juga.. Idea hebat, bernas, berkualiti dan macam-macam “ber” lagi.

Sentiasa amalkan pepatah omputeh ini:

“SWSWSWN: SOME WILL, SOME WON’T, SO WHAT? NEXT …”

Pesanan mentor itu ada benarnya. Kenapa? Cuba kita lihat fakta berikut…

Menurut Laporan Eknomi Kementerian Kewangan bagi tahun 2013/2014:

(1) Pengguna Internet di Malaysia telah berkembang dari 18 juta pada tahun 2012 dan dijangka mencecah 25 juta orang pada tahun 2015;

(2) Pengguna telefon mudah alih kini terdapat 42.6 juta langanan;

(3) Saiz urusniaga dunia online di Malaysia telah berkembang dari RM 1.8 bilion dan dijangka mencecah nilai RM 5 bilion pada tahun 2014; dan

(4) Statistik urusniaga Internet atau pun bisnes online pula menunjukkan bilangan pembeli adalah berkali ganda melebihi penjual..

Saiz pasaran sebesar ini menunjukkan peluang adalah terbuka luas untuk kita semua. Itu belum lagi jika kita berani bertindak luar biasa untuk menakluk pasaran antarabangsa.  Kita perlu tahu bahawa 40 peratus dari kira-kira 7 billion penduduk dunia ini mempunyai sambungan ke Internet. Ya 40 %, sekitar 2.9 billion!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Bisnes Online mungkin mengubah hidup kita.. Oh ya.. jangan lupa penuhkan ilmu di dada terlebih dahulu!

Katahui lima (5) Perkara bagi Memulakan Perniagaan Internet

perniagaan-internet

Apa yang kita perlu tahu bagi memulakan perniagaan internet ?

Perniagaan Internet atau juga dikenali sebagai Bisnes Online merujuk kepada apa juga jenis perniagaan yang dijalankan dengan menggunakan medium Internet, sama ada keseluruhan aspek perniagaan mahu pun sebahagian sahaja. Ada sesetengah organisasi menjalankan keseluruhan perniagaan mereka melalui dunia online. Ada pula yang menjadikan beberapa aspek sahaja perniagaan mereka melalui Internet. Sebagai contoh, mereka menjalankan bisnes secara tradisional, tetapi menjalankan pemasaran melalui Internet.

 

Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet?

Perniagaan Internet ini boleh dimulakan dengan adanya 5 perkara berikut:

(1) Kita perlu memulakan perniagaan terlebih dahulu!

Ini bermakna kita perlu ada  produk atau perkhidmatan yang boleh dipasarkan.   Buat permulaan, kita mungkin boleh menjual produk atau perkhidmatan orang lain.  Menjadi stokis, ejen atau pengedar kepada syarikat tertentu.

Mengikut undang-undang di Malaysia, perniagaan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  Daftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (enterprise).  Perniagaan juga boleh didaftarkan sebagai Limited Liability Partnership (LLP).  Bagi membuka syarikat Sendirian Berhad (sdn. bhd.) pula, kita perlukan perkhidmatan Company Secretary untuk menguruskan pendaftaran tersebut.

(2) Teknologi Telekomunikasi

Mempunyai sambungan ke Internet dengan mendaftar dengan pembekal broadband seperti TM, P1, Celcom, XOX, Maxis, Yes dan sebagainya. Pastikan kelajuan Internet sesuai dengan cita rasa anda.

Kita juga perlukan backup line bagi meminimumkan gangguan telekomunikasi dengan pelanggan. Ya lah.. kalau salah satu Internet down, kita masih boleh gunakan yang satu lagi!

(3) Laman Web dan Email

Kita juga perlu ada laman web dan email bagi perniagaan yang hendak dijalankan.  Antara lain, anda perlu mengetahui serba sedikit tentang nama domain, tapak laman web (web hosting) dan mendaftar email.  Ada yang percuma dan berbayar.  Selalunya yang berbayar lebih fleksibel dan nampak lebih profesional.

(4) Akaun Bank

Kita juga perlu untuk mempunyai kaedah pembayaran secara online. Akaun bank perniagaan atau syarikat dengan bank lebih utama. Akaun syarikat adalah perlu kerana akaun bank peribadi selalunya mempunyai had transaksi yang menyebabkan akan anda dibekukan bila terdapat banyak transaksi dalam sehari.

Pembayaran boleh dilakukan secara manual di mana pelanggan perlu untuk menyertakan bukti pembayaran sebelum penghantaran produk atau perkhidmatan.

Pelajari juga kaedah pembayaran secara online (payment gateway) seperti PayPal, MOLPay, BilPliz, SenangPay  dan sebagainya.  Kaedah ini membolehkan pembayaran dilakukan secara automatik melalui Internet.

(5) Pemasaran dan Pengiklanan

Menjalankan Pemasaran dan Pengiklanan. Sebagaimana perniagaan tradisional, pemasaran dan pengiklanan juga perlu dilakukan secara online. Gabungan kaedah offline dan online juga penting bagi meningkatkan keberkesanan perniagaan anda.  Antara cabaran besar pertama bagi pemasaranan secara online adalah bagi menjana trafik pengguna yang besar ke laman web perniagaan anda.

Pengunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain juga boleh dimanafaatkan bagi tujuan berkomunikasi dan pemasaran.  Platform Facebook juga menyediakan platform pengiklanan melalui FB Ads.

memulakan-perniagaan-internet

Nota Paling Penting

Jangan lupa dapatkan nasihat dari mereka yang pakar dalam bidang yang berkaitan seperti yang berkaitan dengan pendaftaran syarikat, memilih web hosting, membina laman web perniagaan dan rekabentuk grafik.

Kita juga perlu untuk menambah pelbagai ilmu tentang Perniagaan, Perniagaan Internet,  dan seterusnya belajar lebih lanjut tentang pemasaran online mahupun offline.  Ilmu-ilmu lain seperti leadership dan public speaking juga penting bagi membina perniagaan yang boleh bertahan lebih lama.

Hadiri kelas-kelas atau seminar yang berkaitan!